Khamis, 23 Jun 2011

cerpen : buku buruk


Aku dah bosan dengan keadaan ini. Setiap kali, aku mesti adalah manusia terdesak yang terpaksa ikut kawannya dengan teman lelaki kepada kawannya untuk ke mana-mana. Kalau bukan keluar shopping bersama, mungkin keluar atas urusan yang melibatkan aku dengan kawan aku dan dengan teman lelaki kawan aku. Penat.

Penat sebab aku asyik menjadi orang ketiga yang... tidak punya teman sendiri. Malu? tidak. Aku tak malu cuma terdetik dalam hati, 'Alangkah bagusnya kalau aku juga punya seorang teman istimewa yang boleh jadi peneman bila aku memerlukan?'.Aahh.. alangkah indahnya jika ia menjadi kenyataan.

    "Kau perlu berubah." Kata Jun bila aku suarakan rasa hati ini kepadanya.
    "Berubah apa? Perangai? Tingkah laku?" Soalku.
    "Penampilan" Jawab May.
    "Aku selesa begini.." Tegasku. Aku bukannya berpenampilan seperti lelaki atau seperti seseorang yang tidak waras sehingga memaksaku untuk mengubah penampilan. Apakah masalahnya dengan baju T dan jeans?.
    "Tapi kalau kau nak seseorang untuk tertarik dengan kau, kau perlu ubah!." Tegas Jun
    "Takkan tak ada cara lain?" Soalku.
   "Perkara pertama yang orang akan lihat adalah penampilan, Dan dari situ, baru orang akan mula nilai tentang diri kau." Terang May. Lebih berlembut. Lebih berdiplomasi.
    "Tapi aku..."
    "Kami tak paksa kau untuk ubah seratus peratus.. slowly. We'll help you." Kata May lagi. Lembut meresap ke hatiku.
    "If it's the best for me.." Aku mula termakan dengan cadangan mereka.
    "It is the best for you!." Tegas May.
    "Ok, I'll do." Putusku akhirnya.
May dan Jun tersenyum puas.

******************

    "Apa yang kurang tentang kau adalah Self-confident." Kata Jun sewaktu aku menjalani satu 'sesi' yang aku sendiri gelarkan dalam proses untuk mengubah penampilanku.
    "Ya aku tau.." Aku akui, Aku memang sangat tak yakin pada diri sendiri. Terlalu penakut dengan penerimaan orang tentangku. Sebab tu aku memilih untuk menjadi manusia-yang-langsung-tak-disedari-kewujudannya oleh orang sekeliling.
    "Dalam apa jua situasi, Self-confident is the most important value yang WAJIB ada dalam diri. Kalau kau pakai selipar dalam shopping mall, dengan sesaknya, dengan orang yang berpakaian sangat cantik dan up to date, tapi kalau kau CONFIDENT, orang takkan pandang hina kat kau." kata Jun penuh yakin. Macam la dia pernah alami situasi tu...
    "Are you sure? Tak percaya." Kataku dengan senyuman sinis.
    "Kau nak tengok aku buat macam tu ke baru kau percaya?" Cabar Jun. Mengangkat keningnya seolah-olah mencabarku.
    "Kau sanggup?" Soalku.
    "Apa saja asalkan aku dapat yakinkan kau."
    "Ok, aku takkan malukan kawan aku sendiri semata-mata untuk puaskan hati aku."
   "Aku tak buat semata-mata untuk puaskan hati kau, tapi aku buat untuk tunjukkan pada kau betapa keyakinan diri itu penting." Kata Jun mendatar tapi penuh dengan seribu pengertian daripada kata-katanya.
    "Err..."
    "Let's go!" Tangan aku ditarik sebelum sempat kami memutuskan samada Jun patut pergi ke Shopping Mall dalam pakaian selekehnya hanya untuk meyakinkan aku atau tidak. Tapi nampaknya Jun tak kisah dengan perbuatannya ini. 

Pergi ke Shopping Mall dengan pakaian macam nak ke pasar yang kalau ke pasar pun Jun takkan pakai baju T dan seluar track??. Fiiuhh...sesuatu yang belum pernah dia lakukan sepanjang tempoh aku mengenalinya.

*****************

Dan kini, aku bersama dengan Jun berada di dalam pusat membeli belah yang penuh dengan manusia. Dalam pakaian 'basahan' kami di rumah.
    "See? aku bukan setakat pakai selipar, tapi aku juga pakai seluar track, baju T yang sangat simple, dengan rambut yang serabai. Anybody Cares?" Soal Jun. Waktu itu kami sedang berdiri betul-betul di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka ini.
    Aku pandang sekeliling. Ya, tak ada sesiapa yang memandang pelik ke arah kami. Malah mereka macam tak perasan dengan kewujudan kami disini.
    "No.." Balasku.
    "You know why?" Soal Jun. Kini berpeluk tubuh. Sungguh santai gayanya. Seolah-olah sekarang dia bukan berada di Shopping Mall dalam pakaian selekehnya.
    Aku jongket bahu. Tak tahu.
    "Bila kau yakin dengan apa yang kau pakai, orang takkan perasan yang kau sebenarnya tak selesa, orang takkan peduli sebab diorang mungkin akan fikir yang ini 'gaya' kau. Walaupun dengan pakaian yang budget nak pergi pasar beli ikan." Terang Jun.
Sangat. Yakin.
    "Tapi, kalau kau pakai cantik-cantik pun, kalau kau tak yakin dengan apa yang kau pakai, orang tetap akan pandang pelik kat kau dan mula buat analisis tentang penampilan kau. Sebab? reaksi muka dan bahasa tubuh kau menunjukkan apa yang kau rasa. Sebab tu kekuatan dalaman penting." Terangnya lagi.
    "Sorry, but i still don't get it." Kataku. Ntah apa sebenarnya yang Jun cuba sampaikan padaku.
Jun diam dan mula memandang ke sekeliling. Aku tak pasti apa yang sedang difikirkan.
    "Kau tengok perempuan yang pakai selendang melilit satu kepala tu." Katanya menunjuk ke arah seorang budak perempuan yang sedang berdiri seorang diri di sebelah kedai kasut Crocks. Berhadapan dengan tandas.
Aku menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Jun.
    "Ok.. kenapa dengan dia?" Soalku. Mataku masih terpaku ke arah perempuan itu.
    "Sekarang cuba buat pemerhatian tentang apa yang dia sebenarnya rasa." Kata Jun, mula bermain dengan mindaku.
    "Kau budget aku ni boleh baca fikiran orang ke?" Soalku. Aku ingat Jun main-main.
    "Aku tak suruh kau baca fikiran dia, aku cuma nak kau buat kesimpulan daripada apa yang kau nampak."
    Aku merenung perempuan itu.
    "Dia asyik pegang selendang dia seolah-olah selendang dia tu tak terletak elok sedangkan benda tu terlilit kemas kat kepala dia." Kataku.
    "Lagi?"
    "Ermmm... dia asyik betulkan baju dan tarik selendang supaya menutupi bahu dia."
    "aApa kesimpulan yang kau boleh buat?" Soal Jun.
    "Dia tak selesa pakai selendang?" Soalku.
    "Correct!. Pertama, mungkin dia tak biasa pakai selendang dengan gaya lilitan yang macam tu, dan mungkin ini kali pertama dia mencuba gaya tersebut. Kedua, dia mungkin rimas dengan baju yang dia pakai tapi sebab baju tu nampak sesuai dengan selendang, maka dia pakai lah juga."
    "Jadi kau nak cakap yang Confidence level dia sangat rendah membuatkan dia nampak tak selesa walaupun dia dah pakai pakaian yang cukup sesuai untuk ke tempat yang macam ni?" Soalku, sekadar inginkan kepastian tentang apa yang cuba Jun sampaikan.
    "Yes!, pandai pun.." Jun tersenyum. Puas.
   Aku tergelak suka. Aku faham maksud Jun.
    "Ok.. sekarang kau tengok mamat yang tengah makan burger tu pulak." Pinta Jun.
Aku memandang ke arah seorang lelaki yang sedang duduk bersila di atas kerusi sambil menjamu sebiji Lettuce Burger dengan secawan air di hadapannya. Selamba gila dia mengunyah burger yang agak besar tu. Berselera, bersemangat, macam lapar benar. Terhibur pula aku melihat.
    "Yang kau tersengih-sengih ni kenapa? Aku suruh kau tengok je." Tegur Jun.
    "Aku tengah tengok la ni. So kau nak kata yang walaupun dia duduk macam tu dan makan burger tapi tak ada sesiapa pun kisah sebab dia pun tak peduli tentang orang sekeliling dia?" Soalku dengan pandangan mataku masih menyorot memandang lelaki dan burger saladnya.
    "Bingo!, aku rasa kau dah semakin faham dengan apa yang aku cuba sampaikan dan aku harap yang kau boleh bina keyakinan diri kau sendiri. Can you?" Soal Jun.
    "After seeing this guy eating his burger like there's no tomorrow, i think i can do better." Jawabku.
    "Good. Sekarang jom kita balik."
    "Balik?" Soalku. Terkejut.
    "Ya, balik. Misi aku dah selesai, kau nak suruh aku buat apa lagi kat sini?" Soal Jun.
    "Tak la, aku ingat alang-alang kita dah ada kat sini, boleh la kita window shopping ke, makan-makan ke, tengok wayang ke.." Sengaja aku mengusik Jun. Penat-penat drive dari jauh, baru beberapa minit duduk kat sini dah nak balik?.
    "Hello.. kau nak suruh aku lepak lebih lama kat sini dengan baju nak pergi pasar aku ni?" Soal Jun memegang bajunya.
    "Aku ingat kau yang kata Confidence level itu sangat penting?" Kataku, Sarkastik.
    "Memang penting, tapi itu hanya untuk special case sahaja. Sekarang, jom kita balik." Jun menarik tanganku.
Mata aku masih memerhatikan lelaki dengan burgernya itu semasa dia menggigit burger yang besar tu dengan mulut yang penuh dan kembung macam dia menyumbat sebiji burger dalam mulut sekaligus. Ada sos yang melekat di bibirnya, tapi tak pula dikesatkan.
    "Kejap. " Aku menghentikan langkah.
    "Kau nak kemana?" Soal Jun.
    "Lima saat je untuk aku settlekan satu perkara." Kataku lalu aku ayun langkah kaki menuju ke arah lelaki burger itu. Aapu tangan dalam poket seluar aku keluarkan. Lalu sapu tangan itu aku hulurkan pada lelaki ini.
dia memandangku. Dengan mulutnya masih tidak berhenti mengunyah.
    "Ada sos kat mulut awak." Kataku.
  Dia sambut huluran sapu tangan aku dan mengelap mulutnya. Tanpa berlengah lagi, terus aku meninggalkannya. Ada tawa yang cuba aku sembunyikan daripada penglihatan lelaki itu.
    "Kau buat apa dengan lelaki tu?" Soal Jun.
    "Aku cakap kat dia yang dia makan comot.."
    "Baik sangat la pulak kau ni kan?"
Aku jongket bahu.

*****************

    "Sebenarnya, makeup tak perlu pun tak apa asalkan kita yakin yang kita ada kecantikan asli." Terang May.
Selepas sesi membina keyakinan diri dengan Jun, hari ini aku perlu mengikuti sesi penampilan diri dengan May pula. 

Ceritanya sesi itu, sesi ini macam pergi kelas je, padahal duduk serumah je. Iini semua idea Jun supaya menetapkan hari untuk dia dan May membahagikan masa untuk aku. Semata-mata kerana aku ingin seorang teman lelaki!!.

     "Tapi tak perlu tak bermakna yang kita tak payah ambil tahu right?. At least sebagai perempuan kau patut ada barang-barang asas untuk muka, macam bedak padat yang kau harus bawa kemana saja kau pergi macam the-best-buddy yang kau tak boleh tinggal langsung. " May menunjukkan bedak padat jenama Pixy Natural White miliknya.

    "Pelembap bibir, sekurang-kurangnya kalau kau rasa bibir kau kering sebab terlalu lama berjemur bawah matahari atau kelembapan bibir kau dah disedut dengan penyaman udara, kau patut ada ini untuk melembapkan kembali bibir kau." Kemudian ditunjukkan pula pelembap bibir jenama Lip Ice miliknya.

    "Dan juga, sekurang-kurangnya, Sunblock mesti kau pakai setiap kali kau nak keluar rumah. Kau ada semua benda yang aku cakap ni?" Soal May selepas menunjukkan krim pelindung mataharinya..
    Aku menggeleng.
Kalaulah dia tahu yang selama ni, aku cuma ada sabun muka yang berharga RM15 dan bedak tabur jenama Safi yang aku guna untuk sapu kat badan dan muka...
    "Kalau tak ada benda-benda ni semua, sebelum ni kau pakai apa?" Soal May pelik. Berkerut-kerut dahinya.
Aku dah jangka yang dia akan tanya soalan tu walaupun aku harap yang dia tak akan tanya langsung.
    "Helloo.. kau pakai apa? aku tanya ni." Soal May bila aku senyap. Buat-buat tak dengar dengan soalannya.
    "Tak pakai apa-apa pun.." Balasku. Perlahan. Malu.
    "Hemm.. kau bertuah walaupun tak pakai apa-apa tapi kulit muka kau tak sensitif, nak kata berjerawat pun tak sangat, nak kata gelap pun tidak. Tapi kulit kau akan jadi lebih cantik, licin dan mulus kalau kau jaga elok-elok. Sekurang-kurangnya pakailah set penjagaan muka." Cadang May.
Aku garu kepala yang tak gatal.
    "Aku tak tahu nak pakai apa."
    "Sebab tu kau kena cuba."
    "Kalau cuba tapi tak ok?"
    "Dah nama pun CUBA, kalau tak serasi, tukar yang lain.."
    "Membazir la.."
    "Kalau nak cantik memang la kena berkorban sikit."
    "Tapi aku tak sanggup nak berkorban untuk benda-benda macam ni.."
    May mengeluh. "Hemmm... kalau macam tu, kau cuba pakai apa yang aku pakai, kalau serasi kau beli yang baru."
    "Tak apa ke?" Soalku teragak-agak. Serba-salah pun ya sebenarnya.
    "Sebenarnya tak boleh, tapi sebab kau tu kedekut sangat.." Perli May.
Aku tersengih malu.
    "Thanks May.."
May tersenyum paksa. Senyuman perlian. Aku campak bantal kecil ke arahnya dengan ketawa malu yang keluar dari mulutku.

****************

Hari ketiga, sesi 'mengenalpasti masalah' bersama Jun.
    "Sepanjang zaman remaja kau, berapa kali kau bercinta?" Soal Jun.
    "Never.." Jawabku.
    "Never?" soal Jun terkejut.
Aku menggeleng.
    "Not even once?" Soalnya lagi dalam nada yang tinggi. Lebih terkejut.
    "Not even once.." Balasku perlahan. Kesal.
    "Oh, siapa kata zaman remaja setiap orang perlu bercinta? Aku saja buat terkejut tadi." Kata Jun cuba berlagak selamba, sedangkan aku tahu yang dia sekadar cuba untuk mengambil hatiku.
Aku jongket bahu. Memang tak ada sesiapa kata setiap remaja MESTI bercinta, tapi kebanyakan kawan-kawan sekolahku dulu hampir semuanya ada teman lelaki. Walaupun ia sekadar cinta monyet..
    "Ok, berapa kawan lelaki kau pernah ada?" Soal Jun.
   "Aku jarang bercakap dengan lelaki. Kalau yang betul-betul paling banyak bercakap dengan aku pun adalah dalam dua, ke tiga orang." Jawabku jujur.
Sekali lagi aku nampak Jun mengangakan mulutnya. Aku menunduk. Teruk sangat ke aku ni?.
    "Baguslah macam tu, kau tau kalau kita jarang bercakap dengan lelaki maksudnya kita ni mahal tau, lelaki respek kat kita.." Kata Jun. Selepas sesaat dia mengangakan mulutnya. Ya, aku tau itu cuma kata-kata nak ambil hati je.
    "Ok.. kalau macam tu, maksudnya kau memang tak pandai nak berkomunikasi dengan lelaki lah ya?" Soal Jun lagi. Kali ni soalannya lebih tepat.
    Aku mengangguk.
Jun berjalan mundar mandir di hadapanku dengan ibu jarinya diletakkan di dagu, reaksi biasa bila dia sedang berfikir.
    "Kalau aku tanya, kau jangan marah ya?" Kata Jun. Berhenti berjalan dan berdiri di hadapanku.
    "Apa dia?" Soalku. Curiga.
   "Kau... memang takut dengan lelaki ke?" Kini dia duduk betul-betul di hadapanku. Sebelah keningnya terangkat.
Aku menunduk. Otak aku sedang memikirkan persoalan Jun itu. Aku takut dengan lelaki?
    "Rasanya tak." Jawabku.
    "Habis, kenapa kau tak ramai kawan lelaki?"
    "Tak tahu la, lelaki yang tak nak kawan dengan aku."
    "Aku rasa aku perlu buat kajian kenapa lelaki tak nak kawan dengan kau."
    "Sampai macam tu sekali?" Soalku. Bila Jun cakap macam tu, aku dah rasa macam kes aku ni berat sangat.
    "Ya, kalau tak, aku tak boleh nak tolong kau."
Jun mengambil tempat duduk di sebelahku. Bahuku dipeluk dengan tangan kirinya.
    "Kau jangan salah faham.. lelaki tak nak kawan dengan kau bukan bermaksud yang kau ni pelik macam makhluk asing dari planet Zadora. Tapi mungkin sebab ada sesuatu dalam diri kau yang membuatkan lelaki rasa tak selesa."
    "Aku dulu pemalu sikit bila dengan lelaki. tak pernah nak tegur-tegur diorang." Kataku membuat pengakuan.
    "Boleh jadi itu faktornya. Lelaki tak berkawan dengan kau sebab kau terlalu pemalu. Jadi mulai saat ini kau kena kikis perasaan malu tu."
    "Macammana?" Soalku.
    "Itu aku akan uruskan."
Jun menepuk-nepuk bahuku dengan senyuman di bibirnya. Apa sajalah yang dia fikirkan.

************************

Hari keempat, sesi 'makeover' bersama May.
    "Bekerja office swasta bukan beerti yang kau perlu pakai baju kurung seminggu tujuh hari lapan jam sehari. Kalau kerja kerajaan itu lain cerita. Jadi kau perlukan pakaian lain, selain baju kurung." Kata May.
    "Tapi aku selesa pakai baju kurung."
   "Ok.. kau selesa sebab kau dah biasa pakai. Kenapa tak, buat permulaan kau tukar fesyen baju kurung kepada baju kurung moden ke, kurung pahang, kebaya.. siapa kata pergi kerja tak boleh bergaya?"
    "Aku kata.."
    "From today onwards, change your mindset. Dan siapa kata yang setiap kali pakai baju kurung mesti pakai tudung bawal dengan simpang rama-rama je?" Soal May. Perli aku tu.
    "Aku dah biasa.."
    "Change your mindset daripada 'dah biasa' kepada luarbiasa. Evolusi tudung dah semakin berkembang. kau tak nampak ke orang sekarang pakai tudung apa? macam-macam jenama ada. Siap import dari indon pun ada tau. Dari Jepun pun ada."
    "Tapi aku malu la nak pakai tudung-tudung macam tu..." Rengekku.
    "Aku ingat Jun dah ajar kau tentang Self-confident?." Soal May.
    "Memang la.. tapi!"
    "No tapi tapi" Jari telunjuknya digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan.
    "Berani untuk tukar fesyen bertudung juga dah termasuk dalam kategori Self-confident sayang.."
    "Tak pandai nak pilih." Kataku memilih jawapan selamat.
    "Itu sebab adanya aku. Aku akan pilihkan." May tersenyum sambil menepuk-nepuk dadanya. Bangga.

************

May membawaku ke pasar malam. Kata May kalau nak cari tudung tak perlu ke butik-butik atau pasaraya, kat pasar malam pun berlambak. Siap boleh dapat harga yang murah lagi. Yang penting! Citarasa.

    "Tudung yang macam ni, namanya macam-macam, ada tudung Ekin lah, tudung Ariani, tudung Bienda, tapi yang sama tentang tudung ni adalah dia ada awning. So, kalau kau malas sangat nak ion tudung, kau sarung je tudung ni. Cepat, ringkas dan selamat." Kata May sambil memilih tudung di salah satu gerai di pasar malam ini.

    Aku membelek tudung yang dilonggokkan di hadapanku ini. Si peniaga dari tadi sibuk suruh kami memilih tudung. Ambil tiga helai dapat RM20 katanya.

    "Tudung macam ni, kalau kau pandai mix and match kan dengan baju, memang cantik la sampai orang pun tak perasan yang rupanya kau beli tudung ni kat pasar malam yang beli tiga dapat RM20 jeee..." Bebel May panjang lebar.
    "Tapi tudung ni banyak corak dengan warna la.. aku biasa pakai tudung yang satu warna je, ini satu tudung sampai dua tiga warna, macam budak-budak la pulak aku tengok." Rungutku.
    "Omg... cara kau bercakap macam kau tak pernah tengok orang pakai tudung jenis macam ni. Agaknya kalau aku tak explain jenis dan fungsi tudung ni kau pun tak tahulah ya?" Soal May. Sebelah tangannya di pinggang, manakala sebelah lagi tangannya memegang tudung.
Aku mengangguk. May pegang kepalanya dengan tangan yang memegang tudung tadi.
    "Aku tak sangka yang rupanya dalam dunia ni masih ada manusia yang tak nak ambil tahu langsung pasal fesyen, lagi tak sangka rupanya orang tu housemate aku sendiri. Omg!!!"
    "May kau jangan la buat aku rasa macam aku la manusia paling ketinggalan zaman kat dunia."
    "Kau tau tak, kalau ada buku rekod orang paling tak up-to-date memang aku nak masukkan nama kau dalam tu."
    "ok.. ok.. mulai hari ni aku nak jadi orang paling up-to-date!. Dan sebab tu lah aku ada kau untuk tolong aku kan?"
    "Ya, nasib baik kau dapat  kawan macam aku yang berbesar hati untuk mengembalikan kau ke zaman ini. Haihh.. aku tak sangka rupanya selama ni kawan aku ni duduk bawah tempurung." May menggeleng-gelengkan kepalanya.

********************

Setelah semua perubahan yang telah aku lakukan, memang aku akui yang aku kini mula mendapat perhatian dari ramai lelaki. Sesuatu yang aku paling tak sangka, yang tak pernah aku alami, aku akan dingorat oleh lelaki di tepi jalan.

Perasaannya lain. Memang aku berbangga, aku terasa macam baru ada orang sedar tentang kewujudan aku, tapi.. ada sesuatu dalam hati yang membuatkan aku rasa bukan ini yang aku mahu.
Dingorat oleh lelaki di tepi jalan. Dijeling oleh lelaki yang sedang berjalan dengan kekasih hatinya. Disukai oleh lelaki dalam diam.. bukan ini yang aku mahu. Aku inginkan sebuah perhubungan yang ikhlas. Sebuah cinta yang lahir dari hati. Bukan dari pandangan mata. Bukan dari penampilan luaran. Bukan sebab cantiknya muka selepas disolek.

Sebaik aku tanggalkan pakaian cantikku, aku akan kelihatan sepertimana aku sebelumnya. Selekeh dan tak menarik. Sebaik aku buang makeup di wajah, aku akan kembali kepada diriku yang sebenar. Sebaik aku tanggalkan kasut tumitku, aku akan kembali kepada ketinggian asalku.

Aku ingin lelaki yang akan menerima aku seperti mana aku. seburuk mana aku, seselekeh mana aku. Bukan kerana cantiknya pakaianku, bukan kerana licinnya kulit muka aku yang dah ditempek dengan foundation tiga lapis. bukan dengan pakaian warna-warni yang dibeli di pasar malam ini.

    "Assalamualaikum. Barang awak tercicir." Kata satu suara menegurku.
Aku memandangnya.
    "Barang apa?" Soalku.
    "Ini." Dia menghulurkan sapu tangan kepadaku.

Aku menyambutnya. Memang ini sapu tangan aku tapi kalau tak silap sapu tangan ni aku dah bagi pada...
aku mendongak ingin berkata sesuatu pada lelaki yang memberiku sapu tangan itu tapi kelibatnya aku lihat sedang berjalan meninggalkan aku. Ya, sama seperti apa yang aku lakukan kepadanya dulu. Sewaktu aku menghulurkan sapu tangan ini kepadanya yang sedang makan burger dan berpaling pergi. Macammana dia boleh jumpa aku kat sini dan pulangkan sapu tangan aku?

Aku ingin menjerit memanggilnya, tapi suaraku tak keluar. Akhirnya aku hanya menghantar pemergiannya dengan pandangan mataku.

Aku memandang ke arah lelaki yang duduk di kerusi tak jauh dariku di hentian bas ini yang sedang tersengih-sengih memandangku sejak tadi.

Satu perkara lagi yang belum pernah aku alami, seorang lelaki tersenyum padaku sewaktu menunggu bas. Terus aku alihkan perhatian ke arah lain. Kan bagus kalau aku boleh tumpang  Jun balik.

*********************

Hari ini aku ingin kembali kepada diriku yang asal. Dengan muka yang polos tanpa secalit bedak padat atau makeup, tanpa tudung syiria pelbagai warna, tanpa baju kebaya berpotongan menarik, tanpa kasut tumit tinggi yang menyakitkan kaki.
Sekali sekala aku harus kembali kepada diriku yang asal. Itu janjiku kepada diri sendiri agar aku tak lupa diri dan berbangga dengan kecantikan sementara. Balik dari kerja, aku tak terus pulang ke rumah. Sebaliknya aku ke pusat beli belah berdekatan. Tempat dimana Jun mengajarku tentang Self-confident. Hari ini aku ingin mencubanya sendiri.
Aku duduk di satu kerusi yang merupakan laluan paling sibuk kerana ia berhadapan dengan kawasan medan selera.
    "Boleh saya duduk sini?" Seseorang menegurku dan tanpa aku memberikan jawapan, lelaki itu sudah pun duduk bersila di atas kerusi menghadapku.
Diletakkan seplastik makanan di tengah-tengah ruang antara aku dan dia.
    "Saya ada beli makanan lebih hari ni, makanlah kalau awak rasa awak lapar." Katanya dan menyuakan seplastik makanan kepadaku selepas dia mengeluarkan burger dan air minumannya.
Melihat lelaki ini makan mengingatkan aku kepada lelaki yang pertama kali aku jumpa sedang makan burger saladnya. Ya, lelaki ini juga sedang makan burger salad. dengan penuh berselera. Aku jadi teringat tentang lelaki yang memulangkan sapu tangan kepadaku di stesen bas tempoh hari. Nampaknya tak perlu dicari, lelaki itu kini ada di hadapanku.
    "Saya makan comot lagi ke?" Soalnya, berhenti makan dan memandangku.
Aku menggeleng.
    "Betul ke burger ni untuk saya?" Soalku.
    "Burger tu untuk sesiapa yang nak makan je.." Jawabnya. Perli. Aku ketawa perlahan
Aku keluarkan burger itu dari plastiknya dan makan dengan penuh berselera.
    "Mulut awak ada mayonis." Katanya seraya menghulurkan tisu kepadaku.
    "Terima kasih." Kataku dan menyambut huluran tisu itu.
Beberapa saat suasana sepi diantara kami. Dia dengan burgernya aku dengan burger aku. Aku memandangnya. Tiba-tiba rasa pelik, duduk dan makan dengan seseorang yang tidak dikenali tapi langsung tak ambil peluang tu untuk saling berkenalan.
    "Awak buat apa kat sini?" Soalku. aku tau soalan aku kedengaran agak bodoh, tapi aku tak tahu apa yang patut aku tanyakan.
Dia tak terus menjawab soalanku, sebalik menghabiskan kunyahan dalam mulut sambil tunduk merenung lantai. Seolah-olah sedang mencerna maksud soalanku.
    "Saya buat apa kat sini?" Soalnya kembali setelah kunyahan di mulutnya habis ditelan.
Aku mengangguk.
    "Saya suka lepak kat sini sambil makan burger. sebab kat sini je yang saya boleh dapat burger salad yang sedap."Katanya.
Aku mengangguk. Puas hati dengan jawapannya.
    "Awak buat apa kat sini?" Soalnya kembali kepadaku.
    "Saja lepak-lepak. Sebab rasa macam malas nak balik rumah lagi." Jawabku.
Dia pula yang mengangguk-anggukkan kepalanya. Kami senyap lagi dan menikmati burger  kami.
   "Awak.. kenapa manusia mesti pandang pada luaran? bukan pada hati?" Soalku. Tiba-tiba tergerak hati untuk mendapatkan pendapat darinya.
Lelaki ini diam. Dia mengunyah sambil memandang tepat ke mukaku. Walaupun aku tak pandang mukanya, tapi aku nampak pandangannya dari ekor mataku. Selepas menghirup minumannya, baru dia bersuara.
   "Sebab dari luaran baru orang akan berminat untuk 'selak' dengan 'baca' dengan lebih mendalam." Jawabnya. Menggunakan pendekatan 'buku' untuk menjawab soalanku.
Aku mengangguk. Setuju. Sama macam apa yang Jun dan May maksudkan.
    "Tapi sebenarnya, bukan semua buku buruk itu sampah, bukan semua kotak berlubang itu tak berguna. Kadang-kadang benda yang nampak buruk di luaran itulah yang cantik, yang mempunyai barang berharga di dalamnya." Katanya lagi.
Kali ni aku memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar. Aku suka jawapan itu.
    "Tapi tak semua orang fikir macam tu.." Kataku lirih. Mula menunduk.
    "Biarkan apa yang orang nak fikir. Hanya orang yang pandai menilai je tahu menghargai." Balasnya.
    Mendengarkan kata-katanya itu, aku kembali bersemangat. Aku seperti sudah dapat semangat baru. Mulai hari ini, aku tak mahu berubah kerana ingin menarik perhatian orang, sebaliknya aku ingin kekal dengan diri aku sendiri dan mencari orang yang boleh menghargai aku. Urmm! Semangat!!.
Spontan aku terus berdiri.
    "Terima kasih awak, tak rugi saya datang sini hari ni dan terjumpa awak. Oh ya, terima kasih untuk burger ini. Saya balik dulu." Kataku dan melambai pendek ke arahnya.
Dengan reaksi muka terpinga-pinga, lelaki ini turut mengangkat tangannya ke arahku. Aku melangkah dengan senyuman yang penuh dengan semangat baru. Sehingga aku sampai di rumah.

**********************

Bila aku ceritakan pada Jun dan May tentang apa yang aku rasakan. Tentang semangat baruku, tentang imejku, mereka tetap berpendirian yang penampilan adalah penting.
    "Kau nak macam ni terus dan tunggu orang yang akan menghargai kau muncul, sampai bila sha?" Soal Jun. Mengeluh.
    "Sampai dia muncul!." Kataku. Yakin.
    "Kalau sepuluh tahun lagi pun dia tak muncul?"  Soal May. Sengaja mendugaku.
    "Dia pasti muncul." Tegasku, sangat yakin. Aku percaya setiap lelaki sudah diciptakan seorang wanita untuk menjadi pelengkap tulang rusuk mereka. Pasti lelaki itu akan muncul untuk aku.
    "Habis, sampai kau dah kahwin, dah ada anak pun kau masih nak kekalkan imej macam ni?" Soal May.
    "Aku cuma nak cari seorang lelaki yang boleh terima aku seadanya, siapa aku sebelumnya. Bila dia dah betul-betul ikhlas terima aku, masa tu lah baru aku akan lakukan transformasi!!!"
    "Oh.. gosh. Apa-apa aje lah dengan kawan kita ni May.." Kata Jun. Pening melihat gelagatku.
    "Aku pasti, lelaki itu ada dimana-mana, di luar sana.." Kataku lebih kepada diriku sendiri.

************

Dua minggu kemudian.
Aku kembali kepada aku yang asal. Yang kehadirannya tidak disedari manusia sekeliling. Yang langsung tak dipandang oleh lelaki di bus stop, oleh lelaki yang sedang berjalan dengan kekasihnya, atau oleh mana-mana lelaki.
Tapi kerana yakin dengan jodoh Allah aku masih setia menunggu dan kembali bersemangat bila kata-kata positif ini bermain di fikiranku...
    "lelaki itu ada di mana-mana di luar sana, sampai masanya, dia akan muncul di hadapanku.."

Sebulan kemudiannya...
    "Dah jumpa lelaki idaman kau tu Sha?" Soal Jun.
Aku senyap. Aku tahu dia bukan berniat untuk menghina, memerli, atau mengejekku. Tapi hati aku agak sensitif mendengar soalan itu.
    "Sha.. kadang-kadang cinta perlu dipaksa, bila dia terima kita kerana kecantikan kita bukan bermakna yang dia tak boleh terima kekurangan kita. Tak ada manusia yang sempurna Sha, seburuk atau sebaik mana pun kita, orang tu pasti boleh terima..." Kata Jun lembut. Cuba membasuh otakku daripada terus menerus berpaksikan pada pemikiran cetekku,
    "Tapi aku cuma nak cari cinta yang ikhlas, yang tak berdasarkan kecantikan luaran semata-mata.." Tegasku. Entah kenapa hati ini begitu degil untuk mempertahankan prinsip itu.
    "Ada dua jenama keropok, yang kedua-duanya pun sedap. Tapi yang satu jenama tu cuma dibungkus dengan plastik putih je. Kosong. Yang satu lagi dibungkus dengan plastik berwarna-warni. Menarik. Kalau kau lah mana satu yang kau akan beli?Jujur!." Soal Jun.
Mulut aku laju nak cakap yang aku akan beli dua-dua sebab aku tak peduli pada rasanya, tapi bila difikirkan secara jujur, ya, aku akan beli yang bungkusannya yang lebih menarik.
Aku mengeluh.. Kalau aku sendiri dah fikir macam tu, akan ada ke orang yang akan fikir sebaliknya.
    "Perubahan yang kau lakukan bukannya begitu ketara, cuma sikit perubahan agar orang sedar akan kewujudan kau. Dan orang takkan menyesal sebab pilih kau, lepas dia kenal siapa kau sebenarnya. Percayalah Sha, cinta..  datang tanpa diundang." Kata jun lagi.
Lama aku termenung, menganalisa kata-kata Jun tu.

***********************

Hari ni lepas balik kerja, sekali lagi aku datang ke pusat beli belah ini. Duduk di kerusi yang sama. Termenung. Entah kenapa bila aku dilanda keresahan, hati aku bagai ditarik-tarik untuk ke sini. Lamunanku hanya terhenti bila ada tangan yang menghulurkan kon aiskrim kepadaku. Aku beralih memandang muka tuan punya tangan yang menghulur aiskrim itu.

Lelaki ini. Lelaki yang makan burger salad denganku tempoh hari, sedang menghulurkan aiskrim sundae kepadaku. Aku menyambutnya.
    "Ada apa pulak kali ni?" Soalnya, dia duduk di sebelahku sambil menikmati aiskrimnya.
Aku mengeluh. Macam dirancang. Aku ada masalah, aku datang sini, aku terjumpa dia dan dia macam tau-tau aku ada masalah dan sedia mendengar masalahku.
    "Buku yang buruk pun, bukan semua orang akan berminat untuk baca, apatah lagi orang yang reti menilai." Kataku, penuh maksud tersirat.
    "Buku yang buruk tu cuma perlu diletakkan di satu tempat istimewa agar orang yang reti menilai boleh jumpa dengan mudah." Itu jawapan balasnya.
Aku renung aiskrim ditangan. "Kenapa hari ni aiskrim pulak? mana burger salad?" Soalku. Kata-katanya tadi aku biarkan tanpa balasan.
    "Bosan, hari-hari makan benda sama." Jawabnya.
Aku tersenyum. Aku pandang lelaki ini yang begitu berselera menikmati aiskrimnya. Sekejap je dah hampir dihabiskan. Siapa sebenarnya lelaki ni?.
    "Nama awak apa?" Soalku. Baru tersedar yang selama ni, aku belum tahu namanya.
    "Saya ingat awak tak nak ambil tahu langsung nama saya." Katanya, seperti memerli.
    "Saya lupa nak tanya.."
    "Wafi." Balasnya pendek.
    "Saya Sha.." Kataku memperkenalkan diri.
    "Saya tau."
    "Awak tau?"
    "Shahira? bekerja di Azlin & Co, Kerani Litigasi yang sangat kusyuk membuat kerja."
    "Eh.. mana awak..."
    "Saya selalu datang office awak, nak uruskan pinjaman bank, tu kedai saya. Saya buat bisness printing design baju. sebab tu saya selalu ada kat sini setiap kali awak datang."
    "Sejak bila..."
    "Masa awak bagi sapu tangan awak kat saya, saya memang dah kenal awak. Saya ingat awak bagi saya sapu tangan tu sebab awak dah kenal saya. Terkejut juga. Rupanya awak langsung tak perasankan saya yang selalu datang menempel muka kat office awak." Wafi tergelak-gelak. Ntah apa yang lucunya.
    "Tak sangka. Saya tak pernah perasan yang awak ada datang office saya. Sungguh ke?" Soalku.
    "Kalau selama ni awak ingat tak ada orang yang sedar tentang kewujudan awak, awak patut buka mata lebih luas untuk sedar yang ada orang asyik cuba tarik perhatian awak." Katanya.
    "Maksud awak?" Soalku.
    "Ooh, sorry, kawan saya panggil tu, ada orang nak buat tempahan la tu. Kita jumpa nanti ya." Wafi terus bangun dan berlari anak menuju ke kedainya.

************

Aku bertanya pada rakan sekerjaku, ada tak lelaki nama Wafi yang datang uruskan soal pinjaman dia disini. Kata mereka ada, dan yang paling aku tak sangka, Wafi asyik mencuri pandang ke araku dan bertanya macam-macam tentangku dari mereka. Bila aku tanya kenapa tak pernah ceritakan kepadaku, jawab mereka, Wafi tak benarkan.

    "Sha kalau client datang, mana ada dia nak angkat muka.." Kata Elly.
Ya Allah, rupanya selama ini orang yang aku cari ada di depan mata. yang aku sendiri tak pernah cuba untuk buka mata dan melihatnya.

Petang itu, aku terus menuju ke kedai Wafi, tidak lagi menunggu di kerusi itu seperti sebelumnya. Wafi nampak terkejut dan teruja dengan kedatanganku.

    "Kalau saya nak tempah baju berapa yang awak boleh bagi?" Soalku kepadanya.
    "Untuk awak, saya bagi separuh harga.. design macammana yang awak nak?" Soalnya.
    "Saya nak.. design buku buruk yang diletakkan atas rak yang cantik."
    "Rumit tu, kalau macam tu saya kena charge lebih."
    "Kalau macam tu, saya nak yang simple je lah."
    "Macammana?"
    "Saya nak awak tulis..'Boleh tak saya nak kenal dengan awak?'" Kataku tersenyum-senyum.
    "Kita buat sepasang, yang satu lagi saya akan tulis. 'Dialu-alukan'". Jawab Wafi, faham dengan maksudku.
Kami tersenyum. Penuh makna tersirat disebaliknya.
    "Saya dah jumpa 'buku buruk' tu, lama dah. Tapi saya tak berpeluang untuk beli sebab kedai buku tak jual. dan sekarang, bila kedai buku dah letakkan buku tu di rak untuk jualan, saya harap saya orang pertama yang mendapatkannya." kata Wafi. agak terpesong dari topik perbualan kami tadi.
    "Ya, awak yang pertama." Jawabku.

Walau aku tak tahu apa hala tuju hubungan aku dengan wafi seterusnya, tapi aku akan cuba untuk terus berkawan dengannya. Sebab aku yakin, Wafi adalah lelaki itu, yang akan menerimaku, siapa aku, yang mengenali aku sebagaimana aku, yang tahu menghargai nilai 'buku buruk' itu. Ya, buku buruk itu yang diumpamakan sebagai aku. Buruk di luaran..

tamat. 1.53am. 21hb jun 2011, selasa.

Nota : Abaikan kisah cinta yang sangat-sangat simple tu, abaikan juga perjalanan cerita yang agak pantas, dan fokus pada sesuatu yang aku nak sampaikan. Sesuatu yang aku fikirkan.

4 ulasan:

isma irah berkata...

interesting..:)syes lain dr yg lain..mmpunyai meaning yg tersirat....:)

mia kaftiya berkata...

thank you isma... ^__^

RinsyaRyc berkata...

hehe.. tak suma yang buruk itu tak cantik kan? *kadg2 selekeh luaran, dalaman cantik ^^

KNR_Nida berkata...

best sgt!!