Ahad, 19 Jun 2011

that's siblings are for...


nak tau apa gunanya adik beradik?? terutamanya adik beradik yang ramai dan cukup jenis dan jantinanya.



 Majlis Perkahwinan Widad Adibah
Gunung Lang, Ipoh
02hb April 2011





Majlis Pertunangan Mak Ngah Ida + Baby Alisya Cukur Jambul
Kampung Perlok Lama, Sungkai
30hb April 2011


okeh, itu baru satu. kalau disenaraikan banyak lagi.. 



kalau kawan lelaki dengan kawan perempuan datang rumah, tengah-tengah kalut nak tunjukkan bilik untuk kawan perempuan solat, sementara kawan lelaki nak ditemankan untuk makan tengahari, boleh minta tolong adik lelaki untuk temankan kawan lelaki makan.
kan?



bila tengah-tengah bulan poket kering, nak minta gaji awal memang dah sah-sah la takkan dapat. boleh pinjam kat adik beradik yang ada duit lebih dan dia memang pemurah lagi penyanyang untuk bagi pinjam. :)


bila nak keluar dating dengan pakwe, tapi syarat utama untuk keluar adalah 'TIDAK DIBENARKAN KELUAR BERDUA-DUAAN' boleh minta adik-adik temankan, disamping dapat dating, adik-adik pun dapat berjalan. siap makan orang belanja tuuuhhh...




bila dah habis sekolah, dah habis belajar, kawan-kawan masing-masing dah buat haluan sendiri. nak ajak keluar shopping pun masing-masing buzy. Ada adik beradik yang boleh jadi member untuk temankan dan bagi pendapat untuk barang yang patut/perlu dibeli. plus pendapat adik beradik sendiri lebih jujur.

syaratnya : sediakan duit lebih untuk belanja diorang makan atau beli baju.





bila nak kahwin dan malas nak pening kepala nak fikir siapa patut jadi pengapit untuk rombongan ke rumah pengantin lelaki, boleh minta adik je jadi pengapit! well. since badan sama besar, berdiri pun sama tinggi.. memang tak ada masalah lah!




bila nak balik kerja atau nak kemana-mana atau perlukan sesuatu yang harus dibeli di kedai dan untuk drive/tunggang sendiri sangatlah malas atau tak berani atau atas apa saja alasan, boleh minta tolong adik beradik untuk hantarkan/belikan/ambilkan atau apa saja.

 budak bercangkung tu kalo bagi kunci motor memang laju je dia...



bila rasa kesunyian dan ketensionan, masa tu lah hiburan sangat diperlukan. orang kata budak-budak boleh buat kita ketawa. ya, kadang-kadang memang lah boleh ketawa. kadang-kadang menyakitkan hati jugak dengan kerenah diorang. tapi dalam kadang-kadang tu tak dinafikan ianya amat berguna jugak.


 aku/uda : what is your name?
nizar : wat ish yor nam
uda : my name is muhammad nizar.
 nizar : my nam ish muhammad ude!





 ingat baju je boleh dipinjam-pinjam? selendang pun bolehhh....


 Hari Raya Pertama 2010
Sungkai, Perak.




 Raya Ketiga 2010
Lenggong, Perak.


bila kawan baik dah tak ada depan mata untuk dengar semua kisah suka duka kita, yang bergayut di telefon adalah sesuatu yang mungkin takkan dilakukan kerana kedekut kredit, di situ muncul adik beradik untuk dengar semua kisah kita dan bagi pendapat tentang apa yang diorang rasakan perlu.



walaupun kadang-kadang rasa malas nak dengar orang tua ni membebel tentang sesuatu keputusan yang kita buat tapi tidak dipersetujui olehnya, tapi rupanya di situ dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai abang yang sulung.




bila balik kampung dan kebosanan kerana kebanyakan sepupu-sepupu semuanya masih kecik dan dan belum cukup matang untuk dibuat kawan, disitulah gunanya adik beradik, untuk jadi kawan.


bila setiap adik beradik ada kelebihan dan kemahiran masing-masing, disitulah khidmat mereka diperlukan untuk menghias bilik tidur pengantin, memasang pelamin-cukup-syarat, menjadi guru bahasa inggeris, menjadi guru mengaji, memasakkan makanan yang mak tak pernah masak, memasang plak dalam bilik tidur, menukar mentol bulat kepada philips, menjahit manik di baju kurung dan macam-macam lagi.



rupanya dalam susah dan senang kita, adik beradik tetap yang akan sentiasa ada di sisi kita. 

1 ulasan:

Alan Tsukasa berkata...

aii, psl kitorang pn ade ke?
;D