Sabtu, 15 Januari 2011

aku kehilangan mini hp

aku  malas nak cerita panjang-panjang tapi satu yang aku nak kata mini hp telah dicuri oleh sepasang suami isteri dan seorang anak lelakinya yang masih kecil. berbangsa india. tak ada sesiapa yang mahukan perkara buruk terjadi dalamhidupnya dan aku tak pernah membayangkan hidup aku tanpa mini hp. tidak disaat azam tahun ini ada menyiapkan novel dan semua karya-karya yang tertangguh.

tapi yang aku pasti, pencurian ini telah dirancang. pandainya diorang. aku tak sanggup memikirkan yang novel dah hampir 100 m/s. yang imaginasi cinta dalam proses pembikinan, yang lelaki sebelah aku akan dibuat sambungan, yang idea-idea yang dah aku simpan dalam tu, hilang sekelip mata. ini sangat tidak kelakar ok.

bertahun-tahun aku pasang angan, bertahun-tahun aku usaha, aku kumpul duit semata-mata nak dapatkan benda tu, walaupun cuma MINI HP tapi ia sangat-sangat berharga buat aku. aku redha kalau laptop aku yang buat rosak, aku akur kalau virus yang lenyapkan semua data dalam tu (walaupun aku harap tidak terjadi) tapi aku tak boleh terima kalau benda tu dicuri. sebab benda tu harta paling berharga yang aku ada. aset paling bernilai yang aku perlukan, teman paling setia yang aku sayang. kalau bukan sebab kat tempat kerja aku tu membosankan, aku takkan bawa mini hp untuk jadi peneman. kalau bukan sebab nak isi masa lapang dengan mengarang, aku takkan usung dia tiap-tiap hari ke tempat kerja.

aku bukan orang kaya, aku bukan anak hartawan. kenapa harta paling bernilai tu juga yang india tu nak curi. curi la benda lain, curi la selipar buruk aku ke, barang kat kedai tu, asalkan bukan laptop aku.

tolong.. bagitau aku apa patut aku buat asalkan mini hp dipulangkan. aku sayang folder "stories" kat dalam tu. kalau diganti dengan laptop lain pun takkan boleh ganti idea-idea yang dah aku simpan kat dalam tu.

tolong akuuu.. isk..iskk.. sangat sedih.    

kawan-kawan, tolong doakan aku. mudah-mudahan dengan doa kalian Allah makbulkan. amin...
isk..isk.. isk..




3 ulasan:

Nur Ainina Bt Yazid berkata...

Biar betul hilang. Ya Allah.. taper2 tu ujian daripadaNya. Adalah hikmah yang Allah nak bagi tu. Macam mana tahu lepas ni boleh dapat idea lebibaik ke. Atau dapat lappy lebih bagus ke? Mesti ada something yang lebih baik menanti SHESH! Ayat buku...

mia kaftiya berkata...

hem..i wish so. tp..tp..bnyk cerita yg dh tulis sekerat, still hope bleh dpt blik. aminn..

Tanpa Nama berkata...

hukhuk .. cedey aku bce .. huhu . -ur sweety sis- .weee..