Jumaat, 15 Julai 2011

Bakar cupcakes bukan macam jahit manik dan menulis.



Hari ni hari Jumaat bersamaan 15 Julai 2011, bersamaan lagi dengan hari lahir mak, nak bersamaan lagi dengan akak suruh aku buat cupcakes beberapa hari sebelumnya sebab dia kata dia teringin nak makan sedangkan dia sendiri tahu yang aku belum pernah buat cupcakes dan aku syorkan dia beli kat kedai je, bersamaan lagi dia kata dia teringin nak makan homemade cupcakes yang membuatkan aku sangat teruja untuk buat bersama-sama dengan dia.  fuiihh..


*ambil perhatian perkataan bersama-sama

Walaupun aku kata hari ni hari lahir mak, tujuan kami *akak, aku, nizar, uah, iah* buat cupcakes bukan untuk raikan hari lahir mak, sebab aku yakin dan pasti perkara buruk pasti akan terjadi, Oleh sebab itu kami *akak, aku dan ika* dah pun tempah kek coklat istimewa untuk mak, dan akan kami raikan bersama-sama esok!.

Pada awalnya, kami bersama-sama menyediakan bahan untuk membancuh adunan, bersama-sama menunggu sehingga cupcakes yang pertama masak, tapi lepas cupcakes dalam avon oven tu tak masak-masak walaupun atasnya dah nampak garing, sorang-sorang mula melarikan diri. 

Tiba-tiba pulak Master chef (akak) kata dia sejuk rasa macam nak demam... 

Tinggallah aku sorang yang kena habiskan adunan untuk second round, kena pukul mentega dengan gula yang kononnya nak buat topping cupcakes tu, yang kata akak kena mesin sampai dia putih dan berkrim tapi dah berjam-jam aku pusing dengan mesin tangan tu pun masih tak jadi putih yang aku pasti lepas ni benda tu mesti dibuang punya.

Tinggallah aku sorang yang longgokkan cupcakes coklat entah berapa biji atas meja bercampur dengan gula-gula garing cupcake untuk sesiapa yang rasa sudi nak makan..

sedih!. :c

Pernah tak aku cakap, selain menulis aku juga suka buat "kerja-kerja perempuan" yang lain macam memasak membakar kek, dan mencuba resepi-resepi ringkas kecuali masak menu makan tengahari yang melecehkan? Dan aku juga baru sedar yang aku tersuka menjahit manik pada baju sejak aku terjerumus ke dalam dunia jahitan?.

Tak pernah? Baiklah, sekarang aku nak bagitau.

Perkara pertama yang aku paling suka nak buat sebelum aku serius dalam bidang penulisan adalah membakar kek atau mencuba mana-mana resepi yang aku jumpa. Tapi sebab aku tak suka berkongsi dapur dengan mak, sebab mak suka sekat kebebasan aku berkarya (kononnya) membuatkan aku langsung tak mahu masuk dapur dan berexperimen lagi.

contoh?

aku nak buat jemput ikan bilis, dalam kepala otak aku dah fikir nak guna ikan bilis dengan bawang jeee.. tak mahu sayur sebab aku tak suka, tiba-tiba datang mak tanya aku nak buat apa. Lepas tu dia sarankan aku supaya masukkan daun kuchai, masukkan taugeh, masukkan itu, ini, apakah? 

dan beberapa situasi lain lagi yang aku pun dah lupa.

Satu lagi sebab kenapa aku malas nak masak walaupun aku terliur dan teringin nak cuba resepi-resepi yang aku jumpa dalam buku dan dalam internet adalah kerana kalau tersalah sukatan atau terlebih, terkurang dan sewaktu dengannya dan menyebabkan makanan aku tu tak jadi seperti yang sepatutnya dan tak ada yang nak makan, terbuang pula, tak membazir ke namanya tu?


Memasak bukan macam menulis guna pen yang boleh diliquid, atau menulis guna pensil yang boleh dipadam atau menaip yang boleh dibackspace / delete. Bukan juga macam menjahit manik, yang kalau tak cantik atau tersalah jahit boleh dibuka balik walaupun ianya memenatkan. 

Memasak adalah, kalau kau dah masak kau hanya ada dua pilihan, samada nak makan sampai habis walaupun makanan yang kau masak tu langsung tak sedap atau kau nak buang walaupun kau rasa sangat membazir..


Ada dua moral value kat sini.

  1. Jangan berhenti berharap yang satu saat nanti, aku akan berjaya memasak tak kira apa jenis makanan pun walaupun dua kali buat pancake pun hasilnya masih berubah-ubah (first time, menjadi. Second time, hancurrr..)
  2. Jangan halang adik-adik aku untuk berexperimentasi di dapur (akan datang mungkin anak)

Err.. yang ketiga, aku harap aku dapat suami yang suka makan dan suka suruh aku masak sebab kalau aku masak aku nak semua orang mesti makan!


Tiada ulasan: