Jumaat, 17 September 2010

LELAKI di SEBELAH AKU





*Apa yang akan anda lakukan dikala anda dilanda kebosanan?

a) lompat-lompat macam katak?
b) jerit-jerit macam tarzan?
c) menangis-nangis macam bayi?

Okeh, tak kelakar!.

Habis apa yang korang akan buat diwaktu-waktu korang dilanda kebosanan yang terlampau kerana ditinggalkan oleh mak bapak korang seorang diri di rumah dan mereka seronok-seronok pergi jalan-jalan?

Apa yang korang akan buat dikala korang memang terlampau bosan kerana abang yang ditugaskan untuk menjaga korang sewaktu mak bapak korang pergi berjalan-jalan juga tinggalkan korang seorang diri di rumah dan membawa cik meyra (motor merah) kesayangannya berjalan-jalan.

Dan lagi apa yang korang akan buat apabila korang kebosanan dan korang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi berjalan-jalan.

APA YANG AKAN KORANG BUAT?

Baiklah. Buat bodo...*

aku menongkat dagu dihadapan AP ( nama yang aku bagi untuk laptop jenama hp ini) dan mengeluh. Masuk kali ni dah berapa puluh kali la aku mengeluh, mengeluh dan mengeluh lagi. Tak tau la pada siapa aku nak mengadu betapa aku sedang dalam kebosanan sekarang ni, kalau setakat pembaca kat blog tu apa sangat la mereka boleh buat selain meninggalkan komen dan bersimpati dengan kebosanan yang menimpa aku. Betul tak?.

*mengeluh lagi* sambil bangun dan menuju ke katil dan menghempaskan badan ke atasnya sambil mengeluh sekali lagi.

Lama aku terbaring di atas katil. Termenung.

Teringatkan mummy dan daddy, teringatkan fared. Teringat-ingat yang mereka sekarang sedang berseronok dan bergembira di luar sana sedangkan aku macam burung dalam sangkar yang menanti waktu untuk terbang bebas.

Atau aku mungkin macam tikus hamster yang sedang bermain gelungan roda dalam sangkar yang langsung tak seronok.

(gelungan roda = AP)

atau apa saja perumpamaan yang seumpama dengan situasi aku sekarang?

Mungkin.

Aaarrrrgghhhhh....*secara tiba-tiba menjerit sambil menarik-narik rambut seperti orang gila*

aku lantas bangkit dari pembaringan meninggalkan katil yang telah berkeronyok cadarnya, meninggalkan AP ternganga dengan akaun blogspot dan facebook yang belum di log keluar. Meninggalkan blackberry di atas meja solek, meninggalkan beg duit yang mengandungi i/c, sejumlah wang dan kad-kad yang berkenaan di dalam laci. Meninggalkan segala-galanya dan berjalan keluar. Meninggalkan rumah yang akan secara automatik terkunci sendiri. Dan berjalan, terus berjalan tanpa mengetahui arah yang ingin dituju.

Tapi dengan matlamat yang satu.

Ingin menghilangkan kebosanan ini.

***

lelaki disebelahku ni dari tadi asyik mencuri pandang mukaku. Dah la, aku tengah tak de mood nak layan orang nak mengurat ni. Aku tengah tertekan okeh.
Tertekan sangat.

*memandang penuh kemarahan ke arah tasik*

kenapa aku marah pula sekarang? Bukan tadi tujuan aku keluar hanya untuk menghilangkan bosan ke?.

Ye, aku marah. Memang sekarang aku sudah naik marah. Marah sebab mummy dan daddy suka pergi jalan-jalan berdua dan tinggalkan dua orang anaknya di rumah. Marah kerana disebabkan itu aku kebosanan duduk di rumah, marah kerana fared (iaitu abangku) hilang. Marah kerana aku berjalan kaki sejauh ini hanya untuk sampai di taman tasik yang tak ada apa-apa. Marah kerana aku tak mampu untuk berjalan jauh lagi untuk ke shopping mall.

Aku sangat marahhhh..* terjerit lagi diluar kesedaran fikiran *

lelaki disebelahku ini memandangku penuh curiga. Apa dia ingat aku orang gila ke?

Aku hadiahkan jelingan tajam untuk pandangan curiganya tadi.

“fuhhh.. nasib baik..” kata lelaki disebelahku ini.

Aku memandangnya sekilas. Dalam hati terdetik nak tau apa yang dia maksudkan dengan “nasib baik”

kemudian lelaki sebelahku ini ketawa. Ketawa yang bukan dibuat-buat. Ketawa pendek. Menambahkan lagi rasa curigaku dengannya.

“apasal kau ni? Tak betul ke gelak sorang-sorang?” lancar mulut aku melontarkan kata-kata. *juga diluar kesedaran fikiran*

lelaki disebelahku ini ketawa. Kali ini betul-betul ketawa. Ketawa yang ditujukan kepada aku sebab sambil dia ketawa dia memandangku.

Haha.. tak kelakar!. Aku memandangnya dengan pandangan curiga bercampur geram dan dikali dengan tertekan samadengan aku inginkan jawapan.

“habis kau ingat kau tu betul sangat la?. “ kata lelaki disebelahku memberi persoalan.

Aku balas dengan muka penuh persoalan juga.

“dah la tiba-tiba datang dengan muka ketat, rambut serabai, baju macam nak pergi tidur. Lepas tu terjerit tiba-tiba. Aku ingat orang gila tadi, nasib baik..” lelaki disebelahku memberi jawapan kepada persoalan tadi.

“nasib baik apa?” soalku.

“nasib baik kau jeling aku tadi, maka aku tau yang kau tak gila sebab orang gila tak ada perasaan jadi dia takkan bagi jelingan maut macam yang kau bagi tadi. Terima kasih” katanya panjang lebar.

Aku terdiam. Kaku.

Muka ketat? Sebab aku marah
rambut serabai? Oohh sebab aku tarik-tarik rambut masa kat rumah dan lupa nak sikat balik.
Baju macam nak pergi tidur? Memang la, aku pakai baju duduk rumah. Seluar track dengan t-shirt kartun je la..

aduhh.. semua yang aku buat ni diluar kewarasan otak. Bodohnya aku.

*ketawa*
“nasib baik aku pakai selipar..” kataku sambil memandang selipar di kaki. Tak pernah-pernahnya aku keluar rumah pakai selipar buruk ni.

“kalau kau tak pakai selipar tadi, aku memang takkan tunggu lama kat sini.” kata lelaki disebelahku.

Kami berdua ketawa. Ketawakan kebodohan aku akibat terlalu mengikut emosi.

Kami memandang diantara satu sama lain dan ketawa lagi. Dalam aku tak sedar, kebosanan, kemarahan dan ketekanan aku sudah hilang bersama ketertawaan kami.

Kami diam beberapa saat.

“ehh..” kata lelaki disebelahku sambil memandang jam ditangannya.

Lelaki disebelahku memandangku sambil menggaru kepalanya. Badannya hampir bangun tapi masih duduk. Seolah-olah dia ingin mengatakan sesuatu.

Aku cuma memandang tanpa perasaan. Menanti apa yang ingin disampaikan.

“oklah, aku kena pergi.”

lelaki disebelahku bangun dan melambai sebelum dia tergesa-gesa pergi.

Aku ingin menghalang tapi aku tak pasti apa yang akan aku katakan. Akhirnya aku cuma memandang kelibatnya berlari tergesa-gesa.

Aku kembali memandang ke tasik sebelum pandangan mataku jatuh pada selipar yang aku pakai.

*tersenyum*

aku meraba poket ingin mengambil blackberry tapi kosong. Baru aku teringat tadi aku keluar sehelai sepinggang.

*sekali lagi aku tersenyum*

tak apa la, sekali sekala berjalan kaki...

***

sepanjang malam aku berbaring di atas katil dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Dengan mata tak habis-habis terbayangkan drama sebabak di tasik petang tadi dengan fikiran tak habis-habis mengulangai perkataan “muka ketat, rambut serabai, baju tidur, orang gila” sehinggakan aku lupa tentang mummy, daddy, fared yang ntah dimana, AP yang sudah kehabisan bateri, blackerry yang sejak tadi berbunyi minta diangkat dan segalanya.

Memang aku lupa habis sehinggalah...

“tuk..tuk.. nelly oo nelly”

sehinggalah pintu bilik aku diketuk berkali-kali dan nama aku dijerit berpuluh-puluh kali oleh fared.

Aku buka pintu dengan muka yang sengaja diketatkan.

“kenapa?” soalku dengan nada yang sengaja dikasarkan. Tanda marah.

“jom makan..” ajak fared tanpa mempedulikan langsung muka ketat yang aku pamerkan.

“malas ah..” kata ku sedangkan perut memang sudah berbunyi sejak tadi.

“tak nak sudah, aku habiskan semua.” katanya tanpa ada sikit pun perasaan ingin memujuk.

“hissyyy..” aku keluar dan mengikut langkah fared turun ke dapur.

Sampai di dapur segalanya sudah terhidang di atas meja. Oohh.. memang fared abang yang prihatin. Sayang fared selalu. *bodek*

“mummy call tadi kenape kau tak angkat?” soal fared sambil menuangkan air untukku.

“bila mummy call?. Tak dengar pun?.” kataku sambil mengerutkan dahi *berfikir*

“tadi la, baru lagi, mummy ingat kau pergi mana..” kata fared lagi sambil meletakkan gelas berisi air ke hadapanku.

“ye ke?.. ahh lantak la.” kataku malas nak fikir.

Ala, macam tak biasa mak bapak call anak-anak yang ditinggalkan di rumah selain untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan selamat la tu.

“nasib baik aku ada kat rumah, kalau tak naya je aku nak jawab kat mummy.” kata fared lega.

“mummy balik nanti aku nak cerita yang kau tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah.” kataku membalas dendam.

“heiii.. jangan la,” fared yang baru ingin menyuap makanan terhenti.

Aku menjelur lidah kepadanya.

“isshhh.. okeh, esok kau ikut aku pergi jalan dengan member aku.” fared cuba memancingku.

“tak nak.” dalam fikiran aku sudah terbayang untuk pergi ke tasik itu lagi dan berharap untuk bertemu dengan lelaki disebelahku itu lagi.

Fared jegil mata. Reaksi tak puas hati.

***

seperti semalam aku menanti di taman itu dan tercari-cari kelibat lelaki disebelah aku semalam. Bodoh betul, semalam kenapa tak tanya nama dia.. atau paling tidak kenapa tak tanya dia duduk mana. Ye la sekurang-kurangnya boleh pergi jalan-jalan kat depan rumah dia kan.

Aku mengambil tempat duduk bersebelahan lelaki yang sedang kusyuk membaca itu dan memandang terus ke tasik yang terbentang di hadapan mata.

“hi, kau pun ada kat sini?” tegurnya.

“eh.. hai, saje.. jalan-jalan.” kataku. Pura-pura tak perasankan dirinya sedangkan aku memang sudah nampak dia duduk membaca sejak tadi.

“kau memang suka lepak kat sini ke?” soalku membuka bicara.

“tak lah, kadang-kadang je.” jawabnya sepatah dan kembali membaca.

“buku apa kau baca tu?.” soalku sambil mengintai tajuk buku.

Dia mengangkat buku yang dibaca dan ditunjukkan padaku.

“can u keep a secret? Novel ke?” soal aku lagi. Memang aku ni banyak soal betul la..

dia mengangguk.

“oohhh.. kau suka baca novel?” soal aku lagi agak tidak percaya. Sebab kebiasaannya budak perempuan je yang suka baca novel. Macam aku, tapi aku penggemar novel melayu.

“apasal? Tak boleh baca ke?” soalnya. Mengangkat kening.
“bukan tak boleh.. tapi rasa pelik sikit. Jarang lelaki suka baca novel.” jawabku jujur.

“heh..” dia tersenyum. Sarkastik.

“tipikal punya ayat, memang manusia tak boleh lari dari kebiasaan ya?. Dunia dah berubah sepatutnya fikiran juga patut berubah. Bukan masih berada di takuk lama.” kata lelaki di sebelah aku ini.

Aku kerut dahi.

“apa maksud kau?”

dia memandangku sekilas. Tanpa jawapan. Malah meneruskan kembali bacaannya.

Aku hembus nafas dengan kasar dan berpaling ke kanan membelakangi dia. Reaksi yang menunjukkan betapa aku tak faham dengan lelaki ini. Aku datang ke sini dengan niat baik nak kenal dengan dia, nak berkawan dengan dia tapi macam ni ke cara dia layan kawan baru?

“tapi aku cuma ta...” kata-kataku terhenti apabila lelaki disebelahku itu tadi sudah tiada. Aku melihat sekeliling dan terpandangkan dia sedang berjalan dengan novel dipegang di tangan kiri dan beg tergalas di bahu kanannya.

Sekali lagi aku menghembuskan nafas kasar melalui mulut. *sambil menjeling tajam figura lelaki yang sedang berjalan membelakangi aku itu*

apa masalah dia tu ha???..

**

kali ini aku pulang ke rumah dengan mood yang sungguh tidak baik. Benci betul!! dua kali aku jumpa mamat tu pun aku masih belum tahu apa namanya. Lagi benci bila mamat tu macam tak nak kawan dengan aku. Tahap kebencian aku bertambah-tambah sampaikan bantal kat bilik habis kena “bantai” sungguh. Dan secara tak sengaja sewaktu aku tengah marah mummy pula call dan aku terlepas geram kat mummy dengan menceritakan perihal abang kesayangan aku yang tiada si rumah diwaktu itu. Memang dah sah-sah la fared kena kejap lagi..

O'oo...

selepas mententeramkan diri selama satu setengah jam...

“nell..nell..”

aku terdengar suara fared memanggilku sambil mendaki berpuluh-puluh anak-anak tangga. Aku berlari membuka pintu dan meluru ke arah fared dengan seribu ucapan mohon kemaafan darinya.

*drama sebabak*

“kau cakap apa dengan mummy?” soal fared

“tak.. aku terlepas cakap, aku nak cover balik tapi mummy.. faham-faham je la,” kataku sambil menunduk dengan muka penuh kekesalan..

“tapi sumpah, aku bukan sengaja nak kenakan kau.” *kembali bersemangat sambil mengangkat lima jari seolah-olah berikrar.

Fared memandangku sebelah mata. Dia meragui. Tapi aku tau dia pasti akan percaya sebab aku adik yang baik.

“taknak tanya apa yang mummy cakap?” soal fared menukar topik.

Saat ini aku tahu yang dia sudah pun memaafkan aku. Hehe..

“jangan keluar rumah sampai mummy and daddy balik?” aku memberi jawapan berunsur soalan.

“lain kali kalau keluar tu bawa adik sekali..” kata fared dengan muka selambanya.

Aku membeliakkan mata.
“Mummy cakap macam tu?” soalku.

“agaknya dia seronok sangat kot pergi honeymoon kat eiffel tower..”

aku ketawa dengan lawak bodoh fared.

“so, nak ikut tak?” soal fared

“pergi mana?.” tanyaku.

“keluar?..esok.” fared angkat sebelah kening.

“kalau tak nak?” aku juga sibuk angkat sebelah kening.

“terpaksa la call mummy suruh jatuhkan hukuman untuk kau, ikut aku pergi keluar.”

“tengok lah..” kataku sambil berlalu masuk ke bilik dengan hati yang kembali lapang.
“AP..., Berry..”

*memanggil ap dan berry yang sudah ditimbus dengan timbunan bantal*

--------------------------???

-bersambung-

themakingofcerita : masa menulis cerita ni aku membayangkan zahiril adzim sebagai ashraf dan ana raffali     sebagai nellydia. Nama-nama dalam watak ini pakai main petik nama artis dan nama-nama dalam facebook jer.. jika ada kesamaan dari segi nama tu harap maaf ye.hehehe..


Selasa, 14 September 2010

mari sini dengar CERITA RAYA mia.

dalam entri sebelum ni, aku mengeluh sebab AKU TAK ADA BAJU RAYA tapi dalam entri yang terbaru ni aku nak tunjuk kat korang baju raya aku. ini dia..

abaikan latar belakang yang tak cantik tuh, abaikan muka aku yang tak cun tuh, abaikan juga gaya aku berposing yang ntah apa-apa tuh.

mari..

fokus pada BAJU RAYA AKU dan selendang.

untuk pengetahuan umum, baju tersebut disponsor oleh akak dan selendang oleh eika 
ceritanya baju tu memang akak belikan untuk aku, sebab aku tak ada masa nak pergi shopping kan. segalanya aku serahkan pada akak untuk memilih sebab aku percaya citarasa kami sama. tapi yang terjadi sebaliknya bila akak beli kain yang tak cantik!.

dia yang beli pun dia kata tak cantik. camna tu?

at last akak cakap, kalau tak nak baju tak pe la.. bagi je dia sebab dia pun tak de lagi baju warna tu. (kiranya aku pinjam untuk pakai masa raya pertama je la..kononnya)

tapi bila dah pakai aku terasa macam cantik pula, rasa best. tak tau pula baju ni berpesen. ingatkan baju kurung biasa je.

at last aku ambil juga la baju tu. tambah koleksi walaupun aku dah ada baju warna merah hati macam tu.
(tak tau la kenapa, tapi aku rasa aku cantik bila pakai baju tu) *bangga*

cerita raya seterusnya aku ceritakan melalui gambar je la yer?.
malas la nak tulis panjang-panjang. kome bukan nak baca pun..


mak dan abah

aku ada 10 beradik tapi yang dalam gambar ni kurang dari 10, the boys semua menghilangkan diri kecuali along di rumah mertuanya.

nizar
satu-satunya anak lelaki yang tinggal. sebab dia belum pandai bawa motor, belum pandai berkawan, belum pandai bawa diri. tunggu la dah besar nanti..

 shafurah dan kak leng, juga nizar dibelakang tu.

*iklan penaja*

raya ketiga


dah..dah cukup-cukup la gambar tu,  raya ketiga tak banyak gambar la.

wacakapsamalu : hanya RAYA pertama dan ketiga saja aku memakai baju RAYA. maksudnya hanya tiga hari aku beRAYA sedangkan aku sentiasa ada banyak masa untuk beRAYA jika nak 
dibandingkan dengan mereka-mereka yang tak dapat cuti RAYA.