Rabu, 25 Mei 2011

berita baik untuk fared dan nelly!

berita baik? sebenarnya tak lah baik sangat pun... tapi berita gembira untuk aku. ya! dan untuk peminat-peminat aka pengikut-pengikut atau pembaca-pembaca Lelaki Sebelah Aku.

apa yang gembira sangat tu?
tak ada apa sangat pun, siri ke 5 masih belum siap, jalan cerita masih belum ditulis walaupun idea dah berlegar-legar dalam kepala. malas! (eh, sebenarnya dah tulis sikit, tapi baru 5 mukasurat..)

tak kisah la, tunggu aku dah sangat-sangat rajin nanti, aku akan sambung tulis. tapi sekarang aku nak cerita pasal berita gembira aku, fared dan nelly.

setelah begitu lama mengimpikan untuk ada cover cerpen sendiri, siap request kat mana-mana designer supaya buatkan untuk aku macam yang aku nak (sini) tapi tak ada juga orang yang sudi nak buatkan  dan akhirnya...

tarraaaa...

"siapakah dia, lelaki yang akan berada di sebelahku, setiap ketika..."


kak Nur Azyyati Abu Bakar aka Syamnuriezmil (nama pena nya) telah "me reka" cover lelaki sebelah aku untuk aku. oh ya, juga atas permintaan aku.

oh.. so sweet.. sama macam yang aku request dulu, cuma tak ada tasik, pokok besar dengan lelaki kat sebelah tu.

terima kasih kakak-tukang-reka...

p/s : aku memang dah lama nak tanya siapa yang design cover cerpen dan novel dia yang cantik, smart dan cute tu, tapi malu.. *blush!*