Ahad, 7 Ogos 2011

Diari Ramadhan mariyatul kaftiyah




Hari ni genap seminggu bulan puasa. Dan hari ni, aku nak kongsi dengan kawan-kawan diari ramadhan aku, walaupun... walaupun... ehehehe... aku tak puasa. *maluuu...* tapi aku akan selang selikan hari puasa dengan hari tak puasa dan hari kerja dengan tak kerja. okeh?. 

jom mulakan!. Ayuh..

5.00 pagi : selalunya aku tak kunci jam, sebab sharp 5 pagi (tapi kadang-kadang terlambat beberapa minit) akan ada jam penggera yang akan kerap/wajib/mesti menggerak anak-anaknya supaya bangun bersahur. Mula-mula mak gerak. Tak bangun. Second round abah pula gerak. Ok, lima saat untuk proses otak suruh bangun dan sahur. (ok.. ok.. ini cerita masa kite puase la) tapi sebab tak puasa, abah gerak pun jawab "heemmm..." je, tapi tak bangun. Takpe nanti mak akan bagitau abah yang uda tak payah bangun *maluuuu lagiii*

Sambung tidur sampai pagi, sebab tak puasa dan tak payah solat subuh kan...

tapi kalau puasa, 


5.30 pagi :  Lepak tengok tv cerita "Dia bukan Maryam" kat tv9. Tapi sebab tak minat pun nak tengok cerita tu, naik atas, masuk bilik, on '1malaysia'. Kalau wireless tak ditutup dari malam tadi, online facebook, tapi kalau wireless tutup, bukak wordpad 'Iman Harraz' dan sambung mengarang. Kalau idea banyak, taipan tangan di papan kekunci akan jadi laju, tapi kalau idea kurang, menaip dengan sebelah tangan je dan main-main. Malas. 


6.00 pagi : Dan azan subuh pun berkumandang dari masjid berdekatan, sebab idea keluar mencurah-curah sambung menaip lagi 5 minit, atau 10 minit, bergantung pada tahap banyak mana idea nak keluar. Tapi kalau idea kurang, terus hibernate '1malaysia' letak bawah katil dan pergi ambil air sembahyang. Lepas solat terus sambung tidur. Padahal sebelum puasa bukan main lagi kata nak buat ibadah banyak-banyak tapi permulaan hari pun dah dimulakan dengan tidur! Bukannya nak baca Quran ke, Al Maturat ke, zikir ke... ish..ishh..ishhhh... *aku dah tau dah peel kau mia, cakap tak serupa bikin!


Sebab hari ni hari ahad, maka tidur sampai pukul 8.30 kot tadi?, siapa kata aku suka bangun lambat sampai pukul 10? Paling lambat aku akan bangun adalah dalam lingkungan 8.00 ke 8.30 pagi sahaja ok, *waahhh... nak cakap kau anak dara terbaik lah tu? Menyampah!*


7.30 pagi : Tapi sebab hari isnin sampai sabtu adalah hari bekerja, maka akan set alarm kat phone pukul 7.30, walaupun tak tidur lena tapi selagi jam belum berbunyi selagi tu tak nak bangun dan mandi. 


"it's time to get up, the time is 7.30" Alarm berbunyi. Baiklah, bangun sekarang, capai tuala terus ke bilik air.


7.45 pagi : Selesai mandi dan bersiap-siap untuk pergi kerja dengan abah, kalau abah lambat, kena tunggu abah, kalau uda lambat, abah yang tunggu.. huhhu.. tapi selalunya abah yang tunggu aku.


8.00 pagi : Dah sampai kedai sebab jarak dari rumah ke kedai bukan jauh mana pun kalau naik motor. Kedai lain semua buka dalam lingkungan 9 dan ke atas aku sorang-sorang je yang bukak pukul 8. padahal waktu bekerja sebenarnya pukul 9, okeh, sebab dah ada tempahan jahit manik, aku akan terus menjahit sampai aku dah malas atau bosan nak jahit.


Tapi kalau kat rumah, pagi-pagi kena kemas rumah dulu. Nasib baik hari ni tak payah basuh pinggan sebab bangun-bangun tidur, turun tangga dengan mata yang separa terbuka, ternampak mak tengah basuh pinggan. Cepat-cepat celikkan mata luas-luas, pura-pura kononnya dah lama bangun dan masuk bilik air, terus mandi. huhuhuh... *hipokrittttttt.....


9.00 pagi : Perut lapar sebab tak bangun sahur, tapi tak boleh terjah dapur cari makanan lagi sebab orang-orang puasa berkeliaran kat dalam rumah, maka terpaksa kemas bilik dulu dan pujuk perut supaya bersabar sampai semua 'orang puasa' keluar rumah pergi pasar. Dah siap kemas bilik, diorang masih tak keluar lagi, terpaksa kemas tempat tidur mak abah dan anak bukan bujang (along) dulu. Perut berbunyi lagi, rasa macam dah tak larat benar nak angkat bantal dan susun elok-elok. Sabar.. Sabar.. 


9.30 pagi : Orang-orang puasa dah keluar pergi pasar! yey, boleh geledah dapur sekarang!. Tapi.. alamak, abah tak ikut la pulak, terpaksa geledah dapur senyap-senyap. Jumpa mee kicap baki berbuka semalam  ^___^ panaskan, makan dalam bilik, dah kenyang dan bertenaga baru sambung kemas rumah.


10.30 pagi : Perut dah kenyang, rumah dah kemas, boleh lepak dalam bilik sambil nonton siaran ulangan adamaya kat youtube.


12.30 tengahari : Perut tak lapar pun, tapi rasa macam rugi sebab tak guna peluang yang ada dengan makan, makan dan makan. lalu keluar dari bilik, masuk ke dapur dan makan lagi mee kicap bawa masuk bilik. kenyang. Sambung tengok adamaya sampai bosan, dan tidur... ZZZZzzz..


4.30 petang : Tersedar dari lena yang panjang. Tak tau jam pukul berapa sebab malas nak capai handset atas katil, terus bangun nak tengok apa orang-orang puasa buat kat bawah. Tu dia.. mak tengah masak kat dapur. Sebab sedar diri ni tak puasa, maka pergilah rajinkan diri tolong mak kupas bawang untuk masak mee goreng pula.


5.00 petang : Sambil 'kopek' (buang ekor dan kepala) udang, makan jeli kelapa yang dibeli semalam, ada baki satu lagi dalam peti ais, masa nak ambil udang tu, ambil benda ni sekali. sshhh... >_<.  Mak suruh rasa gulai tempoyak yang dia masak tu cukup rasa ke tidak. Masam, cukup rasa!. 


6.00 petang : Selalu kalau hari kerja, pukul macam ni baru nak bergerak pulang ke rumah, sampai rumah terus terbaring depan tv tengok cerita 'playfull kiss' versi taiwan, tapi tajuknya 'it's started with a kiss'. Walaupun aku rasa versi korea lagi bagus daripada versi taiwan ni tapi aku tetap nak tengok sebab nak buat perbandingan dan nak kutuk cerita taiwan ni. hhuhuhuu... Baek sung jo dan Oh ha ni di hatiku.....


6.30 petang : Dah siap tolong mak masak, online kejap. Biasa kalau hari kerja, pukul 7 dah wajib pergi mandi lepas tengok tv, tapi sebab hari ni tak puasa maka malas sikit nak mandi, online lagi.


7.10 petang :  Dengar orang-orang puasa dah sibuk kat dapur nak menghidang makanan, terasa macam tak patut masih duduk kat bilik dan ngadap laptop, maka paksa diri turun ke dapur dan tolong apa yang patut. Tapi rasa tak best sebab tak mandi lagi, maka curi-curi pergi mandi kejap, lagipun hari ni ada kakak ipar yang boleh jadi pembantu extra, boleh tolong kat dapur.. heheheh... 


7.30 petang : orang-orang puasa semua dah berbuka, orang tak puasa ni pun sibuk nak nyempit sekali walaupun perut dah kenyang. Bukan selalu beb dapat makan ramai-ramai yang semua orang mesti makan sekali. Sebab kalau hari biasa kitorang makan atas meja yang ada enam kerusi je, padahal makhluk dalam rumah ni ada lebih daripada 10 orang (kalau semua adik-beradik ada la) tapi bulan puasa, kami akan makan atas lantai bentang tikar. Rugi akak dengan abang ipar tak ada, kalau tak mau sampai ke dapur bentang tikar... woaahhh *teruja tak? teruja tak?.


8.00 malam :  Kalau hari puasa biasanya lepas berbuka terus kejar nak solat maghrib, soal pinggan mangkuk kotor letak tepi biar orang tak puasa yang basuh, tapi sebab hari ni dah jadi 'orang tak puasa' sedar diri la volunteer diri nak basuh pinggan.


8.30 malam : Selesai basuh pinggan, berebut secara baik '1malaysia' dengan ika, sebab nak taip entry ini, heh heh heh...  >__^


9.00 malam :  Percaya tak dah seminggu puasa aku masih belum pergi terawih? Sebelum puasa ada cakap kat ika, yang aku nak pergi terawih walaupun tak penuh setiap hari tapi nak juga pergi, tapi... tak pergi juga. Alasannya tak ada orang nak bawa pergi masjid. Konon. Macam tak boleh terawih kat rumah je kan? kan?... :p


Jam-jam seterusnya diisi dengan kalau tak online, mengarang, tak mengarang, tengok tv (itupun kalau rajin nak keluar bilik) kalau tak buat apa-apa terus Zzzzz la... 


Dan begitulah diari ramadhan aku untuk hari ini dan hari-hari sebelumnya... Diari ramadhan korang macammana pulak? Apalagi kawan-kawan blog? Buat la diari ramadhan korang pastu bagi link kat aku ye.. 


Nak juga tau kan... huhuhu...


Tiada ulasan: