Selasa, 28 Jun 2011

Lelaki Sebelah Aku 5





Senyum. Disaat mata ku dibuka itulah perkara pertama yang aku lakukan, bukan menguap, bukan menggaru kepala, bukan tersengguk-sengguk capai tuala ke bilik air seperti pagi-pagi sebelumnya. Tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya aku pada pagi ini bila teringatkan peristiwa malam semalam. Haaaahhh.. sekarang aku boleh tarik nafas lega bila perkara yang selama ini membelenggu fikiranku kini sudah pun terlerai. Dan ashraf secara rasminya telah menjadi teman lelakiku.

    “Nelly! dah siap ke belum? Cepat sikit.” Pintu bilikku diketuk diiringi suara Fared.

Aku capai jam loceng di meja bersebelahan katil, 7.30 pagi?. Aku genyeh mata berkali-kali. Betul baru 7.30 pagi dan selalunya pada waktu ini aku yang akan ketuk pintu bilik Fared untuk menggeraknya bangun, tapi pagi ini? Apa kes? Terbalik pulak?

    “Nelly!!.. dah bangun ke belum?” soal Fared lagi bila tiada respon dariku.

    “Ye dah bangun dah..” sahutku sambil turun dari katil.

    “Siap cepat sikit. Aku nak  cepat ni..”

    “Ye.. ye..” laungku sambil mencapai tuala dan terus ke bilik air, walaupun dalam fikiran bersarang beribu persoalan tapi aku pasti bukan sekarang masanya untuk aku mempersoalkan tentang awalnya Fared bangun pagi ini. Masa makan nanti lebih baik. Sekarang lebih baik aku bersiap cepat agar aku tak ditinggalkan.

Setengah jam kemudian..

Aku tarik kerusi dan duduk di sebelah Fared yang sedang meneguk minuman.

    "Awalnya bangun hari ni?" soalku sambil menuang milo panas ke dalam cawan.

    "Nak cepat.." jawabnya sepatah.

    "Kenapa?" soalku sebelum meneguk minuman.

    "Ada kerja lah."

    "Kerja apa?" soalku lagi sambil mencapai roti putih.

    "Daripada kau banyak bunyi baik kau makan cepat, kang aku tinggal kang." Ugutnya.

Aku merungut, "tanya sikit pun tak boleh?"

    "Aku dah. Lima saat untuk kau habiskan roti tu." Kata Fared sambil bangun dan mencapai beg sandangnya.

Aku kerut dahi.

    "Lima saat? ingat orang makan tak payah kunyah ke?" ajuku sambil menghantar pemergiannya dengan mata.

    "Kau lambat aku tinggal je." Sempat dia membalas tanpa memandangku.

    "Eeiii.. abang ni, selalu tu dia lambat tak apa je, kena angin dia nak pergi awal, terlampau awal pulak." Bebel aku seorang diri, tanpa mengetahui kepada siapa bebelan aku tu ditujukan.

    "Tak apa, nah Mak Mah dah siap tapaukan untuk adik, makan kat kolej je nanti." Datang Mak Mah dengan bekas berisi kuewtiaw goreng yang dihulurkan kepadaku.

    Aku senyum segaris, sebagai tanda penghargaan untuk keprihatinan Mak Mah.

    "Terima kasih Mak Mah." Ucapku.

    "Adik.. itu abangnya udah nyetat motor mau pergi, dia bilang suruh cepatan!!.." muncul Bibik tergesa-gesa mencapai beg tanganku dan menarik tanganku agar bangun.

    "Iya.. iya, aduh Bibik ni, dia pula yang kalut." Aku tergelak dengan telatahnya yang kelam kabut tu.

    "Iya la nanti kalau ditinggalin gimana? siapa mau ngantarin? udah, cepatan sebelum abangnya pergi." Bibik menolak aku keluar dari dapur.

    Telinga aku menangkap bunyi hon motor Fared. Hishh.. sabar aje lah, tau la aku ni menumpang aje.

    "Woi sabarlah." Jerkahku sambil menyarung kasut sarung.

    "Lembap.." Katanya sepatah sewaktu aku meletakkan beg dan fail dalam raga motor. Helmet yang dihulur aku sambut, tergocoh-gocoh aku naik ke atas motor sedangkan helmet masih belum aku pakai dengan betul.
    Elok saja punggung aku mencecah seat motor, terus motor itu bergerak.

    "Hoi sabar lah, helmet tak pakai lagi ni." Jeritku terkejut.

    "Eeiii.. budak ni la. cepat sikit!" Marah Fared kegeraman lalu memperlahankan kelajuan motornya.
Kerapkali aku terasa melambung bila Fared memecut laju dan melanggar bonggol. Ini yang aku tak suka ni, dah tau kawasan perumahan ni banyak bonggol kenapa dibawak laju-laju. Tahap kesabaran aku makin teruji bila aku terasa macam nak terbang sewaktu Fared memecut di jalan raya. Gggrrr...

****************

Selepas memarkir motor di tempat parking, aku dan Fared berjalan beriringan menuju ke banggunan kolej.

    "Cuba cerita kat aku apasalnya kau nak datang awal sangat ni?" soalku lagi bila persoalan yang aku soalkan di rumah tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati.

    "Aku nak siapkan kerja la, assignment yang encik Rahimi bagi minggu lepas tu tak siap lagi." Jawabnya, selamba.

    "What? assignment yang encik Rahimi bagi MINGGU-LEPAS-TAK-SIAP-LAGI?" soalku kuat, terkejut sebenarnya. Hebat betul abang aku ni.

    "Ssyyhhh.. cakap tu slow la sikit, kau nak bagi satu kolej dengar ke?"

    "Apasal tak siap? Itulah duduk rumah asyik main game je. Lain kali aku nak suruh mummy check semua assignment kau." Kataku, tak sedar yang aku dah berperangai seolah-olah aku adalah kakak kepada Fared.
    Well.. aku sangat pantang dengar kerja-tak-siap ni.

    "Perhh kau ni terlebih prihatin pulak. Ingat kita ni budak sekolah lagi ke yang mummy daddy nak kena check kerja sekolah dah siap ke belum, ada ke tak ada, hellooo.. belajar kat kolej, standart lah buat kerja last minute macam ni." Kata Fared memperlekehkanku.

    "Ada ke macam tu? Kerja tetap kerja. Harus disiapkan lebih awal la bro. Nanti tak adalah kelam kabut macam ni. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa."

    "Ok, ok, since kau "banyak bunyi" sangat, apa kata kau tolong aku siapkan kerja ni.  Jom!" Fared berjalan mendahului langkah kakiku.

    "Eh bila masa pula aku kata aku nak tolong kau? Ingat kita kat sekolah ke yang subjek semua sama je? hellooo.. aku tak ada kena mengena dengan department Akaun ok." Kataku memerlinya.

    "Lah tadi sibuk sangat membebel, bila suruh tolong tak nak pulak"

    "Kerja kau, buat la sendiri. Oklah aku pergi dulu. Tataaa.." Aku melambai pendek ke arahnya dan berjalan pantas menuju ke arah department aku.

**********

Fared, Fatul, Bobo, Fahmi dan Ashraf masing-masing terpaku senyap di atas tangga memandang ke  arah seorang budak perempuan, dengan kedua ibubapa perempuan itu dan puan Pengarah.

Setelah berbual beberapa ketika, mereka kelihatan ingin bersurai, sebelum pasangan suami isteri itu masuk ke kereta Honda City itu, perempuan itu mencium tangan kedua ibu bapanya dan dia mengatur langkah mengikut puan Pengarah yang ntah kemana.

    "Kau rasa perempuan tu siapa?" soal Bobo mengalihkan pandangan ke arah kawan-kawannya, menagih jawapan. Sedangkan dia sedia maklum, masing-masing diantara mereka tiada jawapan untuk persoalan itu.

    "Anak Pengarah?" jawab Fahmi meneka.

    "Kau jangan mengaruh Mie.. dah sah-sah dia datang dengan mak bapak dia tu." Jawab Fatul menyanggah tekaan Fahmi.

    "Ah'ahh kan, betul jugak." Balas Fahmi baru tersedar tentang ketidakwarasan pendapatnya.

    "Korang tak rasa ke dia mungkin student baru kat sini? Entah-entah dia junior kita tak?" Soal Ashraf pula.

    "Junior? Tapi sesi kemasukan untuk student baru kan dah lama tutup, takkanlah." Sangkal Bobo.

    "Fared kau rasa siapa?" soal Fatul bila dilihatnya Fared seolah-olah tidak mengikuti perbualan mereka.

    "Entah, puteri dari Planet Zadora kot" jawabnya selamba.

Terhambur ketawa dari mulut teman-temannya. Tak sangka jawapan itu yang akan Fared berikan.

    "Layan gak kau eh dengan cerita katak tu, aku ingat Ashraf sorang je yang tergila-gilakan si Tina." Bobo menepuk paha Fared. Lucu benar baginya.

    Fared ikut tersengih dengan gurauan spontannya. Perkara yang mengganggu fikirannya tadi terasa berkurangan bila mendengar gelak tawa rakan-rakannya. Dia ikut terhibur.

    "Aku terikut dengan adik aku la ni, sibuk tiap-tiap petang nak tengok putera katak. brader Ashraf punya pasal.." Katanya sengaja mengusik Ashraf.

Ashraf tersengih malu.

Tiba-tiba sekumpulan lelaki yang terdiri daripada Ayim, Imran, Amri berjalan di hadapan mereka dengan sengihan sinis yang ditujukan khas untuk Fared dan hanya Fared yang memahami makna senyuman itu.

    Fared bangun dan menyangkutkan beg ke bahu. Terus menuruni tangga tanpa pamitan.

    "Eh, Fared! nak pergi mana?" soal Bobo.

    "Tandas. Apasal? Nak ikut?" soalnya, sarkastik.

    Tanpa menunggu jawapan balas dari Bobo, terus dia mengatur langkah. Tak pasti ingin kemana. Ingin ke tandas hanya alasan, dia ingin melarikan diri daripada budak tiga orang tu. Panas hatinya memandang senyuman sinis dari Ayim.

    "Fared!.. Fared"

Fared berhenti melangkah bila terdengar seseorang memanggilnya dari belakang. Dia menoleh. kelihatan puan Pengarah sedang berjalan terkedek-kedek mengejarnya.

    "Puan.."

    "Saya nak minta tolong awak sikit."

    "Tolong apa tu puan?"

    Fared kerut dahi. Sambil menggaru kepala.

    "Tolong bawakkan si.. " puan Pengarah berhenti berkata-kata dan memandang ke belakang dan sekeliling. Mencari seseorang.

    "Mana pulak budak ni pergi.." Katanya dengan sebelah tangan diletakkan di pinggang.

Fared kecilkan mata bila ternampak gerangan manusia yang mungkin puan Pengarah sedang cari yang sedang berjalan menghampiri mereka dari arah belakang puan Pengarah.

    "Puan.." kata perempuan itu sambil memegang bahu puan Pengarah.

    "Hah.. jenuh saya cari awak. Ini, Fared, saya nak minta tolong awak bawakkan Fatin ke kelas awak.  Sebab mulai hari ini dia akan jadi sebahagian dari kelas awak. Dan kalau boleh, bawa dia jalan-jalan kat kawasan kolej sekali."

    Fared buat muka tak faham.

    "Join kelas saya?"

    "Oh Fared, kalau boleh memang saya nak explain kat awak tapi saya kesuntukan masa. Ada mesyuarat ni jadi saya nak minta tolong awak tolong jaga Fatin. Kalau saya dengar Fatin merungut apa-apa pasal awak, siap!" Sempat puan Pengarah bagi amaran dengan jari telunjuk yang ditegakkan.

    Fared angkat kedua belah bahu. Mencebikkan bibirnya.

    "Dan Fatin, saya minta maaf tak dapat temankan awak tapi tak apa, Fared ada. Oh saya dah lambat, saya pergi dulu" Katanya sambil mengintai jam di lengan. Laju dia menghayun langkah, membunyikan kasut tumitnya. Letup, Letap.

    Pandangan Fared kini beralih pada gadis bertudung di hadapannya.

    "Hai, Fatin Liyana" Kata perempuan ini, menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

Fared menyembunyikan tangannya di dalam kocek. Pertama kali dia jumpa perempuan bertudung yang menghulurkan tangan untuk bersalaman, sedangkan selama ini perempuan - perempuan bertudung yang pernah dijumpa selalu mengingatkan dia tentang hukum haram jika bersentuhan kulit.

Huluran tangan itu fatin jatuhkan dan dialihkan dengan memegang tali beg.

Nasib lah, puan Pengarah dan cari orang yang salah untuk jadi tour guide pada budak baru ni. Mood Fared tidak begitu baik untuk menjalankan kerja-kerja amal ini. Lalu dia berpusing dan meneruskan langkah.

    "Saya tak sangka macam ni cara budak kolej ni sambut student baru." Kata-kata sinis Fatin Liyana membuatkan langkah Fared terhenti. Dia memusing.

    "Then what you expect? Kompang? Silat? Red Carpet? Oh tak pun kereta kuda? Sorry, kolej ni memang tak sediakan semua tu semata-mata nak sambut kedatangan pelajar baru yang masuk all of sudden." Lembut nadanya tapi penuh dengan sindiran.

Sungguh Fared tak berniat untuk mencipta sengketa, fikirnya perempuan ni akan faham supaya mengikut langkahnya walaupun dia tak ajak, tapi bila itu yang keluar dari mulut perempuan ini, memang sengaja cari masalah lah.

    "At least 'hi' greeting would be better, i guess?" Kata Fatin Liyana masih belum mahu mengalah dengan Fared yang tinggi beberapa inci daripadanya ini.

    "Ok, hi, selamat datang! Boleh saya tunjukkan kelas awak sekarang?" Fared tersenyum. Senyum yang sengaja dibuat-buat.

    "Kalau dari awal lagi awak buat macam ni kan bagus, sekurang-kurangnya saya tau awak bukan buat kerana terpaksa." Balas Fatin Liyana, kini berpeluk tubuh. Terasa kemenangan di pihaknya.

    "Apa masalah kau ni ha? Tadi perli aku sebab buat tak tahu, sekarang marah aku sebab tak ikhlas pulak. Lepas ni apa pulak? Nak suruh aku belanja makan kat kafe?" Perli Fared.  Masih cuba mengawal nada suaranya. Kalau ikutkan hati memang nak ditengking je perempuan ni. Harap muka je cantik, tapi mulut berbisa.

    "Saya takkan buat macam tu kalau bukan sebab awak yang mulakan dulu. So, it's fair." Kata Fatin Liyana.

    "Fair kepala hotak kau, kau tu budak baru. Belajar la sikit cara nak hormat senior." Balas Fared.

    "What? Kepala hotak? So rude!. Mummy daddy tak suka orang cakap macam tu" Marah Fatin Liyana, bercekak pinggang. Dengan reaksi muka terkejut mendengar kata-kata berbisa itu.

    "Ada aku kisah? Bukan mummy daddy aku." Balas Fared. Berpeluk tubuh. dengan reaksi muka bosan.

    "Tapi awak cakap perkataan tu kat saya. Saya tak suka" Balas Fatin, tegas. Dengan jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Fared. Tanda dia betul-betul maksudkan betapa kata-kata 'kepala hotak' itu sangat kurang hajar.

    "Hishh.. kau ni memekak macam burung murai tercabut ekor lah." Balas Fared, tidak lagi berpeluk tubuh, sebaliknya memusing dan berjalan sambil sebelah tangannya memegang tali beg yang tersangkut di bahu.

    "Wah, tadi kepala hotak, sekarang bandingkan saya dengan burung murai pulak? Teruknya awak ni. Oh! Kenapa la saya perlu ditemukan dengan awak. At my first day pulak tu!." Balas Fatin Liyana, mengekori langkah Fared dengan tangannya yang kejap-kejap memegang kepala, kemudiannya terawang-awang ke udara pula.

    "Hoh, kau ingat aku suka sangat la nak tengok muka kau pagi-pagi ni? Lepas tu dengar kau membebel?" Balas Fared, masih melangkah cuma kepalanya yang menoleh ke sisi, melihat Fatin Liyana yang mengekori langkahnya di belakang.

    "Uurrghh.. talking with you is just like.. " Balas fatin dengan nada suara yang keras sambil menggenggam kedua-dua belah jarinya dan diangkat separas dengan kepala menunjukkan yang dia betul-betul geram mendengar kata-kata Fared, tapi belum habis dia berkata-kata..

    "Dah! Dah! Tak payah cakap, aku dah tau. Sekarang kau boleh pergi. Jangan ikut aku" Fared memotong kata-kata Fatin. Dan mengatur langkah lebih laju meninggalkan Fatin di belakangnya.

    Fatin menghentakkan kaki kegeraman. Hatinya membara ingin membalas kata-kata tak ada insurans Fared tapi dia kelu bahasa. Akhirnya, dia mengatur langkah ke arah bertentangan dengan Fared. Tapi baru beberapa langkah di atur, dia memusing kembali memandang Fared.

    "Hey kau." Jerit Fatin. Hilang panggilan awak. Geram punya pasal.

Panggilannya tidak Fared hiraukan.

    "Hey kau, stop there!" Jerit Fatin lagi. Bukan dia tak nak panggil nama Fared, tapi dia terlupa apa nama lelaki yang disebut oleh puan Pengarah ini tadi.

Bila panggilannya masih tidak dijawab, Fatin berlari anak mengejar Fared dihadapan. Baju Fared ditariknya.

    "Hoi." Sergah Fared terkejut. Badannya terdorong ke belakang.

    "Kau ni pekak ke labang? Penat aku jerit pun tak dengar" Marah Fatin.

    "Bila masa kau panggil aku? Bukan kau panggil 'cow' ke?" balas Fared pura-pura tak faham.

    "The 'cow' that I call just now is you!" Bentak Fatin. Dah tau sengaja nak berloyar buruk pula mamat ni.

    "Whatever!. Kau nak apa lagi?"

    "Bukan tadi puan suruh kau yang tunjukkan kelas aku kat mana ke? Please show me my class" Pinta Fatin sambil berpeluk tubuh. dia ingat dengan menggunakan nama puan Pengarah, Fared akan tunduk padanya. Dia ingat...

    "Oleh kerana kau tu bijak sangat, kenapa tak kau sendiri yang cari kelas kau tu?"

    "Hei, puan Pengarah dah amanahkan kau untuk tunjukkan kelas aku,  jadi sepatutnya...." bicara Fatin terhenti bila dilihatnya Fared terus mengatur langkah meninggalkannya.

Tiada apa lagi yang mampu Fatin lakukan selain menghentakkan kaki, kegeraman. Nampak gayanya memang dia perlu cari sendiri kelas dia.

********************

Aku dan Linda dalam perjalanan untuk ke kelas masing-masing semasa ada seorang budak perempuan datang kepada kami dan meminta kami untuk menunjukkan kepadanya Department Akaun. Memandangkan Linda ingin kembali ke kelasnya segera, maka aku menawarkan diri untuk menghantarnya.

Aku intai muka perempuan ini yang masam mencuka, walau dalam hati teringin nak tanya siapa dia dan kenapa dia nak ke Department Akaun, tapi bila melihatkan reaksi mukanya itu, aku pendamkan saja niat tu dalam hati. Sehinggalah kami berdiri di hadapan Department yang dituju. Hanya perkataan 'terima kasih' yang keluar dari mulut perempuan ini, sebelum dia memasuki kawasan itu.

    "Sama-sama." Jawabku sebelum aku sendiri berpatah balik untuk ke Department aku. Sempat pula terserempak dengan Fared yang kebetulan sedang berjalan dari arah bertentangan denganku.

Aku angkat tangan ingin menegur tapi Fared terus berlalu dengan muka masam. Aneh. Hari ni aku jumpa dua orang manusia yang badmood dalam kurang masa lima minit.

************

Berry dari tadi bergetar dari dalam beg. Dah tiga miscall, semuanya dari Fared. Aku tau yang waktu kuliah dah tamat, tapi puan Mariam masih ingin menjelaskan kepada kami beberapa perkara tentang tugasan yang ingin diberinya. Soalan-soalan tambahan dari pelajar-pelajar lain memanjangkan sesi bersoal jawab ini. Aduhh.. pasti Fared dah panas punggung menunggu aku. Cepat lah puan.. nanti saya kena tinggal pula.

    "Ada apa-apa soalan lagi?" Soal puan Mariam sambil mengemas kertas-kertas di atas mejanya sambil menutup segala paparan di komputer yang dibuka semasa sesi pembelajaran tadi.

    "Tak ada..." Jawab sebahagian pelajar.

    "Kalau tak ada, boleh balik, tapi ingat, tugasan ni kena ada kat meja saya selewat-lewatnya, isnin minggu depan" Sempat lagi puan Mariam mengingatkan sedangkan sebahagian pelajar sudah bangun dan menuju ke pintu keluar, termasuk aku.

    "Baikk puannn.." Balas setengah pelajar yang mendengar.

Aku tergesa-gesa ingin keluar sehingga memaksaku untuk menolak sesiapa saja yang menghalang laluanku.

    "Woi Nelly,  rumah kau lari ke?" Soal satu suara yang aku kira suara Akram.

    "Driver aku yang lari" Sempat aku membalas kata-katanya walaupun tanpa menoleh ke belakang.

Selamat keluar dari kelas aku berlari anak ke tempat parkir. Dari jauh aku dah nampak Fared di atas motornya, sedang menekan-nekan Iphone 5 di tangannya. Serentak itu Berry di tanganku bergetar, tak perlu lihat namanya aku dah tau panggilan itu datang dari Fared.

Getaran itu berhenti bila Fared terpandangkan aku yang sedang menuju ke arahnya.

    "Aku ingat kalau kau lambat lagi lima saat tadi aku nak terus blah je" Kata Fared bila aku semakin menghampirinya.

Fail aku letakkan dalam raga motor dan aku membongkok dengan kedua-dua  belah tangan mengcengkam lutut. Kepenatan. Sebelah tanganku sempat mengesat peluh di dahi dan di leher. 

    "Apasal lambat?"Soalnya. Mula menghidupkan enjin motor.

    "Puan Mariam.. lambat keluar" Jawabku. Beg sandang aku letak dalam raga motor dan menyambut huluran helmet. Terus aku pakaikan ke kepala sebelum menaiki motor.

    "Lain kali kalau dia lambat lagi kau cakap je, nak keluar cepat. Cakap la 'abang saya si Fared yang kacak' tu dah tunggu lama." Sempat Fared berloyar buruk denganku.

Aku berpaut pada bahu Fared dan memanjat naik ke atas motor.

    "Eeii, perasan kacak. Kacak sangat ke?." Perliku.

    "Kacak kot..." Balasnya, lalu memulas minyak dan motor itu meluncur laju meninggalkan kawasan kolej. Sehinggalah kami berhenti di kawasan parkir pusat beli belah Jaya Jusco.

    "Apa kita buat kat sini?" Soalku.

    "Buat bodoh." Balas Fared.

Aku hentuk kepalanya dengan helmet yang baru aku tanggalkan. Dia mengaduh kesakitan.

    "Apa ni main hempuk-hempuk kepala orang. Ingat ni kepala batu ke?" Soalnya sambil menggosok kepalanya berkali-kali.

    "Apa kita buat kat sini?" Aku mengulang persoalanku tadi. Kalau kali ni dia jawab dengan jawapan bodoh lagi aku nak hempuk lagi kepala dia kuat-kuat.

    "Nak cari buku jap.." Balasnya, merampas helmet di tanganku untuk disimpan di dalam seat motor.

    "Buku apa?" Soalku lagi. Tanganku merapikan ikatan rambut sebelum mencapai beg sandang dan mengekori langkah Fared menuju ke petak lif.

    "Buku resepi untuk mummy..." Balas Fared sambil menekan butang di tepi lif.

    "Hei jangan main-main boleh kan. "

    "Hah, jangan banyak tanya boleh kot.." Balasnya dan kami beriringan masuk ke perut lif bila pintu itu terbuka.

    "Menyampah la cakap dengan kau." Kataku. Merajuk.

    "Tak payah cakap." Balas Fared. Tidak memujuk.

    "Ok, mulai saat ini aku tak nak cakap dengan kau, so kau jangan bercakap dengan aku." Serentak dengan kata-kata itu, aku membuat aksi menzip mulutku.

    "Tak nak cakap sudah.." Balasnya.

Sehingga pintu lif terbuka, sehingga Fared keluar dahulu diikuti aku, sehingga Fared berhenti di hadapan kedai buku MPH dan membuat pertimbangan samada dia ingin masuk ke kedai buku ini atau tidak, sehingga dia akhirnya memilih untuk masuk dan mencari buku yang dicarinya, sehingga aku terus ke bahagian yang menempatkan novel-novel..

    "Adik.. sini jap." Sehingga Fared memanggilku, aku masih menzip mulutku.

    "Dik, sini la cepat." Panggil Fared yang sedang berdiri tak jauh dariku. Sengaja aku buat-buat tak dengar dengan panggilannya.

    Dia menghampiriku dan membuat aksi seolah-olah membuka 'zip' mulutku supaya aku boleh bercakap dan meminta pertolonganku.

    "Tolong carikan buku Basic Accounting jap." Pintanya.

    "Cari la sendiri." Kataku dengan mata masih tak lekang dari membaca sinopsis novel di tangan.

    "Ala.. tolong la carikan sekali, banyak sangat la buku, tak nampak..please..please..." pujuk Fared.

Aku buat tak tahu. Bila susah baru dia ingat nak minta tolong aku ye. Kalau tidak.. siap ugut nak tinggalkan aku lagi.

    "Ok, aku belanja aiskrim." Pujuk Fared lagi. Memang ini yang aku tunggu-tunggu sejak tadi.
Novel yang sedang aku belek tadi aku letak ke raknya.

    "Baskin?" Soalku.

    "Iye.."

    "Nak dua?"

    "Woohh.. satu cukuplah!"

Aku tarik muncung.

    "Ok, ok, dua." Katanya mengalah.

Aku tersenyum lebar.

    "Jom, nak cari buku apa?" Soalku segera melangkah ke arah yang menempatkan buku-buku yang Fared cari.

    "Nak kena rasuah baru nak tolong. Kejam betul." Rungut Fared di belakangku.

    "Buku apa?" Soalku lagi.

    "Basic Accounting adik manisssss..." Jawab Fared memerli.

Bab mencari buku memang dah jadi kepakaranku, tengoklah, sekali pusing je aku dah jumpa buku yang Fared cari, tak macam Fared, kalau dia tawaf satu kedai buku ni sehari pun belum tentu dia jumpa buku yang dia cari, sebab Fared dengan buku perumpamaannya macam langit dengan bumi. Macam...  air sungai dengan air laut yang takkan bertemu. Tapi Fared dengan buku ni baik sikit la, sebab diorang tetap akan bertemu.

    Itupun hanya apabila Fared betul-betul memerlukan!. Ya, hanya itu.

Setelah membuat pembayaran di kaunter dan setelah mendapatkan dua scop aiskrim yang berbeza perisa dan setelah menghabiskan kedua-dua batang aiskrim tersebut, barulah kami bergerak pulang.

----------------------------????


Eh, nelly masuk kolej? Habis kenapa tak jadi sambung belajar kat overseas???? 



*Untuk membaca versi penuh, tunggu kemunculan buku Lelaki Sebelah Aku nanti! heheh.. Oh ya, untuk buku Cerita cinta miaKaftiya dah boleh diorder sekarang! Klik sini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hohooo ~ jgn budak 'kitty' tu tersangkut dkat asyraf ssudaa ~.~

. sambuuuuung ,huhuuu :/

mia kaftiya berkata...

tanpa nama : pasti akan sambung! tapi tak tau bila boleh siap.... heheh..

sue berkata...

kenapa lama sangat nak sambung...
Kasihan Nelly n Fared x boleh pi...
minta tolong Ashraf pujuk mummy Nelly lah...
Ashraf kan bakal menantu kesayangan.... hehehe..
layan