Selasa, 14 September 2010

mari sini dengar CERITA RAYA mia.

dalam entri sebelum ni, aku mengeluh sebab AKU TAK ADA BAJU RAYA tapi dalam entri yang terbaru ni aku nak tunjuk kat korang baju raya aku. ini dia..

abaikan latar belakang yang tak cantik tuh, abaikan muka aku yang tak cun tuh, abaikan juga gaya aku berposing yang ntah apa-apa tuh.

mari..

fokus pada BAJU RAYA AKU dan selendang.

untuk pengetahuan umum, baju tersebut disponsor oleh akak dan selendang oleh eika 
ceritanya baju tu memang akak belikan untuk aku, sebab aku tak ada masa nak pergi shopping kan. segalanya aku serahkan pada akak untuk memilih sebab aku percaya citarasa kami sama. tapi yang terjadi sebaliknya bila akak beli kain yang tak cantik!.

dia yang beli pun dia kata tak cantik. camna tu?

at last akak cakap, kalau tak nak baju tak pe la.. bagi je dia sebab dia pun tak de lagi baju warna tu. (kiranya aku pinjam untuk pakai masa raya pertama je la..kononnya)

tapi bila dah pakai aku terasa macam cantik pula, rasa best. tak tau pula baju ni berpesen. ingatkan baju kurung biasa je.

at last aku ambil juga la baju tu. tambah koleksi walaupun aku dah ada baju warna merah hati macam tu.
(tak tau la kenapa, tapi aku rasa aku cantik bila pakai baju tu) *bangga*

cerita raya seterusnya aku ceritakan melalui gambar je la yer?.
malas la nak tulis panjang-panjang. kome bukan nak baca pun..


mak dan abah

aku ada 10 beradik tapi yang dalam gambar ni kurang dari 10, the boys semua menghilangkan diri kecuali along di rumah mertuanya.

nizar
satu-satunya anak lelaki yang tinggal. sebab dia belum pandai bawa motor, belum pandai berkawan, belum pandai bawa diri. tunggu la dah besar nanti..

 shafurah dan kak leng, juga nizar dibelakang tu.

*iklan penaja*

raya ketiga


dah..dah cukup-cukup la gambar tu,  raya ketiga tak banyak gambar la.

wacakapsamalu : hanya RAYA pertama dan ketiga saja aku memakai baju RAYA. maksudnya hanya tiga hari aku beRAYA sedangkan aku sentiasa ada banyak masa untuk beRAYA jika nak 
dibandingkan dengan mereka-mereka yang tak dapat cuti RAYA.
 

Tiada ulasan: