Rabu, 1 Disember 2010

AIDILADHA 2010


ada dua perubahan yang berlaku dalam hidup aku semasa aidiladha ini.

pertama, aku yang selama ini tak pernah langsung sentuh hatta memakan biskut 'batang buruk' kini menjadi penggemar no. 1 biskut tu dalam rumah ni. Seplastik 'batang buruk' berjaya dihabiskan oleh aku hanya dengan perasaan ingin 'rasa' sikit.

Kedua, aku yang selama ni begitu tak suka makan nasi impit dan kuah kacang kerana merasakan ianya tak sedap dan tak ada rasa kini memakannya berulang-ulang kali, sebab.. sebab... kuah kacang yang mak buat tu sedap!. Ada rasa udang kering.

Bermula pada hari raya pertama hingga ke hari raya ketiga aku tak henti-henti dari makan. Bermula dengan bihun sup, nugget ayam, nasi impit, nasi beriani, nasi impit lagi, batang buruk, biskut mazola, nugget tempura, kek coklat, bihun sup lagi, nasi impit lagi, diulangi lagi untuk hari kedua, nasi impit, mee sup, bihun sup, nugget, batang buruk, laksa, dan.. dan.. nasi impit lagi sehinggakan aku mengalami kekejangan perut kerana terlebih makan.

Dan hanya pada hari ketiga baru aku menyentuh nasi, kerana kehabisan batang buruk dan nasi impit.

Tak tahu la berapa banyak dari makanan yang masuk ke perut aku itu diproses sebagai bahan buangan dan lemak. Harap nya biarlah diproses sebagai bahan buangan lebih banyak kerana aku tak nak mengumpul lemak.

Dan untuk mengubati kesedihan kerana kekurangan ahli keluarga pada aidilfitri lepas, ini dia. Sepuluh beradik yang happening!!!!.




Tiada ulasan: