Rabu, 13 April 2011

thanks Readerssssss....

pernah aku berjanji pada readers kat p2u yang aku akan tamatkan siri lelaki sebelah aku pada siri yang ke-4 atau yang ke-5 sebab ada antara yang tinggalkan ulasan kata diorang dah tak sabar nak tau ending cerita tu. jadi aku putuskan untuk siri yang ke-4 tamatlah cerita lelaki sebelah aku tu. 

*senyum*

tapi tak sangka rupanya setakat ni 11 ulasan yang ditinggalkan, semua vote untuk lelaki sebelah aku disambung lagi. *sengih nampak gigi*

ada sorang tu yang cadangkan plot macam ni..

"fared tu sebenarnya anak angkat dan dia tak sedar yang sebenarnya dia tersuka kat nelly, adik dia."

thanks zaer! tapi aku tak sanggup nak menganakangkatkan fared. biarlah dia kekal sebagai "abang terbaik kat dunia"

aku tak tau apa istimewanya lelaki sebelah aku ni sebab awalnya aku menulis cerita ni sebab aku kebosanan yang terlampau. boleh dilihat pada permulaan cerita yang menceritakan betapa bosannya nelly ditinggalkan seorang diri di rumah. begitulah yang aku bayangkan kebosanan yang aku alami. then tanpa disengajakan ending dia asyik tergantung je, dan aku sambung lagi, dan lagi dan lagi sampai aku buat keputusan untuk jadikan terus ia sebagai sebuah siri.

dan...

insyaallah aku akan sambung lagi siri ini sebab ada readers yang sudi membaca. oh penulisan2u sangat membantu aku untuk menjadi penulis.

thanks p2u!! *jerit kuat-kuat*
jadi jalan cerita seterusnya akan aku fikirkan nanti, lepas siap aku taip cerpen baru ni. dan juga lepas aku beli buku baru, sebab buku sedia ada dah habis.... :c

oh ya.. kenapa aku tak tukar kategori novel je?

sebab aku tak pasti sejauh mana cerita ni boleh pergi. dan aku memang tak rangka dia punya plot pun. apa yang aku tulis adalah idea yang aku fikirkan on the spot. kalau tukar ke kategori novel nanti aku kena fikirkan plot pulak. jadi buat sementara waktu, biar je lah dia jadi cerpen bersiri...

penutup kata. terima kasih banyak-banyak-banyak pada readers yang aku kenal dan yang aku tak kenal sebab sudi baca dan tinggalkan ulasan. yang tak tinggalkan ulasan pun terima kasih jugak. teruskan membaca ya.. huhu. dan teruskan memberi idea macam yang Zaer buat tuh.

*walaupun aku tak ambil idea, huhu*

 at least masih boleh dipertimbangkan!.

dah. itu je.

Isnin, 4 April 2011

CUP.CAKES





            Aku berada di dapur  sedang membancuh milo panas semasa emma menjerit memanggil namaku dari ruang tamu. Panggilan pertama emma tidak aku hiraukan kerana memikirkan mungkin emma ingin mengesan kedudukan dimana aku berada.
            Panggilan kedua juga tidak aku sahut kerana aku sedang menuang air panas dari dalam heater ke dalam cawan dan sekejap lagi aku akan ke depan juga. Tapi bila emma berkali-kali memanggilku dan menggelarku..
            “tinie.. oh tinie.. tinie! pekak ke budak ni??”
Barulah aku menyahut panggilannya sambil mengacau sebati adunan milo dan susu dalam cawan itu dan berjalan penuh tertib ke ruang tamu rumah.
            “ooii!.. aku dengarlah.”
            “hah ingatkan tak dengar tadi, jenuh aku jerit tak berjawab-jawab.” Balas emma perlahan dengan matanya tak lari dari memandang skrin laptop.
            Aku duduk bersila di sebelah emma dan menghalakan pandangan ke tv. Menonton cerita Asrama yang tengah keudara di tv3 sekarang ini.
            “kenapa panggil aku?” soalku sambil menghirup milo.
            “ni haa.. ada orang nak kenal dengan kau” jawab emma selamba seolah-olah “ada- orang-nak-kenal-dengan-aku” itu adalah perkara biasa baginya, sedangkan ianya luarbiasa bagi aku!
            Untuk memastikan yang aku tak tersalah dengar, aku bertanya sekali lagi.
            “apa kau cakap?” mataku merenung tajam ke mulut emma. Ingin memastikan butir-butir ayat yang akan keluar di mulutnya nanti sama dengan apa yang bakal aku dengar.
            “ada mamat nak kenal dengan kau lah” jawab emma acuh tak acuh.
Setelah yakin dengan apa yang aku dengar untuk kali kedua ini, bibir aku spontan mengukir senyuman, muka terasa hangat menjalar dan dada terasa berdegup lebih kencang!.
            “siapa?” soalku perlahan. Cuba untuk berlagak selamba, konon tak kisah sedangkan hati aku dah tak sabar-sabar nak tau siapakah gerangan jejaka yang nak kenal aku tu?.
            “Ntah! Kawan si han, aku pun tak berapa nak kenal.” Jawab emma.
Sebaik mendengar perkataan ‘kawan si han’ terus hilang lebur senyumanku tadi. Bukanlah han pakwe si emma tu tak cukup baik sehinggakan mendengar kawannya nak berkenalan dengan aku pun, aku terus hilang mood, tak! Cuma aku harap seseorang yang lain.. yang.. yang..
            Oh siapa sebenarnya yang kau harapkan tinie? Fahrin ahmad?
Aku tunduk merenung air milo dan mengacaunya dengan sudu sebelum perlahan-lahan menghirupnya. Nikmat!
            Hilang keterujaan aku untuk mengetahui siapa lelaki yang ingin menghulurkan salam perkenalan itu tadi.
            “kau nak kenal dengan dia ke tak nak?” soal emma memandangku.
Aku senyap memandang tv. Otak aku sedang menganalisa jawapan yang paling baik untuk aku berikan agar pihak yang sana tidak terasa hati, dan hati aku tidak menyesali dengan keputusan yang bakal aku buat.
            Ya atau tidak?
            “ni apahal tiba-tiba termenung pulak ni?  Oi aku tanya nak kenal ke tak nak?” soal emma lagi menantikan jawapan dariku.
            “entah!..” otak aku gagal mencerna jawapan maka soalan emma dibalas dengan persoalan juga.
            “elelelee nak cakap je la nak, dengan aku tak payah malu-malu lah.” Usik emma.
            “eh mana ada la. Aku tengah blur ni, nantilah aku fikirkan.”
            “ahh tak ada fikir-fikir, han nak tau cepat ni”
            “ala aku tak tau la, aku bukan kenal pun kawan-kawan han tu. Kau sendiri pun tak kenal siapa kawan dia, ntah dia tu tak handsome ke, muka berjerawat ke..”
            “amboi.. memilih! Nak yang kacak aje. Ahh senang cerita aku cakap je la yang kau nak.” Balas emma lalu terus menaip di ruangan chat box facebook mengenai kesudianku untuk berkenalan dengan lelaki itu sedangkan aku belum pasti!
            Sehabis daya aku cuba menghalang dan menepis jari jemari emma daripada menaip tapi tiga huruf itu sudah pun terpapar di skrin laptop dan sudah pun dibaca oleh han.
            “dia NAK”
            “eeii.. aku tak nak la, kau cakap balik kat dia aku tak nak” marahku.
            “ahh takde, takde. Mana boleh main tarik balik. Han dah bagitau kawan dia pun.
            “belum tu… kau cakap la balik aku tak nak..” rayuku.
            “heh kawan han ada kat sebelah dia la tu, nampak ni kawan dia balas apa..”
Emma menunjukkan jari telunjuknya ke arah skrin.
            “cakap kat dia, terima kasih sebab sudi jadi kawan saya.”
Aku menangis tak berlagu membaca bait-bait kata itu berselang seli memandang emma yang tersengih.
            “apa ni emma.” Aku meluahkan ketidakpuashatian aku kepadanya.
            “alah dia nak jadi kawan kau je, bukan nak buat kau jadi bini pun, rileks la..”   balas emma selamba.
Memang la nak “kawan” je, tapi aku tak suka berkawan dengan cara ini. Dah la tak kenal muka, tak kenal perangai, nama pun tak tau terus nak jadi kawan?. Kalau dia tu baik, kacak ok la juga tapi kalau dia…
            “Tinie stop judge people from their appearance!” Satu suara dalam diri ku berkata-kata.
            “nanti dia nak ajak kau jumpa.” Kata emma menyampaikan pesan si-lelaki-tak-dikenali itu.
            “jumpa? Eeii.. aku tak nak jumpa, kau yang beriya-iya sangat tadi, kau lah pergi jumpa dia.” Balasku masih bersisa rasa kemarahan atas tindakan terburu-buru emma tadi.
            “eh apasal aku pulak?, dia nak jumpa kau bukan jumpa aku “
            “tak kira! Tak kira! Yang penting aku tak nak jumpa dia. Senang cerita kau cakap je kat dia yang aku tak nak kawan dengan dia. Habis cerita!”
            “kejam betul kau ni, ye la.. ye la.. aku cakap kat dia yang kau tak sudi nak kenal. Biar dia ingat yang kau ni sombong”
            Aku buat tak dengar je dengan kata-kata emma tu. Aku tak kenal lelaki tu jadi tak ada sebab aku perlu jaga hati dan perasaan dia sedangkan aku sendiri rasa terbeban dengan ‘salam perkenalan’ itu.


Pagi itu seperti biasa seawal jam 7 pagi aku sudah tercongok di stesen LRT menantikan kenderaan panjang itu yang akan membawa aku ke tempat kerja di bangsar. Dan seperti kelazimannya juga LRT itu akan dipenuhi oleh manusia-manusia yang juga mempunyai tujuan yang sama.
Setelah hampir 15 minit menunggu, kelibat kenderaan panjang itu pun sampai dan berhenti betul-betul di tempat aku berdiri sebelum aku dan manusia-manusia lain berasak-asak mengambil peluang untuk naik sebelum muatan di dalamnya penuh. Walaupun sejak dari tadika kita sudah diajar untuk beratur dalam apa jua keadaan sekalipun tapi dalam situasi sebegini tak ada sesiapa yang akan mempedulikan tentang BARISAN. Yang ada dalam kepala hanya ‘kad merah’ jika terlewat sampai ke pejabat.
Aku menarik nafas lega bila aku dengan selamat sudah pun berdiri dalam perut LRT. Aku kaku di tempatku berdiri walaupun ada yang menolak-nolak kerana ingin mencari ruang yang lebih selesa. Walau hakikatnya dalam gerabak ni dah macam tin sardine yang tak ada ruang lagi untuk berganjak.
Aku nyaris nak terduduk di atas riba seorang lelaki yang sedang duduk sewaktu LRT melalui satu selekoh. Kebetulan pula waktu itu aku tidak berpaut pada mana-mana tiang atau pemegang tangan untuk menstabilkan diri. Tanpa mempedulikan rasa malu, terus aku berpaut pada beg seorang lelaki yang berdiri di hadapanku. Sehingga keadaan kembali normal, pegangan di beg lelaki itu aku lepaskan. Sempat pula pemilik beg tersebut menoleh memandangku yang berdiri betul-betul di belakangnya.
“sorry..” kata aku perlahan membuat muka simpati sebagai tanda yang aku betul-betul terdesak sehingga memaut pada begnya.
Lelaki itu senyum segaris dan menganggukkan kepalanya. Tanda dia memahami. Fuuhh.. nasib baik! Aku ingat dia nak sound aku ke apa tadi.
Tiba-tiba aku terasa lengan baju kurungku ditarik seseorang. Laju kepalaku menoleh ke arah tangan yang menarik hujung bajuku itu dan menjalar ke mukanya. Aku kerut dahi ke arah lelaki yang sedang duduk di depanku. Iaitu lelaki yang hampir menerima beban beratku jika aku terjatuh ke atas ribanya tadi.
“nak duduk?” soalnya.
Tanpa memikirkan tentang tawaran keemasan itu terus aku menggeleng. Beberapa saat kemudian baru aku menyesal kerana menolak. Kalau duduk kan lebih selesa?.
Dari sisi mata aku mengintai lelaki itu, berharap sangat yang dia akan mempelawa aku duduk lagi tapi sayangnya, sehinggalah aku turun di perhentian Masjid Jamek lelaki itu langsung tidak menoleh dan mempelawa aku untuk duduk lagi.
            Selepas menaiki putra dari Masjid Jamek ke Bangsar, selamatlah aku sampai ke tempat kerja yang dituju..


Hari ini adalah hari yang sangat memenatkan dan menguji minda. Nasib baik aku baca surat ini awal pagi sebelum memulakan tugas. Kalau tidak pasti aku takkan ingat lagi untuk menyemak surat-surat yang baru sampai kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang lain. Apakah? esok kes ni akan dibicarakan di mahkamah, tapi pagi ni baru sampai surat yang meminta kami untuk menyediakan Ikatan Dokumen Plaintif, bagi anakguam syarikat kami.
Walau sudah hampir 3 bulan aku bekerja di pejabat peguam ini tapi aku masih belum betul-betul mahir dalam menghadapi saat genting seperti ini. Itulah sebabnya walaupun hanya untuk mencari dokumen-dokumen yang berkaitan untuk dimasukkan dalam Ikatan Dokumen itu pun mengambil masa hampir 15 minit. Itu belum lagi buat dia punya cover dan salinan untuk mahkamah dan peguam pihak Defendan.
Setelah hampir satu jam bertungkus lumus barulah Ikatan Dokumen itu berjaya aku serahkan kepada big bos untuk ditandatangani dan disemak olehnya.
“tinie, kes ini esok you tau, kenapa hari ni baru sampai kat saya? Bila you nak hantar kat diaorang?” soal bos yang berbangsa India ini.
“err.. surat tu baru sampai pagi tadi bos. Lepas baca terus saya buat.” Kataku membela diri.
“oh baru sampai ya? Apa pasal sangat lambat diorang hantar. Nasib baik you cepat-cepat buat kalau tak tak tau la saya nak jawab macammana dengan Hakim esok.” Katanya memihak kepadaku.
Aku tersenyum, terasa diri dihargai, tambah-tambah lagi disaat genting sebegini.
“ini you faks dulu pada lawyer defendan dan Court, esok baru saya bawa ke mahkamah dan serahkan kepada mereka. Yang penting you faks ini dulu tau.” Pesan mr raja setelah surat dan dokumen yang dah ditandatangani itu diserahkan kepadaku.
Aku mengangguk faham sebelum meminta diri untuk kembali ke tempatku.
Sebaik keluar dari bilik Mr Raja, kawan-kawan office yang lain masing-masing nampak sedang bersantai dengan beg duit yang dipegang. Aku kerling jam di tangan. Ahh dah pukul satu.
“tini.. nak makan tak?” soal kak suria yang duduk di meja hadapanku.
“nak tapi nak faks ni dulu, akak turun lah dulu, nanti tini datang.” kataku sambil membuka ubat staple di helaian Ikatan Dokumen itu tadi untuk memudahkan ianya dimasukkan ke mesin faks.
“ok nak akak orderkan dulu ke?” soal kak suria lagi yang kini berdiri di hadapanku.
Aku terdiam sejenak, memikirkan menu yang aku ingin makan untuk tengahari ini.
“boleh jugak. Tinie nak nasi goreng ayam dengan tea ais lah” pintaku bila itu yang terlintas di fikiran.
“ok tapi jangan turun lambat sangat, nanti kami dah habis makan kami tak nak tunggu tinie makan pulak..” usik kak suria.
“alah akak ni, jangan la makan cepat sangat” kataku yang kini sudah beralih ke mesin faks dan sedang menekan nombor faks si penerima. Selesai menghantar salinan kepada kedua-dua belah pihak, aku membuat panggilan untuk memastikan yang mereka sudah menerima salinan faksku tapi kedua-dua telefon di pejabat peguam defendan dan mahkamah itu tidak berjawab.
Ohh.. lunch hour tinie.. memang la tak ada orang kat office. Aku tersenyum dengan kelalaian ku sendiri.
“eh tinie you tak keluar makan ke?” soal mr raja yang baru keluar dari biliknya.
“hah.. nak makan lah ni.” Kataku sambil menyimpan kembali dokumen-dokumen itu di failnya.
“Nanti you kunci pintu ya?” pesannya.
“ok bos!.”



Aku mula rasa tak selesa dan takut bila sejak dari kedai topup yang aku lalui tadi, ada seorang lelaki mengekori aku. Beg duit aku pegang lebih erat dan sebagai langkah keselamatan sengaja aku mengikut laluan di tepi jalan raya, sekurang-kurangnya jika ada apa-apa yang berlaku ramai yang boleh jadi saksi dan jadi penyelamatku.
            Itu kalau ada apa-apa perkara buruk yang berlakulah, tapi aku harap biarlah tidak!.  
Hati aku semakin tak tenteram dan rimas bila lelaki itu mula bersiul-siul seolah-olah cuba menarik perhatianku. Heh.. dia ni nak mengorat ke nak meragut? Kalau nak mengorat buat la cara yang gentle sikit. Tapi kalau nak meragut.. err.. aku ayun langkah lebih laju. Kain baju kurung yang agak menyukarkan perjalanan aku angkat sedikit. Kalau boleh aku berlari memang aku nak lari tapi nanti apa pula kata orang disekeliling, dah la pakai baju kurung lepas tu terlari-lari. Ishh jatuh saham aku!
            Dari jauh aku dah nampak kelibat kak suria dan yang lain-lain. Lega sikit hati aku. Sampai saja di meja makan di gerai tercungap-cungap aku dibuatnya.
            “ni kenapa macam kena kejar dengan hantu ni?” soal lili pelik melihatku.
            Tak sempat aku nak menjawab bila teringatkan lelaki itu maka cepat-cepat aku menoleh ke belakang ingin melihat kalau-kalau lelaki yang mencurigakan tu ada duduk berdekatan dengan kami tapi tiada sesiapa yang nampak mencurigakan yang patut disyaki.
            “tinie kenapa ni? Kena kejar dengan anjing ke?” soal kak suria pula tersenyum-senyum. Pasti dia sedang membayangkan reaksiku yang sedang berlari kerana dikejar anjing memandangkan aku memang takut dengan anjing.
            “bukan lah tadi masa kat kedai topup ada orang follow tini mula-mula dia senyap je lepas tu dia bersiul-siul pulak, takut la..” luahku. Bagi aku perkara sebegini tak seharusnya dirahsiakan biar orang lain tau sekurang-kurangnya jika  ada apa-apa perkara buruk berlaku mereka tahu apa yang mereka harus lakukan.
            “lelaki ke perempuan?” soal kak ira pula.
            “mesti lah lelaki, kalau perempuan tinie tak kisah kak..”
            “itu yang bahaya tu, tini nak balik nanti peluk beg tu kuar-kuat, kalau boleh barang-barang berharga jangan letak kat dalam beg, simpan la kat dalam poket baju ke ataupun pegang je sebab peragut ni diorang nampak beg tangan je, kalau beg duit tu kan kecik sikit, boleh la kita sorokkan” pesan kak suria.
            “ha’ah kalau lili pun lili selalu letak duit dengan ic kat tempat lain, dalam beg tu lili isi barang-barang yang tak penting je” tambah lili.
            Topik bicara kami mula menjurus ke arah jenayah ragut, sedikit sebanyak kata-kata mereka memberi aku sedikit ketenangan. Makanan dalam pinggan aku kuis perlahan. Fikiran aku masih tak lepas memikirkan tentang lelaki misteri itu sehinggakan aku kehilangan selera untuk makan.
            Tanpa disedari, seorang lelaki yang sedang duduk di meja bersebelahan mereka terangguk-angguk di sebalik surat khabar yang dibaca.


            Selepas turun dari LRT, aku peluk erat beg tangan dan berjalan keluar dari stesen itu menuju ke rumah yang memakan masa hampir sepuluh minit. Mataku tajam memerhatikan sekeliling untuk memastikan jikalau ada kelibat orang-orang mencurigakan. Ya.. mana la tau kot-kot lelaki tu mengekori aku sampai ke rumah pulak ke? Minta dijauhkanlah fuh.. fuh!..
            Aku berlari anak mendaki tangga menuju ke rumah yang letaknya di tingkat tiga.  Melilau mataku mencari nombor rumah. Dalam keadaan cemas begini rumah sendiri pun aku dah lupa mana letaknya. Penat melilau-lilau akhirnya jumpa pun rumahku syurgaku. Kunci aku masukkan ke anak mangga gril tapi ia tak berjaya dibuka. Mungkin kerana tanganku yang menggigil ketakutan, membuatkan kunci itu tidak dimasukkan sepenuhnya. Sekali lagi aku cuba memasukkan kunci itu tapi tiba-tiba ia terlepas dari pegangan tanganku. Aku tunduk mengutip, sebaik aku berdiri kembali ada satu tangan yang menepuk bahuku kuat dari belakang.
            Aku terjerit ketakutan. Mati-mati aku ingat lelaki misteri tu yang menepuk bahu aku rupanya..
            “hooii.. ni aku la, emma!.”
Aku urut dada, lega.
            “kau ni kenapa? Pucatnya muka.. kau demam ke?” soal emma prihatin, sempat dia meraba dahiku.
            “tak,.. aku tak demam. Emma bukak la pintu ni, dari tadi aku try tak mau.” Kataku terasa lemah seluruh badan.
            “la.. dari tadi kau tercongok kat sini semata-mata nak buka pintu ke? Punya la senang, ha!” kata emma menunjukkan demo membuka pintu, macamlah aku tak pernah buka pintu sendiri sebelum ni.
            Sebaik pintu dibuka luas terus aku meluru masuk dan berbaring di atas lantai depan tv.
            Emma mengunci kembali pintu dan membuka lampu. “ tadi aku tanya demam ke tak, kata tak.. tapi tengok rupa macam orang demam..”  tegur emma pelik.
            “aku memang tak demam, tapi aku tengah takut ni. Eh kau nak tau tak, tadi masa aku nak keluar lunch ada orang follow aku, takutlah..” terus aku membuka cerita, dari posisi berbaring kini aku duduk.
Emma mengambil tempat di sebelahku.
            “orang follow kau? Siapa?” soalnya.
            “mana aku tau.. tapi yang pasti lelaki. Mula-mula dia follow senyap-senyap je lepas tu dia bersiul-siul pulak”
            “ye ke dia ikut kau? Ntah ntah dia kebetulan nak lalu kat jalan yang sama dengan kau ke.. dah la, kau tu fikir banyak sangat.” Nafi emma.
Aku terdiam. Betul juga cakap emma tu. Mungkin aku yang terlalu banyak fikir.
            “eh tapi.. kenapa sepanjang perjalanan dia follow aku tapi bila kat kedai makan tak ada pulak dia?” kataku bila terfikirkan persoalan ini.
            “apa pula motif dia nak follow kau? Kau kenal dia ke?” soal emma.
            “dia kat belakang aku, mana la aku nampak muka dia. Orang sekarang ni bukan boleh percaya, ntah-ntah dia nak ragut aku ke, culik ke, apa ke..eii.. takutnya.”
            “dah tau takut yang kau fikir macam tu siapa suruh? Dah la tak payah fikir banyak yang penting weekend ni kita keluar nak?”
            “keluar? Kemana?” soalku. Persoalan tentang lelaki misteri itu masih bermain di kepalaku.
            “kemana-manalah, asalkan tak terperap kat dalam rumah ni.”
            “ermm.. tengoklah nanti macammana.”
            “eh tak ada tengoklah, tengoklah. Daripada kau pening kepala fikir pasal lelaki yang follow kau tu baik kau ikut aku keluar, tenangkan fikiran..”
            “heemm.. apa-apalah emma.”


            “han kata dia tunggu kat times square” kata emma sewaktu kami sedang bersiap-siap di hadapan cermin pada pagi hujung minggu.
            Terhenti pergerakan tanganku yang tadi ralit menyapu bedak ke muka, aku pandang emma tak berkelip.  
“han? Aku ingat kita berdua je yang keluar?” soalku agak kecewa kerana emma tidak memberitahu kepadaku tentang hal ini, pasti bosan aku kena jalan sorang-sorang nanti, sama macam tak payah keluar je.
“alah tiba-tiba dia kata nak ikut takkanlah aku nak larang” balas rmma serba-salah.
“kalau macam tu aku tak payah pergi lah, kau dah ada han” kataku menduga. Tak ada maknanya aku nak cancel bila dah siap bertudung dan berbedak segala.
“eh kau jangan nak mengada-ngada, aku tak nak keluar sorang-sorang”
“hemm yelah nanti bila dah jumpa si han tu tak ingat kat aku dah!” rajukku.
“alalala.. nanti kita jalan sama-sama ye, aku tengah kau kiri han kanan. Hah kepit la aku ke hulu ke hilir. Puas hati?”
Aku mencebik. Kot iye dia nak buat macam tu..


Sebaik sampai di times square emma terus membuat panggilan kepada han untuk mengetahui lokasinya berada.
“kejap lagi dia datang sini” kata emma kepadaku setelah panggilan dimatikan.
“dia kat mana?” soalku.
“ntah kata kat atas, atas mana tak tau la pulak aku.”
Kami senyap, sekadar memerhatikan pengunjung yang memenuhi ruangan shopping compleks ini. Beberapa minit kemudian..
            “hah itu dah datang” kata emma menunjuk ke arah han yang sedang berjalan ‘penuh gaya’ ke arah kami.
            “hai tinie..” tegurnya.
            “hai han” balasku.
            “tinie cepat” panggil emma sambil menghulurkan lengannya kepadaku. Aku pandang muka dan lengannya bersilih ganti, tak faham dengan reaksinya.
            “cepat apa?” soalku.
            “lah kan aku dah kata tadi, aku kepit kau sekali, cepatlah!.”
Oh aku tersenyum. Tak sangka emma betul-betul buat. Segera aku memaut tangan emma
            “jom! Kita nak pergi mana dulu ni?” soal emma.
            “eh kejap, ada seorang lagi tertinggal.” Kata han menahan kami dari berjalan sambil matanya melilau memerhati sekeliling.
            “siapa?” soal emma, aku mengangguk. Memang itu yang bermain dikepala ku sejak han kata ada seorang lagi yang akan mengikuti kamu. Tak cukup ke han sorang dah merosakkan mood aku, takkan ada lagi orang yang nak memansuhkan terus mood aku untuk tenangkan fikiran?
            “hah itu pun dia..” kata han menunjuk ke arah seorang lelaki yang tinggi, berambut pacak di tengah kepala tapi berekor di belakang kepala, memakai t shirt lebih labuh dari saiz badannya dan berseluar pendek. Oh ya, juga cuma berselipar getah!. Sekali pandang, rumusan yang boleh aku buat tentang lelaki ini adalah..
            Mat ganja!.
Astaghfirullah tinie.. tak baik menilai orang dari luaran dia.  Kata satu suara dalam diriku. Ya betul, memang tak baik tapi penampilan dia betul-betul buat aku rasa tak selesa berdampingan dengannya. Err.. memang aku tak nak pun tapi sejak tadi dia asyik memandang ke arahku dan tersenyum-senyum. Apa kes?
            Jangan kata emma akan tinggalkan aku dan suruh aku berjalan dengan lelaki ni, aku tak mahu!!..
            “tinie, ni hakimie..” kata han memperkenalkan aku kepada mamat tiga suku ni. Oh selain kelihatan seperti mat ganja, dia juga nampak macam mamat tiga suku sebab dia tak henti-henti tersengih walaupun sudah jelas aku menjelingnya. Dan han! Kenapa kenalkan lelaki ni kat aku saja? Kenapa tak kenal kan sekali kat emma? Mereka ada agenda untuk menyatukan aku dengan lelaki inikah?
            “hai tinie..” tegurnya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Mataku jatuh kepada huluran tangannya. Terkejut besar aku bila melihat ada tiga bentuk cincin bermata besar yang tersarung di tiga jarinya iaitu jari telunjuk, jari hantu dan ibu jari. Oh gosh!.

-----------------------------------???
         
Kadang-kadang kita mungkin tak sedar yang bila kita membenci seseorang, itu sebenarnya kita sedang cuba untuk menafikan perasaan kita yang sebenarnya terhadap seseorang itu. Contoh? Kau tak suka fasha sanda sebab dia banyak kontroversi, tapi kau tengok jugak drama yang ada muka dia, tapi kau pergi kutuk-kutuk dia! Apa kes? Kalau betul kau memang tak suka dia, tak peduli tentang dia.. kau memang takkan pernah ambik kisah apa-apa pun tentang dia, macam.... kau tak suka Eman Manan, kau langsung tak pernah ambik peduli cerita apa yang dia berlakon, berapa banyak anugerah dia dah menang, gosip apa yang tengah hangat diperkatakan tentang dia! Itu baru betul-betul tak suka dan tak ambik kisah, betul tak?


So, apa kaitannya dengan cerita Cupcakes ni? Kenalah baca sampai habis, baru faham apa yang aku cuba nak sampaikan! Hihihii.. ^_^

*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku koleksi cerita mia kaftiya bahagian 2, nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini.

>__<