Jumaat, 31 Disember 2010

2010 sedang menghitung detik, menutup tirai.

haiihhh.... aku nak panggil mood menulis nih. 

sebelum 2010 menutupkan tirainya aku nak simpulkan sepanjang tahun yang berlaku. yang dah jadi lipatan sejarah. yang bakal aku tutup "buku sejarah" tu. dan aku nak buka "buku masa hadapan" yang baru untuk tahun 2011. bukunya pun dah aku beli tadi. 

jadi? mari mulakan. 

aku tak ada azam pada tahun 2010. yang ada cuma sebuah penyesalan kerana membuat keputusan terburu-buru dan terlalu mengikut kata persekitaran dan menepis kata hati. yang ada pada tahun ini cuma air mata yang kerap kali mengalir, kata-kata kesalan yang kerap terucap, kata-kata tak disengajakan yang selalu dibicarakan. perasaan celaru, risau, tak tenang dan macam-macam yang kerapkali bertandang. 

hukum alam.. biasalah.

tapi disetiap kepahitan yang datang, ada manisnya. aku takkan lupa pada kakak yang selalu memberi aku kata-kata semangatnya, pada kakak yang selalu membantu aku dalam tugasku. pada kakak-kakak yang menjadi cermin untuk aku mengenali diri aku sendiri, pada kakak-kakak yang sentiasa membawa keceriaan dan kegembiraan dikala aku dilanda kerunsingan. kakak-kakak yang sentiasa cuba untuk memahami dan saling berkongsi serta memberiku semangat dan dorongan untuk aku mengejar cita-cita yang aku impikan.
aku takkan lupa itu!.

terima kasih kawan-kawan.. korang the best kakak ever. walaupun kita yang selalu jadi mangsa bahan jenaka. tak kisahla.

satu yang pasti, tahun 2011 akan aku lakar indah-indah, agar ia akan jadi tahun paling gembira yang aku pernah alami.
azam tahun 2011?

menjadi seorang penulis, seperti yang aku impikan bertahun-tahun lepas. yang dah aku sia-siakan  kerana angan-angan mat jenin.

wish me luck ya..

untuk kali terakhir, my tears jatuh, kerana sedih dengan  tahun yang dah aku sia-siakan. dan juga untuk segala kenangan bersama the kakak-kakak. isk..isk..

Sabtu, 25 Disember 2010

Jalan Buntu!!


aku melangkah ke hadapan
menuju ke masa depan
tapi tiba-tiba aku terhenti di satu jalan
pada signboard tertulis jalan buntu

aku pandang kiri dan kanan
terfikir untuk tanyakan arah jalan
tapi aku tak tahu jalan mana ingin aku tuju
lalu aku berdiri saja di tengah-tengah jalan buntu

aku pandang ke hadapan
melihat jalan ke masa depan
banyak cabangnya, banyak anak panahnya
tapi aku masih lagi terhenti di jalan buntu

jalan mana patut aku tuju?
Utara? Selatan?
Timur? Barat?
Tenggara? Barat daya?
Mana?

Aku duduk di tepi signboard jalan buntu
memikirkan dan membuat penilaian
juga membuat keputusan
jalan yang aku pilih sekarang
akan membawa aku kepada apa yang aku impikan.

Gila..
aku masih lagi di jalan buntu!.

23/12/10
2.40pm
serabut wehh..

Jumaat, 24 Disember 2010

KECINTAAN TERHADAP KOLEKSI INI

pada usia aku.... mungkin tingkatan 1 kot ke masih sekolah rendah?. Dah lupa la, aahh abaikan.

Pada masa tu aku dah pun mula berjinak-jinak dengan dunia pembacaan novel. Tak ingat siapa punya angkara yang membawa aku masuk ke dalam dunia itu, tapi yang pasti bukan adik-beradik aku, bukan mak aku. Siapa ya? Cia.. kau ye?

ok..ok.. Abaikan lagi.

ok.. masa tu aku cuma pandai pinjam novel orang je. Dan yang sebenarnya akulah yang membawa virus itu ke dalam keluarga kami. Kalau aku pinjam novel, mesti terpaksa berebut-rebut dengan mak, dengan ikah kadang-kadang dengan akak, dengan kak leng. Sebab tu kalau dah start baca tak berhenti. Sanggup tido lambat, sanggup tak makan, sanggup tinggalkan cerita kegemaran kat tv, sanggup ngadap satu buku tu je seharian.

Bahana cinta novel...

tapi beberapa tahun selepas itu. Pada tahun 2003 bersamaan aku tingkatan 2, aku mula membeli sebuah novel. Novel aku sendiri.

KAU YANG SATU-NIA AZALEA



novel ini la yang aku dan ika baca berulang-ulang kali sampai kusam kertasnya. Ntah la, seronok sangat cerita ni. Suka!.

Memang orang kata, semuanya bermula dengan langkah pertama. Bila dah mula membeli, mulalah nak beli lagi dan lagi dan lagi. Dah tu, ada aje pulak duit nak membeli. Hem.. *geleng kepala.



beberapa tahun kebelakangan ni aku mula jatuh suka dengan gaya penulisan nurul syahida. sempoi, ringan dan kelakar. kan? kan?..

Tau tak betapa susahnya aku nak dapatkkan novel SOALNYA HATI tu??. aku terbaca dalam majalah remaja dan lepas tu terus aku pergi ke kedai buku berdekatan untuk dapatkannya tapi sayang dah habis stok!. Terpaksa la aku tempah kat uncle aidid. Itu pun berminggu-minggu juga aku tunggu.

AKU KAN NOVELIS aku beli kat pesta buku. Kali ni tak payah tengok sinopsis  pun aku dah tau ceritanya memang best. Nampak tak impaknya? Baca nama penulis je dah tau cerita tu macammana . Dan memang tak sia-sia aku beli kedua-dua novel ni. Aku jatuh hati pada sufian dan suka sangat dengan sifat selamba roul.

Tak sabar nak baca novel NURUL SHAHIDA seterusnya!!!!.





yang ini memang feberet aku. Mula jatuh hati dengan BICARA HATI yang aku baca berluang-ulang kali. Tapi sayangnya aku tak beli novel tu so setiap kali nak baca kena pinjam kat cia. Dah la tu, kena tunggu turn dengan orang lain plak. Tapi cerita tu memang best!. Terbaik dari ladang..

yang kedua PERGILAH SEPI yang ni aku beli. Masa tu balik dari sekolah terus pergi beli kat kedai uncle aidid dengan cia. Tapi belum sempat aku rasmikan cia dah pinjam dulu. Sabar je la.. at last cia ceritakan kat aku masa kat sekolah sehingga membuatkan aku semakin tak sabar-sabar nak baca.

Dan yang terakhir.. SAAT CINTA BERSEMI. Yang ini pun aku baca ulang-ulang kali. Kesian dengan dhuha.. tapi lepas cerita ni aku dah tak minat lagi cerita Damya Hanna yang lain. Ada lagi dua yang aku beli tapi impaknya dah tak sehebat tiga yang terbaik ni.

Bagi aku la.. bagi kamu aku tak tahu.



RAHSIA MIMPI- ZAIFULZAMAN AHMAD

the one and only novel hantu aku pernah ada. Aku pun tak tau la macammana aku boleh beli novel ni sedangkan aku penakut. Setiap kali nak baca mesti tutup cover dengan jari. Part pontianak mata merah yang seram tuh! huhu...Dan yang paling penting aku baca siang-siang je. Tak berani nak baca malam-malam.

Rasanya misteri di sebalik tilam tu yang buat aku nak baca agaknya??.



ILANI MYSARA
satu je sebab kenapa aku beli novel ni. Sebab mak cakap, ilani mysara ni mak angkat dia. Dan mak pun mula la buka hikayat masa zaman dia kecil-kecil dulu, selalu pergi lepak kat rumah mak cik ni. Bla.. bla.. bla.. separuh cerita sudah tak ingat untuk diceritakan.



ELLIS GEE

satu-satunya novel yang aku masih belum habis baca. Juga merupakan antara novel terbaru yang aku beli. Cerita ni bukan tak best, bukan tak menarik.. cuma definasi blur tu sendiri macam tak kena. Ehem.. kau beli dan baca sendiri ah.. tak tau aku nak explain macammana


CAN YOU KEEP A SECRET?
SOPHIE KINSELLA



satu-satunya..
  • novel inggeris pertama yang aku beli.
  • Novel yang paling mahal
  • novel yang dah aku baca berulang-ulang kali tapi masih belum memahami keseluruhan cerita.
Tapi daripada sinopsis cerita aku dah tau la jalan ceritanya macammana cuma masih belum dapat memahami cara penceritaan. Sedangkan itulah yang aku inginkan disaat aku membuat keputusan membeli novel ini. Kalau novel inggeris, walaupun ia novel cinta tapi cerita mereka bukan cinta semata-mata. Dan itu yang aku cari.. cheehh.



ADAM DAN HAWA
AISYA SOFEA

siapa suka adam dan hawa angkat tangan sekarang. Siapa teringin suami sendiri hadiahkan cik ted, angguk sekarang!

Aku dah angkat dan angguk dah ni.




KREISYA REISYA

kisah kasih adalah novel yang aku paling tak boleh lupa. Pertama kali aku baca cerita ni masa tu pinjam kat norli. Sehari baca dah habis. Suka sangat dengan watak manja puteri faradhika dan misterinya shah E. dan yang paling penting, sebab kisah kasih la terciptanya  GADIS PENJUAL BUNGA

Dan bila muncul indahnya kasih, sambungan untuk kisah kasih, aku beli dua-dua sekali sebab senang nak rujuk. Bila baca balik kisah kasih baru aku faham siapa sebenarnya shah E aka archer.



AKU DIA DAN GITAR

buku ni pun aku beli masa kat pesta buku. Dan aku beli buku ni bukan sebab dia bagi t-shirt percuma, bukan juga sebab dapat beg percuma. Tapi aku terjatuh hati dengan lagu “rainbow” nyaniyan jay chow tu...

Serius! Masa nurfa dan dua lagi penulis yang lain tengah launchkan novel masing-masing, panggil apa? Montaj? Slide? Tak kisahla tapi nurfa punya yang buat aku tersenyum. Lepas tu terus aku beli walaupun aku dapat t-shirt “buku bunga-bunga”. Macam aku kata tadi, aku bukan nak sangat pun t-shirt tu... (ceh padahal sebab dah tunggu lama tapi t-shirt tu tak sampai-sampai juga. So ambil je la mana yang ada)

nurfa kau mesti sedang tersenyum sekarang sebab budak umur 9 tahun dah mula syiok dengan novel kau. That's shafurah. Aku harus menapis bahan bacaannya kelak!.




Ini dia koleksi kecintaan aku. 37 buah semuanya. Termasuk semusim rindu yang hilang dan lagu rindu yang ada tandangan AYU EMELDA kat bilik kak leng. Dah snap baru teringat tertinggal satu lagi buku.

Wahh.. lepas ni ramai la yang sms dan datang rumah aku nak pinjam novel kan. Psstt.. korang. Aku charge RM3 untuk satu novel ye. Almaklumla.. penganggur berjaya. Harus bijak memcari duit saku. Huhuhu..

Khamis, 23 Disember 2010

meet my pancake

keinginan untuk makan penkek memang dah lama ada. keinginan untuk membuatnya pun memang dah lama ada cuma.. tak jumpa resepi dan tak yakin. sebenarnya dalam buku resepi mak tu ada je resepi nak buat pancake, tapi aku tak pernah cuba buat pun.

dan pagi tadi, saja la google cari resepi wafle dengan pancake dan terjumpa resepi mudah dan ringkas. kebetulan pula mak tak ada kat rumah petang tadi, sharp pukul empat terus on laptop, tengok balik resepi tadi. dan buat dengan pantasnya.!! huishh..

sangat pantas, sebab tak mau mak balik dan tengok aku masih terkial-kial di dapur  tak mahu!!!.. aku mahu mak balik tengok, tengok dah ada makanan atas meja. yeah.. begitu.


kalau ikut resepi asal sepatutnya begini, tapi aku buat begitu. resepi asal sepatutnya telurnya dua biji, tapi aku buat sebiji je. resepi asal sepatutnya guna susu segar tapi aku guna santan je. those and that finally siap jugak.

wanna see??

here my pancake..

 kalau nak resepi boleh klik kat myresipi bukan setakat resepi pancake, macam-macam resepi ada. tapi kalau yang aku baru buat tadi, aku rujuk resepi yang INI.

kerana terlalu teruja, aku ambil beberapa gambar tambahan lagi. sebenarnya dah tak tahan nak makan tapi nak tunggu mak balik bawa peanut butter dulu. jadi ambil gambar je la.

tapii.. sebab dah tak tahan sangat. aku dengan ika makan dulu cicah dengan madu!. ermm.. yummy. sendiri masak memang la sedap :p



lepas ni makanan ni pastilah akan jadi salah satu makanan aku dikala kebosanan. (kalau bosan aku suka makan, kalau nak makan kena masak dulu kan?)

jadi untuk kamu semua selamat mencuba!.












Selasa, 21 Disember 2010

dua persimpangan



DUA PERSIMPANGAN

Aku kini berada di dua persimpangan
satu jalan yang penuh liku, bersemak, berdenai dan masih lagi tanah merah
satu lagi jalan yang lurus, cantik, lapang dan bertar hitam

aku kini dalam dilema
antara kiri dan kanan
Antara hitam dan putih
yang mana satu patut aku pilih?

Satu hari berlalu
tanpa aku sedar
aku masih lagi berdiri
di tengah-tengah antara dua persimpangan itu

fikiran aku menyuruh aku memilih jalan lurus
hati aku menyuruh memilih jalan berliku
fikiran aku? hati aku?
kiri! Kanan!

Aahhhh....
ada tak jalan yang menuju ke depan?
Kerana berpatah balik adalah tidak dibenarkan.

Aku kini berada di dua persimpangan...

22/12/10
rabu
9.56pg

Isnin, 20 Disember 2010

DISEBALIK CINTA BAS MOGAH


bagi mereka yang pernah baca cinta bas mogah, ada yang pernah tanya kat aku cerita ni cerita betul ke? Terutama kawan-kawan office kat zainul rijal slim river. Mungkin sebab latar tempatnya adalah pejabat itu sendiri dan juga nama-nama watak yang aku gunakan adalah nama mereka dan yang paling penting, bas tu.

Oklah sekarang aku nak jelaskan kepada yang ingin tahu dan yang tak tahu. Cinta bas mogah BUKAN kisah benar!! tapi bukan juga semuanya PALSU. Ada yang betul ada yang tak betul. Semuanya aku garap untuk penyedap cerita.

Nak tau yang mana betul?

Watak kak ina, kak dayah dan en. din memang betul. Pejabat di tingkat dua memang betul. Hari-hari tunggu bas pukul 8 dan kadang-kadang bas lambat memang betul, kedai uncle suratkhabar dan uncle india muslim memang betul. Kalau kamu orang sungkai kamu tau la kedai kain nuruddin tu, dengan kedai sebelah dia yang jual majalah, komik tapi pagi-pagi dia jual suratkhabar depan stesen bas tu...

Dan kalau kamu anak jati sungkai kamu mesti ingat bas mogah tu walaupun bas tu dah tak ada. Dah bankrap bak kata pian, ha.. aku patut berterima kasih kat sufian aka bangla kalau kamu kenal, hehe.. tanpa dia mesti aku sendiri pun dah lupa pasal bas mogah tu. Bukan apa masa zaman kegemilangan bas mogah tu, aku kecil lagi dan memang jarang-jarang naik bas tapi yang aku ingat bas tu warna merah putih kan? Lepas tu bas tu dulu pun dah tua beno, jalan pun slow je, kalau tak silap aku la.

Jadi boleh aku simpulkan di sini, idea untuk tulis cinta bas mogah tu datangnya dari cerita pian juga la. Tak payah la aku ceritakan apa ceritanya.

Dan lagi alisa tu, tak tau nak kata dia wujud ke tak, sebabnya alisa tu watak yang aku ciptakan sebagai watak utama dan aku cuma pinjamkan cerita hidup aku untuk dia, senang cerita alisa ni tak wujud ok.

Dan yang paling penting sekali. Yang selalu aku tekankan pada semua orang yang bertanya tentang ABU bahawa ABU TAK WUJUD sama sekali. Abu cuma imaginasi aku. Yang aku ciptakan untuk melengkapkan cerita.

Tapi kalau abu tu wujud pun best juga kan? Aku mengaku aku jatuh hati pada watak abu.. hehe.

Dan sekarang aku sedang dalam proses untuk siapkan cinta bas mogah part 2, sebab ramai tak puas hati dengan ending yang sebelumnya. Aku memang suka buat cerita tergantung. Dan aku pun tak pasti bila cerita tu akan disiapkan. Kalau cepat-cepat lah kalau lambat, lambatlah.

So, tunggu je lah.

cerpen LELAKI SEBELAH AKU 2

dari sehari ke sehari aku nak update pasal cerpen aku yang terbaru ni, tapi masih tak terupdate. jadi sekarang, aku betul-betul nak update.

bagi yang pernah baca cerita LELAKI SEBELAH AKU sebelum ni, ini dia aku bawakan lelaki sebelah aku part dua.

kenapa buat part dua?

sebab ramai yang tak puas hati dengan ending lelaki sebelah aku yang pertama tu. dan kebanyakannya suruh aku sambung. dan sebab yang paling utama sekali, cerpen tu dapat komen yang paling tinggi diantara certta-cerita yang lain. haha..

memang agak lambat cerita ni disiapkan sebab aku tak ada idea nak panjangkan cerita dan juga malas nak nak fikir, tapi sebab dah tulis separuh makanya aku sambung je bagi habis. dah malas nak merapu banyak-banyak lagi. kalau sesiapa rasa nak baca nah! silalah baca, kalau tak nak baca pun tak apa.


hak aku sebagai penulis adalah hanya menulis, dan hak kamu sebagai pembaca terletak di tangan kamu sendiri..




LELAKI SEBELAH AKU BAHAGIAN 2

selepas kejadian aneh di panggung wayang tempoh hari, selepas fared beriya-iya menentukan tempat duduk aku di tengah-tengah antara dia dan ashraf, selepas dia beriya-iya memberitahu teman-temannya bahawa snek kegemaranku adalah banana split, selepas dia membuatkan aku tertanya-tanya dengan sikap peliknya itu, aku kini tidak lagi berjumpa dengan lelaki yang duduk di sebelah aku semasa di taman tasik, semasa di kedai makan, semasa di dalam panggung wayang itu. Tidak lagi. Bukan aku yang tak nak jumpa, tapi aku tak dibenarkan untuk berjumpa dengannya.

Err.. mungkin perkataan tak dibenarkan itu tak sesuai kot... oklah aku tak berpeluang untuk berjumpa dengannya kerana mak bapak ku kini berada di rumah dan aku kini kembali dikawal dengan ketatnya oleh mereka. Termasuk fared.

Aku termenung di jendala kamar. Memandang sepi jalan raya di hadapan rumahku yang sesekali dilalui oleh beberapa buah kereta. Bosan.
Kemudian aku melangkah ke katil dan berbaring di situ. Lama aku termenung tapi tak tahu apa yang aku menungkan.

Lamunan aku terhenti bila pintu bilik aku diketuk. Dengan malasnya aku bangun dan membuka pintu. Imej fared sedang tersengih sumbing terlayar di hadapan mata. Aku membiarkan dia dengan sengihannya itu dan kembali berbaring di atas katil.

“woii.. bersemangat la sikit..” kepala aku dihempuk dengan bantal oleh fared.
“ooiii.. apa ni..” marahku sambil menggosok kepala yang tak sakit. Cuma membetulkan rambut.
“hey.. dik, chill la. Takkan baru kena kurung tiga hari dah mendung?? “ kata fared sambil duduk di sebelahku.
Dari posisi berbaring, aku kini bersandar di kepala katil.
“siapa mendung?? aku ok je..” kataku berdalih.
Cuba menyembunyikan keresahan yang sedang aku alami. Mati aku kalau fared tahu aku tengah teringatkan ashraf. 7 hari 7 malam pun tak habis sesi membahan dia tu.
“eleehhh..muka monyok macam tu ok?. Blahh la..” kata fared memperlekehkanku sambil menolak kepalaku. Kasar.
Aku diam. Tidak bereaksi dengan perlakuannya. Tak ada mood nak bergusti time-time moody macam ni. Tunggu la mood aku dah ok nanti, siap kau fared!.
“wehh.. aduhh. Boring la macam ni. Apasal kau ni?? demam ke?” soal fared sambil tangannya sibuk meraba dahi aku.
Aku tepis kasar.
Penyudahnya fared hanya berbaring di sebelahku. Dan aku masih statik di tempat yang sama. Masing-masing diam melayan perasaan.
Kesunyian kami terhenti apabila fared mengusulkan satu cadangan yang agak gila.
“nell, jom keluar!.”
“hah??.. pergi mana? Mummy macammana?” soalku agak terkejut dengan cadangan fared.
“ala.. mummy daddy bukan kisah pun pasal kita kat rumah ni.. nanti pandai-pandai la reka cerita. Yang penting sekarang. Kita keluar.”
“eeii.. nanti..” kata-kataku terhenti. Tak tahu apa yang nak aku katakan. Memang aku nak keluar tapi kalau keluar tanpa pengatahuan mummy nahas la namanya. Kalau nak minta izin mummy pun satu masalah juga. Ingat mummy senang-senang ke nak lepaskan kami macam tu je??.
“nak ke tak nak??” soal fared tak sabar menantikan jawapan dari aku.
Aku kerut dahi, resah gelisah aku dibuatnya. Macammana ni? Nak ke tak nak??..
“habis kalau mummy dapat tau macam mana? Apa kita nak jawab?” soal ku curiga.
“pasal tu kau jangan risau. Ini fared la, satu-satunya anak lelaki En. Rashid dan Puan Hamidah. Tau la apa yang aku nak buat. Dah jom!”.
Fared menarik tanganku keluar dari rumah yang membosankan itu.

*******

Di midvalley, fared dan bobo sedang beratur membeli tiket wayang, aku dan ashraf sedang beratur membeli makanan ringan. Hari ini cuma kami berempat yang keluar, kerana fahmi dan fatul ada agenda lain yang ingin mereka lakukan. Tiba-tiba bahu aku ditolak kasar, secara tak sengaja tubuhku semakin mendekat dengan ashraf yang ketika itu secara spontan memegang lengan aku mengelakkan aku daripada jatuh.
“oohh.. sorry I tak senga.... “ kata-kata perempuan yang melanggar aku itu terhenti, aku mengalihkan mata memandangnya.

Sebik mata aku bertemu dengan mata perempuan itu tak ada yang lain akan aku katakan selain..
hidup ini indah!.

Indah kerana aku telah bertemu dengan anak kepada kawan baik mummy merangkap bekas rakan sekolahku dan yang paling indah, kami tak pernah sebulu dan dia selalu mengadu kat mama dia semua tentang aku. Nelly yang itu, nelly yang ini. Oh, memang..
indah!.

“hai.. nelly!. I tak sangka boleh jumpa you kat sini?.. oo.. dengan boyfriend.” katanya sambil memandang kami dengan pandangan yang penuh muslihatnya, terutama ke arah ashraf di sebelahku.
“oohh.. dunia ni kecil je kan. Kita boleh terjumpa kat mana-mana pun.. tapi, kalau diberi peluang aku harap yang aku takkan terjumpa kau sekaarang” kataku tapi kata-kata terakhir itu cuma terlafaz dalam hati je.
“oohh.. betul tu. By the way you tak nak kenalkan boyfriend you tu kat I ke?”
“sorry you dah salah anggap, ni ashraf, kawan fared. Tu fared pun ada kat sana tengah beli tiket.” kataku seraya menunjukkan ke arah fared. Yana memandang sekilas ke arah yang aku tunjukkan.
“whatever. Ok la, I pergi dulu. Kawan I dah tunggu tu.” yana melambai pendek.
Bagus pun, pergi la cepat-cepat.
“oohh.. nelly, sebelum I terlupa I nak tanya, mummy you tau ke yang you keluar ni?. Ye la mummy you tu kan konservatif sikit..” 

sempat lagi dia nak memerli aku dengan gelaran mummy yang konservatif!. Apa? Mama dia tu moden sangat ke?. Biarkan anak perempuan keluar merata-rata ntah dengan sesiapa. Sekurang-kurangnya mummy menjaga keselamatan anak-anaknya bukan konservatif!

Terus hilang mood aku. Selesai saja ashraf membayar harga makanan dan minuman, terus aku berjalan ke ruang yang lebih lapang. Dengan hati yang berdongkol rasa geram dan tak puas hati terhadap yana. Saat ini aku rasakan idea fared membawa aku keluar adalah satu idea yang bodoh. 

Ok mungkin pada awalnya aku rasakan ini adalah idea yang paling baik sebab dapat jumpa ashraf. Tapi selepas jumpa yana tadi. Tidak lagi.

“show start pukul 3. sekarang baru pukul 2.30..“ kata fared mengeluh sambil memandang ashraf yang sedang sedap menguyah popcorn. Bobo datang dan merampas sebahagian popcorn dari tangan ashraf sebelum fared ikut serta berebut sambil menjerit berkata..
“ini tak sempat tunggu show dah habis popcorn ni.”

dan aku cuma berdiri memeluk tubuh dengan pandangan kosong ke arah lautan manusia di hadapan aku. Resah memikirkan apa agenda yana seterusnya selepas terserempak dengan aku dan ashraf tadi. Runsing!!..

tiba-tiba sebiji popcorn dibaling ke mukakaku.

Aku memandang ke mereka dan melihat enam pasang mata memandang tepat ke arahku dengan satu suara bertanya..
“apehal sis??”
aku kembali memandang manusia dihadapanku. Tidak bersuara.
Dari sisi mata aku nampak fared bertanya pada ashraf menggunakan isyarat kepala. Dan dari sebelah telinga aku terdengar ashraf menceritakan serba sedikit mengenai pertemuan indah beberapa minit sebelumnya..
“tadi ada sorang minah tegur dia, cun..”
hati aku bergetar bila ashraf menyebut perkataan cun itu,
“rambut panjang..”
hati aku terdetik, ashraf suka perempuan rambut panjang ke?. Aku mengusap rambut aku yang tak berapa nak panjang, setakat panjang bawah sikit dari bahu.
“tinggi-tinggi”
aku jeling kasutku yang tak berapa tinggi. Sekadar kasut sarung. Tapi aku ni tak cukup tinggi ke? Aku rasa aku lagi tinggi dari yana yang berkasut tumit tu.
“lepas tu?” soal fared.
“lepas tu minah tu ingat, aku boyfriend adik kau, then dia tanya, mak kau tau ke yang adik kau ni keluar. Dah tu je.”
“siapa nama dia?” soal fared lagi dengan dahi berkerutnya.
“ntah! Tak dengar pulak dia cakap nama dia. Diorang pakai I you, I you je.” jawapan selamba ashraf membuatkan aku rasa nak ketawa. Hilang sekejap rasa susah hati aku tadi.
“siapa? Kau kenal ke?” soal bobo.
“ntah!..siapa budak tu dik?” soal fared kepadaku.
Aku memandang tepat ke wajahnya dan terus menjawab.
“yana.” sepatah.
“yana?.. yang gedik tu? anak kawan mummy?”
aku mengangguk. Siapa tak kenal yana, dan sudah tentu fared juga mengenali yana sebab dulu mummy pernah suruh fared berkawan rapat dengan yana, tapi fared sendiri pun tak pernah berkenan dengan perangai manja yana yang berlebihan tu.
Sambil menyuap sebiji lagi popcorn ke mulutnya ashraf bertanya,
“siapa minah tu bro?”
“musuh ketat kitorang..” jawab fared.
“ooo..” balas ashraf dan sebiji lagi popcorn masuk ke mulutnya.
“eh, jom la masuk dah nak mula dah show.” ajak bobo.
Kami bergerak melalui laluan yang mula dipenuhi manusia-manusia yang juga mempunyai tujuan yang sama. Aku berjalan beriringan dengan fared dihadapan manakala ashraf dan bobo di belakang kami. Telinga aku terdengar bobo yang memarahi ashraf,
“eh.. kau ni dah nak habis popcorn kau sorang je makan. Kat dalam nanti kau nak bagi aku makan apa, taruh la sikit. “
ashraf masih lagi memasukkan popcorn ke dalam nulutnya.
“eh.. dah, dah.. bak sini aku pegang.” bobo merampas plastik dan popcorn di tangan ashraf.
“lapar..” kata ashraf seolah-olah budak kecil yang tak diberi makan oleh maknya.
Aku tersenyum.

***********
sebelum pukul tujuh kami dah tergesa-gesa balik ke rumah. Sebab biasanya mummy akan pulang dalam pukul tujuh atau lapan sebab tu kami perlu sampai rumah sebelum mummy sampai, tapi tak sangka masuk je dalam rumah mummy dah siap menunggu di sofa. 

“pergi mana tadi?” soal mummy tegas.
Aku pandang fared, memintanya untuk bertanggungjawab seperti yang dijanjikan sebelum keluar tadi.
“eh.. awal mummy balik?” kata fared menukar topik dan berbuat selamba terus ke sofa mengambil tempat di sebelah mummy.
“soalan mummy tadi tak jawab lagi.” mummy bersuara tegas. Aku masih tercegat di hadapan pintu tidak berganjak.
“ala.. bukan pergi mana-mana pun, jalan-jalan je.” jawab fared sambil mengurut lengan mummy.
“jalan-jalan..kat mana?” soal mummy lagi.
“ala.. kat..”
“midvalley!.” sebelum sempat fared bersuara aku dah menjawab bagi pihaknya. Bukan apa, aku takut kalau fared bagi jawapan yang bercanggah. Dan aku tau mummy pasti tahu tentang ni sebab kawan baiknya merangkap mama yana yang bagitau. Cepat betul berita tersebar kan?.
fared memandangku dengan dahi berkerut. Aku memberinya isyarat supaya mengiakan kata-kataku sambil berjalan dan duduk di sofa.
“ha'ah.. pergi midvalley sebab kawan abang nak jumpa.” kata fared menambah.
“kawan abang ke kawan adik?” soal mummy curiga.
“kawan abang!” serentak aku dan fared berkata.
“hem.. lain kali kalau nak keluar bagitau mummy atau daddy dulu.” kata mummy lalu bangun memanjat anak-anak tangga menuju ke biliknya.
“fuuhh..” aku dan fared menarik nafas lega.
“apasal awal pula mummy balik hari ni?” soal fared pelik.
“aii dah lupa ke siapa kita jumpa kat mid tadi?” soalku
“siapa?”
“yana la.. mesti dia yang bawa cerita. Sebab tu la mummy tanya kawan aku ke kawan kau. Lagi teruk kalau kita menipu tadi tau. Eeeii.. taubat aku tak mau keluar curi-curi lagi.”
“eleh.. baru kena sekali dah serik. Bukan mummy marah pun. Lagipun macam aku tak tau, kau seronok dapat jumpa ashraf tadi kan?” soal fared serkap jarang.
“eh.. bila masa. Tolong sikit.” kataku lalu capai beg dan berkira-kira untuk ke bilik.
“alalala.. tak nak ngaku plak. Aku tau la kau suka kat dia..” jerit fared.
Aku buat tak tahu dan cepat-cepat lari naik tangga.

*******
petang itu aku tergerak hati untuk ke tasik itu lagi. Sebelum keluar aku menghantar pesanan ringkas kepada mummy sekadar untuk memberitahu lokasiku. Kali ni aku bawa sekali novel yang baru aku beli untuk dibaca. Kalau ada rezeki jumpa ashraf, ada la. Kalau tak jumpa pun tak apa. Kata-kata penyedap hati. Tak mahu terlalu berharap kelak kecewa pula.

Sampai di tasik, aku mengambil tempat duduk di atas rumput berbumbungkan pokok besar yang berbunga kuning. Sekali-sekala datang sini duduk atas rumput pun best juga. Novel dalam beg aku keluarkan dan mula membaca. Sepoi-sepoi angin yang meniup lembut pipiku menerbangkan rambut yang dibiarkan lepas bebas. Aku tersenyum. Ahh.. rasa macam tengah shooting drama pula.

“ehhemm.. eheemm.. ambil port orang ni ada lesen ke?.” tegur satu suara. Aku memandang lelaki yang sedang berdiri di sebelahku.
“hai ash.” tegurku. Dalam hati berbunga riang. Tak payah janji pun dah boleh jumpa. Ashraf mengambil tempat disebelahku.
“kalau nak duduk sini kena bayar duit perlindungan.” kata ashraf serius.
“hah? Kenapa?” soalku pelik. Setahu aku taman tasik ni dibuka untuk orang ramai, tak ada yang jaga kat pintu masuk pun.
“sebab kau dah ambil tempat aku.” katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg.
“tempat kau? Tak ada tulis nama pun?” kataku sambil pura-pura mencari nama di atas rumput dan dahan pokok.
“tak pe lah, oleh sebab kau adik kawan aku maka aku benarkan kau lepak kat sini.” katanya. Ditangannya terdapat sebatang pensil dan sebuku kertas lukisan.
“nak buat apa tu?” soalku
“ni?. Nak buat kapal terbang kertas.” katanya mula melakar sesuatu di atas kanvas.
“melukis eh.”
“dah tau lagi mau tanya.”
“eh.. kau pandai melukis ke? “ soalku teruja
“tak pandai pun, menconteng pandai la.”
“elehh.. apa lagi yang kau suka buat? Baca novel, melukis, makan...” kataku mula menyenaraikan perkara-perkara yang aku perasan tentangnya.
“mana kau tau aku suka makan?” soalnya memandang tepat ke mukaku.
Aku terdiam. Salah cakap ke?
“kau memang suka makan kan?” soalku.
“tak suka, sebab tu lah badan aku kurus kering.” jawabnya.
Aku buat muka. Cakap dengan dia ni buat sakit hati je. Suka main-main. Aku kembali membaca novel dan dia kusyuk dengan hasil contengannya. Ntah apa yang dilukiskan ntah.
“eh.. tetiba rasa lapar pulak. Kau lapar?” soal ashraf tiba-tiba.
“hah.. kan aku dah kata kau suka makan!.” kataku teruja.
Ashraf tidak mempedulikan kata-kataku sebaliknya terus mengeluarkan dua bungkus roti dari dalam begnya. Sebungkus diberikan kepadaku.
“mak kau tak masak ke kat rumah?” soalku.
“masak..”
“dah tu kau tak makan ke?”
“dah..”
“tak kenyang-kenyang lagi?”
“kau ni banyak soal juga kan?” katanya tidak menjawab soalanku.
Aku terdiam. Aku banyak soal ke? Mungkin sebab terlalu ingin mengetahui tentangnya membuatkan aku terlalu banyak bertanya.
Aku hanya ketawa akhirnya sambil menjamah roti yang diberikan. Bisu lagi diantara kami.
“eh.. kau lukis apa tu? Nak tengok.” pintaku sambil mencuri pandang ke lukisannya. Tapi lukisan itu dibawa lari jauh dari pandangan mata aku.
“eh.. sibuk!. Mana boleh tengok orang punya” katanya memeluk kertas lukisan itu.
“ala.. nak tengok pun tak boleh. Kedekut” kataku lalu memusingkan diri membelakangi ashraf. Konon merajuk.
Ashraf senyap. Tidak memujuk mahupun mengusik. Rupanya dia kembali melukis. Aku capai kembali novel dan membaca sambil bersandar di dahan pokok yang besar. Angin petang yang meniup lembut pipiku membuatkan aku terlena tanpa sedar...

***************

hampir pukul tujuh baru aku sampai rumah. Fared yang kebetulan berada di garaj motor menegurku.
“pergi mana?”
“jalan-jalan..” kataku terus masuk ke rumah.
Sepanjang menuju ke bilik aku menampar-nampar pipiku. Malu!. Macammana boleh terlena depan ashraf. Ntah-ntah air liur meleleh ke, berdengkur ke, mulut ternganga ke. Eeeiii.. memalukan. Aku hanya terjaga bila terasa bahu aku digoyang-goyangkan perlahan. Buka-buka mata tengok muka ashraf. Terus aku kata nak balik walaupun ashraf tawar diri untuk hantar aku tapi aku menolak. Malu punya pasal.
Sampai di bilik aku capai tuala dan terus ke bilik air. Aaarrrggghhh. Aku menjerit sekuat hati dalam bilik air lalu mencurahkan air ke tubuh.

Sewaktu makan malam mummy bertanya kepadaku.
“adik pergi mana petang tadi?”
suapanku terhenti. Aku pandang mummy yang menantikan jawapan dariku, aku pandang fared yang merenungku, aku pandang daddy yang buat tak tahu.
“pergi taman..” jawabku sepatah. Kan dah bagitau.
“jumpa siapa?” soal mummy lagi.
Dalam hati aku dah terkarang berpuluh-puluh tanda tanya dengan persoalan mummy. Apasal mummy banyak tanya pula ni?.
“tak jumpa sesiapa.” dalihku. Memang aku ke sana bukan untuk berjumpa sesiapa. Cuma secara kebetulan je terjumpa ashraf.
“pergi naik apa?” soal mummy lagi.
:jalan kaki.”
“kenapa tak suruh abang hantar?” soal mummy memandang fared.
“adik tak suruh pun.” kata fared membela diri.
“ala.. bukan jauh pun. Saja nak jalan kaki” kataku membela fared.
Pertanyaan mummy terhenti bila daddy mula menukar topik perbualan. Fuuhh.. protektif sangat la mummy ni.
“adik tak nak request apa-apa ke sebelum hujung minggu ni?” kata daddy ceria.
Aku kerut dahi. Sesaat kemudian aku tersenyum.
“adik tak fikir lagi la daddy. Nanti adik bagitau.” kata aku gembira bila daddy mengingati tarikh lahir aku yang bakal tiba beberapa hari lagi.
“err.. hujung minggu ni ada apa? “ soal fared pelik.
“kejap!, hujung minggu ni 11hb... ohh adik mummy hampir terlupa” kata mummy menepuk dahi.
Fared menyiku lenganku. Masih tidak faham dengan apa yang kami bicarakan.
“mummy akan aturkan satu majlis untuk adik.” kata mummy tersenyum. Aku sudah bertepuk tangan, gembira.
“apa ni, abang tak faham la.. hujung minggu ni ada apa?” soal fared geram kerana aku tidak menjawab pertanyaannya tadi.
“hujung minggu ni kan birthday adik, takkan dah lupa kot.” kata daddy.
“oohhh... terlupa!.” fared menikus, malu kerana hanya dia tak ingat tarikh penting itu.
Aku pandang fared, fared pandang aku. Aku angakat kening, fared angkat dagu.
Hati aku dah berbunga. Pasti fared akan menjemput ashraf ke majlis hari jadi aku nanti. Tersenyum lebar aku.
“adik?” panggil mummy tiba-tiba.
Aku angkat kepala melihat mummy yang mengerutkan dahi.
“kenapa senyum-senyum dengan nasi?” soal mummy curiga.
Aku geleng kepala dan sumbat nasi ke mulut.


----------------------------------????

Bagaimana seterusnya dengan parti hari jadi nelly?? Dan Ashraf, apa yang akan terjadi padanya nanti??...


*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku Lelaki sebelah Aku nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini.

Sabtu, 18 Disember 2010

suri rumah pandai masak.

aku mengaku di usia yang dah nak masuk 22 tahun bulan sebelas tahun depan aku masih belum mampu untuk masakkan makanan tengahari untuk keluarga (tanpa bantuan emak).

dan aku harus akui lagi satu perkara yang pertama kali aku masak kuah laksa adalah pada usia aku 20 tahun dan aku terover excited sebab aku boleh masak tanpa bantuan emak di rumah.

masa tu aku suruh mak buat laksa tiba-tiba mak nak keluar pergi klinik dan dia bagi instr. kat aku cara-cara nak masak kuah laksa tanpa aku menyalinnya di atas kertas. esoknya aku kecoh kat office cerita pada kak ina, siap nak buat bisness jual laksa lagi. dan kata kak ina "maria kamu baru masak laksa sekali dah nak meniaga?" *tergelak*

dan aku juga sebenarnya suka sangat-sangat seni. aku suka seni masakan kek atau biskut atau pastry, sejak aku ambil kursus bakery dengan risda dulu aku pernah juga pasang angan-angan nak buka kedai kek. tapi sekarang aku terpaksa akui yang minat saja tak cukup  perlu ada kesungguhan dan usaha.

kalau ditanya kek apa yang aku pandai buat. jawapan aku cuma kek pandan. itupun sebab rajin tolong mak buat dan rajin makan kek tu. even kek butter yang mudah dan ringkas tu pun aku tak tau macammana nak buat. nak juga tunggu mak ajar....

kenapa tak nak belajar sendiri?

bukan tak nak tapi takut kalau dah buat tak menjadi. lagi satu susah sikit bila aku nak masak sesuatu mak suka tanya "nak masak apa tu" then bila aku nak buat ikut kepala otak aku mak mesti akan cakap.. " kenapa tak isi ni? kalau isi ni lembut sikit.. dll"

teruk punya anak tak nak dengar nasihat emak!. bukan..bukan tak nak dengar nasihat, cuma kadang-kadang aku suka merekacipta. seperti mana aku suka mereka cipta di kedai gambar, seperti itu la aku suka mereka cipta di dalam masakan aku.

dan yang paling best, bila aku terasa nak mereka cipta sesuatu resepi adik-adik aku pasti akan tanya "uda nak buat apa tu?" terutama u'ah dan i'ah la. dan bila dah siap, mereka la yang akan aku jamu. sumber rujukan aku biasanya buku resepi mak yang berlambak dalam almari tu.

dan..dan.. nanti, bila dah sampai masanya, bila dah kahwin ke dah duduk rumah lain ke (tak duduk dengan mak abah) aku nak jadi macam ni (macam mak cik ni) macam-macam resepi dia boleh buat, yang melelehkan airliur aku.

best kan kalau dapat mak macam tu? err.. maksud aku mak yang pandai masak macam tu.


Rabu, 1 Disember 2010

IMAGINASI CINTA





aku melipat baju-baju masuk kedalam beg sambil telingaku cuma mendengar ngomelan tria tentang perancangannya pada cuti semester ini.

“papa aku cakap dia nak bawa kami pergi bercuti kat pulau, cuma belum dipastikan lagi pulau mana kami akan pergi, sebab papa kata dia nak aku yang tentukan destinasi yang aku nak pergi, dan aku semestinya akan pilih pulau langkawi. Walaupun aku dah pergi sana hampir tiga kali! Oohh coklat-coklat kat sana membuatkan aku tak pernah bosan dengan pulau helang itu, tau tak, papa aku sanggup ambil cuti tau, lagipun papa kata kalau pergi pertengahan bulan keadaan kat sana tak sibuk sangat, dan semestinya terhindar dari bencana alam.”

“kau nak bercuti kat sana sebulan?” soalku memotong percakapan tria tanpa henti itu.

“oohh.. of course not! Lagipun papa kata dia ambil cuti dua minggu je, dan lagi ada kehidupan lain yang perlu aku nikmati daripada hitamkan kulit kat tepi pantai selama sebulan. Baki cuti lagi dua minggu tu aku nak keluar dengan kawan-kawan sekolah, dah lama kitorang tak tengok wayang, main boling, karaoke.. eh, kau tau tak, aku dengan kawan-kawan aku rajin karaoke tau, biasanya suara yang paling sedap akan dapat hadiah, hadiah tu terpulang pada orang yang bersuara sedap tu nak, psst aku bukan nak berbangga tapi aku lah orang yang bersuara sedap tu, hehe. Hemm... tak sabar gila aku nak balik esok!. “

bicara tria terhenti dan dia menyambung memasukkan barang-barang peribadinya ke dalam beg beroda dengan senyuman tak lekang dari mulut. Menunjukkan yang dia benar-benar teruja dengan cuti semester ini. Tak macam aku.

“oh ya, how about you? Your mid sem break?” soal tria tiba-tiba dan bangun menuju ke almari pakaiannya.

“aku? Mungkin aku akan tolong mak aku kat kedai restoran dia, ataupun tolong dia kemas rumah je atau duduk diam-diam depan tv sambil kunyak popcorn?” kataku dan mencapai sehelai lagi baju masuk ke dalam beg.

“oohh.. mungkin kau patut ajak mak dan ayah kau pergi bercuti juga? Ataupun kau boleh aturkan satu percutian dengan kawan-kawan sekolah. Pasti korang dah lama tak jumpa kan?” tria memberi cadangan seolah-olah kehidupan aku dan dia tak ada bezanya sedangkan aku sendiri tau, aku dan dia sangat berbeza!.

“ya.. mungkin. “ jawab aku malas.

“ohh.. aku terlalu bercakap sampaikan aku tak sedar yang aku dah masukkan semua baju ke dalam beg. Macam la esok hari terakhir aku kat sini” kata tria ketawakan kelalaian dirinya sendiri lalu dikeluarkan semua baju-baju yang dirasakan tidak perlu dibawa pulang.

Mungkin kat rumah dia dah ada banyak baju.

“esok siapa ambil kau?” soal tria kepadaku.

“tak ada siapa, mungkin aku balik naik bas” jawabku sambil mengemas almari yang hampir kosong kerana semua barang sudah di kemas masuk ke dalam beg.

“hah, kalau macam tu aku boleh tumpangkan kau sampai ke terminal, lagipun aku suruh abang aku ambil, jadi tak ada masalah kalau nak tunggu sampai kau naik bas!” pelawa tria.

“thanks, tapi tak menyusahkan abang kau ke?” soalku serba-salah.

“sure not, kan aku kata abang aku, bukan papa. Kalau papa mungkin aku terpaksa rushing tapi abang, tak ada hal lah. Lagipun kami dah plan esok nak pergi shopping sikit, saja nak cari baju untuk ke pantai nanti”

“oh.. ok la kalau macam tu.” lagipun aku memang perlukan bantuan untuk membawa semua beg-beg aku ni. Kataku dalam hati sambil melirik pada sebuah beg besar dan beberapa anak-anak beg yang berisi sedikit buku-buku yang perlu dihantar pulang.

“selesai. Aku nak pergi gosok gigi kemudian tidur. Lalala.. tak sabarnya nak tunggu esok!!” kata tria dengan riangnya dan berlalu ke bilik air.

“aarrgghhh.. aku harap hari esok akan datang dengan lambatnya.” kataku.


*********************

setelah hampir tiga jam berada di dalam bas express yang dingin dan bosan, dan juga kematu punggung, sampai juga aku dihadapan pintu rumah tanpa disambut oleh sesiapa pun. Tak ada mak, tak ada ayah dan juga adik lelakiku. Tiada sesiapa yang menyambut kepulanganku ke rumah.

Jangan kata kepulangan aku ke rumah memang tidak dialu-alukan.

Aku memikul beg menuju ke bilik tidurku. Nasib baik kunci rumah diletakkan di bawah pasu sebelah pintu, kalau tidak pasti aku perlu menunggu kepulangan mereka di hadapan rumah. Aku meletakkan semua beg-beg yang terlekap di tubuhku ke lantai dan menyembamkan diri ke katil. Lega dan selesa, sehingga aku terlena.

Satu jam berlalu...

“mak tengok sister's homecoming” jerit adik lelakiku, adli. Bunyi suaranya begitu kuat sehingga mengganggu lenaku, mungkin dia berdiri di muka pintu bilik.

“kakak dah balik?” terdengar pula suara mak yang terjerit dari jauh.

Katil aku terasa seperti dilanyak oleh seseorang dan mukaku dihempuk dengan bantal berkali-kali. Memaksaku untuk membuka mata dan memberi penerajang kepada si pengacau itu.

“kenapa balik tak bagi tau? Boleh adli sambut dengan telur dan air basuhan lantai.” kata adli. Ketawa.
“kakak.. pukul berapa sampai” tegur emak yang muncul di muka pintu. Aku meghulurkan tangan dan bersalam dengan mak.
“kakak balik tak bagitau? Habis yang kakak call ayah bagitau suruh jemput kat stesen bas tapi ayah tak muncul apa cerita?” soalku. Agak berkecil hati sebenarnya.
“kakak, yang kau bagitau ayah buat apa, ayah mana ada kat sini, ayah outstation tau tak. Dah seminggu dah” kata adli.
Aku pandang emak, mengharapkan jawapan yang pasti.
“ayah tak bagitau emak pun yang kakak nak balik?” kata emak, mengerut dahi.
“fine!, kakak dah sampai rumah sejam yang lalu tapi tak ada sesiapa kat rumah” kataku lagi, masih belum puas hati.
“kami pergi beli barang basah untuk restoran, sorry kakak mak betul-betul tak tau. Tak apa, kakak cakap je nak makan apa, mak masak malam ni” kata mak cuba memujukku.
Aku senyum, sedikit terubat rasa marah. Dan mula memikirkan apa makanan yang susah aku nak dapat kat asrama.
“ermm... how about...”
“telur mata kerbau!” adli menjawab bagi pihakku.
Aku jegil mata memandangnya.
“aa... kakak nak..”
“roti putih dengan mentega kacang” kata adli menyebut makanan yang biasa aku makan di asrama.
“adli..” tegur mak.
“kakak terasa nak makan...”
“adli tau, meggi kari berapi”
dan selepas tu memang aku kejar dia keliling rumah. Mak hanya tergeleng-geleng kepala melihat kami.Well.. sebenarnya, tak la teruk sangat duduk kat kat rumah dengan seorang adik lelaki yang nakal.

Malam itu, emak memasakkan hidangan yang istimewa untuk aku, spageti bolognaise. Tiba-tiba pulak tekak ni terasa nak makan western food. Tak habis-habis aku dibahan oleh adli yang katanya dia dah cukup muak nak makan makanan seperti ni lagi dan katanya lagi, dia sangat teringin nak makan meggi kari berapi. Dan dia berjanji akan membeli makanan segera itu esok.

Hanya tiga perkataan yang aku katakan bagi membalas usikannya.

“do I care?”

dan selepas itu dia berhenti dari mengganggu aku dan terus menonton tv seorang diri. Mungkin bosan kerana aku buat tak peduli dengan usikannya. Dan kini hanya aku dan emak di meja makan.

“so, macammana kolej?” soal mak.
“macam biasa.. tak ada apa yang menarik pun..” jawabku terus menikmati keenakan spageti itu.
“jadi cuti ni ada apa-apa plan?” soal mak lagi.
“Ada.” jawabku terangguk-angguk.
“oh.. apa dia?” soal mak sedikit teruja.
“potong sayur, siang ikan, basuh pinggan, kemas rumah, bersihkan laman, layan pelanggan. Dan oh jaga kaunter pun boleh juga” kataku bergurau.
Emak ketawa dan mengusap rambutku.
“wah.. senang la mak ada kakitangan extra, yang lagi best sebab tak payah bayar gaji dia.” kata mak juga bergurau.
Aku bulatkan mata.
“err.. ada tak kakak cakap service itu berbayar?”
“tak ada”
“hah.. jadi service itu berbayar.”
kami masing-masing katawa. Sudah agak lama tidak bermesra begini dengan mak. ya.. sejak aku masuk asrama dan jarang balik kecuali cuti yang lebih dari tiga hari.
“mak dah plan sesuatu untuk kakak” kata mak selepas ketawa kami reda.
“apa dia?” soalku ingin tahu.
“mak nak daftarkan kakak masuk kursus penulisan minggu depan, mak dah tau lama dah, tapi mak ingat kakak tak balik, tapi since kakak dah ada kat sini, mama akan daftarkan nama kakak.” kata mak tersenyum.
“tapi kakak ingat nak habiskan cuti sebulan kat rumah je” kataku agak kurang setuju.
“tapi sekurang-kurangnya kakak dapat sesuatu dari kursus ni, look.. ini bukan kursus macam kursus bina diri, kursus motivasi atau apa, tapi ia lebih kepada kem, duduk kat chalet, ada aktiviti malam, jumpa ramai kawan dan yang paling penting, kakak boleh jumpa orang-orang yang sama minat dengan kakak. Yang boleh berkongsi idea. Mana tau nanti kakak ada peluang untuk terbitkan buku sendiri? Mak dapat bayangkan pasti seronok.”

aku tersenyum paksa.

“oohh.. biar mak ambilkan air, kakak nak jus apa?”
“apple.”
dan selepas itu terus hilang selera makanku. Mak tak sepatutnya membicarakan tentang hal itu pada hari pertama aku di rumah, dan semestinya 'tidak' semasa aku tengah makan!

**********

aku menjalani hari cuti ku dengan menolong emak di restoran. Dan selepas malam pertama aku di rumah, emak sudah tidak lagi bercakap tentang kem itu. Dan aku harap yang mak takkan pernah sebut tentang itu lagi.

“kakak.. boleh tolong mak kat depan kejap?” laung mak dari tingkap kecil yang menghubungkan ruang kaunter dengan dapur.
“ok..” aku meninggalkan sayur yang sedang aku potong dan menanggalkan apron, terus ke ruang hadapan.
Mak memberikan aku buku nota kecil dan pen sambil mengatakan.
“sorry dear, kat depan ni tak cukup tangan”
“small matter mum” kataku dan terus mengambil pesanan untuk pelanggan yang baru datang.
“nak makan apa?” soalku bersedia dengan hujung mata pen yang diletakkan di permukaan kertas.
“erm.. char kuew tiau ada? eh.. zameera kan?” soal pelanggan perempuan ini.
Aku memandangnya dan mengerutkan dahi.
“err.. ya.. tapi maaf saya tak kenal awak” kataku, memang aku tak kenal pun perempuan yang nampaknya macam dah kenal aku lama.
“heii... aku la, adda. Kawan sekolah kau, err.. maksud aku, kita satu kelas masa darjah empat. “
aku terdiam, cuba memutar memori mengingati seraut wajah dihadapanku ini. Pernah ke aku ada kawan nama adda dulu?
“tak apa lah, mungkin kau dah lupa kot.” katanya dan kembali menyelak menu.
Aku angkat bahu. Apa-apa ajalah. Kalau dah dia kata kami pernah belajar kat sekolah yang sama mungkin betul kot.
“minum?” soalku.
“milo ais satu, tea o ais satu, dan mee kari.”
“milo ais, tea o ais, mee kari, char kuew tiau. Siap” aku mengulang apa yang dipesan cuma untuk memastikan aku tak salah mengambil pesanan.
Setelah melihat anggukan daripada mereka aku lantas menuju ke kaunter dan menyerahkan kertas itu ke bahagian dapur.

“siapa yang tegur kakak tu?” soal emak, nampak seperti ingin tahu.
“tak kenal, tapi dia kata dia kawan sekolah rendah kakak. Adda namanya.”
“adda? Syuhada yang pernah kotorkan baju kakak dengan aiskrim tu ke?” soal mak, mengerut dahi.
Aku terdiam. Macam mana emak boleh ingat semua tentang zaman sekolah aku sedangkan aku tak ingat apa-apa pun masa budak tu perkenalkan diri?.
“kotorkan baju?” soalku, juga mengerut dahi.
Mak mengangguk dan menceritakan tentang aku yang menangis kerana baju sekolahku telah dikotorkan sehingga memaksa cikgu untuk panggil mak datang ke sekolah, dan masa tu, syuhada dibawa berjumpa dengan mak untuk terangkan perkara sebenar. Dan penjelasan sebenarnya, syuhada tak sengaja terjatuhkan aiskrimnya dan terkena pada baju aku yang kebetulan sedang berjalan di sebelah adda.

Sedikit demi sedikit ingatan aku kembali mengingati detik itu. Bagi seorang budak yang berumur sepuluh tahun, tiada jalan penyelesaian yang dia ketahui selain menangis melihatkan kesan tompokan coklat di baju putihnya.

“table A siap!” jerit abang lan dari tingkap kecil itu dan meletakkan sedulang pesanan.

Aku mencapainya dan terus menuju ke meja 'kawan lama' aku tu. Dengan cermat aku mengeluarkan satu persatu makanan dari dulang
“terima kasih” ucap adda.
“sama-sama, pasal kau terkotorkan baju sekolah aku tu? Aku maafkan”
dari reaksi tergaman sedikit-demi sedikit adda mula tersenyum. Tak pasti tersenyum sebab aku maafkan tentang baju kotor itu atau sebab aku dah ingat dia sebagai kawan satu sekolah.

Apa-apa aje lah.

*************
aku dan adli sedang duduk menonton tv sambil menguyah biskut meri, kelaparan kerana perlu menanti kepulangan ayah untuk makan bersama. Hampir beberapa hari aku di rumah, baru kini aku akan berjumpa ayah. Dan pastinya aku akan menuntut gantirugi kerana tidak memberitahu kepada emak tentang kepulanganku dan menyebabkan kepulanganku tidak disambut.
“mak.. ayah kat mana? Kami dah lapar ni” rengek adli.
“ayah dah balik!!...” tiba-tiba terjengul muka ayah di muka pintu. Panjang umur.
“abang, tak dengar bunyi kereta pun?” soal mak pelik, begitu juga kami.
“ayah parking jauh sikit. Nak bagi surprise...”
aku dan adli terus menuju ke meja makan dan bersedia dengan makanan masing-masing di pinggan.
“tak ada siapa nak sambut ayah ke?” soal ayah pelik bila kami buat tak tahu dengan kepulangannya.
“hai ayah..” kata aku dan adli serentak.
“hai” jawab ayah dengan reaksi muka pelik.
“ayah kami dah lapar, boleh kita makan sekarang?” pinta adli bosan kerana ayah masih tercegat di hadapan pintu.
“okeh, kita makan sekarang.” jawab ayah dan mengambil tempat diikuti emak. Kami membaca doa makan dan terus makan dengan lahapnya, seolah-olah mangsa kelaparan di bosnia.
“so.. kakak, macammana cuti?” soal ayah.
“great!” jawabku sepatah.
“kakak ayah minta maaf sangat-sangat ayah terlupa yang ayah ada outstation tapi ayah...”
“maaf diterima” jawabku juga sepatah. Sengaja menunjukkan yang aku tak berminat untuk mendengar alasan itu.
“ok then.. tell me what you want me to do?” soal ayah memujuk. Memang ini yang aku harapkan.
“no excuse, no meeting, no outstation.” kataku berharap yang ayah akan mengenepikan semua hal itu sebelum aku mengatakan apa yang aku inginkan.
“allright, no no no.” jawab ayah.
“kita pergi bercuti kat mana-mana pulau minggu depan?” pintaku teruja.
Enam pasang mata memandang tepat ke arahku.
“apa?” soalku. Salah ke apa yang aku minta ni?.
“next week adli ada game ok..” kata adli.
“minggu depan kan kakak sepatutnya pergi kem penulisan tu?” kata mak.
“kem? “ soalku pula terkejut.
“ya..kan mak dah bagitau?” kata mak.
“tapi kakak tak cakap pun yang kakak nak pergi?” kataku.
“tapi mak ingat kakak nak pergi, mak dah bayar yuran pun.”
“oohh.. fine!” kataku dan meneruskan makan.
“apa kata kita pergi minggu satu lagi, lagipun masa tu ayah boleh apply cuti lama sikit.” cadang ayah.
“adli pun dah tak ada kuliah”
“mak boleh suruh abang lan jaga restoran”
“ok.” jawabku sepatah. Well, do I have a choice?.
Makan malam kami lenyap diserap sunyi.

Aku memencilkan diri di dalam bilik dan membaca hasil penulisan cerpen, sajak dan beberapa jenis penulisan aku yang tak pasti untuk dikelaskan sebagai apa. Pertama kali aku mengetahui yang aku berbakat dalam bidang penulisan, emak la yang paling banyak memberi dorongan dan bertindak sebagai pengkrik tetap aku. Emak kata aku berbakat, dan emak menyarankan supaya aku menghantar hasil penulisan ini ke mana-mana majalah. Tapi aku sering menolak dengan andaian yang hasil penulisan aku belum boleh dikira baik. Well it's teruk.

Dan agaknya kerana itu, mak begitu beriya-iya mendaftarkan nama aku untuk kem itu supaya aku lebih berkeyakinan. Aku hargainya, tapi asal mak tau yang aku tak suka masuk mana-mana aktiviti seperti ini dan memerlukan aku untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Dan perlu mencari kawan, aku tak pandai bergaul!.
Dan aku cuma cukup bertuah kerana ditempatkan sebilik dengan tria yang ramah dan sentiasa cuba mendekati aku.

Tapi kat kem tu nanti, akan ada ke orang macam tria?.

***********

aku memadang keadaan sekeliling chalet yang merupakan tapak kem ini. Ayah sedang memunggah barang dari boot kereta. Emak berdiri di sebelah ayah untuk memastikan semua beg aku dikeluarkan agar tiada yang tertinggal. Adli memeluk bahuku dan turut memandang orang di sekeliling kami.
“hai.. kalau lah mak daftarkan adli kat tempat macam ni Kan seronok?” kata adli.
Aku pandang mukanya.
“kalau macam tu apa kata kau je yang gantikan tempat kakak kat sini?” kataku lalu melepaskan pelukan adli di bahu dan mengikuti emak ke meja pendaftaran.
Terdengar suara adli yang mengeluh di belakang aku.
“Cakap sikit pun tak boleh”
aku memusing dan menjelirkan lidah kepadanya lantas capat-cepat berlari memaut tangan mak sebelum adli mengejarku.
“nama?” soal kakak urusetia yang tersenyum menyambut kami.
“zameera bt zainuri” jawab mak bagi pihak ku, juga tersenyum.
Kakak itu mencari namaku dan menanda kedatangan kemudian dihulurkan kunci bilik kepada aku dan kami kembali ke tempat ayah meletakkan kereta tadi.
“best la kakak kat sini, boleh mandi laut.. hah. Kalau macam ni kita tak payah tunggu nak bercuti minggu depan, kita check in kat sini je dengan kakak nak?” kata adli mengusulkan satu cadangan yang membuatkan aku tersenyum.
“ha'ah la ayah.. kita bercuti kat sini je la.” pujukku lalu menarik-narik tangan ayah. Berharap yang dia akan menjawab ok.
“err...” ayah menggaru kepalanya.
“tapi ayah ada kerja yang belum settle. Ayah ada.. meeting minggu ni.” jawab ayah teragak-agak. Mungkin serba salah kerana telah berjanji denganku supaya tidak memikirkan hal kerja.
Aku melepaskan pegangan di lengan ayah, kecewa. Begitu juga dengan adli.
“hei.. tak dapat la nak usha awek cun kat sini.” katanya.
“hai.. zameera. Tak sangka kau ada kat sini?” tegur seseorang dari belakangku.
“adda?” tegurku tak percaya.
“oohh.. aku ikut program ni juga. Kau pun sama?” soalnya
aku mengangguk. Adda nampak begitu gembira sekali berjumpa dengan aku di sini. Err.. sebenarnya aku pun. Sekurang-kurangnya ada juga seorang kawan yang aku kenal.
“huh.. lega dapat tau kat ada kat sini, oh ya, aku dapat bilik no, 144 kau?”
aku angkat kunci di tanganku.
“105?. oh aku harap kita dapat bilik yang sama.” katanya lirih.
ya, aku juga harap begitu.
“ok lah, mak ayah aku ada kat sana, kita jumpa nanti!. Pak cik makcik” dia menegur ayah dan mak sebelum berlalu ke arah orang tuanya.
Aku memusing kembali menghadap ayah dan emak.
“mak lega bila tau yang kakak dah ada kawan kat sini” kata mak dengan mata bersinar-sinar.
Apabila suara seorang lelaki meminta semua peserta berkumpul, keluargaku meminta diri untuk pulang. Dan aku terpaksa merelakan dengan berat hati. Dan memujuk hatiku dengan mengatakan tak apa, sekurang-kurangnya adda ada kat sini.

Setelah kereta ayah hilang dari pandangan, baru lah aku memikul tiga beg ke tubuhku. Dua beg pakaian dan satu beg berisi laptop. Dan berjalan ke arah sekumpulan peserta itu sambil mataku melilau mencari adda. Tapi secara tiba-tiba badanku dirempuh dari tepi, habis jatuh semua beg aku.
“oopps.. sorry. “ kata seorang budak lelaki.
Aku tidak menjawab sebaliknya terus mengutip beg-beg itu dan memikulnya betul-betul, agar takkan terjatuh lagi apabila dilanggar sebegini.
“i said, sorry” ulang budak lelaki yang melanggar aku tadi.
Ya, aku dengar. Dan aku tak marah pun. Jadi tak perlulah dia mengulang perkataan maaf itu.
Aku meneruskan langkah mencari kelibat adda.
“i wonder, awak ni pekak ke, atau buat-buat pekak?” soal budak lelaki tadi, mengekori setiap langkahku dari belakang.
“sorry, awak cakap dengan saya ke?” tanyaku, cuma memastikan yang aku tak tersalah dengar.
“hah.. dengar pula, saya minta maaf dua kali tapi awak buat tak tahu” katanya, menyaingi langkahku.
“habis tu awak nak saya buat apa? Tersenyum dan kata, 'ok tak apa'. Kalau macam tu sama je macam saya tak perlu cakap apa-apa.” jawabku dan melangkah lebih laju ingin menyelit di barisan budak perempuan.
“saya harap itu yang akan awak buat” katanya menjerit dari tempatnya berdiri.

************
menurut taklimat dari pengerusi program ini tadi, aktiviti pertama pada hari ini adalah masuk ke bilik masing-masing dan berehat sepuas-puasnya, dan diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri memandangkan kami masih ada masa seminggu di sini.

Aku mencari bilik bernombor 105, memasukkan anak kunci ke tombol pintu dan berjumpa dengan teman sebilikku.
“adda? Sorry, aku tersalah bilik.” kataku dan menutup kembali pintu, berniat untuk mencari 'bilik sebenarku.'
baru beberapa langkah aku ke hadapan, aku terhenti, melihat nombor kunci di tangan dan juga di pintu. Sama. Dan.. aku ada masukkan kunci ke tombol tak tadi?
“zameera...” adda memanggilku dari muka pintu.
“kau tak tersalah bilik la. “ katanya.
Aku garu kepala dan kembali ke muka pintu.
“tapi bukan kau duduk bilik lain ke?” soalku, pelik.
Adda menarikku masuk dan menerangkan perkara sebenar.
“aku minta tukar dengan urusetia. Rasanya kalau duduk dengan orang yang kita dah kenal lagi seronok kot?” katanya tersenyum.
Aku mengangguk-angguk.
“tapi.. kau tak kisah kan?” soal adda ragu-ragu.
Cepat-cepat aku menggeleng.
“aku pun harap dapat sebilik dengan kau” kataku.
Adda tersenyum, lega dengan jawapanku. Lincah tangannya memunggah semua pakaian untuk disimpan di dalam almari, sementara aku, mengeluarkan sebuah buku dan sebatang pen. Bersedia untuk keluar.
“kau nak ke mana?” soal adda pelik.
“keluar, ambil angin.” jawabku.
Tak pasti destinasi mana akan aku tuju yang pasti, tetap meneruskan langkah dan mencari idea. Orang kata kat tempat tenang macam ni idea mudah datang. Aku melabuhkan punggung di atas rumput hijau menghadap ke laut, lebih selesa duduk di atas rumput sambil memeluk lutut daripada duduk di atas kerusi berdekatan.
“pandang ke laut pun boleh dapat idea ke?” tegur satu suara yang mencantas lamunanku.
Aku pandang ke belakang hanya untuk melihat budak lelaki tadi. Cepat saja aku mencapai buku dan berniat untuk beredar dari tempat itu.
“awak.. jangan pergi mana-mana, biar saya je yang pergi.” kata lelaki itu.
Aku kembali mengambil tempat.
Dan seperti yang dikatakannya tadi, memang dia yang berlalu dengan earphone disumbat ditelinganya.
Aku membuka buku dan menulis walaupun di fikiranku saat ini tiada apa yang terlukis, seolah-olahnya semua idea itu telah mengalir turun ke jari jemari dan seterusnya melekat di atas kertas.
“ehem.. nampaknya, memang laut boleh menyumbang idea.” terdengar suara sama yang mengganggu tadi. Aku pandangnya sinis.
“sorry, tapi saya tak jumpa tempat lain yang lagi best dari tempat ni.” katanya.
“kalau macam tu, awak duduk sini. Biar saya yang pergi.” kataku dan menyarung selipar.
“er.. boleh tak kalau tiada sesiapa yang perlu pergi. rasanya tempat ni milik umum.”
aku tak jadi bangun.
“baiklah. Tapi pastikan yang awak tak keluarkan sebarang bunyi.” amaran aku.
“ok”
jariku kembali melakarkan apa yang ingin ditulis. Penuh kusyuk dan penuh tumpuan seolah-olah tiupan angin laut itu menerbangkan idea. Bunyian ombak itu, menggerakkan minda supaya berfikir, segala-galanya yang indah.
“betul ke awak dapat idea dengan tengok laut?” soal lelaki ini. Dan menghentikan larian jariku.
“sorry, tapi saya betul-betul nak tau.” katanya lagi.
“saya tak tau, laut boleh beri idea tapi yang saya tau, Allah turunkan idea pada saya melalui macam-macam cara. Agaknya kalau saya tengok awak pun saya boleh terinspirasi.”
“betul ke? Hebat!”
“awak perli saya?”
“saya kata awak hebat, awak kata saya perli? Mungkin awak perlu belajar macammana nak menerima pujian orang. “
“nampaknya membenarkan awak duduk kat sini dengan saya bukan IDEA yang bagus!.” kataku dan bangun.
“ok..ok, saya minta maaf. Saya cuma kagum dengan awak, saya cuma nak tengok macammana awak mencari idea. Tapi saya cuma tak boleh nak kawal mulut dari bercakap. Boleh kita mulakan sekali lagi?”
aku duduk kembali. Dan membetulkan suara.
“hi.. saya ilham”
“zameera.”
“sedap nama tu, jadi apa nama pena awak?”
“zameera zainuri”
“zainuri?”
“nama ayah saya.”
“itu bukan nama pena, itu nama betul. Saya tanya nama pena”
“itu nama saya, tak kisah la, nama pena ke nama betul ke. Ia tetap nama saya. Awak tak ada hak nak pertikaikan!”.
“ok..ok.. saya dah buat awak marah lagi.”

********************

untuk sesi kuliah kami yang pertama, aku duduk di sebelah adda, satu-satunya kawan yang aku kenal di sini.

“ok adik-adik, sebagai 'pemanas badan' untuk kelas kita yang pertama ni, apa kata kita berkenalan dulu dengan bakal-bakal penulis yang ada di depan saya ini. Baiklah sekarang siapa nak mulakan dulu” soal guru ini yang kami panggil abang joe.

Adda bergitu bersemangat mangangkat tangan dan berharap yang dia akan dipanggil, begitu juga dengan beberapa orang yang duduk di hadapan dan di sebelah kiriku. Tapi aku, sedaya upaya menyembunyikan tangan di bawah meja.
“saya dah jumpa bakal penulis kita yang pertama. Awak yang berbaju merah”
abang joe memandang dan menunjuk ke arah aku. Aku pandang ke kiri dan ke kanan cuma untuk memastikan yang bukan aku yang dipanggil. Tapi sebaliknya mereka yang memandang ke arahku.
Untuk kali yang terakhir sebagai kepastian, aku pandang baju yang aku sedang pakai. Merah!.
“err.. saya?” soalku akhirnya. Kesal kerana aku tak harap untuk jadi yang pertama.
“ya awak” kata abang joe yakin.
Perlahan-lahan aku bangun dan berdiri di sebelah abang joe.
“err.. what should I say?” soalku dekat ke telinga abang joe.
“tell them about yourself. Penulisan awak tentunya.”
“hai.. saya zameera. Saya.. tak tulis apa-apa pun. Dan saya datang ke sini kerana di hantar oleh mak saya. Itu je.” jawabku gugup.
“awak pasti yang awak belum pernah menulis apa-apa sebelum ni?” soal abang joe mengangkat sebelah keningnya. Seolah mencabarku untuk berkata benar.
“ya.. ok, sebenarnya saya ada tulis beberapa cerpen, tapi...”
“boleh ceritakan sikit tentang jalan cerita yang awak tulis tu?” pintas abang joe.
“tak ada apa yang menarik pun, cuma kisah cinta.”
“oohh people like love story... betul tak kawan-kawan?” kata abang joe merancakkan suasana dan disahuti dengan yang lain dengan berkata “yeahh..”
“kisah cinta, di dalam bas.” aku memulakan bicara.
“sound interesting! Teruskan”
seisi kelas senyap menantikan cerita dariku, saat itu hati aku semakin laju mengepam darah.
“seorang lelaki berjumpa dengan seorang perempuan di dalam bas, dan dia cuba memikat perempuan yang dirasakan comel itu, tapi bagi perempuan itu, lelaki itu agak misteri kerana kehadirannya tak pernah disedari. Itu je.”
sebaik saja habis kata-kata yang aku lafazkan tepukan diberikan oleh abang joe dan disambut yang lainnya.
“saya harap saya dapat baca cerita awak tu.”
“dan saya harap sebaliknya.” kata aku perlahan dan terus mengambil tempat dudukku kembali.
“who next?” tanya abang joe mencari calon seterusnya untuk memperkenalkan diri.
“zameera, balik nanti aku nak baca cerita kau tu.” pinta adda nampak begitu teruja.
“hem.. tengok lah nanti.” balasku, tak begitu setuju dengan permintaan adda.

************

aku baru mencapai dulang dan ingin melangkah ke menu bufet yang terhidang untuk makan petang bila ilham tiba-tiba muncul di sebelahku.
“hey, aku teringin nak baca cerita kau tentang cinta bas?..” katanya terfikir tajuk penuh cerita aku tu.
Lepas adda dia pula mengatakan perkara yang sama. Aku diam buat tak tahu.
“pasti best kan? Seorang lelaki bertemu dengan seorang perempuan di dalam bas, dan akhirnya bercinta. Wow! Macammana kau boleh fikirkan idea tu?”
“tak ada apa yang menarik pun tentang cerita tu. Sama saja macam kisah cinta yang lain.” jawabku malas. Dan mencapai kuih karipap
“tak menarik? ku tau tak berapa ramai yang kata 'wow' masa kau cerita tentang cerpen kau tu. Bagi mereka itu hebat.”
“hebat? Tak lah, bagi aku itu memalukan” aku mencapai sekeping roti bakar dan terus berlalu ke tempat air.
“aku tak faham kenapa kau rasa karya kau sendiri memalukan. Biasanya setiap penulis akan menganggap hasil penulisan mereka adalah yang terbaik.” kata ilham sambil menyumbat roti sardin ke mulunya. Tak sopan!.
“macam kau?” soalku dan terus ke meja makan.
“macam aku? Err.. mungkin!.” ilham terus mengekoriku dan duduk di kerusi berhadapan denganku.
“aku tak nak jadi macam 'orang lain' atau macam kau.”
“kau ni pelik betul, kalau kau nak tau aku dah cuba macam-macam cara hanya untuk dapatkan feel menulis cerita cinta seperti.... kau.”
“feel? Aku menulis tanpa ada feeling terhadap cerita aku. Aku cuma tulis apa yang terlintas di fikiran”
“sekarang aku nak cakap wow..wow..wow... kau hebat!” kata ilham memandangku tak berkelip. Begitu taksub.
“aku tak faham apa yang membuatkan kau mengulang perkataan 'wow' itu.”
“zameera zainuri. aku tahu yang kau akan jadi penulis yang hebat!.”
“what? Hah.. whatever!”
“yes it is!.”
“daripada kita bercakap soal aku, apa kata kita bercakap tentang kau. Hah.. rasanya kau tak pernah pun ceritakan tentang 'cerita' kau kan?.”
“err.. tak ada yang menarik pun tentang cerita aku. Lebih baik bercakap tentang 'cerita' kau.”
“tak, kau.. “ kata aku tegas.
“well aku bukan macam kau, menulis daripada yang ada disekiling kau, aku tulis berdasarkan imaginasi aku.”
“imaginasi?” mata aku bersinar-sinar. Sepenuh tumpuan aku berikan pada lelaki di hadapanku ini yang nampak teragak-agak untuk menceritakan tentang 'cerita'nya.
“ya.. kisah pembunuhan, harta karun, makhluk asing dan penaklukan bumi, ada hidupan di pluto.. “
“wow”
bicara ilham terhenti apabila dia mendengar perkataan yang keluar dari mulutku.
“apa kau cakap tadi?” soalnya pelik.
“aku kata 'wow'”
“kau perli aku?”
“mungkin kau perlu belajar cara untuk terima pujian orang lain” aku memerlinya dengan perkataan yang pernah dikatakan kepada aku dulu.
Kami ketawa.
“jadi kau betul-betul maksudkan dengan bunyi 'wow' tu?” soalnya ingin tahu.
Aku mengangguk.
“kalau kau nak tau, aku sangat sangat teringin nak tulis cerita tentang itu, kronologi sebuah cerita yang penuh mendebarkan, yang membuatkan pembaca tak nak lepaskan walau sesaat pun dari mengalihkan mata. It's cool isn'it?”
“pertama kali aku rasa idea aku dihargai.”
“tipu!”
“betul.. selama ini cerita aku jadi bahan ketawa kakak dengan abang aku je. Diorang kata aku terlebih imaginasi. Mungkin aku patut jadi angkasawan supaya aku boleh menjelajah bulan untuk pastikan ada hidupan tak kat sana.”
“aku rasa cadangan kakak dan abang kau tu betul. Well sekurang-kurangnya kau akan dapat imaginasi yang lebih cool, yang lebih mengarut.”
“sekarang aku memang betul-betul kena belajar cara menerima sindiran orang” kata ilham selamba yang membuatkan aku ketawa.
Ilham memandangku tanpa suara. Aku mencapai air dan menghirupnya sedikit. Bisu seketika antara kami.
“kalau kau nak tau lepas aku teruk kena bamboo dengan adik beradik aku sendiri, aku mula teringin nak belajar menulis cerita cinta. Tapi dah banyak kali aku cuba tapi tak boleh. Aku dah tengok cerita-cerita cinta, aku dah baca novel-novel cinta yang lain, aku dah usha mak bapak aku, aku dah tengok cara abang aku bercakap dengan awek dia, aku siap salin dialog diorang lagi. Tapi.. tak boleh!, tak ada feel tu.”
“mungkin kau patut bercinta untuk dapatkan feel tu.” kataku sekadar mengusik.
“ohh jadi kau buat macam tu?” soalnya mengambil serius kata-kataku.
“eh aku tak!.” jawabku pantas.
“ aku dah agak..”
“Apa?”
“tak.. aku dah agak yang kau takkan dapat feel tu dengan hanya bercinta sebab kau duduk tenung laut pun dah dapat inspirasi.” jawabnya memerli. Mungkin.
“kau terfikirkan tak apa yang aku fikirkan?” soal ilham memandangku sambil mengangkat keningnya berulang kali.
“apa?.. kalau kau terfikir nak jadikan aku sifu kau, maaf aku tak berminat.” kataku mula menyambung makan kuih yang seringkali tergendala tadi.
“hah.. aku baru terfikir nak jadikan kau anak murid aku.” katanya selamba sambil mengangkat sebelah kaki ke atas kerusi.
Aku memandangnya dengan mata membulat.
“err... ada tak aku kata yang aku berminat untuk jadi anak murid sesiapa tadi?”
“tak ada, tapi kau kata kau tak berminat untuk jadi sifu kepada seseorang” jawab ilham seolah cuba menjeratku dengan tawarannya.
Aku mengeluh kasar. Terasa kalah dengan tipu dayanya.
“ok.. ok.. aku ubah fikiran.”
terus ilham memandangku dengan sengihan lebar.
“great, kita pasti akan jadi rakan kongsi yang baik.”
“eh.. bila masa aku kata aku nak bukak bisness?” soalku memerli.
“ahh.. tak kisah la, yang penting sekarang, aku dan kau akan bekerjasama. Titik!.”

-------------------------------???

Kamu suka tengok filem-filem barat yang berunsurkan remaja macam High Scool Musical? Camp Rock?  dan lain-lain? Well.. aku boleh dikatakan memang sangat suka tengok filem-filem barat yang macam tu sebab kita boleh nampak macam-macam karekter remaja-remaja kat sana dan satu lagi yang aku paling suka adalah dialog diorang. Macam diorang suka bercakap dengan ayat tergantung, nada menyindir and bla..bla,.bla.. 


So, lepas tengok Camp Rock, aku terinspirasi untuk tulis cerita ni. Teheee.. *gelak tayang gigi* 

*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku koleksi cerita mia kaftiya bahagian 2, nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini.