Ahad, 24 Julai 2011

let me tell you something....



Aku manusia biasa. Memang la biasa, mana ada manusia yang luar biasa walaupun superman, supermak tu semua kerjanya menyelamatkan orang, diorang tetap manusia biasa bila di luar set pengambaran kan?. Ok,  aku manusia biasa yang ada perasaan cemburu dan gelojoh dan entah macam-macam yang manusia biasa ada. 


Aku cemburu bila ada orang lain yang ada pengikutnya sendiri lebih ramai daripada aku yang rasanya tak ada langsung pengikut, aku busuk hati bila aku tau orang-orang tu ramai pengikut so aku tak mahu jadi pengikut dia, buat apa? Orang lain dah ramai yang suka dia, baiklah aku suka pada orang lain yang tak ada orang suka, sekurang-kurangnya aku membantu orang lain yang tak ada orang suka ni untuk merasa dirinya dihargai sepertimana yang aku harap aku akan rasa. *Wahh tetiba rasa macam baik hati pulak.. blush!*


Aku gelojoh nak jadi macam orang-orang yang ramai pengikut tu cepat-cepat, aku selalu fikir kenapa dia boleh ada pengikut tapi aku tak ada? Aku selalu kaji macammana nak jadi macam dia jadi aku betul-betul akan jadi macam dia? Tapi aku end up dengan tak tau apa formula yang dia guna sebab aku pun tak pernah tanya directly pada dia "Apa formula yang kau guna untuk ada ramai pengikut ha?" Muka aku nak tanya soalan macam tu? Memang tak la..


Bukan sebab ego tapi sebab aku tak kenal diorang macammana aku nak tanya dan oh! aku pasti kalau bukan aku yang tanya pun, mungkin ada orang lain yang tanya soalan sama yang aku nak tanya tu mungkin orang-orang tu akan jawab begini..

"Entah la saya pun tak tahu sebab saya sendiri pun tak sangka" 

Klise. 


Aku harap agar ada orang yang akan tanya aku soalan sebegitu jadi aku nak tau apa jawapan yang akan aku bagi. Tapi persoalannya : Ada ke orang yang nak tanya?


Kerana ingin jadi manusia biasa yang hidup aman damai tanpa mengalami tekanan perasaan kerana memikirkan tentang persoalan yang tak ada jawapan ini, aku cuba menjadi manusia yang berfikiran positif dengan memikirkan begini...

Kadang-kadang matlamat yang kita nak capai itu sangat dekat dengan kita, tapi untuk melaluinya bermacam-macam halangan dan ujian yang perlu kita hadapi sehingga membuatkan kita terlewat sampai ke garisan penamat. Rupa-rupanya Allah cuma nak kita belajar dan kutip sesuatu sepanjang perjalanan kita ke atas...



Aku percaya pada kata-kata aku di atas ini dan kata-kata sebeginilah yang selalu aku sematkan dalam diri, dalam hati, dan selalu aku cari apa yang Allah ingin aku belajar sepanjang perjalanan aku ni. Tapi kadang-kadang.. aku tetap manusia biasa yang ada banyak perasaan. *Alert : Walaupun ada manusia-manusia yang kata muka aku muka-tak-ada-perasaan tapi aku masih manusia yang berperasaan. Sekian.* Jadi maafkan aku kalau kadang-kadang aku agak bersifat pentingkan diri sekalipun aku tak harap untuk punya sifat ini kerana dulu aku selalu menyokong semua orang.

Sekalipun aku tak pasti kepada siapa permohonan maaf ini aku tujukan tapi aku masih rasa serba salah dan berharap yang aku boleh kembali menyokong semua orang dan membiarkan Allah menentukan siapa pula yang akan menyokong aku. 


Take note : Pengikut-pengikut tak semestinya followers kan?



Tiada ulasan: