Ahad, 10 Julai 2011

Untuk remaja : YOU'LL FIND YOUR WAY


Syurga dan Neraka bukan ditentukan oleh manusia itu sendiri, bukan berpandukan pada amal ibadat "luaran" yang dilakukan. Bukan berpaksikan pada kebaikan tingkah lakunya.

Kejahatan bukan diukur daripada sifat kurang hajarnya, bukan berpandukan pada keganasannya, bukan berpaksikan pada kelancangan mulutnya melawan kata-kata ibubapa.

Layaknya seseorang itu untuk masuk ke syurga atau ke neraka terletak pada tangan Allah s.a.w. ia bersifat misteri, ia tak boleh dijangka mahupun diramalkan.

Tapi umat manusia disuruh melakukan kebaikan dengan ganjaran syurga. Berlandaskan Allah sebagai tujuan utama kebaikan itu dilakukan.

Disuruh menghormati kedua ibubapa itu kebaikan

Disuruh berbaik-baik juga bermesra dengan saudara-saudara (ABANG, kakak, sepupu, pak cik mak cik, adik perempuan dan ADIK LELAKI) itu juga kebaikan.

Disuruh menolong sesama sendiri itu juga kebaikan

Disuruh SOLAT itu juga kebaikan

Disuruh menjauhkan diri daripada gejala-gelaja tak elok  seperti HISAP ROKOK, 'TENGOK VIDEO PORNO', HISAP DADAH, MINUM ARAK/AIR KETUM, KURANG AJAR DENGAN IBU BAPA, itu juga kebaikan.

Zaman remaja adalah zaman dimana proses peralihan anak kecil yang tak faham tentang dunia sebenar mula ingin mengenali dunia. Zaman remaja dikatakan zaman yang paling mencabar kerana jika tersilap mengatur langkah dizaman remaja, seseorang itu akan tersilap mengatur hidupnya.

Pada waktu ini, didikan ibubapa dan orang yang lebih tua adalah sangat penting. Sebab tu ada sesetengah ibubapa yang akan selalu membebel bila anak lelakinya naik motor dan pergi merayap entah kemana-mana. Seterusnya membuatkan anak itu rasa rimas dan terkongkong sedangkan bagi anak itu, apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang SALAH di sisi undang-undang.

Bagi ibubapa, tujuan mereka membebel hanya kerana tak mahu anak mereka itu terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat. Mereka membebel kerana mereka sayang anak-anak mereka, mereka membebel kerana mereka ingin anak itu berada di hadapan mata jadi mereka takkan risau yang mungkin anak itu terlibat dalam kemalangan, mungkin terlibat dengan gejala isap rokok, mungkin terlibat dengan persatuan melepak di tepi jalan dan buang masa. Itu saja.

Pernah ke anak-anak remaja ni cuba untuk faham? Tak pernah kan? Sebab ego yang terlalu tinggi, agaknya setinggi gunung everst. Ataupun setebal tembok besar china?. Entah!

Zaman remaja adalah zaman yang aku paling takut nak harungi sebab aku takut aku akan tersilap langkah. Dugaannya macam-macam. Pengaruhnya besar. Menipu emak kata nak keluar jumpa kawan sedangkan temankan kawan jumpa teman lelakinya pun dah cukup buat aku rasa terlalu berdosa. Menipu emak kata nak pergi sekolah sedangkan pergi berjalan kemana-mana dengan seorang lelaki pun dah cukup buat aku tak tenang. (Mungkin aku belum pernah buat yang ini tapi aku tetap akan rasa sebegitu)

Zaman remaja tak seharusnya dibazirkan dengan berfacebook 12 jam sehari atau lebih tapi tak dapat apa-apa sebaliknya cuma menambahkan bil elektrik dan menyusahkan orang lain untuk bayar. (Fikir la sikit, awak tu menumpang je, jangan la nak guna lebih-lebih sampai nak bergaduh berbunuh-bunuhan. TAK MALU KE????)

Zaman remaja tak seharusnya dibazirkan dengan berjalan, merewang mengabihkan duit minyak motor dan pergi ke tempat-tempat tak berfaedah seterusnya menambah susah hati mak bapak je dan menambah pekak telinga mendengar tuan punya motor membebel pasal motornya yang terlalu cepat kehabisan minyak. TEBAL BENAR KE TELINGA TU?

Zaman remaja tak seharusnya dibazirkan dengan cita-cita nak kerja dan cari duit poket sebab duit belanja yang abah bagi tu tak cukup. Sedangkan kehidupan sebenar nanti, bekerja adalah perkara yang orang dewasa kalau boleh tak nak buat kerana ia memenatkan  dan menambah beban kepala otak sampai nak ngadap facebook pun resah gelisah sebab takut bos tau. IA SANGAT TAK SERONOK OK!. Kalau dapat gaji seribu sebulan tapi tiap-tiap hari kau bekerja macam dalam dunia ni hanya kerja je tujuan kau hidup, dan hidup tak pernah terasa nikmat, nak buat apa?.

Zaman remaja SEHARUSNYA diisi dengan pelan hidup untuk masa depan. Apa yang kau cari dalam hidup ni selain kau hidup sebab mak bapak kau lahirkan kau ke dunia dan kau dibesarkan, masuk ke sekolah selama 12 tahun dan seterusnya sambung pelajaran lagi beberapa tahun dan lepas tu cari kerja dan hidup macam manusia lain. Tak adventurenya hidup korang?

Zaman remaja seharusnya diisi dengan mencari kemahiran dan bakat terpendam dalam diri yang kau mungkin tak pernah sedar kau sebenarnya ada 'benda magik' itu. Sekalipun ada beribu-ribu orang penyanyi kat malaysia ni, ada ke yang boleh setanding dengan Siti Nurhaliza? Sekalipun  ada ntah berapa ratus, ribu juta orang pemuisi di dunia ni, ada ke yang karyanya sentiasa digunapakai dan disebut-sebut macam William Shakpeare? Sekalipun ada ntah berapa banyak penulis kat dunia ni, ada ke yang boleh setanding dengan J.K Rowling yang jadi jutawan semata-mata sebab siri harry potter dia tu? Kat situ lah gunanya kau untuk cari magik yang ada dalam diri. Sekalipun ada orang lain yang boleh tandingi kau tak bermakna yang kau tu tak hebat. Tapi jika mungkin itu rezeki kau, kau akan jadi seperti mana mereka yang hebat-hebat. TAK TERINGIN KE DER???

Zaman remaja adalah zaman untuk kau try and error, tapi try and error bukan untuk perkara-perkara yang kau sedia maklum ianya ERROR. Dah terang-terang kempen kat tv bahayanya merokok, apasal nak pergi cuba merokok lagi? Dah termaktub dalam Al Quran yang arak itu haram, apasal nak pergi teguk dengan alasan nak rasa air tu? Dah sah-sah Allah melaknat zina, apasal nak pergi buat benda terkutuk tu?.  
TRY AND ERROR  disini adalah kau cuba bawak kereta, dan kau gagal. Cuba lagi, cuba lagi sampai kau berjaya. Kau cuba jadi pengacara majlis di sekolah, kau gagal tarik perhatian orang, Cuba lagi. Kau cuba masuk tarian zapin sekalipun kau tau tak reti, then cuba lagi. Kau cuba jadi budak baik walaupun ianya sukar bagi kau, cuba lagi. Setiap kesalahan yang kita lakukan adalah guru yang paling  bagus untuk mengajar, ASALKAN KAU BELAJAR DARIPADA KESILAPAN ITU.

Zaman remaja adalah zaman untuk kau tetapkan goal untuk hidup kau. Abaikan format sebenar permainan bola sepak. Bayangkan kau main bola sorang-sorang dengan empat tempat penjaringan. Setiap satu goal akan membawa kau ke satu demensi yang berbeza. Itu pilihan kau untuk pilih yang mana paling terbaik untuk hidup kau. Kan?

Zaman remaja adalah zaman kawan-kawan keliling pinggang, zaman cikgu mengajar adalah sangat membosankan, zaman awek/pakwe adalah sesuatu yang harus dibanggakan dan wajib ada, zaman kata-kata mak bapak 'tak payah nak diikut sangat sebab diorang tu membebel je lebih', zaman adik-adik adalah sangat menyemakkan kepala otak lagi-lagi adik lelaki yang sangat tak sekepala dengan diri sendiri.

Zaman keseronokan sementara...

Selepas itu, kau akan masuk ke satu zaman yang masa tu adik beradik dan keluarga adalah kawan yang paling setia pada kau masa susah mahupun senang. Zaman itu, yang awek /pakwe adalah sangatlah merimaskan kepala otak, zaman adik-adik adalah hiburan yang sungguh menyenangkan hati, zaman berfacebook itu cuma sampingan, zaman ADIK LELAKI/ABANG yang dulunya tempat untuk cari gaduh, adalah orang yang kau perlukan untuk menangis/mengadu. Zaman itu akan muncul dimana masalah itu kalau tak difikir secara positif akan membuatkan kau rasa hidup seperti di neraka seperti yang selalu kau sebut-sebutkan di zaman remaja dulu. Zaman itu adalah zaman kau akan menyesal kerana tak mula mencari siapa diri kau sebenarnya semasa remaja. JADI TOLONG JANGAN MENYESAL BILA KAU DAH MASUK ALAM DEWASA NANTI.


Apa yang nak dicari??


Cuba melukis, mungkin kau akan suka dan terus melukis dan melukis dan menjadi pelukis terkenal.

Cuba membaca sekalipun rakyat malaysia sangat tak suka membaca, sebab mungkin bila kau terbaca buku yang sesuai, kau akan dapati satu buku mampu merubah cara pemikiran kau, dan seterusnya kau berjaya menjadi penulis terhebat.

Cuba BERLUMBA di trek yang betul, kerana mungkin bakat dan kemahiran kau akan disedari oleh Michael Schumacher seterusnya kau akan dilamar olehnya untuk menjadi pelumba pelapis?

Cuba menyanyi sekalipun orang kata suara kau tak sedap (ingat, mana ada manusia yang sanggup bagi pujian/support orang yang diorang kenal/orang disekeliling mereka) harus percaya pada diri yang kau boleh improve cara penyampaian nyanyian itu, KECUALI SUARA KAU MEMANG TAK SEDAP!. 

Cuba godek motor/kereta lama dan ubah ia menjadi yang baru, mungkin dalam kau tak sedar, bakat kau adalah merepair benda-benda rosak.

Cuba godam pc, mana tahu kau mungkin akan timbul minat untuk jadi programmer?

Cuba memasak, sekalipun ia kerja orang perempuan atau ibu-ibu, mana tau kemahiran memasak kau lebih hebat daripada emak yang bertahun-tahun masakkan untuk kau. Kalau tak takkan kebanyakan lelaki jadi chef, ye dak?

Dalam hidup ni ada banyak benda untuk difikirkan dan dicari. Jangan berfikir seperti  mana orang lain berfikir. Kalau kawan kata 'buat apa pergi sekolah, belajar tak pandai-pandai juga'. Kau patut berfikir sebaliknya macam.. 'pergi sekolah hari-hari bukan untuk jadi pandai dan lulus dalam exam dan dapat nombor tertinggi dalam kelas/tingkatan, tapi pergi sekolah untuk ambil ilmu dari cikgu yang dah mak bapak kita bayar tiap-tiap tahun'.

Jangan hidup sepertimana orang lain inginkan, jangan jadi sepertimana yang orang lain harapkan, jangan ubah diri ke arah keburukan. Jangan ubah penampilan untuk puasakan hati orang lain, sebaliknya ubah untuk diri sendiri berlandaskan niat kerana Allah.

Jangan jadi cikgu kerana orang kata kau layak, tapi jadilah pelukis kalau itu yang kau suka dan enjoy bila kau lakukan sekalipun kau dikecam kerana memilih kerjaya yang tak ada masa depan. Setiap perkara yang dilakukan jika kita ikhlas, maka hasilnya insyallah memberangsangkan. Jangan seksa diri kerana orang lain.

Dalam hidup ni tak ada yang mustahil, tak ada yang menyusahkan, tak ada yang tak masuk akal, selagi kau yakin dan percaya Allah itu ada. Selagi kau hidup dengan Allah sebagai matlamat utama untuk kau terus hidup.

Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan, selagi kau hadapi masalah itu dan selesaikan ia dan nanti kau akan sedar betapa masalah itulah sebenarnya hiburan untuk hidup kau.

Selepas penat aku membebel kat atas ni, tolonglah mulakan langkah kau yang pertama. Buka langkah, dan maju ke hadapan. Biar lambat, sebab sepanjang perjalanan untuk kau naik ke atas, dah bermacam-macam ilmu dah berjaya kau kutip. Nanti, kau ada apa yang boleh bantu kau untuk terus bertahan. Bina akar dari sekarang jadi kau akan kekal di atas nanti. 


Oh ya, jangan lupa bantu orang yang masih dibawah. Menolong sesama sendiri itu kebaikan juga kan?


Terima kasih kerana membaca sampai habis, sila buka langkah pertama SEKARANG. Soon, you'll found your mentor.

3.08pm-ahad-10/7/11-after seeing a very scary drama in this house!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagOos

Tanpa Nama berkata...

adakah utk adek2 mu ? haha