Khamis, 18 Ogos 2011

Iman Harraz vs Fared + Nelly








Dulu, aku pernah terfikir yang Lelaki Sebelah Aku mungkin akan jadi novel aku yang pertama memandangkan sambutan yang sangat baik daripada pembaca. Ya, walaupun ia hanya bermula dari cerpen, tapi sebab otak aku suka berfikiran positif, jadi aku fikir "dari cerpen bersirilah ia akan jadi novel, macam itulah caranya untuk aku belajar melangkah setapak lagi kehadapan.." Dan aku terus menulis siri itu sehingga siri ke 5. Tapi sampai sekarang, ia masih di siri yang ke 5. Belum disambung. 

Sebab?


Ok, sekarang aku nak jelaskan satu perkara lain sebelum aku bagitau kenapa masih belum ada siri ke 6 untuk Lelaki Sebelah Aku.


Tanpa Penulisan2u, aku tak tau aku berada di tahap mana sekarang ini, aku tak tak tau samada aku akan terus menulis, menulis dan menulis walaupun mini hp kena curi. Aku tak tau yang aku akan mula tulis novel ke? Atau aku akan ada reader (atau aku panggil Dreamers) sendiri ke? 


Yang aku tau, penulisan2u memang 'nyawa' aku untuk aku terus bertahan dalam bidang ni. Yang aku tau, penulisan2u adalah pembakar semangat aku, yang aku tau penulisan2u adalah sebab kenapa aku masih terus mencuba nasib dalam bidang penulisan selain daripada minat yang mendalam. Penulisan2u adalah medium untuk aku kenali potensi dan kelemahan aku, dan mereka yang membaca dan meninggalkan komen pada setiap satu cerita-cerita aku adalah pembakar semangat aku.

Tapi...

Selepas aku tulis Buku Buruk dan aku post ke penulisan2u, cerita tu masih belum disiarkan sehingga sekarang. Aku juga dah post Lelaki Sebelah Aku 5, tetap belum disiarkan. Sedangkan bagi aku kepuasan yang sebenarnya bila aku menulis adalah, aku hantar ke penulisan2u, ada yang membaca, dan ada yang sudi komen, dan akan aku baca komen-komen tu, akan aku tersenyum, akan aku cari kelemahan, akan ada 'kepuasan' di situ.


Tapi bila dua-dua cerita tu tak keluar, macammana aku nak rasa 'puas' tu? Macammana aku nak tau yang Dreamers masih mahu lelaki sebelah aku disambung? Macammana aku nak tau kelemahan dan kelebihan buku buruk? Dan dari situ, aku mula hilang mood nak menulis cerpen lagi. Sedangkan dalam buku nota aku ada banyak lintasan-lintasan idea yang nak aku kembangkan menjadi sebuah cerita. 


Tapi.. idea tu macam tersekat. Tengoklah Plain Guy pun masih belum siap.


Dan kerana itu, aku cuma fokus pada Tuan Muda Iman Harraz, buat masa sekarang. Sementara masih ada yang mahu membaca. Dan aku harap sehingga ke bab yang terakhir pun akan ada yang setia menanti, amin.. 


Aku harap sangat yang Dreamers Lelaki sebelah aku terbaca entry ini. Aku nak tau samada kamu, masih mahu lelaki sebelah aku disambung? Dan bagi yang belum tau pasal Iman Harraz, itu adalah buah tangan aku yang terbaru. Yang aku harapkan lebih ramai yang sudi membaca. 

Sudi tak?



9 ulasan:

Afifah Yusof berkata...

salam kak mia..jangan putus asa..teruskan berkarya..saya menyokong akak..

yang pasal cerpen yang akak post di p2u tu,mungkin editor p2u tak perasan sebab banyak karya yang masuk setiap hari untuk di post..saya pun pernah jadi macam tu banyak kali..

saya buat macam ni utk menyelesaikan masalah..cuba akak try buat..

1-cerpen di p2u akan disiarkan pada setiap hari ahad jadi akak hantar karya akak pada hari jumaat or sabtu..lebih selamat kalau sabtu..maknanya karya kita akan ada dalam list yg atas..insyaallah akan keluar pada ahad..

2- kalau novel pula saya akan tengok bab yang disiarkan setiap hari..contoh kalau hari isnin dia akan siarkan karya yang bab 1-bab 6,karya yg akak nak hantar skang berada di bab 10 or 11,akak hantar hari isnin tu..insyaallah selasa akan keluar..tak pun rabu..

takut kalau hantar awal dari bab yg sepatutnya disiarkan,takut senarai cerita kita berada di bawah..itu sebabnya editor tak perasan..beribu karya masuk setiap hari di p2u utk dipost..

harap akak tak putus asa..kita sama2 minat bidang penulisan ni..sayang kalau berhenti..

maaflah panjang sangat komennya...hehehe..

mia kaftiya berkata...

oh macam tu ke?? time kasih afifah 4 the info!!

insyaallah takkan putus asa cuma terkilan dan sedih sikit je.. hehe.. kalo camtu malam ni akak nak post balik dua2 cerpen tu, harp2 esok keluar.

time kasih sekali lagi, dan lagi dan lagi! *appreciate*

Afifah Yusof berkata...

sama-sama kasih..hehehe..good luck kak.. =)

Juann Fitri berkata...

Kak Mia. Juann pun macam tu selalu dah hantar. Banyak sangat tapi tak publish lagi. Sedih. Akhirnya. Dah malas nak hantar lagi. haha~ tapi tu bukan alasan utma la. Yang paling atas SPM!

nurafiqah airil berkata...

kak mia!
jangan di stopkan tulis cerita lelaki sebelah aku dan cerpen-cerpen akak, sebab semua itu sangat menarik. :) Teruskan berkarya ye.

mia kaftiya berkata...

terima kasih afiqah.. *glad*

Tanpa Nama berkata...

gn your writting is great laaaa..jgn ptus asa ok!!btw,tuan muda iman harraz 2 mmgg ssgt best..keep it up ok!!:)

mia kaftiya berkata...

tanpa nama : thanks, kan bgus kalo kamu tulis name, hehe.. really appreciates 4 de iman harraz!

alfa syamimi berkata...

salam, kak mia tak yah la stop tulis story tuh. bez apa. psl p2u tu,.mcm afiffah ckp,.maybe pihak p2u ade byk karya n tak terperasan yg kat bwh. ikut jerh tip dye. mimi powm slalu jerh blur kalo yg dah anta tak tersiar. so lps ni nk ikut jerh tip yg afifah bagi. afiffah: pinjam tip ek?? hehe