Sabtu, 5 Februari 2011

tenanglah..

gelisah mengejar aku
ketidaketenangan menghantui aku
selesa tapi derita
aku benci keadaan ini!!.

wahai hati,
tenang sajalah ya.
kau berada di pihak yang benar
kau lakukan perkara yang sepatutnya

wahai fikiran
cukuplah,
jangan dikait lagi persoalan
biarkan saja tanpa jawapan
 
wahai diri,
bersabarlah
pasti sang pelangi sedang menanti
disebalik awan hitam itu
 
wahai fikiran
titipkanlah kata-kata penyedap rasa
agar hati bisa diam
agar diri bisa tenang.
please..

Rabu, 2 Februari 2011

Lirik : Sekeping Hati

kita ibarat sekeping hati
yang dibelah dua
satu milikku
satu milikmu
dan kita terpisah

hidupku diteruskan tapi
dengan satu kekurangan
seringkali aku merasa kekosongan
mencari, mencari dan mencari
agar ruang kosong itu dilengkapi

tapi tatkala kekurangan itu 
dilengkapi
tatkala kekosongan itu diisi
aku masih terasa sepi..
bukan ini yang aku cari!.

hari bersilih ganti
hati bertukar pergi
kekosongan makin dirasai
petak kosong perlu segera diisi
agar aku tidak lagi sunyi

dan kita ditakdirkan bertemu
sebelah hati milikku
sebelah hati milikmu
seakan terikat. kemas!

saat itu aku yakin dan pasti
kekosongan itu akan segera diisi

cinta adalah penyatuan dua hati
yang terpisah
milikku...
milikmu..

4.30pm-1hb Feb '11-kedai


note : cukup jiwang tak?

lirik oleh mia kaftiya (copyright miacuteker.blogspot.com)

LELAKI SEBELAH AKU 3

   



kami sampai di rumah agak lambat, lebih kurang pukul 7.00 malam baru kami bergerak pulang dari kedai mamak tu. itupun selepas singgah solat maghrib di masjid lebih kurang pukul 9 jugak la baru kami betul-betul selamat sampai di rumah.
    Aku turun dari motor dan menghulurkan helmet kepada fared dan terus berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
    “woit nak lari ye? Aku banyak benda nak tanya kat kau ni.” sergah fared dari atas motornya. Aduh.. bosan betullah dapat abang yang suka menyibuk ni. Aku dah agak dah, dia pasti akan minta penjelasan tentang hubungan aku dan ashraf.
    “tanya apa? Orang penat ni, nak mandi lepas tu nak tidur” dalihku lalu mempercepatkan langkah masuk ke rumah. Tapi sebaik saja pintu utama aku buka, ayunan kaki aku kaku di muka pintu. O'oo..
    “wah..wah.. kau ingat kau boleh lari dari aku, malam ni aku berkampung kat bilik kau selagi...” kata-kata fared juga terhenti saat kakinya berdiri di sebelahku. Aku dan fared saling berpandangan.
    “9 malam. dua-dua keluar tak bagitau mummy, lepas tu balik malam. Pergi mana??” soal mummy dalam nada menyindir.
    Aduh.. itu la masalahnya bila ayam dah keluar reban, selagi tak dipanggil balik, tak reti nak balik. eh situasi kami ada kena mengena dengan ayam tak reti balik reban ke?. Aku garu kepala sambil menjeling fared di sebelah. Memintanya untuk memberi alasan seperti selalu. fared kan selalu ada saja idea untuk memberi alasan. biasalah, juara pidato di sekolah.
    dan juga juara membodek mummy.
    “alah, tadi memang nak balik awal mummy, tapi kawan abang ajak solat maghrib kat masjid dulu” jawab fared terangguk-angguk. yakin benar yang alasannya akan diterima.
    “pergi masjid? Rajinnya anak mummy solat.. selalu kat rumah ni mummy suruh solat liat benar ya?.” perli mummy.
aku tepuk dahi. Aduh, fared ni. Dah tau liat nak solat kat rumah kenapa pergi bagi alasan tu.
    Aku dan fareed menunduk dan mengeluh.
    “adik dengan abang sama saja, apa yang mummy suruh tak mau buat, yang mummy tak bagi buat tu la kamu berdua nak buat kan? Tak sayang kat mummy ke?” soal mummy mula berleter.
    “sayanggg..” jawab kami serentak. Macam si pesalah pula.
    “habis tu kenapa tak ikut cakap mummy? Mummy pesan apa? Nak keluar bagitau mummy dulu, mesti balik sebelum mummy sampai rumah. Ini mummy balik-balik tengok dua-dua tak ada. Nak mummy hukum ke?” soal mummy lebih tegas.
    “tak nak..” serentak kami menjawab dan memandang mummy dengan muka sedih mohon simpati. Kena hukum? tak boleh keluar rumah seminggu? Alamat jadi merpati putih dan merpati hitam yang kena kurung dalam sangkar la kami nanti.
    “dah tu? Kenapa tak bagitau mummy nak keluar tadi?” soal mummy masih belum puas hati sehingga kami melaporkan aktiviti kami hari ini.
    Aku cuit fared di sebelahku, fared mencuitku semula.
    “ha..ha.. tu apa tu main cuit-cuit pula, siapa ketua ni?” soal mummy. Kami bungkam. Ketua apanya, aku dan fared keluar asing-asing. Balik je sama-sama.
    “ha.. dah balik dah anak-anak daddy. Kenapa tercegat lagi kat situ, cepatlah masuk, kita makan, daddy dah lapar ni.” kemunculan daddy yang secara tiba-tiba itu menyelamatkan kami.
    “abang..” protes mummy.
    “tu apa lagi tercegat kat situ? Cepat la, kita makan.” panggil daddy lagi bila dilihatnya kami masih belum berganjak.
    aku dan fared berpandangan sebelum kami berlari-larian menuju ke ruangan makan dan membasuh tangan di sinki. Itu pun berebut-rebut. Masing-masing kelaparan. Memang kami melepak di kedai mamak, tapi kami cuma minum-minum sambil berbual kosong je.
    “hei..hei.. tu apa lagi tu. Berebut-rebut pula” sergahan mummy di belakang kami membuatkan fared mengalah dan memberikan aku peluang untuk mencuci tangan dulu. Aku tersenyum bangga. Fared memang selalu mengalah denganku.
    Kami makan dengan tenangnya, tanpa soalan berbangkit dari mummy sebaliknya cuma cerita-cerita ringan yang daddy ceritakan. Tentang seorang kenalannya, tentang pekerja-pekerjanya dan tentang isu-isu semasa. Selesai makan cepat-cepat aku naik ke bilik dan mengunci pintu bilik. Aku masih belum sedia untuk dihujani soalan-soalan cepumas dari fared pula.
*******************

    pagi itu sebaik terjaga dari tidur, mulut aku terus mengukir senyum bila wajah ashraf terbayang di tubir mata. Aku menyanyi kecil sambil mandi, selesai mandi aku masih tersenyum-senyum sambil memandang wajahku sendiri di cermin.
    Seakan terbayang-bayang muka ashraf sewaktu dia menunggu reaksi dariku tentang potret wajahku yang dilukisnya, terbayang-bayang muka selambanya sewaktu sedang makan, terbayang-bayang suara dia menyanyi yang walaupun tak sedap macam anuar zain tapi masih sedap untuk menjadi halwa telingaku. Terbayang-bayang muka serius dan kusyuknya sewaktu sedang melukis.
    Ahh.. hebat juga panahan cinta si ashraf ni. Sampi boleh buat aku tersenyum dan terbayangkannya. Aku tepuk pipi beberapa kali cuba menghilangkan senyuman yang tak lekang dari bibir dan terus turun ke dapur.
    Aku capai sandwish telur yang memang telah disediakan untuk aku di atas meja. Mak mah menghulurkan mug berisi air coklat panas kepadaku.
    “awalnya tuan puteri bangun” usik mak mah.
    “bangun awal pun tak boleh ke?” soalku sambil mnghirup minuman.
    “boleh.. apa pulak tak bolehnya, sekurang-kurangnya hari ni tak payah la mak mah ketuk pintu bilik tu sampai pecah.” gurau mak mah. Aku ketawa.
    “mummy daddy mana?” soalku.
    “macam biasa la sayang. Kerja.” jawab mak mah sambil membuka peti sejuk dan mengeluarkan sesuatu dari dalamnya .
    “abang?” Soalku lagi sambil menyuap sandwish ke mulut.
    “Ada kat atas tu, dah bangun ke belum ntah, karang terlambat pula pergi kelas.” ngomel mak mah. Suapan sandwish ke mulutku terhenti.
    “abang ada kat atas?” soalku sekadar inginkan kepastian. Mak mah mengangguk.  Cepat-cepat  aku hirup air coklat itu dan bangun dari kerusi. Sebelum keluar dari pintu dapur sempat aku berpaling  dan berpesan pada mak mah.
    “kalau abang tanya  adik mana cakap adik dah keluar tau.” pesanku.
    “lah nak keluar ke mana pula ni?” soal mak mah mengeluh.
    “nak tipu abang je la.” jawabku. “ mak mah jangan lupa tau.” pesanku lagi.
Mak mah mengangguk walaupun aku tau sebenarnya dia tak faham.
    Aku berjalan keliling rumah memikirkan di manakah tempat yang paling selamat untuk aku menyorok daripada fared sebelum dia keluar pergi ke kolejnya. Duduk di dalam bilik sendiri sangatlah tidak selamat kerana fared pasti akan mencari aku di situ untuk menanyakan tentang semalam yang tak sempat ditanya. Lalu aku mendaki anak-anak tangga berniat untuk menyembunyikan diri di dalam bilik tamu.
    Bertembung dengan kak shanti yang sedang menuruni tangga sambil mengusung raga berisi kain baju kotor. Nasib baik tak berlanggar.
    “adik..” kak shanti memarahiku.
    “sorry..” jawabku dan terus memanjat satu persatu anak-anak tangga ingin menuju ke bilik tamu tapi untuk ke bilik tamu perlu melalui bilik fared dulu. Aduh. Perlahan-lahan aku berjalan terjengket-jengket  seolah-olah aku sedang berjalan di atas rumah papan yang akan mengeluarkan bunyi jika berjalan.
    Tapi tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi tombol pintu bilik fared dibuka dari dalam, cepat-cepat aku terjah masuk ke bilik mummy. Perlahan-lahan aku tutup pintu. Tapi telingaku masih sempat mencuri dengar fared memanggil-manggil namaku sambil mengetuk pintu bilik aku. Kan.. aku dah kata dah dia pasti akan cari aku kat bilik punya.
    Aku kunci pintu bilik mummy dari dalam dan berjalan duduk di birai katil. Kenapa rasa macam jadi penjenayah je kat rumah sendiri ni?.
    Lima belas minit kemudian, aku terdengar bunyi motor fared berderum di ruang parkir rumah. Aku mengintai dari tingkap bilik. Dan memerhatikan saja sehingga kelibat fared dan cik meyranya hilang dari pandangan. tergesa-gesa aku memusing sehingga terlanggar meja kecil bersebelahan tingkap. Buku nota yang aku kira milik mummy terjatuh. Sekeping gambar mummy dan seorang perempuan tersisip keluar. Aku tersenyum sendiri melihat gambar mummy sewaktu mudanya, masih cantik seperti sekarang. Gambar itu aku selitkan kembali ke dalam nota mummy dan meletakkannya kembali di atas meja.
    Tak berminat untuk menyelongkar lebih mendalam siapa perempuan yang bergambar bersama mummy itu bila dalam fikiranku kini sudah memikirkan tentang berry dan ashraf. Terus aku berlari-larian masuk ke bilik. Berry di atas katil aku capai dan mencari-cari nama ashraf, tapi tak jumpa. Baru aku perasan sehingga semalam aku masih belum mempunyai nombor telefon ashraf.
    Lalu aku hidupkan appy di atas meja dan mencari nama ashraf di senarai kawan fared di facebook sebelum menambahnya sebagai kawan. Sehingga aku mendapat nombor telefonnya mungkin kami hanya akan berhubung melalui facebook saja.
***************

aku termenung di ruang tamu depan tv, walaupun cerita di tv sedang menayangkan cerita kegemaranku tapi fikiranku tak dapat menghayati cerita itu dengan lebih mendalam bila memikirkan kata-kata cia kawan sekolahku semasa kami bersembang di laman chat box facebook tadi.
    “lepas ni kau nak sambung belajar kat mana?” soal cia.
    “kat mana-mana je, asalkan dapat belajar. Jadi budak kolej ke, budak U ke. “ balasku.
    “kau budak pandai, mesti result kau gempak punya. Ntah-ntah mak kau nak hantar kau belajar kat luar negara kot?” kata cia menduga.
    Aku ketawa membaca bait-bait perkataan yang tertulis itu.
    “mak aku nak hantar aku belajar kat luar negara? Nak bagi aku keluar sorang-sorang pergi mall pun susah, inikan pula nak hantar aku pergi merantau sampai ke luar negara, dalam mimpi je la..” balasku.
    “kau jangan, aku dengar si yana tu dah plan nak sambung study ke australia. Mak kau dengan mak yana tu bukan ke kawan baik? Mana la tau kot-kot mak kau tergerak hati nak hantar kau ke sana dengan si yana tu?”  kata cia.
    Aku mengeluh berat. Betul ke mummy nak hantar aku belajar ke luar negara?  Tapi tak mustahil  sebab dulu mummy pernah terniat nak hantar fared belajar kat UK tapi fared menolak dengan alasan dia tak biasa nak duduk kat sana. Mummy turutkan. Tapi aku? Apa alasan aku nak bagi?  Takkan nak kata...
    “adik tak nak belajar kat luar negara sebab adik dah ada boyfriend kat sini.?”
nak mampus? Elok-elok mummy cuma bagi cadangan terus dia nekad nak hantar aku belajar kat sana sebab alasan bodoh aku tu.
    Aarrgghhh.. kenapa di saat aku baru nak rasa bahagia mempunyai teman lelaki, perkara-perkara seperti ini mesti dibangkitkan!!. kenapa??.
    aku bangun dari sofa yang tiba-tiba menyakitkan badan dan terus menuju ke dapur. Memerhatikan gelagat mak mah yang sedang memasak. Aku duduk di kerusi dan menongkatkan dagu memerhatikan mak mah yang sedang mengupas bawang.
    “kenapa pandang mak mah macam tu?” soal mak mah. Pelik.
    “saja sebab  mak mah nampak comel” jawabku mengusik.
Mak mah mencebik.
    “ini nak bodek mak mah masakkan apa-apa ke ni?” soal mak mah.
    “tak adalah, orang puji betul-betul tak nak percaya.” kataku. Kini buah-buahan segar yang disusun cantik dalam bakul kecil aku keluarkan satu persatu. Dan menyusunnya kembali. Cuba untuk menghilangkan rasa serabut dalam fikiranku saat ini
    “ini kenapa ni? Tengok muka pun mak mah dah tau dah. Mesti ada yang tak kena ni kan?” soal mak mah.
    Aku tersenyum, satu perkara yang aku suka tentang mak mah ialah dia tahu membaca perasaanku, dia tau bila masa aku perlukan dia dan bila masanya aku perlukan seseorang untuk mendengar masalah aku. Naluri ibu.
    “mak mah rasa mummy akan hantar adik belajar kat luar negara tak kalau keputusan SPM adik ok?” soalku tanpa berselindung.
    “adik rasa?” soal mak mah kepadaku semula.
    “Mungkin..” jawabku.
    “kenapa mungkin pula” soal mak mah.
    “sebab dulu mummy pernah nak hantar abang pergi belajar kat UK tapi abang yang tak nak, jadi tak mustahillah kalau mummy nak hantar adik juga.” jawabku.
    “hemm.. adik sendiri pun dah tau jawapannya, tak payah tanya mak mah la.” jawab mak mah.
Aku mengeluh berat. Buah-buahan yang dah aku susun kemas itu aku keluarkan balik dari bakulnya.
    “kenapa? Adik tak nak belajar kat luar negara ke?” soal mak mah lagi.
Aku menggeleng.
    “kenapa tak nak? Ruginya.. kalau mak mah la dapat peluang tu, mak mah tak fikir panjang dah. Bukan senang nak pergi melancong kat negara orang, apatah lagi nak duduk kat sana dan belajar kat sana, mesti best!” kata mak mah teruja.
Aku tersengih.
    “ kalau mak mah nak nanti adik suruh mummy buat rombongan pergi sana, kita satu family je pergi. Nak?” soalku.
    Mak mah menggeleng.
    “eh tak payah la. Nanti mummy cakap apa pula.” balas mak mah.
    “alah.. nak cakap apa pun, bukan orang lain. Mak mah juga kan..” kata ku.
    “pandai la adik ni ubah topik ya, tadi elok-elok cakap pasal dia nak pergi sambung belajar tiba-tiba nak ajak mak mah pergi melancong pula.” balas mak mah.
aku tergelak.
    “dah! cerita nak sambung belajar tu kita tolak tepi dulu, sekarang kita buka cerita pasal nak masak tengahari ni. Ni tolong mak mah potong sayur.” dihulurnya kepadaku beberapa jenis sayuran.
Tanpa banyak soal aku turutkan saja. Seronok berbual dengan mak mah ni, tengoklah sekejap saja masalah aku dah hilang dari kepala otak.

-----------------------??


Dapat mummy yang penyanyang dan tegas, mampukah nelly menolak tawaran belajar di luar negara itu??


*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku Lelaki Sebelah Aku nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini.