Jumaat, 25 Mac 2011

LELAKI SEBELAH AKU 4








Aku menarik selimut menyelubungi seluruh badan termasuk muka. Aku tak pasti berapa kadar suhu diluar sehingga membuatkan aku rasa selimut tebal ini masih terasa sangat nipis. Kesejukan yang mengcengkam tulang membuatkan aku gelisah di pembaringan. Aku ingin selimut lebih tebal atau paling tidak stoking dan baju sejuk agar kesejukan ini berkurangan.
            “tuk..tuk..tuk..”
telingaku menangkap bunyi pintu diketuk. Oh.. siapa pula yang menggangguku di pagi hari ini? Walaupun matahari sudah naik tapi jam baru pukul lima pagi di sini. Bukan seperti di Malaysia yang masih gelap walaupun sudah jam 7 pagi.
“tuk..tuk..tukk..”
Sekali lagi bunyi pintu diketuk kedengaran lebih kuat dan nyaring. Diikuti dengan panggilan seorang perempuan yang memanggil-manggilku.
“adik.. bangun dik. Dah tengahari ni..”
Laju saja aku membuka mata yang tadinya terasa sangat berat. Adik? Mataku terkebil-kebil memandang syiling, memandang  selimut yang menyelimuti tubuhku dan memandang sekeliling bilik. Ya… ini bilik tidurku.  
Aku menarik nafas lega! Rupanya aku hanya bermimpi berada di lapangan terbang dan bersedia untuk meninggalkan ashraf dan keluargaku di sini. Alhamdulillah.. sesungguhnya mimpi itu sangat ngeri untuk aku bayangkan.
Terlalu. Ngeri.
            “tuk.. tuk.. tuk.. adikkk..” sekali lagi pintu bilikku diketuk beserta dengan panggilan manja mak mah yang separuh merayu agar aku bangun. Aku jeling jam di dinding, sudah pukul 9 pagi. Tapi tahap kesejukan yang aku rasakan kini seolah-olah masih pukul 6 pagi!.
            Dengan malasnya aku turun dari katil dengan selimut yang membungkus tubuhku terus menuju ke pintu sebelum membukanya.
            “adik…”
Sebaik pintu aku buka, kelihatan mak mah sedang mengangkat tangan dengan segenggam penumbuk sedia untuk mengetuk pintu bilikku untuk kali yang seterusnya, tapi bila melihat mukaku terjengul di sebalik pintu, tangan itu dijatuhkan.
            “heii.. susah betullah nak kejutkan anak dara sorang ni. Ini kenapa berselimut lagi ni? Dah tengahari sayang, pergi mandi terus jangan nak sambung tidur pula.” Bebel mak mah sambil mengekoriku langkahku menuju ke katil.
            “sejuk la mak mah..” kataku lalu kembali berbaring di atas katil. Selimut aku tarik sehingga ke paras tengkuk.
            “memang lah sejuk, dah pasang aircond.” Balas mak mah sambil mencapai alat kawalan jauh penyaman udara dan mematikannya. Seterusnya dia membuka tingkap bilik  dan ditarik langsir seluas-luasnya. Membawa masuk cahaya terang dari luar.
            “adik, jangan la tidur lagi pergi mandi!.” Gesa mak mah bila dilihatnya aku berpaling dari arah tingkap yang terbuka dan berselubung sehingga menutupi seluruh badan sampai ke kepala.
            “ye la adik nak hilangkan rasa sejuk ni kejap, lepas ni adik mandi” kataku terjerit dari sebalik selimut.
            “dah kena air tak ada sejuk dah. Bangun cepat!! Tak elok anak dara tidur sampai ke tengahari. “ mak mah menepuk badanku sambil menarik-narik selimut memaksaku supaya terus bangun
            “ok.. ok.. adik bangun..” aku keluar dari tempat “persembunyian” dan menyambut huluran tuala dari mak mah dan terus menuju ke bilik air. Sempat aku menjeling mak mah yang sedang mengemas katil. Ingatkan kalau mak mah terus keluar, aku nak sambung tidur balik tadi. Heemmm..
            Tak sampai lima belas minit aku mandi kerana suhu air yang membasahi tubuhku terasa dua kali ganda lebih sejuk daripada aircond yang terpasang sepanjang malam. Penyudahnya selesai berpakaian aku kembali berselubung di atas katil. Aku yakin dan pasti rasa sejuk ini bukan disebabkan aircond yang dipasang sepanjang malam tadi tapi sebab aku demam. Dahiku yang panas sudah cukup untuk mengukuhkan tekaanku.
            Takkan la baru mimpi pasal nak ke UK dah demam kot?
Bibir aku menggeletar, tekak aku terasa kering sehingga membuatkan aku terasa macam nak minum air sejuk. Saat ini bermacam-macam permintaan yang terlintas di fikiranku yang aku harap ia dipenuhi.
            Nak selimut lebih tebal.
            Nak ada unggun api depan katil.
            Nak mummy urutkan kepala.
            Nak makan buah nenas.
            Nak dengar lagu-lagu romantik yang boleh hilangkan sakit kepala.
            Nak mak mah duduk kat sebelah.
            Nak dengar fared buat lawak bodoh.
Oh.. aku memang akan jadi sangat-sangat MENGADA-NGADA sewaktu demam. Dan pengakhirannya aku terus tertidur dan mendapat semua yang aku inginkan tadi dalam mimpi.


Aku tersedar bila terasa kepalaku diusap seseorang. kelihatan mak mah sedang duduk dibucu katil bersebelahanku sedang tersenyum memandangku.
            “patutlah mengadu sejuk sangat tadi, demam rupanya” katanya
            “hemm…”
            “mak mah, kaki adik sejuk” kataku bila terasa seperti tak ada apa-apa yang melapisi kaki sedangkan seluruh badanku sudah diselubung dengan selimut.
            “sejuk? Nanti kejap mak mah ambil stoking.” Kata mak mah lalu bangun menuju ke almari pakaianku dan membuka salah satu laci dibahagian bawah dan mengeluarkan sepasang stoking untukku. Tanpa dipinta mak mah menyarungkan ia ke kaki aku.
            “mak mah, nak sweater..” pintaku lagi bila terasa baju lengan pendek yang aku pakai ini terlalu pendek untuk menutup seluruh tangan yang kesejukan walaupun sudah dilapisi dengan selimut.
            Mak mah turutkan saja.
            “mak mah nak selimut tebal lagi” pintaku lagi bila stoking dan sweater masih tidak membantu untuk menghilangkan rasa sejuk ini.
            Mak mah bangun dan mendapatkannya untukku.
            “mak mah mummy mana?” soalku bila terasa seperti sudah berhari-hari aku tidak nampak mummy sedangkan baru seharian aku tak keluar bilik.
            “mak mah nak makan nasi”
pintaku bila terasa ada angin yang beterbangan dalam perut sehingga membuatkan aku terasa tak selesa. Tapi bila mak mah membawa sepiring nasi, selera makanku tiba-tiba tertutup. Tanpa belas kasihan terhadap mak mah yang susah payah turun ke dapur dan mendapatkan nasi goreng untuk aku, sewenangnya aku menolak dengan alasan tak sedap!. Kejamnya aku…
            “mak mah nak tengok tv.”
pintaku bila teringat drama korea sedang dimainkan pada waktu itu dan aku memang tak mahu terlepas satu episod pun. Tapi bila mak mah membukakan tv fikiranku tiba-tiba terasa semak mendengar celoteh iklan di tv yang memeningkan kepala, lalu aku menyuruh saja mak mah menutupnya.
            Tanpa banyak soal, mak mah turutkan lagi.
            “mak mah.. mak mah.. mak mah.. “ sehingga aku tertidur kembali barulah mak mah dapat berehat dengan tenang. Haishh.. mengada-ngada betul aku ni. Kasihan mak mah..



            Aku mengiring ke kiri dan tersedar dari mimpi yang indah. Mimpi aku sedang meneguk jus mangga dalam kotak yang besar tu. Terasa sangat puas dan nikmat sekali. Sedang terfikir pada siapa inginku minta untuk mengambil jus mangga itu untukku tiba-tiba mataku tertancap pada kak shanti yang sedang duduk membaca majalah tak jauh dari katil.
            “kak shanti, adik nak air mangga sejuk.” Pintaku
Majalah yang sedang dibaca diletak ke riba dan dia memandangku dengan dahi yang berkerut.
            “air sejuk? Eh, orang demam tak boleh minum air sejuk-sejuk tau” kata kak shanti, tegas.
            “alah, adik haus ni.” Kataku sedikit merengek.
            “akak ambil air masak ya?” pujuk kak shanti cuba berdiplomasi.
            “tak nak, nak air mangga yang sejuk je.” Pintaku lagi.
            “hemm.. kejap, akak ambil.” Kata kak shanti mengalah dan terus keuar dari bilikku dan menuju ke dapur.
            Sementara aku di bilik menanti dengan penuh kesabaran saatnya air berwarna kuning pekat itu dibawakan kepadaku. Akan aku minum sehingga habis segelas, kalau boleh sehingga habis sekotak, kalau tak cukup lagi suruh mummy beli lagi berkotak-kotak.
            Tapi sewaktu kak shanti datang berlengang-lenggok menatang sedulang gelas berisi jus yang aku minta dan menghulurkan gelas berisi air berwarna kuning itu kepadaku, hanya seteguk sahaja yang berjaya melepasi tekakku.
            Kelat!.
Aku hulurkan gelas itu kepada kak shanti.
            “kenapa  tak nak pulak?” soal kak shanti pelik.
            “ kelat.” Jawabku sepatah dengan reaksi muka yang menunjukkan betapa kelatnya terasa lidahku.
            “oang demam makan apa pun rasa kelat. Nah! makan bubur sikit nanti boleh makan ubat.” Sempat kak shanti memerliku sambil  menyuakan sesudu bubur nasi ke mulutku. Aku mengelak.
            “tak nak lah, nanti kelat lagi.” Kataku, agak trauma untuk menjamah apa-apa makanan lagi.
            “yang ini akak dah isi gula, garam banyak-banyak bagi tak kelat.” Kata kak shanti bergurau.
            “kalau lidah dah kelat makan apa pun terasa kelat juga la kak shanti..”
            “tapi adik kena telan  juga, kalau tak makan nasi perut tu pulak masuk angin. Cepatlah dik makan bubur ni nanti boleh makan ubat sekali. Nak sihat ke tak nak?” kak shanti memujukku.
Aku akur. Tapi bukan kerana aku nak cepat sihat dan nak makan ubat tapi kerana aku kasihan melihat kak shanti yang begitu beriya-iya memujukku makan. Terharu!.  
Aku buka mulut ala kadar untuk menerima suapan itu. Tapi bukan setakat kelat yang aku rasa tapi juga pahit, payau dan segala macam rasa yang aku tak pasti untuk dikelaskan sebagai apa.
            “hah.. hah.. jangan buang, telan terus.” Paksa kak shanti bila dilihatnya aku menekup mulut dengan jari, bersedia untuk mengeluarkan balik makanan itu. Sergahan kak shanti membuatkan aku paksa diri untuk telan walaupun dah rasa macam makan pasir.
            Sesudu lagi disuakan. Aku ingin mengelak tapi muka garang kak shanti mematikan hasratku, aku terima dengan mata yang memerah, hampir mengalirkan air mata. Drama je lebih..
Untuk suapan yang ketiga aku menolak. Tak sanggup aku nak paksa diri lagi.
            “lah.. baru dua sudu..” rungut kak shanti.
            “tak larat lah, nanti kalau termuntah, akak juga yang susah nak lap,. Nak tukar cadar semua.” Pujukku.
            “hemmm.. nah makan ubat pulak” kak shanti hulurkan dua jenis pil berwarna biru dan kuning kepadaku.
            “panadol rendam tak ada ke?” soalku, cukup sekadar melihat saiz pil itu aku dah tau setakat mana dia boleh pergi dalam badan. Pasti tak sempat sampai ke anak tekak pil-pil ni akan keluar balik. Telan lah air banyak mana pun, tak maunya ditelan…
            “tak ada la sayang, ini ubat demam, makan je la ubat ni” gesa kak shanti..
            “besar sangat macammana nak telan” soalku, mengelat.
            “haihh… banyak pula songeh dia tak mau makan ubat, nanti mummy kamu tanya akak nak jawab apa?”
            “cakap je la adik dah makan ubat. Kak ti, kepala adik dah pening ni, adik nak tidur..” kataku sambil memegang kepala dan berbaring.
Memang kepala aku agak pening, tapi ingin tidur itu cuma alasan supaya kak shanti berhenti menyuruhku makan ubat.
            Akhirnya kak shanti mengalah dan membiarkan aku berbaring sementara dia keluar menatang dulang yang berisi bekas makananku tadi.


            “lah.. ni apahal petang-petang pun tidur lagi ni?” soal fared di muka pintu bilikku sewaktu dia melintasi bilikku ingin menuju ke biliknya.
            “demam la…” jawabku.
            “le.. demam ke? Demam yang yok ke demam betul-betul?” soalnya lagi sambil menapak masuk ke bilikku seterusnya meletakkan telapak tangannya di dahi aku.
            “uisshhh.. panasnya! Bila start demam ni?” soalnya lagi.
            “pagi tadi.” Jawabku perlahan.
            “dah makan ubat?” soalnya sambil duduk di bucu katil menghadapku.
            “dah!” jawabku dengan bangganya.
            “ceh!..bajet aku tak tau la? Rupa kau nak makan ubat? Makan sayur pun liat. Macammana nak cepat sihat? Nanti kalau dah duduk kat “seberang laut” sana sorang-sorang kalau sakit tak ada orang jaga, hah baru tau.” Bebel fared macam mak nenek.
            “aduhh… bertambah tahap kepeningan kepala aku dengar kau membebel” perliku sambil memegang kepala.
            “macam tu lah kau kan, aku cakap sikit dikatanya aku membebel, karang bila dah susah baru la nak datang minta tolong aku, baru la nak mengaku aku abang terbaik kat dunia, belasah karang apah tak hal.” Bebel fared lagi dengan muka menyampahnya. Tak dihiraunya aku yang dah menutup telinga dengan bantal ni.
            “daripada kau sibuk membebel kat sini, apa kata kau pergi carikan aku makanan? Dari pagi tadi aku tak makan tau.”
            “siapa suruh kau tak makan. Bukannya mak mah tak masak..” perli fared.
            “tak selera la nak makan nasi.. nak makan…”
            “ha.. jangan nak suruh aku masak atau beli makanan kat luar pula..” pesan fared sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata.
            “alaaa.. baru nak suruh kau belikan pizza.” Rengekku.
            “aii.. demam-demam pun selera makan boleh tahan ye? Nak pizza tunggu kau dah sihat nanti” katanya.
Aku mencebik.
            “eh, dik..” fared memanggilku sambil memandang sekeliling dan mendekatkan kepalanya dekat kepadaku. Aku pasang telinga dan bersedia untuk mendengar kata-kata seterusnya. Macam rahsia besar je?
            “mummy dah tau ke yang kau demam ni?” bisiknya perlahan. Penuh curiga.
Aku mengeluh hampa. Ingatkan rahsia apa la yang sampai nak berbisik-bisik rupanya nak tanya itu je?
            “ntah, mak mah dah bagitau kot..” jawabku ala kadar.
            “hah.. nampaknya makin mudah la rancangan kita. Nanti kau pujuk mummy cakap yang kau tak mau pergi UK. Kalau perlu kau berlakon la sikit, buat meracau-racau ke, macam kena histeria ke.”
            Aku kerut dahi. “tak apa ke menipu mummy macam tu? Nanti mummy risau pula” soalku serba salah.
            “eh.. tak boleh, memang tak boleh menipu mummy tapi kalau kau sanggup nak sambung belajar kat sana, terpulanglah..” kata fared memerliku.
            “eeii.. kau ni bagi la idea yang bernas sikit”
            “lah bernas la idea ni, nak bernas macam mana lagi?”
Belum sempat aku membalaskata-katanya tiba-tiba telefon bimbit fared berbunyi, terus dikeluarkan benda itu dari poket seluar dan berlalu keluar sambil menjawab panggilan itu. Oh sempat juga dia berpaling memandangku dan mengatakan..
            “fikir-fikirkanlah..” dan kelibatnya hilang disebalik pintu,


Bila awan hitam sudah mula kelihatan, kepala aku pun mula terasa pening. Suhu badan meningkat naik. Panas. Aku memusing ke kiri, tak selesa, pusing ke kanan, berpinar-pinar pulak, pandang ke syiling lagi menyakitkan kepala. Rimas! aku ingin segera sembuh. Aku tak mahu terus terperangkap di atas katil ini lagi. Air mata yang mengalir akibat suhu badan yang meningkat juga terasa panas. Saat ini aku cuma harap yang mummy akan berada di sisiku, mengusap kepalaku. Aku memang akan jadi seperti kanak-kanak kecil yang inginkan perhatian bila aku tak sihat, resah gelisah jadinya.
            “mummy..” jeritku walaupun suara tak berapa nak keluar.
            “mummmyyy…” panggilku lagi.
            “kenapa?” tegur satu suara lelaki. Mummy yang aku panggil fared pula yang muncul.
            “mummy mana?” soalku.
            “kejap, aku panggil.” Kata fared lalu keluar dari bilikku.
Beberapa saat kemudian fared muncul bersama mummy.
            “sayang, demam ke? Sorry mummy lambat balik” kata mummy sambil duduk di sebelahku dan mengusap dahiku.
            “panasnya.. sejak bila demam ni?” soal mummy memandang fared.
            “pagi tadi kata mak mah.” Jawab fared yang sejak tadi hanya memerhati.
            “lah.. mummy ingat demam biasa je, abang tolong ambilkan tuala basah mummy nak tuam kepala adik ni”
Patuh dengan arahan itu fared terus ke bilik air.
            “adik nanti kita pergi klinik ya? Ubat dah makan?” soal mummy.
            “tak nak pergi klinik..” jawabku merengek. Bila disebut je perkataan klinik dalam fikiranku sudah terbayang jarum suntikan, ubat-ubatan dan bau yang memeningkan.
            “kalau tak jumpa doktor macammana nak cepat sihat?” pujuk mummy lagi.
            “mummy adik pening” aku memegang kepala. Memang aku tengah pening tapi aku lebih kepada tak ingin membicarakan tentang hal itu lagi. Menambahkan runsing di kepala aku saja.
            “ok ok mummy picit kepala, adik tidur.” urutan mummy membuat aku kembali tenang. Terdengar sayup-sayup di telingaku fared datang dan memberi tuala basah yang diminta mummy sehingga tuala itu ditekap ke dahiku aku semakin mamai dan terlena.
Malam itu aku terjaga, begitu sejuk aku rasakan sehingga memaksa aku untuk menindih kaki dengan bantal. Aku mengiring ke kiri, ada mak mah yang sedang lena. Tiba-tiba fikiranku teringatkan ashraf, lalu berry yang aku letak di atas meja bersebelahan katil aku capai. Ada beberapa mesej yang belum aku baca, daripada maxis, cia dan ashraf. Mesej ashraf aku buka.

            “ fared kata kau demam? Get well soon ya”

Begitu nada mesejnya. Walaupun ringkas tapi cukup untuk buat aku tersenyum. Berulang-ulang kali aku baca sehingga terlupa untuk membaca mesej seterusnya bila mak mah terjaga dan menanyakan keadaanku.
            “adik ok, mak mah tidur la..” kataku dan meletakkan kembali berry ke atas meja. Sekejap kemudian mak mah terlena kembali, pasti dia penat seharian menguruskan hal ehwal rumah ini. Tambah lagi terpaksa menjagaku malam ni. Aku kembali memejamkan mata dengan pesanan ringkas ashraf terbayang di mata.



Pagi itu ssebelum pergi kerja mummy singgah di bilikku.
            “anak mummy macammana hari ni? Dah sihat?” soal mummy sambil meraba dahiku.
            “heemm.. kejap sejuk kejap panas...” jawabku.
            “itulah kalau makan ubat kan cepat sikit sihat…”perli mummy.
Aku tarik muncung, tiada jawapan balas untuk “pujian” itu.
            “suruh makan ubat pun liat, nasib baik tak selalu sakit, kalau tak jenuh la mummy.”
            “sebab jarang makan ubat la tak selalu sakit. Antibody dalam badan ni kuat tau” balasku.
            “heh ye la tu, teori mana adik belajar ni?”
            “Adalahh.. sumber-sumber yang boleh digunapakai!.”
            “hemm..”
Kami masing-masing terdiam, ketandusan bahan untuk dibicara. Mummy mengurut kepalaku dan sambil aku menghayati urutan yang menyenangkan itu.
            “adik… mummy nak tanya sikit boleh?” soal mummy memecah kesunyian.
            “apa dia?” soalku curiga. Sebab nada mummy bertanya nampak macam serius je.
“Adik nak ke tak nak belajar kat UK?”
Aku terdiam. Kenapa tiba-tiba mummy tanyakan pasal hal ini? Serba- salah pula aku nak menjawab..
            “adik, ini masa depan adik, kehidupan yang adik nak lalui, mummy takkan paksa kalau adik tak nak. Memang mummy nak yang terbaik untuk anak-anak mummy tapi persetujuan adik tetap keutamaan mummy.” Tambah mummy lagi bila aku tak bagi apa-apa respon.
            “mummy… adik.. adik sebenarnya..” aku memintal hujung selimut. Serba salah nak bersuara.
            “apa dia? Cakap je.. mummy terima walau apa pun keputusan adik..” kata mummy.
            “adik tak nak belajar kat sana, adik nak belajar kat sini je, dapat satu kolej dengan abang pun tak apa” luahku akhirnya tanpa memandang muka mummy.
            “adik ni.. kalau dah memang tak nak kenapa tak cakap awal-awal?”
            “sebab mummy macam nak sangat adik sambung belajar kat sana” jawabku menunduk.
            “memang la mummy nak sebab kat sana banyak kemudahan, banyak yang adik boleh belajar, boleh hidup berdikari  tapi kalau anak mummy tak nak takkan mummy nak paksa.”
Aku tersengih sumbing. Senang hati dengan jawapan mummy. Tiada langsung terlukis reaksi kecewa atau sedih di mukanya, menunjukkan yang mummy betul-betul tak kisah.
“Tapi.. kalau adik betul-betul nak belajar satu kolej dengan abang pun lagi bagus. Tenang sikit hati mummy” kata mummy lagi mengangkat kening.
Aku tarik nafas lega nasib baik aku tak cakap benda bukan-bukan tadi. Dapat sekolej dengan fared bermakna aku akan lebih dekat dengan ashraf. Yes!!.
            “thanks mummy, love you…” aku peluk erat bahu mummy spontan.
            “uhh.. busuknya! Dari semalam tak mandi peluk mummy pula”
Aku lepaskan pelukan dan mencium bajuku sendiri
            “mana ada busuk.. mummy ni.” Rajukku.
            “Ada la.. bau orang demam memang busuk. Dah lepas ni pergi mandi, lepas tu makan. Mummy nak pergi spa ni.” Mummy bangun dan menepuk lenganku menyuruhku segera bangun.
            “kejap lagi..” aku kembali berbaring.
            “no kejap, kejap. Right now!.” Tegas mummy sambil berjalan keluar ke pintu bilik.
            Aku menjerit kesukaan bila kelibat mummy sudah tidak kelihatan. Tanpa aku sedar mummy tersenyum di sebalik pintu.


Nampaknya berita gembira yang dikhabarkan mummy tadi telah membawa perubahan kepada tahap kesihatan aku. Apa aku demam sebab mimpi pergi uk tu ke? Oh rupanya ada hikmah yang besar disebalik demam ni.
Walaupun suhu badanku masih belum kebah tapi rasa pening dan senak perut sudah hilang jadi aku lebih mudah untuk ke hulu ke hilir tanpa perlu meminta bantuan orang lain untuk menolongku. Bila aku senang hati, maka yang lain pun senang hati, terutamanya kak shanti, katanya tak perlulah dia menjaga aku pula malam ini.
Selera makanku kembali bertambah walaupun belum sihat sepenuhnya Aku dah mula meneguk 2,3 cawan air sejuk, terutama jus mangga yang sebelum ni aku tak lalu minum kerana rasa kelat. Aku juga meminta mak mah mengupaskan kulit buah nanas untukku. Pendek kata segala makanan yang aku idamkan masa aku demam kini aku makan semuanya. Puas hati aku. Mak mah cuma tergeleng kepala melihat telatahku, tiada daya nak menghalang.
            Penyudahnya suhu badan aku naik mendadak. Aku berbaring di sofa dengan selimut tebal yang menyelubungi tubuh sambil menonton tv. Berkali-kali mak mah menyuruhku agar berehat di bilik tapi aku menolak kerana kebosanan. Naik jemu aku lihat katil yang dah tak empuk lagi untuk aku.
            “nah, cia call” kata kak shanti sambil menghulurkan telefon tanpa wayar kepadaku.
            “hello..” ajuku membuka bicara.
“Hello nel. Kau buat apa? Hari tu aku mesej tak balas, aku call handset tak berjawab. Jangan cakap kat aku yang kau tengah sibuk mencari baju sejuk nak dibawa ke uk..” perli cia.
“ayyooo sorry la kawan, aku demam la. Tak sempat nak tengok handset pun.. oh, pasak UK aku ada berita baik punya..” kataku teruja.
“berita baik? Apa yang baik sangat tu?” soal cia juga teruja untuk mendengar.
“mak aku cakap, aku tak payah sambung belajar kat UK, belajar je kat kolej fared..” kataku terbatuk-batuk. Kesan daripada air sejuk la tadi ni.
“oohh ya ke? tahniahhh…nampak gayanya dari sekolah sampai masuk kolej la kau still duduk bawah ketiak fared.” Perli cia.
“helloo bukan duduk bawah ketiak ok, lagipun kali ni fared dah takkan jadi para-para aku lagi sebab aku dah ada para-para yang baru..”
“hah? Sejak bila pula kau ada para-para baru ni? Siapa orangnya? Kenapa aku tak tau pun? Aku kenal ke dia?” soal cia bertubi-tubi.
“tak.. kau tak kenal, dia kawan baik fared.” Jawabku mana yang sempat aku tangkap soalannya.
“oh sampai hati tak cerita kat aku ye..”
“babe rileks la, aku dengan dia pun baru lagi ok, tak sampai pun sebulan”
“sekarang aku tau kenapa kau beriya-iya tak nak ikut cakap mak kau.”
“sebab apa?” aku kerut dahi.
“sebab para-para baru kau tu kannn..”
“errmm… lebih kurang la. Eh kau ni kan tau je kan.” Aku tersenyum malu. Walaupun cia tidak melihat senyuman aku ni.
“biasalah aku. Memang aku boleh baca fikiran orang pun. Eh, jangan lupa kenalkan dia kat aku nanti. Nak tengok juga kacak sangat ke para-para kau tu.. hahaha..” cia ketawa lepas.
“sangat kacak kot..” tambahku sengaja nak buat cia semakin tak sabar nak kenal, sedangkan ashraf tak lah sekacak mana.. kot.
Dan perbualan kami seterusnya cuma berkisar tentang hal-hal remeh sehingga cia menamatkan panggilan kerana ingin menyimpan kreditnya yang dah ‘haus’.


Masuk hari kelima apabila aku bangkit dari tidur tubuh badanku terasa lebih segar dan bertenaga. Panas badanku juga sudah kebah. Aku tersenyum di hadapan cermin. Lihatlah aku boleh kembali sihat walaupun tanpa mengambil ubat.
Selesai mandi dan bersiap aku turun ke dapur untuk mengisi perut yang kelaparan. Mana tak lapar, dari malam tadi tak makan. Kelihatan fared di meja makan sedang menjamah nasi goreng sambil ditemani oleh kak shanti.
            “assalamualaikum” aku memberi salam. Dan mengambil tempat duduk di antara mereka.
            “waalaikumsalam” jawan fared dan kak shanti serentak.
Kak shanti menyendukkan nasi goreng ke pinggan sebelum dihulurkan kepadaku.
            “aii.. dah sihat ke?” soal fared.
            “kalau tak sihat tak jalan sampai ke dapur ni.” Jawabku berbasi
            “dah seminggu demam baru nak sihat, kalau makan ubat sehari pun dah boleh baik.”  Katanya perlahan seolah bercakap dengan dirinya sendiri tapi bait-bait kata itu kedengaran jelas di cuping telingaku.
            “alah, biarlah janji sihat.”
            “huh.. orang sepatutnya biar cepat-cepat sihat bukan…”
            “sudah-sudah, depan makanan jangan bergaduh.”  Sampuk kak shanti memotong bicara fared yang masih belum mahu mengalah.
            “abang ni la, pagi-pagi dah nak cari gaduh dengan orang”
            “eh.. yang dia tu orang dah tolong bukan nak ucap terima kasih..”
            “tolong? Tolong apa? Suruh belikan pizza pun malas.. hah sekarang aku dah sihat. Bila nak belanja? janji tetap janji ok..”
            “sepatutnya kau yang kena belanja aku tau. Kalau tak kerana aku mesti sekarang kau dah menangis tak berlagu, menghitung hari je nak ke UK”
            “eh!.. kau ada cakap apa-apa ke kat mummy?” soal ku mula curiga.
Fared buat muka seposen, tiada jawapan yang terlontar di mulutnya.
            “ohh.. kau ke yang pujuk mummy? Oh abangku sayang, thank you so much!. Kau la abang terbaik kat dunia” kataku tersengih lebar.
            “kak shanti tengok la tu bila dah senang baru nak mengaku fared ni abang terbaik, bila susah…”
            “alalala… jom jom kita pergi makan kat luar, adik belanja!”pujukku.
            “okeh, petang ni.”
            “eh, tapi kau cakap apa kat mummy?: soalku
            “adalah,..”



            “dah tak demam dah?” itu soalan pertama yang keluar dari mulut ashraf sewaktu dia menelefonku.
            “tak.. dah baik dah.” Jawabku.
“oh ya, ada berita baik nak beritahu ni.” Kataku bila teringatkan berita gembira itu.
“apa dia?” soalnya.
“aku akan sambung study kat kolej korang!!!!..”
“oh.. habis UK?”
“UK tak ada, ulu kelang ada..”
“serius?” soal ashraf masih belum percaya.
“duarius” kataku bergurau.
“Tak tipu?”
“pernah ke?”
“hebat.. tahniahh..”
“thank you. Tapi fared la yang hebat sebab dia yang tolong,”
“oh ye ke, baiklah esok aku nak bagi fared bunga.” katanya
“bunga? Tak ada benda lain ke?”
“habis tu apa? Coklat?”
“bagi gula-gula sebiji pun cukup lah” ajuku.
“uiihh.. kejam. Gula-gula tak setimpal dengan pertolongan yang dia bagi.”
“wah.. sayang sangat kat fared nampaknya?”
“mesti, bakal abang ipar tu.”
Aku termalu sendiri dengan jawapan selamba ashraf.
            “umur baru berapa dah ingat nak kahwin..” kataku menutup rasa segan.
            “kata-kata tu kan doa? Kalau kita cakap benda baik mudah-mudahan jadi pun baik la. Kot-kot jodoh kita panjang.”
            “insyaallah.. asalkan mummy merestui.” Kataku.
            “oh my… pasal tu tak settle lagi ke?”
            “belum la.. mana nak settle, langkah pertama pun tak ambil lagi.”
            “I’m almost forget la.. nampaknya kita kena susun strategi barulah”
            “adoi mencabarnya hidup aku.. lepas satu, satu masalah timbul.”
            “itulah best! baru  hidup tak bosan.” Kata ashraf bersemangat.
            “oh macamtu ya?”
            “ya.. macam tu.” Jawabnya.


Inilah harinya hari aku akan kembali menjadi pelajar selepas beberapa bulan duduk di rumah tanpa membuat apa-apa. Oleh kerana aku masih belum mempunyai apa-apa lessen memandu maka fared akan menjadi driverku sehingga aku berjaya mendapatkan lesen memanduku sendiri. Yang entah bila..
            Sebaik kaki aku melangkah masuk ke kolej ini dan menjadi sebahagian daripadanya, aku sangat-sangat tak sangka dengan penerimaan pelajar-pelajar senior yang begitu.. mesra denganku. Yang begitu mengenaliku. Yang begitu suka memandang ke arahku tak kira lelaki mahupun perempuan sambil berbisik sesama sendiri.,..
            “itulah adik fared”
Aku sangat-sangat tak sangka yang rupanya abang kesayanganku itu begitu popular di kolej ini? Wahh..
            “hai adik fared..” tegur seorang lelaki yang merupakan seorang pelajar senior sewaktu aku berselisih denganya di koridor. Kerana terlalu tergamam aku langsung tidak sempat membalas tegurannya.
            “sombongnya…” katanya. Walau nada suaranya kedengaran seperti ingin mengusik tapi tetap terkesan di hatiku. Bukan sombong cuma tak biasa..
            “hai nelly..” tegur bobo yang kebetulan baru keluar dari dewan yang aku lalui.
            “eh, hai bo..”
            “nak pergi mana ni?” soalnya.
            “nak pergi kafe.” Jawabku.
            “sorang je?”
            “err.. ada nampak sesiapa ke kat sebelah aku ni?”
            “tak ada..”
Aku angkat kening.
            “jom.. aku teman?” pelawa bobo.
            “boleh..” sambut aku berbesar hati. Sebenarnya segan juga bila jalan sorang-sorang sebab semua orang pandang. Tak selesa..
            “yang lain mana?” soalku merujuk kepada fared, ashraf, fatul dan fahmi.
            “ntah diorang. Awal-awal lagi dah hilang tanpa dapat dikesan.”
            “oh..”
            “eh kau dah ada kawan kat sini?” soal bobo lagi.
            “belum.” Jawabku lirih.
            “tak apa nanti aku boleh tolong kau carikan seorang kawan.”
            “terima kasih”
            “kasih diterima..”
Sesampai saja di kafe, tiba-tiba bobo menarik tanganku ke suatu arah.
            “Aku dah jumpa kawan untuk kau.” Katanya bila dilihatnya aku yang terpinga-pinga.
            “mana?” soalku.
            “kat sana.. jom kita terjah.”
Aku menurut sehinggalah kami berhenti betul-betul di hadapan meja seorang perempuan yang sedang menjamu selera sambil menunduk. Nampak begitu lapar sekali dari riak wajahnya.
            “amboi sedapnya makan sampai tak pandang kiri kanan.” Tegur bobo.
Perempuan itu tersentak sehingga membuatkan makanan yang sedang dimakan tak dikunyah dengan sempurna. Tersedak-sedak perempuan itu. Kesian pula aku tengok lalu aku hulurkan cawan air yang ada di hadapan matanya. Cepat saja disambut dan dihirup.
            Aku tampar bahu bobo tanda tak senang dengan cara tegurannya.
            Bobo mencebik.
            “balik nanti aku report kat mak kau yang kau tak reti nak bagi salam walaupun dah diajar berkali-kali cara yang paling baik untuk menegur orang adalah dengan memberi salam.” Bebel perempuan ini panjang lebar. Pasti sangat tak puas hati dengan bobo.
            “sorry lin, kau patut tau yang kadang-kadang aku jadi lupa diri terutama bila nampak kau yang makan tak pandang kiri kanan tu.” Balas bobo.
            “tetap alasan kau tak boleh diterima logik akal. Apa masalah kau datang mengganggu aku kat sini?” soal perempuan yang dipanggil lin ini sambil memegang kedua-dua pasang sudu di piringnya.
Bobo mengambil tempat betul-betul di hadapan lin dan menyuruh aku duduk di sebelahnya. Aku menurut.
            “tak.. kebetulan aku ternampak kau kat sini so aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Seseorang yang mungkin boleh jadi kawan kau kat sini.” Kata bobo menunjuk ke arahku.
            Lin mengangkat kepala dan memandang kepadaku.
Dihulurkan tangannya kepadaku.
            “Linda..” katanya.
            “nelly..” balasku sambil menyambut huluran tangannya.
Kami berbalas senyuman.
            “err.. bo, macammana korang kenal?” soalku bila hanya itu yang aku fikirkan saat kami dipertemukan.
            “dah duduk satu taman takkan tak kenal kot..” jawab bobo.
            “oh.. berjiran la ni??”
            “err.. sebenarnya tak la jiran sangat sebab rumah aku dengan rumah dia terpisah satu blok banggunan TAPI.. since si bobo ni suka sangat duduk bertenggek kat tembok depan rumah aku sambil melalak main gitar itu yang jadi jiran tu..” balas Linda selamba.
            Aku tersenyum mendengar bicara selambanya.
            “eleh.. macam blok lain-lain tu bukan jiran, poyo!” balas bobo.
            “ye jiran, tapi jiran setaman, bukan jiran sebelah rumah”.
Aku cuma ketawa melihat gelagat mereka. Tak ada idea untuk mencelah.
            “yo..yo.. what’s up men..”
Aku menoleh bila mendengar suara yang biasa aku dengari di rumah. Siapa lagi kalau bukan fared. Dia datang bersama-sama fatul, fahmi dan.. ashraf.
            “yo.. dapur berasap bro..” balas bobo spontan.
            “kau ni bodo la  bo..” kata Linda tiba-tiba membuatkan aku dan bobo yang mendengar terkejut.
            “eh.. eh.. aku bagitau mak kau sebab ikut suka hati je nak panggil orang bodoh.”
Kata bobo sementara yang lain sedang mengambil tempat duduk masing-masing.
            “ye lah yang kau jawab “dapur berasap” tu kenapa?? Dia Tanya what’s up?” balas Linda.
            “alah.. biar la aku nak jawab apa pun, bukannya ada pakar bahasa nak saman aku kalau aku jawab macam tu. Kau tu je yang kecoh-kecoh. English pun broken..” perli bobo.
            Linda sudah buat muka tak puas hati sebelum dia sendiri susun ayat untuk membalas kata-kata bobo itu. Tapi tiba-tiba fared mencelah.
            “yo..yo jangan bergaduh sebab aku dowh..”
            “siapa gaduh sebab kau?” soal bobo dan Linda serentak sambil keduanya meemandang fared serius. Reaksi muka tak puas hati.
            “hah lantak korang lah nak bertumbuk ke, bergusti ke, berperang ke, malas dah aku nak ambil tau. Yang kau adik buat apa kat sini?” tumpuan fared kini beralih kepadaku.
            “buat apa lagi, nak makan la..” jawabku.
            “ini lagi sorang, aku tanya elok-elok itu jawapan yang dia bagi. Eeii…” kata fared agak emosi.
Aku kerut dahi. Dah datang kafe mesti la nak makan dah tu takkan nak dating pulak kot?.. aku menjeling memandang ashraf yang senyap sejak tadi.
            “sabarlah fared, kau patut sedar yang perempuan memang akan mengalami bulan yang membuatkan mereka agak emosi!” Kata fahmi dengan muka simpatinya sambil menepuk-nepuk bahu fared.
Aku terkejut dengan ayat selamba fahmi tu.
            “hei pandai-pandai je kau ni kan, mana ada aku…”
            “kejap!!!...” jerit ashraf tiba-tiba sehingga membuatkan kami masing-masing terdiam dan memberi tumpuan kepadanya.
            “aku rasa aku dah ada idea.” Katanya.
            “idea apa?” soal fared.
            “idea macammana nak ambil hati mak kau.” Jawabnya.
Kami terlopong.



Aku dan fared sedang berdiri dari jarak yang tak berapa nak jauh dari spa mummy, sedang memerhatikan ashraf dan lain-lain menjalankan misi mereka. Iaitu berlegar-legar di kawasan berdekatan spa mummy untuk menunggu sehingga wanita kesayangan kami itu keluar dari spa miliknya.
            Setelah hampir 30 minit penat berdiri dan menunggu, kelibat mummy kelihatan sedang keluar tergesa-gesa sambil mencari sesuatu dari dalam tas tangannya. Ya, waktu itulah ashraf dan yang lain-lain akan memainkan peranan mereka.
Bobo yang berlagak seperti sedang bersembang dengan kawan-kawan yang lain lalu secara tak sengaja telah melanggar mummy sehingga menjatuhkan beg tanganya. Oh.. terlalu kasar cara bobo sehingga boleh menjatuhkan beg tangan. Nasib baik bukan mummy yang jatuh tadi.
            Dan ashraf selaku hero dalam drama sebabak itu akan cepat-cepat membantu mummy dengan mengambil beg tangannya dan meminta maaf bagi pihak bobo. Dan di situ peranan ashraf untuk mengambil hati mummy adalah sangat penting. Walaupun mummy nampak macam nak cepat ashraf perlu buatkan mummy mengingati sekurang-kurangnya nama dia!.
            Dan nampaknya ashraf berjaya bila dari tadi mereka tak henti-henti bercakap dan bersalaman dengan mummy.
            “dik apa yang ashraf sembang dengan mummy tu?” soal fared
            “I don’t know la.. mana dengar.” Jawabku dengan mata yang masih belum beralih dari memandang drama yang kini sudah menjadi dua babak itu.
            “eh.. mummy kenal ashraf ke?” soal fared lagi.
            “how do i…  eh, diorang dah habis tu cepat-cepat nyorok” kataku kalut ingin mencari tempat menyembunyikan diri. Sehinggakan fared menarik tanganku supaya duduk di celah-celah kereta tempat kami berdiri tadi.
            “kau ni cuba jangan gelabah. Karang elok-elok mummy tak nampak jadi nampak pula.” Marah fared.
            “sorryyy..” kataku sedar dengan kesilapan sendiri.
            Fared tidak menjawab sebaliknya dia kembali mengintai keadaan di hadapan spa mummy samada mummy sudah beredar atau belum. Kami hanya akan keluar dari tempat persembunyian ini jika mummy sudah tiada di kawasan sekitar itu.
            “Ehem..ehem.. buat apa kat sini?” soal seseorang dari belakang kami.
Aku dan fared serentak menoleh, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri sambil bercekak pinggang memandang serius ke arah kami.
            Perlahan-lahan kami berdiri.
            “err.. tak ada apa bang, tadi cari barang jatuh.” Jawab fared berlagak selamba sedangkan aku tau yang dia pun cuak dengan muka ganas abang ni. Kami adik beradik la bang, bukan nak buat apa pun. Agak –agak sikit…
            “dah jumpa dah barang tu?” soal abang tu.
            “hah.. dah! Dah jumpa dah. Kami pergi dulu ya.” Kata fared dan cepat-cepat membawaku beredar dari lelaki bermuka ganas tersebut.
            “kau fikir tak apa yang aku fikirkan tentang apa yang abang tu fikir tentang kita?” soalku.
            “ya.. aku pun terfikir yang sama.” Jawab fared
Tiba-tiba telefon bimbit fared berbunyi. Fared mengeluarkannya dari poket seluar.
“ashraf..” katanya kepadaku tanda panggilan itu datang daripada ashraf.
            “hello ash.. tempat biasa? Ok.” Dan talian dimatikan.
            “jom pergi tempat biasa, diorang tunggu kat situ.” kata fared dan kami beredar ke tempat kami parking motor tadi.
Di kedai mamak, tempat biasa fared dan kawan-kawannya akan  singgah minum dan melepak.
            “bro aku tak tahan betul la dengan si ashraf tadi. geli geliman dowh tengok dia berlagak jadi budak baik” kata bobo tergelak-gelak.
            “Ha.. itulah yang aku nak tanya sangat ni, apa yang korang sembang dengan mak aku tadi? Lama betul aku tengok.” Soal fared.
            “bukan sembang apa pun, just “eh ni mak fared ya? Saya ashraf. Saya pernah datang rumah mak cik hari tu.” Itu yang mak kau layankan tu, siap tanya kitorang macam-macam lagi, suruh datang rumah la. “ cerita fatul.
            “oh ya ke? baguslah macam tu” kataku teruja.
            “bagus? Ha.. baguslah ashraf dapat nama baik, aku dapat nama buruk, nanti tak pasal-pasal mak kau ingat aku budak jahat.”
            “alah bo.. rileks lah. Itukan pengorbanan, sekali sekala berkorban untuk kawan apa salahnya.” Usik fahmi.
            “ya lah.. tak salah.” Balas bobo pura-pura mengalah.
            “so, apa langkah seterusnya?” soal aku lagi.
            “next level serah kat aku” kata fared yakin.
            “chantik.. lepas ni tak payah dah aku terlibat dengan misi kotor korang lagi.” Kata bobo.
Tiga pasang mata memandang tajam ke arahnya.
            “eh.. aku gurau je” katanya.


-------------------------------???


Inilah dia, misi memasukkan Ashraf dalam keluarga mereka sekaligus membuatkan mummy menerima Ashraf sebagai teman lelaki nelly! Berjayakah mereka??



*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku Lelaki Sebelah Aku nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini.

Tiada ulasan: