Rabu, 1 Disember 2010

11.11.2010 = 21 tahun

ok lah, entry ini agak terlambat dimasukkan, walaupun bulan november baru saja berlalu dua hari lepas. aku tetap nak post kat sini, sebagai tanda menghargai seseorang.

Setiap kali pada tarikh 11.11. tak kisah la tahun berapa pun, aku mengharapkan sesuatu yang berbeza. Kadang-kadang aku harapkan majlis hari jadi. Kadang – kadang aku harapkan hadiah. Kadang – kadang aku harap akan ada orang yang buat kejutan pada hari jadi aku. Dan yang paling penting setiap tahun sejak maxis mula menghargai penggunanya dengan memberi hadiah panggilan percuma pada hari jadi, aku memang tak sabar-sabar nak tunggu itu, hambik kau satu hari aku bergayut sampai kering air liur. 


Tapi sekarang, pada tarikh ini aku cuma harapkan ucapan hari jadi. Walaupun dah ada facebook dan segala macam jenis akaun kat internet aku masih lagi mengharapkan ucapan melalui sms. Sebab perasaannya lain. Tak kisah la kalau seseorang itu wish sebab dia dah tengok reminder kat fb ke, atau sebab ada orang bagitau dia ke, atau sebab dia memang ingat birthday aku ke, yang penting, aku akan tunggu siapa orang pertama yang bagi ucapan kat aku melalui sms.

Dan hashcia, tahniah kerana telah menjadi yang pertama!!.

11/11/2010.
kesepian di rumah menyambut hari lahir.



Tiada ulasan: