Selasa, 3 Ogos 2010

anak Dato' Janggut.



Hati aku berdebar setiap kali berjumpa dengannya. Dia lain dari lelaki-lelaki yang biasa aku kenal. Dia menakutkan. Kadang-kadang, selamba tenging dia je pegang tangan aku. Padahal budak lelaki lain pun tahu hormat aku. Memang aku bukan budak baik, tapi aku cuba untuk menjadi hamba Allah yang solehah, tapi apasal dia tak boleh faham?.
Contoh : hari tu syafiq, nak pinjam nota aku,.jaraknya berdiri dari aku hampir lima kaki, bahasa yang dia gunakan macam ni:
“mira, syafiq nak pinjam  nota mira boleh? Nota syafiq tak lengkap la..” pintanya sungguh lembut dan berhemah. Dan aku berasa selamat dan dihormati.
Eh bukan.. bukan dihormati sebagai seorang budak perempuan yang pandai, tapi dihormati sebagai seorang gadis.
Tapi haiqal lain ceritanya, cara dia memang berbeza..
contoh: hari tu aku kat perpustakaan, nak pinjam buku, kebetulan pula buku yang aku nak pinjam tu, haikal pun nak guna. Katanya:
“woi.. suka-suki kau je nak ambil buku tu kan?. Aku nak guna la..”
aku tak kisah la kalau dia nak guna buku  tu sekarang pun, tapi tak boleh ke kalau dia minta elok-elok? Cakap la..
mira, aku nak guna buku tu, nanti bila aku dah habis guna aku bagi kau balik boleh?. “
Hah.. kan sedap telinga aku  mendengar. Ini tidak, dia pakai maki hamun  je. Memang  jangan  harap la aku nak bagi. So, aku buat bodo je, terus aku pergi ke kaunter, tapi tiba-tiba dia menarik kasar tangan aku, buku kat tangan aku dia rampas. Memang kurang hajar.
Aku nak marah dia, tapi memikirkan yang sekarang kami kat dalam PS. Tak jadi la.. satu jelingan tajam aku hadiahkan padanya. Dia ingat dia “anak dato janggut” so, dia boleh buat apa dia suka?.. jangan mimpi la..
tapi reaksi dia lagi menjengkelkan. Dia jelur lidah kat aku?. Macam budak-budak. Aku lupakan tentang buku itu, dan terus  keluar dari PS.
*******
Aku juga macam budak-budak perempuan biasa yang lain, keluar outing, makan kat restoran makanan segera, pakai selendang atau tudung yang terbaru di pasaran, dan mengikuti perkembangan semasa, cuma.. aku akan pastikan pakaian aku itu menepati kriteria yang ditetapkan oleh agama.
Aku bukan sombong, apalagi mengaku alim, tapi aku cuma pendiam dan tak biasa bercakap dengan lelaki. Itu je kelemahan aku. Dan aku selalu pergi surau.. ikut majlis agama ustazah zawiah yang diadakan tiap-tiap minggu, dan dari situ aku mula berubah sikit demi sikit dalam mengenali agama yang aku anuti selama hampir dua puluh tahun ini.
Tapi biasala.. mulut orang bukan  mulut tempayan, tak boleh ditutup. Ada juga aku dengar khabar angin, malah yang cakap sendiri kat depan aku  pun ada. Yang kononnya aku budak alim, sopan.. anak emas ustazah, selalu jadi tumpuan lecture, jadi perhatian budak-budak lelaki.. jadi pujian budak-budak baik.. tapi aku tak harap pun benda-benda tu semua. Bukan aku yang tunjuk-tunjuk alim, diorang sendiri yang nampak aku macam alim. Bukan salah aku.
***
Dua minggu lagi ada majlis penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar cemerlang. Kami sibuk di dewan untuk menyiapkan apa yang patut. Aku ditugaskan untuk menghias pentas memandangkan aku juga salah seorang daripada ahli jawatankuasa majlis perwakilan pelajar. Adan sedang memanjat bangku untuk menggantung huruf-huruf di dinding. Sofie dan linda sedang menggubah bunga, dan aku memastikan susun letak huruf adan itu terletak di tempat yang sepatutnya. Aku memerhatikan huruf A dan J yang nampak agak senget. Macam tak kena, tapi kata sofie..
“elok la tu, tak senget la..” tapi mata aku memandang sebaliknya. Kenapa nampak macam tak kena ye?. Aku mengundur selangkah dua ke belakang, cuba melihat dari jarak yang jauh. Mata aku masih melihat yang huruf J tu senget sikit. Tapi linda memberikan komen yang sama seperti sofie. Selangkah lagi aku undur. Mata aku masih nampak benda yang sama. Adan di atas kerusi sudah termengah-mengah melepaskan penat.
“ok tak mira?..” soal adan. Aku melangkah kebelakang setapak lagi.
“eh.. mira..” adan menggamit tangannya ke arahku dengan reaksi muka terkejut.. tiba-tiba aku terasa badan aku melayang seperti di awang-awangan. Aku pejam mata rapat-rapat. Pasti aku akan jadi bahan ketawa sebab terjatuh dari pentas. Atau paling tidak aku akan patah tulang pinggang. Eh jap.. patah pinggang kronik sangat, ok la.. mungin aku akan terseliuh pinggang atau buntut. Tapi yang terjadi sebaliknya..
“amboi.. sedap tidur?..” aku buka mata perlahan-lahan. Aku bermimpi ke?. Kenapa aku tak rasa sakit langsung?. Perkara pertama yang aku nampak selepas mata aku dibuka seluas-luasnya adalah..
haiqal?
Untuk beberapa saat, keadaan menjadi putih bersih. Yang berwarna cuma aku yang memakai selendang coklat dan baju t coklat muda manakala haiqal memakai baju t hitam. Bentuk-bentuk hati berwarna merah mula jatuh berguguran satu persatu...
Mata aku dan matanya bertentangan.
Satu pancaran cahaya putih menyedarkan kami. Hilang semua bentuk “hati” warna merah yang berguguran jatuh itu. Yang kelihatan hanya adan di atas pentas sedang memegang sebuah kamera canon dan mengambil gambar kami dengan asyiknya. Seolah-olah kami adalah model untuk malam anugerah itu nanti.
“turunkan aku.” pintaku malu.
“kalau tak nak?” soal haiqal. Sengal.
“ee.. turunkan cepat.” tiba-tiba seluruh badan aku terasa panas. Ntah  kenapa duduk dalam aircond pun boleh rasa panas?.
Haiqal ketawa gembira. Aku pandang dalam-dalam wajahnya yang berdekah-dekah ketawa.
“apasal pipi kau merah?..kau suka kat aku ke?.” soal haiqal bangga.
“Aku suka kat kau?. Perasan je la kau anak datuk janggut. turunkan aku cepat.” pintaku lebih tegas. Aku tak pernah jumpa ayah haiqal, tapi aku pernah dengat orang cerita yang ayah haiqal berjanggut.
“turun la sendiri” ugut haiqal. Mungkin marah dengan gelaran anak datuk janggut yang aku berikan. Kalau la boleh.. tak payah aku tunggu kau turunkan.
“cepat la..” gesaku.
“ok.” serentak dengan itu haiqal melepaskan pelukannya dari badanku. Terjelupuk jatuh aku di atas lantai. Macam nangka busuk. Sakit giler. Memang kurang hajar anak datuk janggut ni.
Haiqal mengibas-ngibaskan tangannya berkali-kali sambil bersiul-siul kecil. Dan dia berlalu dengan bangganya sebab dapat kenakan aku balik.
Sekali lagi pancaran lampu putih itu dihalakan ke arahku.
“adaaaannnnnn....” jeritku.
****
 Hari khamis malam jumaat aku dan suraya akan ke surau sebelum maghrib untuk solat maghrib berjemaah dan membaca yassin. Pukul tujuh petang kami sudah bersiap-siap untuk ke surau. Sewaktu dalam perjalanan aku terserempak dengan sekumpulan budak-budak lelaki yang baru balik dari padang. Dengan seluar pendek dan bola ditangan mereka berjalan berselisihan dengan kami. Aku tundukkan pandangan. Tapi telinga aku sempat mendengar suara yang biasa aku dengari.
'hai .. nak pergi surau ke?.”
suara haiqal. Aku tak tahu pula yang dia ada dikalangan sekumpulan lelaki itu. Tapi aku langsung tidak mengangkat muka. Seboleh mungkin aku menjaga pandanganku. Dalam hati aku berdoa moga mereka tidak mengganggu kami.
Selepas selesai solat maghrib, langsir yang menutupi tempat solat wanita diselak untuk memberi ruang kepada ustaz memberi sedikit tazkirah sebelum memulakan bacaan yassin.
Aku memandang ke hadapan terus ke ustaz tapi dari sisi mata aku seolah-olah ternampak-nampak bayangan lelaki memakai baju melayu berwarna ungu duduk di baris hadapan.
Aku menunduk dan memejam mata rapat-rapat cuba mengusir bayangan yang aku nampak tadi. Aku angkat semula kepala dan cuba untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap apa yang ustaz sampaikan. Tapi mata aku tak boleh lari dari cuba untuk memandang bayangan lelaki memakai baju melayu ungu itu.
Haiqal?..
dengan songkok hitam di atas kepalanya? Dan baju melayu warna ungu itu?.
“aku nampak haiqal..” kataku pada suraya, berharap yang suraya juga nampak apa yang aku nampak.
“mana?”
“baju melayu ungu, baris depan belah kanan.”
suraya menoleh pandang ke arah yang aku sebutkan.
“haiqal pergi surau pakai songkok??..” soal suraya tak percaya. Aku ingat aku sorang je yang susah nak percaya.
“aku tak salah orang kan?” soalku pada suraya. Sekadar memastikan yang itu memang haiqal. Budak yang tak pernah nampak mukanya pergi surau.
“rasanya..” jawab suraya.

-----------------------?????


Bagaimanakah Haiqal menggunakan kuasa vetonya sebagai anak dato' janggut untuk menakluki hati Amira?? 


*Untuk membaca versi penuh, boleh dapatkan buku Cerita cinta miaKaftiya, untuk order, Klik sini.