Ahad, 5 Jun 2011

Valentina Nervosa





Permulaannya aku beli novel ni bukan sebab tajuknya yang pelik. Percayalah, masa aku cari novel ni pun, aku cuma cakap nak novel terbaru nurul syahida yang valentine ape ntah kat uncle aidid dan uncle aidid terus ambil dan dihulurkan pada aku.

pada mukasurat pertama aku baca aku memang rasa nak tutup radio yang tiba-tiba aku rasa sangat membingitkan telinga sehingga menyukarkan aku untuk memahami dan "masuk" dengan apa yang tertulis dalam novel tu.


aku bangun dan tutup radio. kemudian aku kembali duduk dan membaca.


tenang.


sepanjang proses pembacaan (sambil mengisi masa yang terlampau lapang di tempat kerja) fikiran aku menerawang sambil membuat kesimpulan tentang penulisan dan jalan cerita novel.


ini adalah senarai perkara yang aku fikirkan, kesimpulan dan kesukaan. lebih kurang macam review pulak eh!.


  • susun atur ayar yang sangat ringkas tapi agak sukar untuk difahami oleh otak aku, seolah-olah membaca satu perenggan tanpa titik. tapi ia hanya pada permulaan cerita, pada awalan bab. lepas tu, ok..masyukk.

  • kebetulan, pada hari kedua aku baca novel ni, aku tengah puasa dan dia membuatkan aku sangat teringin nak makan 'strawcho' aka strawberry salut coklat yang seumur hidup baru sekali aku makan itupun masa masih belajar kat ILPKLS sem 1. (19 tahun) dan sekarang umur aku dah 22 tahun.

  • aku suka bila aku dapat rasa yang dialog antara din dan ayu masa diorang tengah beli 'strawcho' kat gerai mariyyah adalah real. aku selalu rasa yang penulis menulis bukan atas dasar imaginasi atau angan-angan tapi daripada pemerhatian.

  • aku suka bila penulis boleh masukkan hujah-hujah atau fakta-fakta yang menunjukkan bahawa si penulis seperti seorang yang sangat berilmu sehingga membuatkan aku ingin berhenti membaca novel cinta dan beralih kepada buku-buku ilmiah agar aku boleh menulis sebegitu.

  • dia membuatkan aku tersedar yang orang putus cinta memang akan skodeng facebook ex diorang macam yang ika selalu buat. ooppsss.. ok, juga macam yang aku suka buat walaupun aku tak pernah putus cinta.

  • aku teruja bila akhirnya aku jumpa novel yang tidak menggambarkan aksi romantik walaupun 'terkunci di tangga kecemasan' macam yang aku selalu fikir aku akan buat sekurang-kurangnya. huhu.

  • rasanya aku baru tersedar dan faham tentang apa yang penulis lain pernah cakap tentang 'tema' bila aku tanya apa tips untuk tulis novel. valentina nervosa menunjukkan semua perkaitan jalan cerita dengan tajuknya sendiri.

  • aku nak berterima kasih kat 'soraya' yang telah mengingatkan 'mariyyah' dan sekalian orang yang membaca tentang azab meninggalkan solat subuh selama 60 tahun di neraka sama dengan 60,000 tahun di dunia yang mana membuatkan aku yang sudah 3 hari dan hampir seminggu berturut-turut terlepas subuh kerana tidur pukul 2, 3 pagi (3 pagi kadang-kadang) kerana kerja penulisan yang tak pernah aku lakukan dan baru berjinak-jinak hanya kerana iman harraz, kini akan teringatkan azab itu setiap kali aku malas bangun subuh, dan terus bangun dan solat. (nampak tak aku menulis tanpa titik dalam satu perenggan)

  • aku suka bila penulis boleh gambarkan peribadi sebenar setiap watak tentang apa kesukaan dia, apa kelemahan dia, apa yang dia akan buat bila dia sedih, marah, bosan dan lain-lain. (dia = watak-watak)

  • dan yang paling penting!. aku suka kelainan, dan aku, seorang-penulis-cerpen-yang-sedang-belajar-menulis-novel sedang cuba lakukan sesuatu kelainan, mendapat inspirasi bila baca cerita-cerita NURUL SYAHIDA macam yang aku tulis CUPCAKES, walaupun aku terasa macam aku curi watak roul, tapi percayalah, aku memang suka  dengan watak yang macam tu.

  • dan lagi aku sangat tak sangka yang rupanya mariyyah akan end up dengan abang jeb, sebab aku fikir, amer adalah hero kedua. rupanya ada lagi hero ketiga? hebat.. itu lagi satu kelainan!

p/s : kenapa aku suka baca novel nurul syahida walaupun aku hanya jumpa soalnya hati kat dalam majalah remaja dan aku tak pernah jumpa/baca plain jane, adalah kerana lainnya dia daripada penulis-penulis yang lain. kau baca novel damya hanna, dan kau bandingkan dengan novel ni, then kau cari lah kelainannya.


"penulis merupakan perantara kepada pembaca untuk menyampaikan apa yang pembaca tak sedar tentang kehidupan sekelilingnya" dan aku ingin jadi penulis seperti itu selepas Nurul Syahida menyedarkan aku tentang banyak perkara melalui novelnya. <3 <3


Tiada ulasan: