Ahad, 24 Julai 2011

let me tell you something....



Aku manusia biasa. Memang la biasa, mana ada manusia yang luar biasa walaupun superman, supermak tu semua kerjanya menyelamatkan orang, diorang tetap manusia biasa bila di luar set pengambaran kan?. Ok,  aku manusia biasa yang ada perasaan cemburu dan gelojoh dan entah macam-macam yang manusia biasa ada. 


Aku cemburu bila ada orang lain yang ada pengikutnya sendiri lebih ramai daripada aku yang rasanya tak ada langsung pengikut, aku busuk hati bila aku tau orang-orang tu ramai pengikut so aku tak mahu jadi pengikut dia, buat apa? Orang lain dah ramai yang suka dia, baiklah aku suka pada orang lain yang tak ada orang suka, sekurang-kurangnya aku membantu orang lain yang tak ada orang suka ni untuk merasa dirinya dihargai sepertimana yang aku harap aku akan rasa. *Wahh tetiba rasa macam baik hati pulak.. blush!*


Aku gelojoh nak jadi macam orang-orang yang ramai pengikut tu cepat-cepat, aku selalu fikir kenapa dia boleh ada pengikut tapi aku tak ada? Aku selalu kaji macammana nak jadi macam dia jadi aku betul-betul akan jadi macam dia? Tapi aku end up dengan tak tau apa formula yang dia guna sebab aku pun tak pernah tanya directly pada dia "Apa formula yang kau guna untuk ada ramai pengikut ha?" Muka aku nak tanya soalan macam tu? Memang tak la..


Bukan sebab ego tapi sebab aku tak kenal diorang macammana aku nak tanya dan oh! aku pasti kalau bukan aku yang tanya pun, mungkin ada orang lain yang tanya soalan sama yang aku nak tanya tu mungkin orang-orang tu akan jawab begini..

"Entah la saya pun tak tahu sebab saya sendiri pun tak sangka" 

Klise. 


Aku harap agar ada orang yang akan tanya aku soalan sebegitu jadi aku nak tau apa jawapan yang akan aku bagi. Tapi persoalannya : Ada ke orang yang nak tanya?


Kerana ingin jadi manusia biasa yang hidup aman damai tanpa mengalami tekanan perasaan kerana memikirkan tentang persoalan yang tak ada jawapan ini, aku cuba menjadi manusia yang berfikiran positif dengan memikirkan begini...

Kadang-kadang matlamat yang kita nak capai itu sangat dekat dengan kita, tapi untuk melaluinya bermacam-macam halangan dan ujian yang perlu kita hadapi sehingga membuatkan kita terlewat sampai ke garisan penamat. Rupa-rupanya Allah cuma nak kita belajar dan kutip sesuatu sepanjang perjalanan kita ke atas...



Aku percaya pada kata-kata aku di atas ini dan kata-kata sebeginilah yang selalu aku sematkan dalam diri, dalam hati, dan selalu aku cari apa yang Allah ingin aku belajar sepanjang perjalanan aku ni. Tapi kadang-kadang.. aku tetap manusia biasa yang ada banyak perasaan. *Alert : Walaupun ada manusia-manusia yang kata muka aku muka-tak-ada-perasaan tapi aku masih manusia yang berperasaan. Sekian.* Jadi maafkan aku kalau kadang-kadang aku agak bersifat pentingkan diri sekalipun aku tak harap untuk punya sifat ini kerana dulu aku selalu menyokong semua orang.

Sekalipun aku tak pasti kepada siapa permohonan maaf ini aku tujukan tapi aku masih rasa serba salah dan berharap yang aku boleh kembali menyokong semua orang dan membiarkan Allah menentukan siapa pula yang akan menyokong aku. 


Take note : Pengikut-pengikut tak semestinya followers kan?



Jumaat, 15 Julai 2011

Bakar cupcakes bukan macam jahit manik dan menulis.



Hari ni hari Jumaat bersamaan 15 Julai 2011, bersamaan lagi dengan hari lahir mak, nak bersamaan lagi dengan akak suruh aku buat cupcakes beberapa hari sebelumnya sebab dia kata dia teringin nak makan sedangkan dia sendiri tahu yang aku belum pernah buat cupcakes dan aku syorkan dia beli kat kedai je, bersamaan lagi dia kata dia teringin nak makan homemade cupcakes yang membuatkan aku sangat teruja untuk buat bersama-sama dengan dia.  fuiihh..


*ambil perhatian perkataan bersama-sama

Walaupun aku kata hari ni hari lahir mak, tujuan kami *akak, aku, nizar, uah, iah* buat cupcakes bukan untuk raikan hari lahir mak, sebab aku yakin dan pasti perkara buruk pasti akan terjadi, Oleh sebab itu kami *akak, aku dan ika* dah pun tempah kek coklat istimewa untuk mak, dan akan kami raikan bersama-sama esok!.

Pada awalnya, kami bersama-sama menyediakan bahan untuk membancuh adunan, bersama-sama menunggu sehingga cupcakes yang pertama masak, tapi lepas cupcakes dalam avon oven tu tak masak-masak walaupun atasnya dah nampak garing, sorang-sorang mula melarikan diri. 

Tiba-tiba pulak Master chef (akak) kata dia sejuk rasa macam nak demam... 

Tinggallah aku sorang yang kena habiskan adunan untuk second round, kena pukul mentega dengan gula yang kononnya nak buat topping cupcakes tu, yang kata akak kena mesin sampai dia putih dan berkrim tapi dah berjam-jam aku pusing dengan mesin tangan tu pun masih tak jadi putih yang aku pasti lepas ni benda tu mesti dibuang punya.

Tinggallah aku sorang yang longgokkan cupcakes coklat entah berapa biji atas meja bercampur dengan gula-gula garing cupcake untuk sesiapa yang rasa sudi nak makan..

sedih!. :c

Pernah tak aku cakap, selain menulis aku juga suka buat "kerja-kerja perempuan" yang lain macam memasak membakar kek, dan mencuba resepi-resepi ringkas kecuali masak menu makan tengahari yang melecehkan? Dan aku juga baru sedar yang aku tersuka menjahit manik pada baju sejak aku terjerumus ke dalam dunia jahitan?.

Tak pernah? Baiklah, sekarang aku nak bagitau.

Perkara pertama yang aku paling suka nak buat sebelum aku serius dalam bidang penulisan adalah membakar kek atau mencuba mana-mana resepi yang aku jumpa. Tapi sebab aku tak suka berkongsi dapur dengan mak, sebab mak suka sekat kebebasan aku berkarya (kononnya) membuatkan aku langsung tak mahu masuk dapur dan berexperimen lagi.

contoh?

aku nak buat jemput ikan bilis, dalam kepala otak aku dah fikir nak guna ikan bilis dengan bawang jeee.. tak mahu sayur sebab aku tak suka, tiba-tiba datang mak tanya aku nak buat apa. Lepas tu dia sarankan aku supaya masukkan daun kuchai, masukkan taugeh, masukkan itu, ini, apakah? 

dan beberapa situasi lain lagi yang aku pun dah lupa.

Satu lagi sebab kenapa aku malas nak masak walaupun aku terliur dan teringin nak cuba resepi-resepi yang aku jumpa dalam buku dan dalam internet adalah kerana kalau tersalah sukatan atau terlebih, terkurang dan sewaktu dengannya dan menyebabkan makanan aku tu tak jadi seperti yang sepatutnya dan tak ada yang nak makan, terbuang pula, tak membazir ke namanya tu?


Memasak bukan macam menulis guna pen yang boleh diliquid, atau menulis guna pensil yang boleh dipadam atau menaip yang boleh dibackspace / delete. Bukan juga macam menjahit manik, yang kalau tak cantik atau tersalah jahit boleh dibuka balik walaupun ianya memenatkan. 

Memasak adalah, kalau kau dah masak kau hanya ada dua pilihan, samada nak makan sampai habis walaupun makanan yang kau masak tu langsung tak sedap atau kau nak buang walaupun kau rasa sangat membazir..


Ada dua moral value kat sini.

  1. Jangan berhenti berharap yang satu saat nanti, aku akan berjaya memasak tak kira apa jenis makanan pun walaupun dua kali buat pancake pun hasilnya masih berubah-ubah (first time, menjadi. Second time, hancurrr..)
  2. Jangan halang adik-adik aku untuk berexperimentasi di dapur (akan datang mungkin anak)

Err.. yang ketiga, aku harap aku dapat suami yang suka makan dan suka suruh aku masak sebab kalau aku masak aku nak semua orang mesti makan!


Selasa, 12 Julai 2011

Zahiril Adzim is the 'Plain Guy'



Sebenarnya benda ni dah lama bertebangan dalam kepala aku. Dah lama aku fikirkan, dah lama aku 'nampak' tentang ciri-ciri Plain Guy cuma selalu aku biarkan ia tak dikembangkan, tak dihuraikan, tak dikongsikan. Tapi masa aku tengok Aizat dalam Melodi ahad lepas, aku rasa dah  tak boleh nak simpan lagi 'benda' ni. Nampaknya dah sampai masa untuk aku keluarkan apa yang aku dah simpan selama ni. 


Nah! Ini dia...



video


Apa kena mengena Aizat dalam Melodi dengan apa yang aku nak tuliskan?. 


Aizat adalah salah seorang lelaki 'biasa' yang aku nampak dalam dirinya. Biasa.. muka tak berseri, pakaian tak berwarna, seluar tak bercorak, rambut tak bersisir. Biasa.  Yang diperjuangkan adalah bakatnya, muziknya. 

Lebih kurang macam tu lah maksud aku.


Tapi aku tak ada idea untuk tulis satu jalan cerita tentang lelaki biasa ini, sampailah KEBETULAN cia bagi saranan untuk aku tulis cerita yang lain daripada yang lain, "perempuan yang kejar lelaki" katanya, terus aku terfikir satu jalan cerita untuk "Plain Guy". (Thanks Cia!!)


Ada tiga watak lelaki dalam cerpen ni. selalunya kalau aku tulis cerita aku tak bayangkan sesiapa pun untuk sesuatu watak tu, aku cuma bayangkan perbuatan dia, perilaku dia, gaya dia je. Tapi sebab aku nak buat video khas untuk promosi, jadi aku pilih lah beberapa pelakon malaysia sedangkan sebelumnya aku nak pilih pelakon korea, tapi tak jumpa yang sesuai. heemmm..


Awal Ashaari

Awal adalah lelaki yang boleh dikategorikan sebagai lelaki metroseksual. Dia pandai berfesyen, dia tau nak lengkapkan gaya dalam setiap acara. Dia sentiasa kelihatan macho dan kacak, Dia suka tersenyum, dia... menepati semua ciri-ciri lelaki idaman wanita. Kot...

Shahz Jaszle

Shahz ada aset berharga pada rupanya, pada rambut dia. Kalau tak, takkan ramai yang suka tengok dia dalam asmara 1 dengan gaya rambutnya kan?... Tak? Ok, mungkin aku sorang je yang suka... Sebab dia pelakon, jadi dia boleh jadi lelaki yang kacak dan bertanggungjawab macam dalam Asmara atau lelaki kacak yang berhati busuk macam dalam Bionik, tapi dalam Plain Guy, aku bayangkan dia sebagai  lelaki kacak yang playboy!.


Zahiril Adzim

Selain Aizat, Zahiril adalah lelaki yang aku paling nampak ciri-ciri plain guy itu. Dia tak kacak, tapi dia sweet, dia tak smart, tapi dia stylo. Dia tak playboy, tapi dia mesra. Apa yang dia perjuangkan adalah bakat lakonannya. Boleh nampak kesungguhan dia tu dalam tutur katanya dan dalam "taipan " di blognya.

Tiz Zaqyah

Tak ada sebab kenapa aku pilih Tiz sebagai watak utama, Aku cuma terasa nak masukkan Tiz Zaqyah jadi aku masukkan je lah watak dia. Lagipun, aku tak dapat bayangkan pelakon lain lagi dengan perangai yang macam watak Tizza dalam cerita ni.



Ada satu lagi perkara yang WAJIB aku bagitau kat sini. Sebenarnya... 











Aku masih belum siap tulis pun cerita ni, baru ada tiga mukasurat!


Ada sesiapa yang nak tunggu cerpen ni disiapkan tak??


Ahad, 10 Julai 2011

Untuk remaja : YOU'LL FIND YOUR WAY


Syurga dan Neraka bukan ditentukan oleh manusia itu sendiri, bukan berpandukan pada amal ibadat "luaran" yang dilakukan. Bukan berpaksikan pada kebaikan tingkah lakunya.

Kejahatan bukan diukur daripada sifat kurang hajarnya, bukan berpandukan pada keganasannya, bukan berpaksikan pada kelancangan mulutnya melawan kata-kata ibubapa.

Layaknya seseorang itu untuk masuk ke syurga atau ke neraka terletak pada tangan Allah s.a.w. ia bersifat misteri, ia tak boleh dijangka mahupun diramalkan.

Tapi umat manusia disuruh melakukan kebaikan dengan ganjaran syurga. Berlandaskan Allah sebagai tujuan utama kebaikan itu dilakukan.

Disuruh menghormati kedua ibubapa itu kebaikan

Disuruh berbaik-baik juga bermesra dengan saudara-saudara (ABANG, kakak, sepupu, pak cik mak cik, adik perempuan dan ADIK LELAKI) itu juga kebaikan.

Disuruh menolong sesama sendiri itu juga kebaikan

Disuruh SOLAT itu juga kebaikan

Disuruh menjauhkan diri daripada gejala-gelaja tak elok  seperti HISAP ROKOK, 'TENGOK VIDEO PORNO', HISAP DADAH, MINUM ARAK/AIR KETUM, KURANG AJAR DENGAN IBU BAPA, itu juga kebaikan.

Zaman remaja adalah zaman dimana proses peralihan anak kecil yang tak faham tentang dunia sebenar mula ingin mengenali dunia. Zaman remaja dikatakan zaman yang paling mencabar kerana jika tersilap mengatur langkah dizaman remaja, seseorang itu akan tersilap mengatur hidupnya.

Pada waktu ini, didikan ibubapa dan orang yang lebih tua adalah sangat penting. Sebab tu ada sesetengah ibubapa yang akan selalu membebel bila anak lelakinya naik motor dan pergi merayap entah kemana-mana. Seterusnya membuatkan anak itu rasa rimas dan terkongkong sedangkan bagi anak itu, apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang SALAH di sisi undang-undang.

Bagi ibubapa, tujuan mereka membebel hanya kerana tak mahu anak mereka itu terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat. Mereka membebel kerana mereka sayang anak-anak mereka, mereka membebel kerana mereka ingin anak itu berada di hadapan mata jadi mereka takkan risau yang mungkin anak itu terlibat dalam kemalangan, mungkin terlibat dengan gejala isap rokok, mungkin terlibat dengan persatuan melepak di tepi jalan dan buang masa. Itu saja.

Pernah ke anak-anak remaja ni cuba untuk faham? Tak pernah kan? Sebab ego yang terlalu tinggi, agaknya setinggi gunung everst. Ataupun setebal tembok besar china?. Entah!

Zaman remaja adalah zaman yang aku paling takut nak harungi sebab aku takut aku akan tersilap langkah. Dugaannya macam-macam. Pengaruhnya besar. Menipu emak kata nak keluar jumpa kawan sedangkan temankan kawan jumpa teman lelakinya pun dah cukup buat aku rasa terlalu berdosa. Menipu emak kata nak pergi sekolah sedangkan pergi berjalan kemana-mana dengan seorang lelaki pun dah cukup buat aku tak tenang. (Mungkin aku belum pernah buat yang ini tapi aku tetap akan rasa sebegitu)

Zaman remaja tak seharusnya dibazirkan dengan berfacebook 12 jam sehari atau lebih tapi tak dapat apa-apa sebaliknya cuma menambahkan bil elektrik dan menyusahkan orang lain untuk bayar. (Fikir la sikit, awak tu menumpang je, jangan la nak guna lebih-lebih sampai nak bergaduh berbunuh-bunuhan. TAK MALU KE????)

Zaman remaja tak seharusnya dibazirkan dengan berjalan, merewang mengabihkan duit minyak motor dan pergi ke tempat-tempat tak berfaedah seterusnya menambah susah hati mak bapak je dan menambah pekak telinga mendengar tuan punya motor membebel pasal motornya yang terlalu cepat kehabisan minyak. TEBAL BENAR KE TELINGA TU?

Zaman remaja tak seharusnya dibazirkan dengan cita-cita nak kerja dan cari duit poket sebab duit belanja yang abah bagi tu tak cukup. Sedangkan kehidupan sebenar nanti, bekerja adalah perkara yang orang dewasa kalau boleh tak nak buat kerana ia memenatkan  dan menambah beban kepala otak sampai nak ngadap facebook pun resah gelisah sebab takut bos tau. IA SANGAT TAK SERONOK OK!. Kalau dapat gaji seribu sebulan tapi tiap-tiap hari kau bekerja macam dalam dunia ni hanya kerja je tujuan kau hidup, dan hidup tak pernah terasa nikmat, nak buat apa?.

Zaman remaja SEHARUSNYA diisi dengan pelan hidup untuk masa depan. Apa yang kau cari dalam hidup ni selain kau hidup sebab mak bapak kau lahirkan kau ke dunia dan kau dibesarkan, masuk ke sekolah selama 12 tahun dan seterusnya sambung pelajaran lagi beberapa tahun dan lepas tu cari kerja dan hidup macam manusia lain. Tak adventurenya hidup korang?

Zaman remaja seharusnya diisi dengan mencari kemahiran dan bakat terpendam dalam diri yang kau mungkin tak pernah sedar kau sebenarnya ada 'benda magik' itu. Sekalipun ada beribu-ribu orang penyanyi kat malaysia ni, ada ke yang boleh setanding dengan Siti Nurhaliza? Sekalipun  ada ntah berapa ratus, ribu juta orang pemuisi di dunia ni, ada ke yang karyanya sentiasa digunapakai dan disebut-sebut macam William Shakpeare? Sekalipun ada ntah berapa banyak penulis kat dunia ni, ada ke yang boleh setanding dengan J.K Rowling yang jadi jutawan semata-mata sebab siri harry potter dia tu? Kat situ lah gunanya kau untuk cari magik yang ada dalam diri. Sekalipun ada orang lain yang boleh tandingi kau tak bermakna yang kau tu tak hebat. Tapi jika mungkin itu rezeki kau, kau akan jadi seperti mana mereka yang hebat-hebat. TAK TERINGIN KE DER???

Zaman remaja adalah zaman untuk kau try and error, tapi try and error bukan untuk perkara-perkara yang kau sedia maklum ianya ERROR. Dah terang-terang kempen kat tv bahayanya merokok, apasal nak pergi cuba merokok lagi? Dah termaktub dalam Al Quran yang arak itu haram, apasal nak pergi teguk dengan alasan nak rasa air tu? Dah sah-sah Allah melaknat zina, apasal nak pergi buat benda terkutuk tu?.  
TRY AND ERROR  disini adalah kau cuba bawak kereta, dan kau gagal. Cuba lagi, cuba lagi sampai kau berjaya. Kau cuba jadi pengacara majlis di sekolah, kau gagal tarik perhatian orang, Cuba lagi. Kau cuba masuk tarian zapin sekalipun kau tau tak reti, then cuba lagi. Kau cuba jadi budak baik walaupun ianya sukar bagi kau, cuba lagi. Setiap kesalahan yang kita lakukan adalah guru yang paling  bagus untuk mengajar, ASALKAN KAU BELAJAR DARIPADA KESILAPAN ITU.

Zaman remaja adalah zaman untuk kau tetapkan goal untuk hidup kau. Abaikan format sebenar permainan bola sepak. Bayangkan kau main bola sorang-sorang dengan empat tempat penjaringan. Setiap satu goal akan membawa kau ke satu demensi yang berbeza. Itu pilihan kau untuk pilih yang mana paling terbaik untuk hidup kau. Kan?

Zaman remaja adalah zaman kawan-kawan keliling pinggang, zaman cikgu mengajar adalah sangat membosankan, zaman awek/pakwe adalah sesuatu yang harus dibanggakan dan wajib ada, zaman kata-kata mak bapak 'tak payah nak diikut sangat sebab diorang tu membebel je lebih', zaman adik-adik adalah sangat menyemakkan kepala otak lagi-lagi adik lelaki yang sangat tak sekepala dengan diri sendiri.

Zaman keseronokan sementara...

Selepas itu, kau akan masuk ke satu zaman yang masa tu adik beradik dan keluarga adalah kawan yang paling setia pada kau masa susah mahupun senang. Zaman itu, yang awek /pakwe adalah sangatlah merimaskan kepala otak, zaman adik-adik adalah hiburan yang sungguh menyenangkan hati, zaman berfacebook itu cuma sampingan, zaman ADIK LELAKI/ABANG yang dulunya tempat untuk cari gaduh, adalah orang yang kau perlukan untuk menangis/mengadu. Zaman itu akan muncul dimana masalah itu kalau tak difikir secara positif akan membuatkan kau rasa hidup seperti di neraka seperti yang selalu kau sebut-sebutkan di zaman remaja dulu. Zaman itu adalah zaman kau akan menyesal kerana tak mula mencari siapa diri kau sebenarnya semasa remaja. JADI TOLONG JANGAN MENYESAL BILA KAU DAH MASUK ALAM DEWASA NANTI.


Apa yang nak dicari??


Cuba melukis, mungkin kau akan suka dan terus melukis dan melukis dan menjadi pelukis terkenal.

Cuba membaca sekalipun rakyat malaysia sangat tak suka membaca, sebab mungkin bila kau terbaca buku yang sesuai, kau akan dapati satu buku mampu merubah cara pemikiran kau, dan seterusnya kau berjaya menjadi penulis terhebat.

Cuba BERLUMBA di trek yang betul, kerana mungkin bakat dan kemahiran kau akan disedari oleh Michael Schumacher seterusnya kau akan dilamar olehnya untuk menjadi pelumba pelapis?

Cuba menyanyi sekalipun orang kata suara kau tak sedap (ingat, mana ada manusia yang sanggup bagi pujian/support orang yang diorang kenal/orang disekeliling mereka) harus percaya pada diri yang kau boleh improve cara penyampaian nyanyian itu, KECUALI SUARA KAU MEMANG TAK SEDAP!. 

Cuba godek motor/kereta lama dan ubah ia menjadi yang baru, mungkin dalam kau tak sedar, bakat kau adalah merepair benda-benda rosak.

Cuba godam pc, mana tahu kau mungkin akan timbul minat untuk jadi programmer?

Cuba memasak, sekalipun ia kerja orang perempuan atau ibu-ibu, mana tau kemahiran memasak kau lebih hebat daripada emak yang bertahun-tahun masakkan untuk kau. Kalau tak takkan kebanyakan lelaki jadi chef, ye dak?

Dalam hidup ni ada banyak benda untuk difikirkan dan dicari. Jangan berfikir seperti  mana orang lain berfikir. Kalau kawan kata 'buat apa pergi sekolah, belajar tak pandai-pandai juga'. Kau patut berfikir sebaliknya macam.. 'pergi sekolah hari-hari bukan untuk jadi pandai dan lulus dalam exam dan dapat nombor tertinggi dalam kelas/tingkatan, tapi pergi sekolah untuk ambil ilmu dari cikgu yang dah mak bapak kita bayar tiap-tiap tahun'.

Jangan hidup sepertimana orang lain inginkan, jangan jadi sepertimana yang orang lain harapkan, jangan ubah diri ke arah keburukan. Jangan ubah penampilan untuk puasakan hati orang lain, sebaliknya ubah untuk diri sendiri berlandaskan niat kerana Allah.

Jangan jadi cikgu kerana orang kata kau layak, tapi jadilah pelukis kalau itu yang kau suka dan enjoy bila kau lakukan sekalipun kau dikecam kerana memilih kerjaya yang tak ada masa depan. Setiap perkara yang dilakukan jika kita ikhlas, maka hasilnya insyallah memberangsangkan. Jangan seksa diri kerana orang lain.

Dalam hidup ni tak ada yang mustahil, tak ada yang menyusahkan, tak ada yang tak masuk akal, selagi kau yakin dan percaya Allah itu ada. Selagi kau hidup dengan Allah sebagai matlamat utama untuk kau terus hidup.

Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan, selagi kau hadapi masalah itu dan selesaikan ia dan nanti kau akan sedar betapa masalah itulah sebenarnya hiburan untuk hidup kau.

Selepas penat aku membebel kat atas ni, tolonglah mulakan langkah kau yang pertama. Buka langkah, dan maju ke hadapan. Biar lambat, sebab sepanjang perjalanan untuk kau naik ke atas, dah bermacam-macam ilmu dah berjaya kau kutip. Nanti, kau ada apa yang boleh bantu kau untuk terus bertahan. Bina akar dari sekarang jadi kau akan kekal di atas nanti. 


Oh ya, jangan lupa bantu orang yang masih dibawah. Menolong sesama sendiri itu kebaikan juga kan?


Terima kasih kerana membaca sampai habis, sila buka langkah pertama SEKARANG. Soon, you'll found your mentor.

3.08pm-ahad-10/7/11-after seeing a very scary drama in this house!