Sabtu, 17 September 2011

Hello, selamat berkenalan!



Sebenarnya aku start berblogging ni dah lama, dah bertahun-tahun tapi followers aku baru nak masuk 40-an. Hebat tak hebat? Nak tau kenapa? Sebab.. aku malas berblogwalking, aku malas nak komen orang. Tambah-tambah orang yang aku tak kenal, aku malas nak follow orang lagi-lagi yang aku tak baca blog diorang. Dan aku berpegang pada satu prisip (prinsip yang membuatkan followers aku tak ramai) iaitu , buat apa followers ramai tapi tak ada loyal readers? Kan?.  

Tapi entah macammana, tiba-tiba aku dapat hidayah ke apa tak tau, tapi aku fikir, sampai bila aku nak pegang pada prinsip tu dan aku tak dapat apa-apa ( apa-apa means income, loyal readers etc yang berkaitan) oleh sebab itu, from now on, aku nak tukar prinsip itu dan cari the loyal readers atau kalau yang suka berangan macam aku, i call them as "Dreamers", Aku nak berblogging dengan lebih serius, aku mahu dapat sesuatu dari kerja yang aku buat ini.. 


Dan bantuan bloggers tak kisah yang baru atau lama asalkan anda rasa anda ada ilmu yang mahu dikongsikan dengan aku, silakan. Besar bakul kain aku tadahkan. Nah!, cepat! cepat! aku tak sabar nak dapat ilmu baru nih. 

Jadi? Hello, selamat berkenalan. Nama saya mia kaftiya. For sure itu bukan nama betul aku yang tertulis dalam kad pengenalan. Itu nama pena, nama Fb, nama blogging, senang cerita nama glemer la kan. Nama penuh aku? Ok, nama aku Mariyatul Kaftiyah. Ada orang cakap nama aku sedap *winking eyes* memang dah ramai yang cakap macam tu, sampai aku pun dah tak hairan kalau nama aku selalu kena 'tembak' bila pergi mana-mana kursus. *Ah.. riak! poyos*. Also to be known as Mariya  (which is also be written and called as.. marya, mra, mia, mya, maya) Atul (which is to be called also as.. atun, atoi, eton, etc) and Kaftiyah (also been called as kaptiyoooh by kak yana masa kat ILPKLS dulu yang juga jadi trend membe lain untuk panggil aku dengan nama itu. Kenapa 'ooo'  ada tiga? sebab kak yana suka jerit dan panjangkan bahagian ooo tuh macam nama kau dipanggil dari jarak yang jauh sedangkan kau berada cuma beberapa langkah dari dia. Titik!)


Aku selesa guna ganti nama 'aku' campare tu saya, i, gua, kite, "mia" (gedik tu) and whatsoever, tapi itu tak bermakna yang aku sangat kurang ajar, macam aku cakap 'aku' dengan mak abah aku, No!. but 'aku' for me is more santai. It's like kau baca novel dengan pov1 (what pov stand for kena tanya kak maria kajiwa penulis novel yang selalu bagi tips menulis di blognya sebab aku pun selalu lupa nak tanya apa maksud pov tu) yang menggunakan kata ganti nama 'saya' kau tak rasa pelik ke? It's same goes to me. *oh, apasal aku makin banyak guna rojak nieh?* Aku tau hormat orang yang lebih tua dengan menggunakan kata ganti nama 'kitew' or 'saya' but then dalam penulisan only aku. Okeh?
Allright. 


Oh ya, aku sebenarnya tak lah pandai speaking london pun. Tulis esei english pun tak berapa nak hebat. Tapi entah kenapa dalam entry ni aku asyik tertaip bahasa omputih tu je. By the way.. aku nak improve bahasa inggeris aku, jadi kalau ada salah tu tolonglah betulkan. Aku sangat menghargainya. ^_^


Dah! Habis sesi berkenalan. Mulai hari ni, aku akan rajinkan diri berjalan-jalan ke blog orang. Kalau rasa nak tinggalkan link boleh je kat shoutbox tu atau komen, tp jgn cakap "i'm just another visitor"  "blogwalking" "put footprint" etc, sebab kalau yang macam tu memang aku malas nak jenguk balik la. Dah banyak aku terkena, entah link apa yang diorang tinggalkan. Okiess???


p/s : Aku teringin nak tau siapa loyal reader aku. Kalau korang tak nak tengok aku kempunan, bagitau la aku siapa korang sebenarnya. Yes, you! My dreamers.


11 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

hehe.. dah 2 tahun blogging baru dpt 75 orang....

tapi BulatMata kejap 2 bulan dah 200.. Apesal plak yeh? hihihi ^^

mia kaftiya berkata...

hah.. itu lah yang mntak ilmu tu. hehe..Rin kan rajin blogwalking. mestilah senang dpt ramai followers. Kan? Kan?

Tanpa Nama berkata...

aku kerap gak baca blog kau neh mia . HAHA . nice ! thumbs up utk kau . ta kira la ape kau uat or tulis . aku as mmbr lame kau still support kau . kata na capai impian kau an . HAHA . keep going bebeh . gud luck !!

mia kaftiya berkata...

tanpa nama :oh kawan lama aku? siapa kU? nape tak tinggalkan nama.. huhuhu.. kempunan aku nk tau siapa kau..huhuuuu.. *nangis*

Tanpa Nama berkata...

kau ingat lagi ke nama neh AKRAM RAHMAN ? haha .

mia kaftiya berkata...

sampai bile2 pun, nama ko yg aku tak leh lupe. the bad guy who turn into a good friend. ahahhaha.. ^__^

hafizudin berkata...

hahaha!
well.
takleh kata apa.
nama tu memang sangat owhsem! =D

mia kaftiya berkata...

nama yg mane satu hafiz? mia kaftiya ke mariyatul kaftiyah? hahaha..*konpius sekejap* tp thnks jgk sbb 'ohsem' tu! :p

Pendamba Mawar berkata...

anda tunjukkan apa yang anda mampu lakukan untuk menarik seseorang mnjadi pembaca setia blog anda.

insyallah anda mampu dapatkan jika anda juga menjadi pembaca setia blog orang lain..

apa yang anda lakukan itu yang akan anda dapat.. trust me or not#asal speaking plak.ades.. percaya la anda rajin tinggalkan komen entri orang lain. saya percaya diorang juga akan sentiasa dtang mengunjungi dan membaca serta tinggalkan komen untuk entri anda.

maaf untuk bicara saya, saya hanyalah blogger picisan baru 5bulan mengenal apa itu blogging, dan saya lebih selesa menggunakan saya.:)

jika sudi dan mempunyai kelapangan .sudikan lah melawat entri saya. link anda boleh dapat diruangan follower atau di komen ini.terima kasih.semoga terus maju dalam dunia blogging

arasnieryie@1995 berkata...

hihiii,aku pon suke namo ko..err,makne nye ape yer?..p kan,aku paling suke cter2 ko..

mia kaftiya berkata...

arasnieryie : hahaha.. jenuh dah aku cri maksudnya tapi tak jumpa, tak tau la apa maknanya. suke eh, kredit pd org yg bg nme tu. yg pasti bukan mak abah yg bg.. org len.. huhu :p