Khamis, 20 Januari 2011

percubaan menulis lirik

untuk percubaan pertama menulis lirik, aku meletakkan situasi sebenar aku dalam lirik ini. keadaannya bila aku menunggu "jawapan" dari seseorang tentang status hubungan kami. jadi untuk melengkapkan lirik tersebut aku perlukan seseorang yang boleh menyanyi dan menggubah lagu. dan pada ketika itulah aku terjumpa iwan...

eceh..cerita terjumpa tu macam aku tak kenal langsung siapa ikhwan anak sukor, padahal sepupu sendiri je.

tak. maksud aku pada ketika itulah aku dapat tau yang iwan pun sudah mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian?? dan menggubah lagu?. yeah.. sejak-sejak rajin pergi jamming tu kan.. jadi aku serahkan lirik pertama aku pada dia untuk dia lagukan. nak dengar? 

nah!..




JAWAPAN

Kulihat kamu dan aku tersenyum 
kau lihat aku dan kau tersenyum 
dan kita bermain mata
dan kita senyum bersama
ku tunggu panggilanmu tapi kau juga tunggu panggilanku
ku tunggu kau di situ dan kau tunggu aku di sini
ku tunduk dan kau pandangku 
dan kau membelakangi dan aku memandangmu 
dan aku ke kiri dan kau ke kanan
oh, bila kan kita bersatu
aku tunggu jawapan darimu 
maknakan hubungan ini... 2x

oh, bila kan kita bersatu aku tunggu sesuatu darimu.. 
maknakan hubungan ini... 2x 

aku tak harapkan kesempurnaan, sebab aku tau iwan pun baru belajar. kami sama-sama belajar, so fine!. yang penting dia nak tolong aku. "wan, terima kasih!". 
jadi untuk terus memantapkan dan mempelajari lagi seni menulis lirik ini, aku sedia menghantar kepada sesiapa saja yang mempunyai kemahiran untuk menggubah lagu seterusnya menyanyikan lagu tu untuk aku dengar. anyone??. let me know ya.


bila difikirkan balik lirik ni, macam tak jauh beza dengan cerpen Dia Yang Aku Tunggu  jadi aku istiharkan lagu ini sebagai ost kepada cerpen dia yang aku tunggu!. yeah.. macam poyo jerk.

Note: oh, jangan tanya aku siapa seseorang tu...



Lirik oleh mia kaftiya (copyright miacuteker.blogspot.com)

Sabtu, 15 Januari 2011

aku kehilangan mini hp

aku  malas nak cerita panjang-panjang tapi satu yang aku nak kata mini hp telah dicuri oleh sepasang suami isteri dan seorang anak lelakinya yang masih kecil. berbangsa india. tak ada sesiapa yang mahukan perkara buruk terjadi dalamhidupnya dan aku tak pernah membayangkan hidup aku tanpa mini hp. tidak disaat azam tahun ini ada menyiapkan novel dan semua karya-karya yang tertangguh.

tapi yang aku pasti, pencurian ini telah dirancang. pandainya diorang. aku tak sanggup memikirkan yang novel dah hampir 100 m/s. yang imaginasi cinta dalam proses pembikinan, yang lelaki sebelah aku akan dibuat sambungan, yang idea-idea yang dah aku simpan dalam tu, hilang sekelip mata. ini sangat tidak kelakar ok.

bertahun-tahun aku pasang angan, bertahun-tahun aku usaha, aku kumpul duit semata-mata nak dapatkan benda tu, walaupun cuma MINI HP tapi ia sangat-sangat berharga buat aku. aku redha kalau laptop aku yang buat rosak, aku akur kalau virus yang lenyapkan semua data dalam tu (walaupun aku harap tidak terjadi) tapi aku tak boleh terima kalau benda tu dicuri. sebab benda tu harta paling berharga yang aku ada. aset paling bernilai yang aku perlukan, teman paling setia yang aku sayang. kalau bukan sebab kat tempat kerja aku tu membosankan, aku takkan bawa mini hp untuk jadi peneman. kalau bukan sebab nak isi masa lapang dengan mengarang, aku takkan usung dia tiap-tiap hari ke tempat kerja.

aku bukan orang kaya, aku bukan anak hartawan. kenapa harta paling bernilai tu juga yang india tu nak curi. curi la benda lain, curi la selipar buruk aku ke, barang kat kedai tu, asalkan bukan laptop aku.

tolong.. bagitau aku apa patut aku buat asalkan mini hp dipulangkan. aku sayang folder "stories" kat dalam tu. kalau diganti dengan laptop lain pun takkan boleh ganti idea-idea yang dah aku simpan kat dalam tu.

tolong akuuu.. isk..iskk.. sangat sedih.    

kawan-kawan, tolong doakan aku. mudah-mudahan dengan doa kalian Allah makbulkan. amin...
isk..isk.. isk..




Sabtu, 1 Januari 2011

aku bersyukur aku...

tadi baca blog  Hanis Zalikha dan terbaca entry dia tentang senarai kesyukuran. tak pasti sempena tahun baru ke apa. tapi aku rasa aku pun patut buat senarai kesyukuran aku sendiri. ye lah sekurang-kurangnya aku akan sentiasa bersyukur daripada terus menerus rasa serba salah dan menyesal. 
mungkin kamu pun boleh buat senarai kesyukuran kamu sendiri.

SENARAI KESYUKURAN MIA KAFTIYA

  1. aku bersyukur aku masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini untuk setahun lagi dan mengecap nikmat hidup di usia 21 tahun (hari ni sepatutnya 22)
  2. aku bersyukur aku telah lalui pengalaman kerja yang sangat-sangat mencabar di usia aku 20 tahun dan aku pasti tak ramai yang dapat alaminya.
  3. aku bersyukur walaupun kawan-kawan datang dan pergi aku masih berpeluang untuk mengenali pelbagai jenis orang dengan jenis perangai dan ragam yang tersendiri.
  4.  aku bersyukur, walaupun zaman sekolah aku sangat tidak seronok, aku boleh gunakan pengalaman itu untuk novel yang sedang aku tulis sekarang. Aku Ingin Popular.
  5. aku bersyukur aku masih belum "berpunya" sebab aku boleh tumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya dan penulisan tanpa perlu memikirkan masalah percintaan.
  6. aku bersyukur, walaupun aku seorang penganggur, aku masih gembira duduk di rumah tanpa rasa bosan kerana dikelilingi dengan kerja rumah yang banyak dan adik-adik yang ramai.
  7. aku bersyukur nama penuh aku MARIYATUL KAFTIYAH walaupun masa kecil dulu aku nak sangat nama rabiatul adawiyah (nama sepupu aku) dan sekarang aku boleh penakan nama aku sebagai mia kaftiya.
  8. aku bersyukur Allah ilhamkan kepada aku Gadis Penjual Bunga sebab dari situ aku sedar yang bakat aku bukan sekadar merekacipta.
  9. aku bersyukur dikurniakan 10 orang adik beradik .
  10. aku bersyukur dikurniakan emak dan abah.
  11. aku bersyukur diberikan kakak dan adik yang boleh jadi kawan dan penasihat aku.
  12. aku bersyukur follower aku 8 orang daripada tak ada langsung.
  13. aku bersyukur di saat aku rasa tak-ada-sesiapa-yang-sudi-nak-baca-celoteh-aku-di-sini Allah turunkan seseorang yang mengaku suka baca cerita -Aku Ingin Popular-.
  14. aku bersyukur Hanis Zalikha berkongsi SENARAI KESYUKURAN DIA dan membuatkan aku sedar yang aku patut bersyukur.
  15. aku bersyukur aku dapat alami pengalaman tinggal di asrama yang jauh dari keluarga dan bertemu dengan ramai kawan-kawan baru seperti yang aku idamkan.
  16. aku bersyukur diberi peluang duduk di rumah dan mengkaji kehidupan seorang Suri Rumah
  17. aku bersyukur diberi ilham untuk berkarya
  18. aku bersyukur dipertemukan dengan mok, lelaki kuat membahan sebab akhirnya watak itu telah aku masukkan dalam -Aku Ingin Popular-
  19. aku bersyukur bengkel multimedia adakan -Hari Permintaan- sebab akhirnya aku terinspirasi untuk menulis cerita tentang itu.
  20. aku bersyukur aku pernah ke pesta buku dengan ezzah. sebab memang itu yang aku idam-idamkan, dan membuatkan aku berazam yang suatu saat nanti nama "mia kaftiya" akan duduk sebaris dengan penulis-penulis yang menurunkan tandangan di buku masing-masing untuk peminat mereka.
  21. aku bersyukur karangan bahasa inggeris aku mendapat pujian teacher mariam dan membuatkan aku jadi tumpuan di kelas.
  22. aku bersyukur walaupun aku dan cia kadang-kadang macam kawan baik, kadang-kadang macam tak tapi aku masih berkawan dengannya sampai sekarang dan kami jarang bergaduh!. (aku ingin kekalkan sebegini)
  23. aku bersyukur walaupun aku tak tahu siapa kawan baik aku, tapi aku masih berpeluang untuk merasai nikmat mempunyai kawan baik walaupun sekarang kami tak baik lagi.
  24. aku bersyukur aku mendapat macam-macam gelaran seperti sepet, silau, dan dibahan oleh mok dan akram membuatkan aku ingat sampai sekarang kenangan itu. (betul cakap akram dulu.. aku akan ingat dia sampai bila-bila)
  25. aku bersyukur aku masih ingat agama aku walau apa yang aku lakukan dan dimana aku berada. (ya.. kadang-kadang terlepas solat)
  26. aku bersyukur pertama kali makan di marrybrown semalam bersama akak, abangg pjan dan ikah. hehe
  27. aku bersyukur akhirnya aku lulus ujian kereta walaupun kene ulang 4 kali.
  28. aku bersyukur adik aku nizar, membesar sihat, comel dan bijak walaupun mak lahirkan dia pada usia 40-an.
  29. aku bersyukur akhirnya ada talian internet di rumah jadi aku tak perlu pergi cuber cafe taip-tiap minggu dan aku boleh update blog bila-bila masa aku suka walaupun aku tak tahu siapa yang baca.
  30. aku bersyukur, aku ada mini hp seperti yang aku inginkan pada usia aku 17 tahun. ya.. walaupun pada asalnya aku inginkan "apple". tapi aku tetap bersyukur.
  31. aku bersyukur akhirnya aku "terlepas" dari bebanan kerja di "SITU" seperti yang aku harapkan berbulan-bulan sebelumnya.
  32. aku bersyukur Allah berikan aku macam-macam masalah sebab akhirnya aku akan lebih "dekat" pada-Nya dengan memohon, merintih dan mengadu kepada-Nya. 
  33. aku bersyukur, ana raffali tak seksi sebab aku tak suka orang yang aku suka berpakaian dan berpelakuan tak senonoh. walaupun bagi bukan islam "first kiss" benda normal, aku tetap harap agar mereka tak lakukannya dalam lakonan.
  34. aku bersyukur aku pemalu sebab orang lain nampak aku macam "budak baik". hehe.
  35. aku bersyukur aku pendiam sebab orang tahu aku suka "memerhati".
  36. aku bersyukur aku mampu berdikari walaupun sebenarnya aku tak berdikari pun.
  37. aku tak tahu apa lagi yang patut aku tulis kerana kesyukuran aku tak terhingga dan aku akan sambung kesyukuran aku lain kali. ok?.
kata hanis zalikha, kongsi kesyukuran aku supaya kesyukuran aku boleh jadi inspirasi untuk orang lain. jadi? senaraikan kesyukuran kamu supaya ia akan jadi inspirasi kepada yang lain..

aku bersyukur aku pernah suka DIA sebab mengenali dia membuatkan hidup aku lebih bermakna dan ceria.