Sabtu, 20 Mac 2010

-Hari Permintaan-



Mia ralit menyusun kertas-kertas di dalam fail, nampak serabut benar, nota Web Application bercampur dengan nota Database. Suasana kelas macam biasa la, tak sah kalau tak dengar suara mok dan akram yang saling bertingkah dengan jiha, saling bahan-membahan. Hemm..tunggu je la kelas puan izu kejap lagi, pasti semua diam macam patung bernyawa.
PUAN IZU?!!.."nota tak ambil lagi kat locker" segera mia mencapai tali kunci di bawah meja dan bergegas keluar untuk ke locker nombor 100 miliknya. Selesai mengambil nota yang dicari, segera dikunci semula pintu locker. Sebaik sahaja dia bangun dan berkira-kira untuk kembali ke kelas, matanya tertancap pada papan kenyataan.satu persatu langkah diayun mendekati 'Garden Of Knowledge', ada sesuatu yang menarik perhatiannya disitu,
"'Request Day', apa benda ni?" hatinya tertanya.

"Ingin meluahkan rasa hati, tapi malu?.
Ingin menghargai si dia, tapi tak tahu caranya?
Kami ada caranya, buatlah tempahan epal anda sekarang untuk kami hantarkan kepada si dia. Anda boleh memilih epal merah untuk cinta dan epal hijau untuk sahabat.
Cepat! Cepat! Cepat!!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini, untuk tempahan sila hubungi fiza dari bengkel Multimedia"

'huh..merepek saja la fiza ni. Ini mesti nak kumpul dana untuk event diorang la ni'
mengingatkan kelas puan izu sebentar lagi, segera diayun kakinya menuju ke kelas. Benar seperti telahannya tadi, baru beberapa minit kelas puan izu bermula, kelas sudah jadi seperti tidak berpenghuni.

Malam rabu yang sunyi.
Kak diba sedang leka bermain game di laptop.
Mia kebosanan di atas katil, sedang memikirkan apa yang ingin ditulis dalam diari untuk hari nie.
'Assalamualaikum…' terjengul muka fiza di pintu bilik, sambil-sambil mengambil tempahan epal bilik ke bilik fiza singgah sebentar ke bik No. 53 untuk berbincang sesuatu dengan kak diba.
'mia, tak nak beli ke?' aju fiza
mia cuma mengukir segaris senyuman sebelum menjawab
'nak bagi kat siapa?…'
walaupun separuh hatinya tergerak untuk turut serta 'memeriahkan' lagi "hari Permintaan" itu tapi separuh lagi hatinya tertanya-tanya kepada siapakah ingin diberikan epal itu nanti??..
'bagi la kat "kawan baik" mia.' Aju fiza memberi cadangan. Baik mia tau kak diba masing-masing faham maksud tesirat "Kawan Baik" yang diajukan oleh fiza itu, tapi.."ah!..memalukan, perempuan bagi kat lelaki. Walaupun cuma sebiji epal!. Akhirnya mia cuma boleh menolak dengan baik sahaja permintaan fiza itu. tapi jauh di sudut hati mia terdetik untuk menghadiahkan epal itu pada seseorang, tapi perasaan malu lebih menguasai dirinya, 'mia.. lupakan!!'.

7.30 pagi, seperti kebiasaan sebelum pergi kelas, pelajar-pelajar akan singgah bersarapan pagi di dewan makan. mia yang ketika itu sedang enak menjamu nasi goreng yang disedikan oleh kakak DM tiba-tiba diajukan satu soalan cepumas daripada kak su.
'mia, kamu tak nak bagi epal kat tuuuttt ke?'
sesudu suapan yang baru saja ingin singgah ke mulut mia, terhenti. Dengan mata yang terkedip-kedip, dan tubuh badan yang statik, mia bertanya kehairanan
'tuttt?' garisan-garisan halus mula kelihatan apabila mia mula mengerutkan dahi.
Kak su yang tersedar keterlanjurannya berkata-kata cuma tersengih sumbing, senyuman yang penuh makna tersirat di sebaliknya. Dalam fikiran mia mula bersarang pelbagai persoalan.
'tuuttt??..'

----------------------?? 

*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku koleksi cerita mia kaftiya bahagian 2, nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini.