Rabu, 1 Disember 2010

KRONOLOGI CERITA


Ahhh.. hilang semua yang aku nak tuliskan tadi bila budak-budak ni suruh aku pasangkan movie di laptop kak leng. Pada awalnya aku nak ceritakan tentang hari aku ambil ujian memandu tempoh hari, kemudian aku terfikir untuk tulis sesuatu yang lain pula, tapi apa dia ya?.

Tak apa lah, kita mulakan dulu dengan peristiwa-peristiwa semasa aku mengambil ujian memandu tempoh hari yang nak aku simpulkan.

Dari hari isnin, aku berdebar-debar menanti hari untuk melepaskan segala yang telah aku pelajari sebelum ni, seolah-olahnya aku akan memduduki peperiksaan besar di dewan. Tapi rasanya nak ambil SPM pun aku tak senervous ni. Ye lah, mungkin sebab aku terlalu-lalu risau yang aku akan gagal lagi untuk kali ke-4, mungkin? Sebelum pergi mak siap pesan, “bawak tenang-tenang, baca bismillah” hah... nampak tak betapa mak menaruh harapan supaya aku akan berjaya.

Okeh, berhenti membebel, ayuh kita ke topik asal!

Masa awal bawa kereta dengan jpj di sebelah yang tak cakap apa-apa dan perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah “handbreak tak turun” dan aku menyesal kerana telah melakukan kesilapan pada langkah yang pertama. Aku cuba untuk fokuskan diri pada pemanduan, dan tiada lagi suara en jpj di sebelah yang menegur kesalahanku, agaknya aku bawa ok kot?.

And I drive carefully.. until.

Enjin termati. Termati sebab aku dah tukar gear dua untuk membelok tapi tak semena-mena aku berhenti kerana laluan waktu itu agak sesak dan AKU TERLUPA NAK TUKAR GEAR SATU. Nampak tak? Nervous punya pasal sampai aku lupa pesanan cikgu-cikgu yang mengajar aku memandu terutama akak yang akan membebel kat sebelah aku kata “dah berhenti je kereta tukar gear satu” tapi aku lupa...

memang masa tu aku dah give up habis. Memang aku dah fikir nampaknya aku akan ambil ujian untuk kali ke-5, memang aku dah terbayang-bayang reaksi kecewa muka mak, reaksi hampa muka pakcik-pakcik yang mengajar aku, reaksi letih muka uncle sammy. Dan reaksi sedih muka aku.

Dan aku mengeluh, kecewa kerana aku dah buat kesalahan yang paling besar. Kalau lupa bagi signal mungkin boleh diterima lagi, kalau lupa turunkan handbreak pun mungkin cuma potong markah je, tapi mati enjin?

Tapi bila en jpj tu suruh aku hidupkan enjin balik, aku buat je la dengan keyakinan yang semakin pudar, kononnya.

Dan lepas tu terus en. Jpj tu mula bersembang dengan aku, dia tanya aku dah kerja ke, duduk kat mana dan beberapa soalan-soalan sembang-sembang kosong kami. Dan tau tak. Sambil sembang dengan dia, aku boleh pandu kereta dengan lancar dan jayanya sehingga selamat sampai ke sekolah memandu.

Kenapa la en. Jpj tu tak tegur aku dari awal?

Katanya, dia takut aku tak boleh tumpukan perhatian sambil bercakap sebab tu dia senyap je.

Dan dia pula tanya aku kenapa tak tegur je dia tadi?

Aku cakap, aku takut nak tegur sebab tengok muka dia macam garang je. Tapi masa aku bagi salam tu, memang dah nampak macam dia ok, cuma aku ketandusan idea untuk memulakan bicara. Well.. aku ni bukan jenis yang mesra sangat pun.

Alang-alang dah dapat peluang bercakap, aku pun tanya la dia, aku ni dah tak ada peluang ke nak lulus? Sebab masa test kali ke-3 tu, aku fail sebab aku termati enjin laa.

Then dia jawab, “bawa dulu sampai habis, janji selamat sampai, kita tengok nanti. Tapi kalau saya bagi awak lulus awak kena belanja saya makan ni.”

aku jawab, “ belanja gula-gula boleh?”

bla..bla..bla.. dan sampai lah akhirnya aku tengok dia tak tulis apa-apa pun kat ruangan gagal tu, memang tak habis-habis aku ucap terima kasih.kat dia. Seronok giler. Habis semua orang aku tegur, dengan kakak-kakak kerani kat kaunter yang aku tak pernah tegur pun aku tegur dan aku ceritakan pasal aku termati enjin tapi tetap lulus.

Kakak tu tanya berapa kali mati enjin? Aku jawap sekali, then dia kata kalau sekali tak apa, yang tak boleh kalau tiga kali mati enjin. Tapi hari tu?

Nampak tak aku tengah tersenyum...

ada dua orang pakcik yang nampak senyuman aku mengucapkan tahniah sebab dah lulus. Dan macam yang aku cakap tadi, aku ni bukannya jenis yang ramah tamah pun, tapi aku boleh bersembang panjang dengan pak cik yang hampir sebaya degan atuk aku tu, wahh... dengan atuk aku pun, aku tak pernah bersembang macam ni,

memang bila aku tengah senang hati, aku boleh bertukar jadi seseorang yang mesra dan ramah!, sekalipun aku tak kenal orang-orang yang aku tegur tu.

Dan untuk meraikan kejayaan aku, akak ajak makan tengahari dengan dia kat secret receipi. Dan aku harus membuat pilihan samada nak pergi makan dengan akak dekat secret receipi yang dah tertangguh sejak birthday aku dulu tu dan kena balik naik bas, atau nak terus balik naik kereta dengan uncle sammy?

Lama aku berfikir.

Kalau naik bas, aku dah la tak biasa naik bas dari teluk intan ni, lepas tu lambat pula sampai rumah. Tapi.. bila lagi aku nak merasa makan kat secret receipi yang dah tertangguh sejak birthday aku hari tu, dan sejak aku masih bekerja yang kak ina dan kak dayah asyik nak tunggu hujung bulan baru nak pergi dan akhirnya kami tak juga pergi-pergi, sampai kak dayah dah berhenti kerja dan sampai aku juga dah berhenti kerja. Dan sehingga kak ina pun dah berhenti kerja!

At last, aku putuskan untuk ikut akak juga walaupun aku terpaksa tunggu akak selama sejam dalam kereta sementara tunggu waktu lunch dan aku terpaksa lagi tunggu bas untuk setengah jam. Tak apa lah... sekali sekala.

rata-rata pengunjung yang datang makan kat situ yang aku tengok ramainya perempuan. Lelaki ada juga tapi adalah lebih kurang tiga orang. Then aku terfikir, nampaknya perempuan bekerja dan menghabiskan/menggunakan duit itu untuk keperluan mereka sendiri berbanding lelaki yang harus bekerja dan harus juga berjimat cermat sebab nak simpan duit hantaran. Well.. aku pun perempuan juga, cuma bezanya aku dengan pengunjung-pengunjung di restoran itu adalah, mereka bekerja dan aku penganggur berjaya. Jadi mungkin pemikiran aku jadi agak berbeza sikit.

Lagipun makan kat situ boleh tahan mahalnya, berbaloi lagi aku bawak family makan pizza at last sepuluh orang makan pun tak sampai RM50.

Dan cerita terakhir, masa aku kat stesen bas, terpinga-pinga tak tau bas datang pukul berapa, tambangnya berapa, apa dan apa, aku ternampak seorang kakak tengah duduk membelakangi aku, jadi daripada asyik tertanya-tanya, ada baiknya aku pergi tanya kat kakak tu terus.

Kata aku. “ kak bas ke bidor pukul berapa?”

jawabnya. “pukul tiga, nak ke sungkai? Adik zuwairy ye?”

terus aku terduduk. Dan aku tanyakan padanya.

“akak ni siapa ya?”

“kawan sekolah zuwairy. Tapi kenal adik ni, dulu selalu nampak, tapi dulu kecil lagi” katanya merujuk kepada aku.

Memang masa aku tingkatan satu, along baru lepas habis spm. Dan masa dia tingkatan lima, along boeh dikatakan agak famous juga la kat sekolah sebab dia president KRS. Nak dijadikan cerita, bila aku masuk je sekolah tu, aku macam jadi tumpuan juga la, jadi tumpuan sebab aku 'adik-abang-ery' kata mereka, lagipun akak dengan kak leng sekolah lain. Tapi biasala, aku budak-budak lagi masa tu, tak hirau keadaan sekeliling pun, yang aku tau, secret admirer aku pun ada kat sekolah tu.

tapi sekarang, bila jumpa kawan lama along tu dan dia kata dia kenal aku walaupun masa tu dia form six, aku jadi macam... wow. Tak sangka dulu ada juga orang yang kenal aku sebab aku ingat aku la manusia-yang-paling-tidak-dikenali masa kat sekolah.

Almaklumlah, aku la manusia yang paling tak banyak bersuara, dan tak ramai kawan dan paling suka meyendiri.

Sebenarnya, kalau diberi peluang. Aku harap yang zaman sekolah aku tidak begitu.

Pengakhiran cerita, aku tak habis-habis cakap kat eika yang aku terlalu gembira, dan..

“eika nampak tak aku tengah tersenyum ni?”


24/11/10
9.46mlm
rabu
satu masalah completely settle!

1 ulasan:

hanna aleeya berkata...

hanna slalu cakap hanna tak nak ambik lesen kereta. Nak upah driver nanti. Hekhek..

eh, muka kak mia dgn akak kak mia lebih kurg sama