Khamis, 20 Januari 2011

percubaan menulis lirik

untuk percubaan pertama menulis lirik, aku meletakkan situasi sebenar aku dalam lirik ini. keadaannya bila aku menunggu "jawapan" dari seseorang tentang status hubungan kami. jadi untuk melengkapkan lirik tersebut aku perlukan seseorang yang boleh menyanyi dan menggubah lagu. dan pada ketika itulah aku terjumpa iwan...

eceh..cerita terjumpa tu macam aku tak kenal langsung siapa ikhwan anak sukor, padahal sepupu sendiri je.

tak. maksud aku pada ketika itulah aku dapat tau yang iwan pun sudah mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian?? dan menggubah lagu?. yeah.. sejak-sejak rajin pergi jamming tu kan.. jadi aku serahkan lirik pertama aku pada dia untuk dia lagukan. nak dengar? 

nah!..




JAWAPAN

Kulihat kamu dan aku tersenyum 
kau lihat aku dan kau tersenyum 
dan kita bermain mata
dan kita senyum bersama
ku tunggu panggilanmu tapi kau juga tunggu panggilanku
ku tunggu kau di situ dan kau tunggu aku di sini
ku tunduk dan kau pandangku 
dan kau membelakangi dan aku memandangmu 
dan aku ke kiri dan kau ke kanan
oh, bila kan kita bersatu
aku tunggu jawapan darimu 
maknakan hubungan ini... 2x

oh, bila kan kita bersatu aku tunggu sesuatu darimu.. 
maknakan hubungan ini... 2x 

aku tak harapkan kesempurnaan, sebab aku tau iwan pun baru belajar. kami sama-sama belajar, so fine!. yang penting dia nak tolong aku. "wan, terima kasih!". 
jadi untuk terus memantapkan dan mempelajari lagi seni menulis lirik ini, aku sedia menghantar kepada sesiapa saja yang mempunyai kemahiran untuk menggubah lagu seterusnya menyanyikan lagu tu untuk aku dengar. anyone??. let me know ya.


bila difikirkan balik lirik ni, macam tak jauh beza dengan cerpen Dia Yang Aku Tunggu  jadi aku istiharkan lagu ini sebagai ost kepada cerpen dia yang aku tunggu!. yeah.. macam poyo jerk.

Note: oh, jangan tanya aku siapa seseorang tu...



Lirik oleh mia kaftiya (copyright miacuteker.blogspot.com)

2 ulasan:

Nur Ainina Bt Yazid berkata...

Wow!Takjubnya! Takjubnya! Dah tulis lirik sekarang. Tapi tak dapat dengar harrharrharr. fb dah deactivated dan malas nak buka balik. Haha. Teruskan usaha!~

mia kaftiya berkata...

ayo.. jangan la takjub sampai cam tu sekali. *maluu*

saje nak belajar.