Selasa, 13 September 2011

Iman Harraz vs My Princess



Entah kenapa dalam beberapa minggu ni, ujian datang bertimpa-timpa. Ujian yang melibatkan perjalanan penulisan Iman Harraz. Tapi tak apa, walau payah nak diterima, aku tetap percaya yang setiap kesusahan itu disertai dengan keberkatan dari Allah, insyaallah. Dan aku percaya macam yang aku pernah dengar sebelum ni, 


"Jika sesuatu perkara yang kita lakukan itu disertai dengan bermacam-macam ujian, itu bermakna yang Allah memberkati pekerjaan kita tapi jika pekerjaan yang kita lakukan itu tanpa ada sebarang kepayahan, mungkin Allah tak berkat pekerjaan kita itu"


Nak fikir positif memang senang, tapi kadang-kadang hati ni susah juga nak terima. Tambah-tambah lagi bila perkara itu melibatkan sesuatu yang aku sangat-sangat perlukan buat masa sekarang. Biasalah, Allah akan menguji kita dengan sesuatu yang kita suka/sayang/perlukan sebab dengan cara itu saja baru kita akan benar-benar terasa dengan ujian yang sebenarnya sekecil zarah itu.


Fine! Aku nak stop bermukadimah dan 'meluahkan perasaan secara halus' sekarang.!! 





Ini hero dan heroin korean drama 'My Princess' yang menjadi inspirasi aku untuk menulis tentang Tuan Muda Iman Harraz. Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, aku tulis Iman Harraz sebab aku nak larikan diri daripada memikirkan tentang semua idea yang stuck kat dalam kepala otak aku yang tak mahu keluar tu jadi dengan memikirkan, "Kalau drama boleh diadaptasikan dari novel, kenapa tak novel diadaptasikan dari drama kan?" 

Jadi aku pun cuba tulis satu babak dari dalam My Princess sebab nak cuba keluarkan idea, something like thatlah. But then, tak sangka tiba-tiba aku jadi seronok. Memang aku ada tulis satu babak dimana Lee Seol menangis sebab apa ntah aku tak ingat lepas tu dia ketuk pintu bilik Park Hae Young sambil menangis dan marah-marah, Itu je dan yang seterusnya aku dah tak ikut babak dalam drama tu lagi dah, aku mula tulis ikut suka hati aku.


Makin lama makin panjang, sampailah walaupun aku ragu-ragu tapi aku tetap nak cuba buat satu blog untuk cerita ni, jadi aku akan tetap menulis. Sehinggalah sekarang yang jumlah followers makin bertambah! *Bigsmile*

Tapi aku tulis semula dengan penyusunan jalan cerita yang baru, semua yang aku dah tulis sebelum ni aku tolak ke bawah dan mula menaip yang baru. Yang aku cakap aku tiru tu pun aku buang ke bawah. Tak ada aku masukkan dalam blog pun. 








Aku sangat-sangat kagum dengan dua orang pengkomen kat atas ni sebab diorang boleh cam inspirasi asal aku walaupun dengan hanya membaca. Hebat.. *tepuk tangan*  mesti sebab diorang pun suka sangat tengok cerita My Princess tu macam aku yang menontonnya berkali-kali. heheh..


Cuma... aku tak berapa setuju dengan ayat syifa yang cakap aku ciplak dari cerita asal. Aku tak malu mengaku yang aku memang dapat idea dari cerita tu sejak awal-awal aku buat blog Iman Harraz lagi, Sebelum orang-orang lain baca blog tu lagi. Ok, mungkin ada persamaan sikit dari segi jalan cerita, tapi sehabis baik aku cuba untuk tidak ciplak seratus peratus. Aku adun mengikut citarasa dan kehendak aku sendiri. 


Persamaannya apa? Irina kembali ke rumah mewah bak istana dan berjumpa dengan Iman Harraz? Dan atuk?. Ok, Lagi?


Aku tak mahu tipu readers sebagaimana aku tak mahu tertipu. Aku juga tak mahu kamu yang membaca Iman Harraz cuba untuk compare kan ianya dengan My Princess sebagaimana aku compare kan "It's strarted with a kiss" versi taiwan dengan "playfull kiss" versi korea dan tetap merasakan versi korea lebih hebat. Sebab My Princess dan Iman Harraz adalah dua benda yang berbeza. Dua jalan cerita yang ditulis oleh orang yang berbeza. Dan aku cuba sehabis daya untuk tidak mengcopycat idea asal itu. Insyaallah.


Lepas ni aku faham kalau ada yang kutuk aku sebab curi idea orang. Fine, siapa kata aku penulis hebat? Nak  jawab soalan bila Tuan Muda Iman Harraz akan ada kat pasaran pun aku tak ada jawapan. Nak minta novel free dari aku? Entah dapat entah tidak...


p/s : Dalam manis, tetap ada pahit yang wajib aku telan. Hidup.. biasalah!.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cita nihhh x da laa sm sgt pon ngn cita korea 2...pa pon jgn stop tlis cita nihhh

mia kaftiya berkata...

sure not!. insyaallah..

RinsyaRyc berkata...

memang banyak penulis yang kaki korea skang.. mungkin idea itu dtg setlah melihat cita korea, tapi takdekla terus copy n paste balik... mcm kita tengok kat taman, ada sepasang kekasih gaduh, lepastu kita dpt idea... Kan lebih kurang aje? kat mana2 Allah bagi idea... (tapi kalau ada penulis yg kopi n pasta, tak tahu pulak.. ^^)

Juann Fitri berkata...

tu memang biasa kak Mia... selalu je kena sampai cerita yang kita tak pernah tgk, tapi terdapat idea yang sama mcm citer tu pun dia kata kita copy n paste... biasala tu...

arasnieryie@1995 berkata...

xkesah lar...jnji aku enjoy baca cter ko!..heheheee,keep writing aar..dun give up..

mia kaftiya berkata...

Rin : kite memg gile korea pun. tp ni baru cerita pertama yg ditulis ala-ala korea. huhu..

juann : betul! betul!, kdg2 idea tu berlegar dlm kepala sndri je, tp bile dah tulis tgk2 org len pun tulis citer ala-ala macam tu. *kerut dahi*

ara : thanks ara, bertuah kalo dpt loyal reader mcm kamu yg tak cerewat, tak ksah. hehe..keep supporting yeah?

MERAH berkata...

wahhh kagum kejap dari minat korea boleh dapat idea nak menulis novel.teruskan usaha, takpe sebab mia dah awal2 pun kata dapat inspirasi dari drama tu.bukannya tipu punnn.

ni yg nak kena baca ni :D

mia kaftiya berkata...

merah : haha.. Ini BUKAN cubaan pertama tulis novel tp dah byk kali. tp yg ni baru berjaya. Syukur..

p/s : jom2 baca.. :D

qminz berkata...

'inspired by' dgn ciplak amatlah berbeza.

kalau setakat satu babak je yg sama ciplak amende nye.. *rasa bingung sebentar* bg sy itu blm ciplak lah.. huhu..

btw.. sy peminat tegar It's starts with a kiss (taiwan ver) nmpknya kita minat siri yg sama cuma versi yg berbeza ^^ tpi.. diorg remake, ad legal license untuk buat remake tu, bukan ciplak...kn byr copyright kot.. huhuhu

ps: sorry komen di post yg lama.. tgh google2 pasal isu ni terjumpa post ni.