Selasa, 30 Ogos 2011

"Buku Buruk" ilham dari Allah.


Siapa yang dah baca cerpen Buku Buruk? Apa pendapat kamu tentang cerpen tu? Ok, buku buruk setakat ini dapat respon yang sangat baik daripada pembaca. Mungkin sebab tempoh ianya dipaparkan kat penulisan2u panjang, hampir seminggu aku rasa.. jadi orang akan terus baca dan baca berbanding cerpen-cerpen lain yang disiarkan cuma 2,3 hari je. Ah.. tak penting semua tu. Yang aku nak cakap cerita kat sini adalah tentang the making of buku buruk.






Kenapa aku tulis buku buruk?

Aku seorang buku buruk. Aku ingin berubah menjadi buku cantik, yang kulitnya tebal, yang warnanya cantik berwarna warni, yang dari jauh dipandang pun orang akan tertarik untuk beli. Yang akan disebarkan kepada orang lain bahawa buku ini sangat cantik dan menarik, jadi isinya juga pasti sangat bagus.

Tapi hati aku selalu tak mahu berubah untuk menjadi buku cantik itu kerana aku tak mahu orang judge aku seperti ini...

 "alah, dia tu pakai makeup memanglah cantik, cuba tengok bila dia tak pakai makeup.. berkawah-kawah muka dia." 

"Eii.. dia ni cantiklah, muka dia licin je.."  *Tengok gambar dalam facebook*

"Lah, dia tu tak lah cantik mana, biasa je bila dah tengok depan-depan" *face by face* 

"kau tu cantik.. aku tak cantik.." *CANTIK, tapi pakai bedak dua tiga inci, blusher sampai merah pipi, eyeliner sampai galak mata. Lepas tanggal semua tu, cantik lagi  ke?*

"uishh.. dia ni ke yang cun melecun letak gambar dalam blog tu? Tapi apasal depan-depan tak cun langsung? tak sama langsung muka dia macam dalam blog dia tu??"


Aku tak mahu orang judge aku dari pandangan 'mata' seperti di atas. Sebaliknya aku mahu orang judge aku seperti ini....


"Tengok sekali dia tu taklah cantik sangat, tapi lama-lama nampak manis je.." *mungkin manis sebab senyum, mungkin manis sebab perbuatan*

"kulit dia hitam manis tapi dia tu lawa juga.."


"Dia tu simple je, tapi dia baik.."


"Dia tu tak lah cantik sangat, tapi dia suka senyum..."




Aku tak mahu hipokrit, aku tak mahu orang tertipu dengan kecantikan palsu aku. Sebab itu, aku cuba tegaskan dalam watak shahira yang lelaki yang baik akan terima kita sebagaimana kita. Teman yang sejati akan lakukan apa saja yang mereka rasa itu adalah yang terbaik untuk kita. May dan Jun tak salah, diorang cuma menolong sebab diorang percaya dengan prinsip "dari mata turun ke hati" tapi shahira sebaliknya lebih yakin dan berpegang dengan prinsip "Don't judge a book by it's cover"


Dan Wafi adalah lelaki yang Allah dah turunkan untuk Shahira. Lelaki yang juga berpegang pada prinsip "bukan semua buku buruk itu sampah" 


cerpen ni aku siapkan dalam masa lebih kurang 2 ke 3 hari je berbanding cerpen-cerpen lain yang agak berminggu-minggu. Menulis tu nampak mudah tapi nak keluarkan idea dan kembangkan cerita bukan sesuatu yang mudah bagi aku. Tapi sebab buku buruk datang dari hati, yang diturunkan iham oleh Allah kepada aku, jadi aku dapat gambaran yang sangat jelas tentang apa yang aku nak sampaikan.


Satu perkara yang buat aku sangat terharu bila rupanya bukan aku je seorang 'buku buruk' tapi ramai lagi readers yang tinggalkan komen mengaku diorang juga adalah buku buruk dan diorang rasa lebih bersemangat dan berkeyakinan lepas baca cerpen ini. Ohh.. so sweet.. ^_^


Satu perkara yang aku nak tegaskan kat sini, aku bukan penulis hebat. Masih banyak yang perlu aku belajar tapi kadang-kadang aku suka tulis apa yang aku 'nampak', apa yang aku 'rasa'. Dan satu perkara yang aku pasti, buku buruk MUNGKIN sesuatu yang Allah turunkan kepada aku untuk aku kongsikan dengan orang lain.


Dan aku harap yang aku boleh menulis sesuatu yang dekat di hati pembaca, yang orang lain mungkin pernah alaminya, atau pernah terfikirkannya.



Nota kaki : Memang aku suka berangan, tapi kadang-kadang angan-angan aku bukan angan-angan mat jenin! Angan-angan aku adalah sesuatu yang akan aku jadikan 'hasil' yang dapat aku kongsikan dengan orang lain


Tiada ulasan: