Khamis, 3 Jun 2010

Cinta Bas Mogah



 Seawal 6.30 pagi aku telah dikejutkan dengan bunyi jam loceng ieka yang diletakkan betul-betul bersebelahan dengan bantal aku, diikuti dengan simbahan lampu kalimantang. Suasana yang tadi senyap dan gelap kini bertukar menjadi riuh dengan kokokan ayam, jam loceng disana-sini dan simbahan cahaya lampu. Aku tarik bantal comel berbentuk empat segi menutupi muka. Berniat untuk sambung tidur.
            "alisa…" oh no!..suara mak sudah mula kedengaran, menyuruh aku bangun dan menunaikan kewajipan kepada Yang Esa.
            'lima minit je lagi, nak tidur jap" aku tarik selimut.
            "alisa.."
aku pejam mata rapat-rapat.
            "alisaaaaa………" kali ni mak menarik bantal dan selimut aku.
Aku pisat mata yang dipenuhi tahi mata. Sambil menguap, aku bangun dan menuju ke bilik air.
            "siapa kat dalam?"
"kita.."
"kita tu siapa?.."
"shafurah.."
aku tolak pintu bilik air.
            "uda nak masuk.."
shafurah cuma diam. Aku capai paip. Basuh muka, gosok gigi dan mula berwuduk. Selesai. Kembali ke bilik dan solat subuh. Dalam hati sempat berniat, "kejap lagi nak tidur balik, 7.30 karang baru bangun."

            Aku kerling jam ditangan untuk yang entah berapa kali. 8.30 pagi. "Mana perginya bas ni, lambatnya.." aku pusing ke kiri, melihat uncle berbangsa cina yang menunggang motor kapcai itu mengambil sebeban surat khabar untuk dihantar rumah ke rumah. Dua tiga orang lelaki india sedang bersembang di kaki lima. Salah seorang dari mereka duduk di atas motor. Aku pusing ke kanan. Melihat seorang lelaki tua yang berasal dari india berdiri dihadapan kedai kain miliknya. Seorang pekerja india sedang menyapu sampah di kawasan kedai itu. Aku menoleh ke hadapan, melihat kalau-kalau bas yang ditunggu sampai. Tapi hampa.

Aku kerling lagi jam ditangan. 8.40 pagi. Tepat pukul sembilan kalau bas masih tak sampai, aku nak balik!. Tersenyum. Dalam fikiran mula merangka-rangka aktiviti untuk hari ini. Mungkin boleh singgah cyber cafe kejap sebelum balik rumah. Dah lama tak buka facebook. Lepas balik dari c.c, lepak dalam bilik baca novel, hemm best jugak kan. Owhh.. petang ni boleh tengok cerita indon kat tv3 tu. Apa ye tajuknya?..
makin lebar senyuman aku. 
Aku toleh ke kanan. Terus mati senyuman aku. Sayup-sayup ku terlihat kelibat si bas mogah berwarna merah putih itu. Hancur. punah semua angan-angan aku tadi. Nampaknya aku perlu memasang angan-angan tentang fail-fail yang bertimbun di atas meja. Call TM Directory nombor sambungan 103 untuk meminta nombor telefon syarikat insurans "dot-dot" dan seterusnya minta panggilan itu disambungkan ke syarikat insurans "dot-dot" tersebut kemudian minta alamat dan akhirnya hantar saman mengikut alamat yang diberikan. Hantar fail-fail yang perlu disemak oleh bos. Lipat dan masukkan surat-surat yang telah ditandatangani ke dalam sampul surat walaupun hakikatnya En. Din akan keluarkan balik semua surat -surat tersebut dari sampulnya untuk direkodkan dalam buku log "surat".

Perlahan-lahan aku berjalan mendekati bas itu dan menghilang di dalam perut bas yang boleh memuatkan seramai lebih 40 manusia. Aku duduk di kerusi yang agak ke tengah dan mengeluarkan novel dari beg  dan mula membaca. Owh..mesej kak ina. Lantas handset dikeluarkan dari dalam beg dan menaip " kak ina, bas late. So masuk late". Tekan butang send dan mencari nama 'office kak ina'. Handset disimpan semula dan kembali kusyuk membaca.

Bas mogah terasa senget sebelah menandakan ada orang sedang memanjat tangga. Terdengar derap langkah kaki. Kebelakang dan kehadapan sebelum ia berhenti di tengah-tengah. Aku memegang bingkai cermin mata, kononnya meletak ia ditempat yang selesa walaupun ia memang elok terletak. Telinga aku menangkap bunyi derap langkah itu lagi. Kali ini ia menghala ke kerusi di belakang aku. Beberapa minit lepas lepas itu ia menghala ke kerusi hadapan.
'Aku ada daya penarik agaknya, masa aku naik takde sesiapa..sekarang rasanya dah ada 5,6 orang dalam bas ni.' 
'ehem… kusyuknya membaca'
aku toleh kehadapan. Mata empat aku bertembung dengan sepasang mata miliknya. Dia tersengih. Aku, tiada reaksi.
'Siapa mamat ni?..tiba-tiba saja mengganggu ketenteraman aku.'
Aku kembali membaca. Perenggan mana yang aku baca tadi?..
            'hai, nama saya Abu. Nama awak apa?..'
teguran dia tidak aku endahkan.
            'hello, saya abu'
mata empatku berlari laju mencari perkataan terakhir yang aku baca sebelum diganggu oleh makhluk asing ini. "marah.." itu perkataan terakhir yang aku baca tadi.. ha…jumpa.
'aku amat marah mendengar iza…'
            'saya abu!. '
kali ini nada suaranya yang tinggi itu mengejutkan aku. Aku memandang tepat ke arahnya.
            'ada saya kisah?..'
aku capai beg. Berdiri dan berpusing.. kosong?. Aku berpusing 180 darjah ke belakang. Kosong jugak? Bukan ke sepatutnya ada lima atau enam orang yang naik bas ni tadi?…
            ' dah sah..makhluk asing ni punya angkara.'
Aku terus cari tempat duduk yang agak jauh dari makhluk asing itu  dan kembali mencari perkataan apa tadi?..


            Bas Mogah berhenti di hentian bas yang pertama. Cepat-cepat aku turun ikut pintu belakang, tanpa menoleh dan berjalan dengan lajunya. Dua sebab kenapa aku berjalan terlalu laju :-
i)                    jam menunjukkan pukul 9.15 minit pagi. Menandakan yang aku telah terlewat untuk 15 minit.
ii)                   Aku takut kalau lelaki yang menggelarkan dirinya "ABU" itu mengekori aku. Eh..tapi kenapa pulak dia nak ikut aku?.

Aku berlari deras memanjat anak-anak tangga menuju ke pejabat yang terletak di tingkat dua. Termengah-mengah aku dibuatnya. Aku tarik pintu, bagi salam dan tersenyum pada kak ina, en. Din dan kak dayah sebelum duduk di kerusi yang paling hujung, berniat untuk melepaskan penat. Tapi bila terpandangkan fail-fail yang bertimbun di atas meja, aku terfikir yang angan-angan aku masa tunggu bas pagi tadi memang menjadi kenyataan.

           5.40 petang. Aku setia menati walaupun rasanya si mogah itu sudah terlewat untuk 10 minit. Sekali-sekala aku membaca novel yang setia menemani di kala waktu-waktu kebosanan begini.
           'pin..pinn..pinnn..Sungkai..sungkai'
terdengar bunyi jeritan beserta hon dari pemandu bas mogah. Hah..sampai pun kau. Lambat 15 minit tau tak. Aku simpan novel dalam beg dan menuju ke barisan manusia yang sedang menunggu giliran untuk menaiki bas.
Tiba-tiba aku ternampak seseorang melambaikan tangan dan tersenyum.. penuh keterujaan. Aku pandang kiri, kanan dan belakang aku. Tiada sesiapa.
           ' dia senyum kat aku ke?..tak kenal pun..'
semakin hampir giliran aku untuk menaiki bas.
            'eh..mamat tu bukan…hah!. Dia?
DIA??..'
cepat-cepat aku panjat tangga bas dan menyelit di sebelah seorang mak cik india. Walaupun hakikatnya masih banyak lagi kerusi kosong kat dalam bas ni.
bukan apa..takut kalau-kalau dia yang menggelarkan dirinya Abu itu duduk di sebelah aku.



---------------------------?????



*Untuk membaca versi penuh, boleh dapatkan buku Cerita cinta miaKaftiya, untuk order klik sini.

  

2 ulasan:

KNR_Nida berkata...

best..!!tapi siapa abu nie..?

mia kaftiya berkata...

Siapa abu? dalam citer ni ke dlm real life?? hahaha...

Sorry tnya soalan bodoh sbb rmai sgt yang tnya siapa abu.. hehe.. :P