Selasa, 20 September 2011

Fesyen aku? Seluar track, baju T. :c



Casual wear yang aku biasa dengar dan lihat selalunya adalah jeans dan baju T. Tapi 'harian wear' aku adalah seluar track dan baju T, beli kat pasar malam RM5, RM10 pun boleh dapat. Ada sesiapa kesah??



Confessions of a girl who likes chestnuts : Aku cuma beli dan pakai seluar jeans masa umur aku 19 tahun. Itupun sebab aku dah keluar dari rumah, tinggal di asrama dan rasa diri aku dah cukup besar dan terpaksa rasa malu untuk keluar berjalan-jalan dengan seluar track lagi. Sekian.


Masa kecil mak suka belikan baju-baju gaun yang bercorak bunga-bunga, warna-warna pinkish and soft yang  geli-geli  gurly-gurly punya untuk aku. Tapi itu dulu.. masa k.e.c.i.l. dalam lingkungan umur sepuluh tahun kebawah agaknya. T.a.p.i selepas aku berumur sepuluh tahun ke atas, mak dah tak belikan baju untuk aku lagi. Eh, beli! tapi cuma beli kain untuk ditempah buat baju kurung. D.u.l.u mak baru-baru belajar menjahit, jadi mak lah yang jahitkan baju-baju kurung aku. Saja suka-suka.. bukan ambil tempahan pun. Dan bermulalah evolusi aku bertukar menjadi anak gadis yang terpaksa pakai baju kurung yang mak jahitkan..

End of zaman gegirl.


Masa aku dalam lingkungan nak masuk awal remaja. Mak lagi la tak ada belikan baju untuk aku. Ok tipu, mak ada beli tapi bukan baju-baju yang jenis gurly-gurly lagi. Mak belikan T-shirt murah-murah yang kadang-kadang ada cina jual baju bukak gerai kat depan kedai abah tu je. Fine, aku tak banyak songeh sebab aku anak yang baik dan sangat menghargai pemberian orang. *wekk, muntah!*


Start of zaman memakai baju T.

Dan masa tu, aku pun tak faham kenapa, tapi along suka bagi aku pakai baju-baju lama dia yang dia dah tak nak pakai. Ya, aku pakai baju T lelaki yang berkolar dan berwarna gelap-gelap dan keras like, biru tua, merah tua, hitam, yang besar, yang longgar, yang.. biasa lelaki suka pakai. Sedangkan aku ada dua orang kakak yang sepatutnya merekalah yang bagi aku baju-baju lama diorang yang bercorak kartun-kartun comel dan berwarna-warna terang tu kan?.



Time passed by, and I grew up dengan  dua personaliti ini. Gegirl dan Boboy.

Aku masih berjiwa feminin tapi berpenampilan lelaki. Aku suka long skirt, aku suka blaus, aku suka gaun yang kembang-kembang tu, aku suka dress yang labuh tu asalkan dia tak meleret, aku suka ribbon, bunga yang dipakai kat kepala dengan shawl tu. Aku suka.. oh, aku tak suka high heels!.


Tapi aku malu nak pakai semua tu disebabkan kebiasaan aku memakai baju T dan seluar track. Nampaknya imej boboy sangat menebal dalam diri aku mengatasi naluri aku sebagai gegirl. Patut tak aku salahkan along sebab bagi aku pakai baju-baju dia yang dah berlalu bertahun-tahun lepas itu?




Well sebenarnya aku taklah kisah sangat dengan imej aku yang simple ni asalkan aku tak bertukar jadi lelaki, dan aku pun tak berapa nak kisah sebab dulu, pergi sekolah ada uniform, sambung belajar masuk ILPKLS pun ada uniform juga, jadi hari-hari pergi kelas pakai baju kurung biru je, habis belajar pergi kerja pakai baju kurung dengan tudung bawal je, kalau rajin simpang rama-rama, kalau malas ambil cincin sarung je kat tudung tu, berhenti kerja kat office tu, kerja biasa-biasa pula yang dekat dengan rumah, pergi kerja pakai baju T dengan seluar track je. Tak ada masalah..


Tapi masalah muncul bila...


Aku nak keluar ikut akak pergi dating, i mean temankan akak dating, dan aku tak ada baju yang sesuai selain T shirt dan jeans.

Aku nak berjalan pergi rumah saudara mara dan harus tidur sana, tapi aku cuma ada satuuuu je T shirt yang cantik dan masih elok untuk dipakai pergi berjalan. (Takkanlah aku nak pakai baju yang sama masa perjalanan nak pergi sana, masa nak pergi berjalan-jalan kat sana dan masa perjalanan nak balik nanti, kan?)

Aku nak keluar dan harus pakai baju yang sama lagi sedangkan orang lain dah naik muak nak tengok aku pakai baju yang itu jeeee....

Masalah timbul lagi bila aku nak shopping! Kononnya. Pergi mall pusing atas bawah, kiri kanan, tapi yang aku beli bukan baju, bukan seluar, tapi buku/novel atau makan atau beli benda merepek-repek sebab aku tak jumpa baju T kat mall. Sebab baju yang aku jumpa kebanyakannya kecik macam sarung nangka dan tak kena dengan taste aku. Lainlah kalau aku cari gaun, cari blouse, memang berlambaklah kan!.

Masalah timbul lagi bila aku nak join malam gala/event yang budak-budak multimedia paling rajin buat siap dengan tema segala *dulu*. Masa itulah aku alami dilema tak ada baju yang nak dipakai. Nasib baik aku ada kawan-kawan yang baik hati nak pinjamkan baju diorang untuk aku, kalau tak, memang aku termenung sorang-sorang duduk dalam bilik jelah jawabnya. :c



By now aku sedang memikirkan masalah ini sebab stok baju-baju T aku semua dah lusuh, nak pakai pergi kerja pun dah rasa macam... haihh! miskin sangat ke aku ni sampai tak mampu beli baju baru? Tapi itulah masalahnya, bukan tak mampu tapi  tak pandai nak pilih baju. Kalau aku masuk kedai buku, satu jam berlalu pun aku boleh tak sedar, masuk kedai baju, 10 minit pun aku dah bosan tahap gaban, apalagi kalau aku temankan orang cari baju diorang. Cepat je nak menguapnya.


Aku perlukan pertolongan, tips untuk aku pilih baju yang sesuai. Aku nak jadi gegirl yang sejati. heh, heh, heh, Anyone?



















6 ulasan:

Alan Tsukasa berkata...

hahahaha~
kelakar la~
;D

mia kaftiya berkata...

serius? kelakar?.. hee.. *garu kepala*

Pendamba Mawar berkata...

pikir stok baju lusuh?beli baru la..hehe

RinsyaRyc berkata...

alarr.. pkai aje baju kurung.. kompem nampak gegirl.. ekekeke

http://bulatmata.blogspot.com/

yad'z berkata...

hahaha.... its ok meyh... juz be urself n ur own style... itu yang membezakan kamu dengan orang lain.. ^^

RazFiRa berkata...

jom g shopping