Rabu, 1 Disember 2010

NAMPAK TAK AKU SEDANG TERSENYUM..



ingin aku khabarkan pada semua yang aku dah lulus ujian kereta. Pada mak, pada abah, pada akak, along, pada... apa? Tak dengar? Baiklah aku ulang sekali lagi..

ingin aku khabarkan pada semua yang mengenali aku, yang mengetahui tentang aku yang belum settlekan hal lesen, pada kak ina, kak hajar, kak diba, kak nisa, cia. Yang aku DAH LULUS UJIAN KERETA!!!. hah.. nampak tak aku sedang tersenyum sampai ke telinga...

mungkin pada orang lain itu benda biasa tapi pada aku itu memang apa yang aku tunggu-tunggu selama ini. Tau tak tempoh aku ambil lesen kereta hampir setahun. Dan lagi, aku gagal ujian kereta hampir 3 kali. Dan hanya pada kali ke 4 baru aku berjaya. Hah.. sekarang kalau ada antara kamu yang berada di tempat aku apa yang kamu rasa?

Terasa seperti satu masalah telah selesai, sepertinya satu beban telah dibuang dari fikiranku, terasa sungguh selesa, terasa ringan, terasa gembira. Dan aku adalah orang yang berjaya kerana aku telah menghabiskan apa yang aku telah mulakan. (teori Dr. Azizan Osman).

Dan oleh kerana aku gembira aku ingin membuat sedikit dedikasi sebagai tanda terima kasih aku kepada uncle samy, kak nana, pak cik tajuddin, pak cik amri dan terutama sekali pak cik suhaimi yang dah bagi aku tips untuk 'mengambil-hati-En.JPJ' dan terbukti teori itu sangat berkesan!. Terima kasih semua.

Dan terima kasih En JPJ yang-tak-garang kerana telah memberi peluang untuk aku lulus. (walaupun aku termati enjin kerana agak nervous)

huh.. aku sedang tersenyum lagi.

-23/11/10-
-selasa-
-jaya adilkap teluk intan-


nak tau tips apa yang pak cik suhaimi bagi tu? Senang je. Katanya...

“sebelum kamu masuk kereta tu, bagi salam dulu, lepas tu cakap pada jpj tu “encik boleh saya masuk?”“

“bagi salam?” soalku

“ye la, kalau masa tu marahnya 80% bila kamu bagi salam dah kurang 60%. sejuk sikit hati dia...” jawab pak cik suhaimi.

Dan itulah yang aku lakukan!.


Tiada ulasan: