Sabtu, 13 November 2010

DIA YANG AKU TUNGGU


“bella.. aizat kirim salam kat kau lagi” kata naja kepadaku. 
Aku buat muka tak tahu, sudah letih dan bosan asyik mendengar kiriman salam daripada lelaki itu.
“wooii.. dengar tak?” soal naja bila dilihatnya aku masih tidak memberi reaksi terhadap kata-katanya. Mataku kaku di majalah yang aku baca.
“heemmm...” balasku sekadar menunjukkan yang aku dengar.
“haiii.. sampai bila la si aizat tu nak kejar kau dan sampai bila la kau nak mengelak daripada aizat? Kadang-kadang aku yang letih tengok korang. Yang sorang berlari yang sorang lagi mengejar. Tak letih ke?” soal naja panjang lebar.
Aku angkat bahu. Bila dilihatnya aku seperti tak berminat untuk membicarakan tentang perkara itu naja mula menukar-nukar siaran tv.
“time aku nak tengok tv tak ada cerita best, time aku tak nak tengok ada pula cerita best!. Aku rasa kita patut pasang astro la bell, seronok sikit aku nak menekan-nekan remote ni.” bebel naja seorang diri.
“hemmm..” balasku. Tak tahu la kenapa tapi aku malas betul la nak bercakap sekarang ni.
“eh.. kau ni apahal ha? Macam orang baru putus cinta je aku tengok. Sihat ke tak ni?” soal naja mula mengalihkan perhatiannya seratus peratus kepadaku. Siaran tv dibiarkan terpasang tanpa ditonton.
“oku ok la.. tak nampak aku tengah baca ni” kataku sekadar menunjukkan yang aku masih normal. Masih seperti biasa.
“ok apa macam ni, moody je aku tengok. Apasal ni? Cerita la kat aku, ada masalah dengan bos kau tu lagi ye?” soal naja begitu prihatin.
“malas la aku nak cerita, buat sakit hati je.” kataku. Mengingatkan perkara yang menyakitkan hatiku memang bukan perkara yang baik kerana ia hanya akan membawa kepada aku tak ada mood nak pergi kerja esok.
“oohh.. masalah kerja la ni. ok..ok.. tak payah cerita, aku dah faham” kata naja dan mula memfokuskan diri kepada tv.
Aku memandangnya sekilas. Tadi prihatin sangat, bila dah tau aku ada masalah kerja tak nak dengar pulak masalah aku. Hampeh betul.

************

Aku tetap ke tempat kerja walaupun perkara semalam masih berbekas di hatiku. Orang kata kalau dapat bos perempuan memang cerewet, lagi senang kalau bekerja dengan lelaki. Ntah la aku pun tak pasti kesahihan kata-kata orang itu sebabnya bos lelaki aku ni pun cerewet juga.
“nabila.. saya nak tengok design yang saya minta semalam tu pukul 11 nanti. Ke bilik saya.” 
baru saja aku mendudukkan diri di tempat aku, cik yanti sudah mengingatkan aku tentang semalam. Tentang design yang membuatkan kami bertekak kerana katanya design aku tak mengikuti kehendak pelanggan. Kalau dah faham sangat apa yang pelanggan dia tu nak buat la sendiri. Kenapa nak suruh aku buat pula. Huh. Geram!.
Aku menghidupkan komputer dan melihat apa yang tak kena dengan design aku untuk banner mempromosikan kedai kek itu. Kata nak gambar, dah letak, nak ada nama kedai, dah tulis, nak simple. Dah cukup simple la ni, apa lagi yang tak kena? aku menongkat dagu memandang skrin komputer. Dah hilang idea untuk mengubah rekaan ini.
“heii bella, kau tenung skrin tu kenapa? Nak bagi rosak mata apa?” soal lisa menepuk bahuku sambil tergelak kecil.
“hah.. aku dah blur ni, cuba kau tengok apa yang tak kena dengan design aku ni?” kataku menyandar di kerusi sambil memeluk tubuh. Lisa menunduk dan menggerakkan mouse dan memerhatikan satu persatu item yang aku gunakan.
“pada pendapat aku la kan. Simple, smart and ok!” kata lisa dan kembali berdiri tegak.
“kann...” aku menyutujui pendapatnya. Lisa mengangguk-angguk.
“tapi mak cik kat dalam tu kata dia tak nak macam ni, dia suruh ubah. Adooiii.. poning den dibuatnyo.” kataku mengeluh. Lisa tergelak besar.
“ppsstt.. rileks la babe, macam kau tak tau nenek sihir tu, suruh orang je pandai, dia buat pun bukannya cantik sangat.” bisik lisa di telingaku. Aku tersenyum sebagai reaksi kepada kata-kata lisa.
“habis tu sekarang kau rasa aku patut buat macam mana?” soalku mengalih topik.
“alah.. kau tukar warna, tukar susun atur gambar, ubah posisi tulisan sudahhhh. Hah satu lagi tukar jenis tulisan bagi nampak menyerlah sikit. Yang kita nak promote nama kedai tu bukan gambar dia.” 
mata aku bersinar-sinar seolah-olah sudah mendapat inspirasi daripada kata-kata lisa tu. Laju tangan aku menggerakkan tetikus mengubah design menjadi sesuatu yang lebih menarik.
“amboii.. dah dapat idea ucap terima kasih pun idak...” perli lisa bila aku membiarkan saja dia berdiri di sebelahku.
“ehh.. thanks lisa, lupa pulak. Tengah excited ni.” kataku 
“hemm.. teruskan, teruskan. Lunch nanti belanja aku makan.” kata lisa lalu berlalu ke tempatnya.
“tak de hal. “ jawabku. Sesaat kemudian fikiranku mula memutarkan kata-kata lisa tadi. Belanja makan? Bagi idea sikit pun kena belanja makan?.
“ambbooiii..” aku memusing memandangnya yang sedang mentertawakan aku.
“aku gurau je” jawabnya.

********
Tengahari itu seperti kebiasaannya aku akan ke kedai roti yang tak aku pasti apa namanya. Mengambil roti yang aku inginkan, buat bayaran di kaunter dan terus kembali ke pejabat. Selalu lisa dan kawan-kawan sepejabat yang lain menegurku kerana jarang makan tengahari. 
Bukan tak nak makan, bukan juga diet tapi ini adalah salah satu cara aku mengamalkan cara penjimatan. Sekali-sekala bila terasa tertekan di pejabat ada juga aku ikut mereka yang lain pergi makan di gerai berhampiran. Tapi kalau diamalkan selalu koyak la poket aku. Bayangkan saja duit makan untuk tengahari mencecah RM5 sehari, kalau seminggu dah berapa? Duit minyak lagi, sewa rumah dan belanja lain-lain. Sebab tu aku mengambil jalan selamat dengan memasak di rumah. Lebih jimat sebab boleh makan dua tiga kali, sekali masak untuk makan pagi, tengahari dan malam. 
Aku melayari internet sementara menunggu masuk waktu kerja. Facebook, blog, twitter apa lagi yang aku tak buka? Habis semua aku daftar jadi ahli. Saja suka-suka. Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Nama naja tertera di skrin.
“ello.”
“hello bell, jom makan!” kata naja terus menjerkahku.
“makan? Aku tengah makan la ni.” jawabku
“kau makan kat mana aku datang sekarang.”
“nak buat apa? Kau makan je la sorang-sorang” kataku pelik bila naja tiba-tiba mengajakku makan bersama.
“hishh kau ni, aku nak belanja makan tak nak pulak. Cepatla cakap kau makan kat mana? Aku datang sekarang.”
“kat office.” jawab sepatah.
“eh, kau keluar makan ke tak?” soal naja keliru.
“aku beli roti makan kat dalam office”
“makan roti je? Eh jom la ikut aku kita makan sama”
“malas la.. penat nak jalan, baru je turun tadi” kataku sehabis daya cuba mengelak.
“ahh.. tak kira, tak kira aku datang office kau sekarang. Tup” talian dimatikan. 

Aku memandang kosong skrin telefon. Kacau betul la naja ni aku baru nak layan baca blog orang. Aku log off komputer dan mencapai beg di dalam laci dan terus keluar dari pejabat. Ingin menunggu naja di ruang lobi.
Tak sampai lima minit aku menunggu kelibat naja sudah kelihatan melambai-lambai ke arahku. Nak ajak aku makan pun bukan main excited lagi muka dia. Tiba-tiba mata aku terpandang kelibat seseorang di belakang naja yang sedang berjalan dengan lambatnya. 

Saat ini aku sudah terasa seperti ingin mengetuk kepala naja dengan kasut tumitku.

“bell, tu” kata naja melirikkan matanya ke arah aizat yang sedang berjalan perlahan. Mungkin reaksi serba salah kerana menggunakan naja untuk keluar denganku.

“hai..” tegur aizat.

Walaupun aku kata aku tak suka a.k.a tak ada perasaan kat dia tapi tak bermakna aku perlu melayannya dengan buruk kan?. Aku senyum sekadar membalas tegurannya.

“eh.. kita nak makan kat mana ni?” soal naja tak sabar-sabar, amboii.. ni mesti ada yang dah janji nak belanja dia makan sebagai reward. Tipikal.

“kita makan dekat-dekat sini je la, pukul dua ni aku ada meeting.” kataku sengaja berhelah. Heh.. bila masa pula pejabat aku mengamalkan memo untuk bermesyuarat?.

“aa.. kalau macam tu, aku tau tempat mana paling best nak makan” kata naja dan terus berjalan meninggalkan kami berdua di belakang. Aku berdiri kaku menunggu aizat jalan dulu, tapi aizat juga menunggu aku mendahuluinya. Penyudahnya kami jalan beriringan. Itupun tak lama bila aku berlari anak mengejar naja yang sudah kelaparan terus ke gerai ikan bakar kegemarannya setiap kali datang ke sini.

Aku beratur mengambil nasi putih dan memilih lauk. 

“kau ambil je nak yang mana, ada orang belanja” bisik naja ke telingaku. Aku tengok dia begitu seronok mengambil ikan keli bakar dan beberapa jenis lauk lain. Amboi ini memang makan sakan kawan aku ni. Manakala aku sekadar mengambil mana yang murah dan sesuai dengan seleraku. Siapa kata aku nak biarkan dia belanja aku? Aku makan aku bayar sendiri la.

“sikitnya awak makan” tegur aizat apabila kami sudah mengambil tempat.

“nabila memang tak makan banyak, lagipun tadi dia dah makan roti” kata naja menjawab bagi pihakku. 

“oohh.. kalau tak cukup boleh tambah lagi, saya belanja” kata aizat lebih merujuk kepadaku.

“ahh.. ye ke? Terima kasih.” kata naja lagi. Aku lihat aizat tersenyum. Dia tak tahu yang aku dah pun buat bayaran untuk makanan dan minuman aku ni, tak mahu aku termakan budi. Nanti dia akan guna alasan yang aku pula perlu membelanjanya makan sebagai helah untuk mengajakku keluar lagi. Dah biasalah cara lelaki ni. Aizat bukan lelaki pertama yang keluar denganku.

Aku makan dengan penuh senyap walaupun aizat dan naja sedaya upaya cuba membuka mulutku supaya bersuara. Aku bukan nak jadi sombong cuma tak mahu memberi harapan sedangkan hati tak sudi. Biarlah aizat tahu yang aku benar-benar tak berminat untuk mengenalinya melainkan sebagai teman biasa.

“pak cik.. kira ya” pinta aizat kepada pakcik tauke gerai ini.
“RM20 je.” kata pakcik itu.
“yang ni sekali pakcik,” kata aizat menunjuk ke pingganku
“eh.. yang ni dah bayar kan?” soal pakcik itu kepadaku.
Aku mengangguk. Berubah air muka aizat bila mendengar kata-kata pakcik itu.
“sorry saya tak tau awak nak belanja jadi saya bayar dulu” kataku sekadar ingin menyedapkan hati aizat.

Dia tersenyum. Kelat.

************

aku sedang menggoreng ikan untuk menu makan malam semasa naja datang dengan bedak sejuk tertempel di mukanya dan mula membebel macam mak nenek.

“kau tau tak, aizat terus tak ada mood lepas kitorang balik office. Agaknya dia terasa sebab kau bayar sendiri, padahal dia nak belanja kau.” kata naja sambil menuang air ke dalam cawan dari dalam peti sejuk.

Aku buat tak tahu dan terus mengisi nasi ke dalam pinggan. Seolah-olah tiada sesiapa di ruang dapur ini melainkan aku seorang. 

“kau pun satu, kan aku dah cakap ada orang nak belanja yang kau pergi bayar dulu apahal?” bebel naja lagi dan berjalan mundar-mandar di ruangan yang tak berapa nak luas ini sebelum menemui port selesanya untuk berdiri. Di tepi kuali panas.

'benda dah jadi kan? Kau nak membebel ni lagi buat apa.” kataku malas nak membicarakan tentang itu. Lincah tanganku mengalihkan ikan di kuali, secara tak sengaja minyak itu mmercik dan terkena betul-betul pada naja yang berdiri begitu hampir.

“oouuhhh... sakitnya.” jerit naja dan terlompat-lompat. Refleksi akibat terkena minyak panas. Aku tergelak kecil, gelihati melihatnya yang baru ingin membebel terus tak jadi.

“sorry.. sorry. Tu la kau duduk dekat situ buat apa. Kan dah kena...” kataku dengan sisa tawa yang tak hilang.

“aduuhh.. sakit. Nasib baik kena lengan, kalau kena muka tadi macammana.” rengek naja. 

“alahhh.. terpercik sikit je, bukan kena simbah pun. Kalau kena simbah dengan minyak panas tu lain la.. tengok, tak ada kesan pun.” kataku dan melihat sekali imbas lengan naja tempat terkena percikan minyak.

“jahat kau ni, ntah-ntah saja je nak kenakan aku sebab tak nak aku bercakap pasal aizat lagi kan??” soal naja sudah membesarkan mata dan menunjukkan jari telunjuk ke arahku. 

“hheeeehhh.. pandai je nak tuduh orang. Dah tepi, tepi aku nak angkat ikan ni, kang terpercik lagi kang aku pula yang kena” gurauku.

Naja buat muka.

“ehh.. tapi kan bell.. aku rasa kau tetap tak patut buat macam tu kat dia, kesian dia tau, beriya-iya ajak aku pergi makan dengan kau, padahal office kitorang dengan office kau bukannya dekat, dengan niat yang berkobar-kobar nak belanja orang makan, tiba-tiba orang tu pulak....”

“sekarang aku memang rasa nak simbah kau dengan minyak panas ni.” kataku memotong kata-kata naja dan memandangnya dengan muka serius. 

Berlagak je lebih. Tak beraninya aku nak simbah dia dengan minyak panas. Tak pasal-pasal tidur lokap malam ni.

Naja terdiam, dipandangnya minyak panas dalam kuali dan muka aku bersilih ganti.

“eh.. dah siap masak ke? Laparnya perut aku. Ikan goreng je bell? Sup sayur tak ada?” soal naja dan terus mengambil nasi dalam pingganku, pura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Aku mencerok sepinggan lagi nasi untukku. Segaris senyuman terlukis di bibir yang cuba aku sembunyikan dari pandangan naja.

********
aku termenung di dalam bilik. Mata aku tepat memandang syiing seolah-olah ada satu tayangan filem yang dilakonkan oleh aku sendiri dan seorang lelaki. Lelaki yang masih aku tunggu sehingga kini.

Latar tempat, di sebuah majlis perkahwinan di kampungku. Dia menarik perhatianku. Errr mungkin juga perhatian beberapa budak perempuan lain. Memang dia kacak, dia smart, dia memakai kemeja biru petak-petak berlengan pendek yang dipadankan dengan seluar jeans biru. Telinganya disumbat dengan earphone. Rambutnya nampak serabai dan menutupi dahinya. Dia memakai kaca mata berbingkai hitam dan tebal, macam budak nerd. Semasa dia makan aku memerhatikan saja perlakuannya yang nampak cool. Walaupun nampak macam sombong tapi bagi aku itu biasa sebab dia berada di dalam kelompok yang asing. Yang dia tak kenal. Satu perkara yang aku suka tentang dia adalah cermin mata itu. Seperti ada sepasang mata yang cantik yang dia cuba sembunyikan dengan memakai cermin mata itu. Aku tersenyum.
Bahagia.

“tuk..tuk..tuk.. bellaaaa.. kau dah tidur ke?” pintu bilikku diketuk oleh naja. Hilang semua gambaran yang aku lihat di syiling tadi. Aku tutup muka dengan bantal dan menjerit kegeraman. Kacau betul la naja ni.
“kenapa?” soalku.
“jom teman aku tengok tv..” pintanya lirih. Seolah memujuk.
“malas.. nak tidur.” kataku.
“ala... beellll.. jom la, kau tidur kat depan pun tak pe, nanti aku gerak la kau.” pujuknya lagi.
Aku bangun dan membuka pintu.
“tengok sorang-sorang tak boleh ke?” soalku.
Naja tersengih sumbing.
“takut.. malam-malam ni banyak sangat iklan cerita hantu.” katanya. Aku kerling jam di dinding bilik..
“Belum pukul 12 pun lagi, kau nak takut apa?” soalku.
“ye la.. tapi aku nak tengok tv sampai pukul 12 tengah malam.”
“cerita apa?”
“macam-macam cerita ada, malam ni banyak betul cerita best. Jom la.. temankan aku” katanya dengan mata bersinar-sinar. Aku mengeluh dan mengambil bantal dari dalam bilik. Berbaring di sebelah naja di hadapan tv.
Naja sorang je tengok tv, aku tengok tayangan filem ku di dinding rumah.

Lepas nampak lelaki yang aku suka tu bukan main excited lagi aku pergi tanya kat tuan rumah merangkap kawan sekolahku. Anis.

“siapa mamat yang tengah makan pakai spec mata tu?” soalku kepada anis.
“oohh..kau suka kat dia ye?” soal anis serkap jarang.
“eh.. tak de la, saja tanya. Tak pernah nampak pun dia sebelum ni.” kataku tersipu-sipu malu.
“dia.. macammana nak cakap eh. Ermm.. aku dengan dia dua pupu.” terang anis.
Aku pandang anis pelik.
“dua pupu?” soalku. Anis mengangguk.
“kira, opah aku dengan opah dia adik beradik, jadi mak aku dengan mak dia sepupu la. Aku dengan dia dua pupu lah” terang anis.
“ooohhhh... suadara jauh la ni?”
“tak la jauh sangat, mak aku rapat je mak dia. Kalau aku balik kampung aku selalu je pergi rumah opah dia sebab rumah opah aku dengan opah dia dekat-dekat..”
“ooohhhh...” jawabku terangguk-angguk. Puas hati dengan jawapan yang anis beri.
“suka lah tu, tengok muka pun dah tau” kata anis.
Aku tampar perlahan lengan anis.
“ehh.. tak ada la, aku tanya je.” kataku sedaya upaya cuba menafikannya. Tapi hati perempuan memang susah nak disorok. Kalau dah suka tu macam dah terlukis kat muka perkataan SUKA.
“aku cakap kat dia la.. iqram.. iqram..” jerit anis memanggil lelaki itu, l

elaki itu terpandang-pandang mencari orang yang memanggil namanya. Dan aku sehabis daya cuba menarik tangan anis supaya jangan pergi kat lelaki tu, ikutkan hati rasa macam nak tutup je mulut anis dengan kain biar dia tak menjerit-jerit. Panas muka aku waktu itu bila lelaki itu memandang anis dan aku silih ganti. Blur mukanya.

“anis.. anis.. jangan la.”rayuku pada anis, tapi tangan anis tak habis-habis menunjuk aku kepada iqram seolah cuba memberitahu hal sebenarnya.
“anis..” akhirnya aku melepaskan peganga di tangan anis dan merelakan apa saja yang bakal dibuatnya. Lantak la kalau dia tau aku suka dia pun, bukannya aku akan jumpa dia lagi. Tapi yang peliknya anis tidak pula melakukan seperti yang diinginkan tadi.

“merah muka.. kau suka kat dia kan..” soal anis masih ingin mengusikku. Dah tau lagi mau tanya. Aku diam seribu bahasa, malas nak menjawab soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

“nama dia iqram, dia sebaya kita tau, tapi dia tu pendiam sikit, suka lepak sorang-sorang. Aku jarang sembang dengan dia sebab dia tak suka bercakap. Tapi kan, kadang-kadang dia tu pemalu juga tau. Sebab tu aku suka menyakat dia. Tadi tu aku saja nak sakat kau.. jangan risau aku takkan bagitau dia lah, tapi aku saja nak bagi dia tengok kau tadi. Ye lah, mana tau tiba-tiba dia terjumpa kau kat mana-mana nanti dia tau la kau tu kawan aku. Kan?” tiba-tiba saja anis menceritakan pada aku semua tentang iqram. 

Aku diam tidak memberi sebarang reaksi, tapi sebanarnya dalam hati aku berbunga. Dah rasa macam tak nak balik rumah pun ada. 

“eh.. kau lepak la kat sini, jangan balik dulu tau, aku nak pergi bagi bunga telor jap.” kata anis dan terus menghilang di dalam kanopi.

Aku terkulat-kulat sendirian di situ, ntah kenapa tiba-tiba rasa segan pulak berdiri sorang-sorang sedangkan aku berada di kawasan kampungku sendiri. Aahh.. buat bodo je la.

Aku lihat iqram sudah habis makan dan dia bangun menuju ke arahku. Aku dah jadi tak tentu arah. Mana la tau dia nak tanya apa-apa ke pasal anis tadi. Aduuhhh.. nak lari ke nak diri je kat sini?. Hati aku berbelah-bahagi. Tapi tiba-tiba aku lihat iqram menunduk. Oohh dia nak basuh tangan rupanya. Kebetulan bekas untuk basuh tangan itu diletakkan tak jauh dari aku. Hati aku kembali tenang. Aku memandang ke kiri dan ke kanan, pura-pura seolah-olah kehadiran iqram di hadapanku tidak membawa sebarang erti. Padahal dalam hati meronta-ronta nak usha dia.

Dari sisi mata aku nampak iqram sedang mengambil tisu yang disangkutkaan dalam palstik di tiang kanopi. Walaupun melihat dari sisi mata tapi mataku tetap tertangkap dengan iqram bila mata bulatnya juga memandang ke arahku. Terus aku memusingkan kepala. Memandang keadaan di belakang tempat aku berdiri. Konon-konon ada orang panggil, padahal nak sorok muka malu. 

Aku kembali memandang ke hadapan bila sudah yakin yang iqram tidak berdiri di situ lagi. Memang betul. Dia tiada di hadapanku. Tapi.. dia tiada di mana-mana. Puas mata aku mencari lelaki yang memakai kemeja kotak-kotak. Tak jumpa. 

“eheemmm..ehem..” aku terdengar suara lelaki di sebelahku. Spontan aku memandang. Errkk.. dia ada kat sebelah aku rupanya. Sedang mengurut tekak sambil membetulkan suara.

“okeh.. chill nabila. Chill” kataku kepada diri sendiri cuba berlagak biasa.

Mengetahui yang dia berada dekat denganku sudah cukup untuk membuat hati aku berasa tenang. Tak perlu tercari-cari dia lagi.

“bell.. lepak la dulu tau, jangan balik lagi.” tegur anis yang sedang memegang bakul yang mengandungi bunga telor sewaktu melalui di hadapanku. Aku mengangguk

“iqram.. kau lepak je ye, sini tolong bagi bunga telur!.” kata anis kepada iqram. Aku mengalih pandang memandang iqram sengaja mengambil peluang untuk melihatnya. Iqram tidak menjawab apa-apa sebaliknya menjelurkan lidah kepada anis.

“jelur lidah kat aku? Siap, malam ni kau tidur kat beranda.” kata anis konon marah sambil mengawang-awangkan setangkai bunga telor ke udara. Aku terdengar iqram ketawa.

Hahhh.. lemah lutut aku.

“bella.. bella.. bangun, tidur kat bilik..” naja menggoyang-goyangkan bahuku. Aku terjaga dan terus duduk. Cerita di tv sedang menayangkan nama-nama disebalik tabir pembikinan cerita.
“pukul berapa dah?” soalku sambil menggaru kepala.
“12.30.. cerita yang aku nak tengok pun dah habis.” kata naja lalu menutup tv. Aku bangun sambil memeluk bantal dan terpisat-pisat mata menuju ke bilik tidur. Aku tertidur rupanya.
Sambil tengok filem aku pula tu!

----------------------------------???

Biasa menjadi peminat rahsia membuatkan aku mampu untuk membayangkan keadaannya bila seseorang yang kita suka berada dekat dengan dengan kita. kadang-kadang menyukai seseorang itu dalam diam lebih indah daripada kita mengungkapkan. ya.. walaupun kadang-kadang terpaksa makan hati berulamkan jantung. Tapi still perasaan itu sweet.


So, apa kesudahannya kisah Nabila dengan Iqram tu??


*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku koleksi cerita mia kaftiya bahagian 2, nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini. >_<

1 ulasan:

~CutE CHerry bl0sSoms~ berkata...

Sis mia saje buat readers eager nak tahu..hehe..
Tpi cite nie mcm best..xpe nnti beli je bku tu..hehe