Isnin, 27 Jun 2011

Rukuk dan Sujud


Aku merewang membaca status-status di facebook
Aku mencari video-video menarik untuk ditonton di youtube
Aku membaca entry-entry di blog
Aku mengambil tahu gosip-gosip terbaru artis
Sebelum aku mula menumpukan perhatian pada penulisan
Menaip dan mengarang dan memikirkan jalan cerita
Tapi aku seringkali mengabaikan satu perkara
Perkara yang sepatutnya aku dahulukan
Fikiran aku mula menyuruh aku agar menjalankan kewajipan itu
Hati aku
Tangan aku
Kaki aku
Semua!
Aku akur,
Tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini
Selain sujud kepada yang maha esa
Lega...
Akhirnya aku berjaya menyempurnakan lima waktu untuk hari ini
Moga esok,
Masih ada peluang untuk aku terus rukuk dan sujud
Amin..


27/6/11- bilik- lelaki sebelah aku 5-


Tiada ulasan: