Sabtu, 24 September 2011

This is how a novelist-to-be write a chapter of a novel.


Hello, dreamers.

(Bermula dari entri ini, aku nak start setiap entry aku dengan kata-kata ucapan dan aluan macam Hello, Hai, Assalamualaikum dan sewaktu dengannya. Kenapa? Saja! Bagi rasa macam aku berkomunikasi dengan readers, dan bukan macam aku tulis untuk diri aku sendiri. Heee.... *gelak tayang gigi*)


Tengok tajuk dan highlight pada ayat Novelist-to-be, maksudnya di situ, aku bukan penulis novel, tapi aku cuma seorang penulis yang cuba nak tulis novel. Oh, sebenarnya, gelaran PENULIS tu pun aku rasa macam tak layak je nak gelarkan untuk diri aku sebab aku belum ada buku sendiri lagi, tapi since menulis di blog pun dipanggil penulis (selain blogger) so, rasanya layaklah kot aku digelar penulis. KOT.


Never mind, itu cuma intro, sekarang aku nak masuk ke isi-isi kandungan. 


Tuan Muda Iman Harraz sekarang dah masuk bab 14 dan aku dah decided yang aku nak update setiap tiga hari sekali. Means, selepas tiga hari, aku akan update bab baru berbanding sebelum ni, selepas seminggu baru aku update walaupun the next chapter sebenarnya dah siap. Saja aku suka bagi readers tertunggu-tunggu, sampai diorang cakap "cepat sambung ples,"  "Tak sabar nak tunggu next entry" etc, barulah aku update. Seronok tahu bila orang cakap macam tu. Satu perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Puas. Puas bila hasil karya aku dihargai dan disukai oleh orang lain. Thanks Harraz's lovers  sekalian. heee...


Tapi tiga hari dah pun berlalu. Rasanya dah nak masuk hari kelima, bab 15 masih belum siap!. Great. *thumbs up untuk aku yang pemalas!* Readers pun tak ramai yang tinggalkan ulasan kat bab 14, means tak ramai yang minta aku supaya cepat-cepat siapkan bab seterusnya. Jadi aku pun lalai dan leka lah. Tahu tak bila orang begging aku, aku rasa macam satu tanggungjawab untuk penuhi keinginan mereka selain daripada rasa puas yang aku cakap kat atas tadi. 


Nak tahu macammana gaya dan cara aku menulis? Begini... 


Setiap malam, lepas solat maghrib aku akan on laptop, login facebook, login blogger, login penulisan2u, tengoklah apa yang aku nak tengok, sampai puas!. Bila dah bosan barulah.. "Oh, Iman Harraz" so, barulah buka wordpad Iman Harraz (Aku menaip menggunakan software wordpad dan bukan microsoft word sebab guna wordpad lagi kemas dan sedap mata memandang sebab dia tak ada garisan merah bawah tulisan *ini pun kau nak cerita ke mia??*) 


Okeh, taip satu ayat, tengok facebook balik, tak ada apa, buka wordpad balik. Taip lagi, dua tiga baris, nak google pulak, nak buat sikit research sambil-sambil tu sempatlah pulak jengah ke web yang lain..... (Sebab tu kadang-kadang aku malas nak tulis FAKTA sebab aku kena buat research dan akan membuatkan aku online lebih lama) Dapat info yang aku cari, sambung taip Iman Harraz balik, tapi baru siap satu perenggan!. 


Boleh bayangkan tak aku lebih banyak buat apa bila on lappy?. 


Bila tengah dapat gambaran untuk jalan cerita seterusnya, lajulah aku menaip, tapi bila dah laju menaip tu tiba-tiba terasa macam nak tengok facebook balik ataupun terasa macam nak pasang lagulah kat youtube, ataupun nak blogwalkinglah. itulah inilah. Hei... masalah betullah aku ni.


Bila dah penat, aku tidur. Aku bukan boleh tidur lambat-lambat sangat nih, tambah-tambah lagi kalau dah nak pukul 12, mulalah tak sedap hati. Bukan sebab risau esoknya terbangun lambat ke apa tapi sebab nanti abah tersedar pastu tengok aku tak tidur lagi dia ingat aku ngadap laptop entah apa yang aku buat, padahal aku buat benda baik, menaip. 


Bila tak puas hati sebab malam tadi tak taip betul-betul, esok paginya aku sambung lagi menaip, lepas solat subuh. Time-time aku tergesa-gesa, time tak cukup masa tulah baru aku akan fokus dan taip betul-betul. Masa itulah aku rasa macam malas nak pergi kerja sebab nak siapkan novel aku ni. Masa itulah aku rasa macam malas mandi sebab idea tengah mencurah-curah. Masa itulah aku rasa macam nak bawa lappy ke tempat kerja tapi sebab masih trauma dengan kecurian mini hp dulu, aku batalkan je niat tu. Haihh.. 


Tapi percaya tak, dalam aku main-main menaip ni pun aku masih boleh siapkan setiap bab dan dibaca oleh 'lover-lover Harraz?" (Aku panggil mereka lovers sebab mereka masih suka dengan Iman Harraz walaupun perangai mamat tu, poyo, kerek, tak sedar diri yang tak terkata.) 


Tapi ada satu lagi benda yang mengganggu fikiran aku. Pasal Manuskrip. Memandangkan TMIH dah pun nak masuk ke bab 15 dan ada juga la dua, tiga orang yang bertanya bila TMIH nak ada kat pasaran, aku pun terfikir... 


1. Aku nak publish kat blog sampai bab berapa sebab biasanya kalau sesebuah e-novel itu akan dikeluarkan   dalam versi cetak (iaitu novel yang akan kalian jumpa di pasaran) dia akan publish sampai bab-bab tertentu. Kalau nak tahu kesudahan cerita tu, kena lah beli novel dia. Jadi aku patut publish sampai bab berapa??


2. Kalau manuskip TMIH tu dah siap, aku nak hantar ke publisher mana? Memandangkan sekarang terlalu banyak syarikat penerbitan sampaikan aku tahu nak pilih yang mana satu. Lagi pulaknya aku langsung tak ada ilmu dalam bab nak hantar manuskrip nih, nak buat cover letter pun aku tak pasti nak rangka ayat macammana. Nak hantar pakai pos je ke, atau pakai email sekali? *Senior writers, tolong kite!!*


3. Selepas baca entri terbaru kak maria kajiwa dalam blognya 'Teori KISS', membuatkan aku terfikir memandangkan ini percubaan pertama aku menulis novel selepas novel-novel yang sebelum ni tak berjaya ditulis dengan sempurna, mungkin aku patut buat mini novel je dulu?. Sekadar untuk capai sasaran otak aku yang aku dah berjaya menyiapkan sebuah novel gituwww.. Patut ke??


4. Andai kata aku berjaya siapkan manuskrip yang mukasuratnya lebih daripada 300 pages dan aku berjaya cari publisher untuk pasarkan novel aku, korang nak beli ke?. Ye lah.. cerita aku ni tak lah hebat sangat. Memandangkan aku budak baru belajar. Nak faham character pun kekadang aku sendiri yang pening kepala, "apasal la si Irin tu lembap sangat? yang sebenar-benarnya dia ni lurus ke baik hati?" huhuhuu.... Susah dowh nak create watak Irin ni. Sebab dia dah hilang memori di rumah agam tu, jadi bila dia kembali ke villa, dia macam cuba untuk refresh memori dia balik. Serius. Memang tak mudah. Sebab tu kekadang ada orang yang geram apasal Irin ni lembik sangat, selalu je kalah dengan Harraz. Kome jangan salahkan Irin, salahkan aku, aku yang buat dia jadi macam tu... hehe


Bab 15 agak susah nak disiapkan sebab muncul watak baru, yang aku keliru nak jadikan jalan cerita macam ini, atau macam itu. Sebab tu bila aku bukak wordpad je aku blur. Tak pasti nak tulis macammana. Errgghh.. pening-pening!!. Tapi aku tetap akan siapkan juga biarpun lambat!!.



p/s : Sebab tu aku suruh korang tinggalkan komen, sikit jer pun tak apa, sebab bila ada yang komen maksudnya aku tahu aku bukan tulis untuk diri aku sendiri, dan aku akan cuba untuk siapkan cepat-cepat. Oh, lagi satu, aku lagi suka kalau yang komen tu tak ada blog dan guna akaun 'anonymous' supaya tinggalkan nama. Nama itu penting yo, sebab aku akan ingat nama orang yang komen, Itu cara aku menghargai korang!. > _'


Thank you sebab baca sampai habis, tinggalkan komen tulis nama sekali okeh? hehe.. >_<

11 ulasan:

nurafiqah airil berkata...

alolo.. Jgn stop menulis. Saya dah suka iman harraz! Jadi,akak kena smbg tau!. ^.*

mia kaftiya berkata...

insyaallah, takkan stop sampai siap! hehe..

tq fiqa, terharu Harraz kalo dia taw yg dia ade peminat. hehe :p

hafizudin berkata...

wahhhhh!
tak tahu kenapa.
sangat-sangat kagum kalau kawan-kawan tulis buku.
gudluck mia!

mia kaftiya berkata...

hakhak.. *gelak malu* 10q hafiz!..

Zul Fattah berkata...

oo. salam kenal.. ok jap eh.. aku try baca dulu.. tp baca tajuk tu.. memang best r.. ko mungkin dapat jadi pnulis terkenal kot, suatu hari nanti

mia kaftiya berkata...

fattah : oh bleh ke mcm tu? komen dulu baru nk bce?,,, hahaha...

Amin.. masin mulut kau termakbul impian aku. hehe :p

p/s : salam kenal jugak!, pernah msuk blog kau sblm ni tp x ingat ade tggl link ke tak.. *garu kepala*

azwin fitriah berkata...

kalau ni e-novel prtame yg akak tulis, buat la mini novel dulu. hehe kan best kalau habis trus dlm blog ni, xde sampai trtunggu2.... crite ni mmg best, boleh dipublish... tapi sy jnis suke bace novel abis trus... hehee ape2 pon jgn brhnti mnulis..... slmt maju jayer...

arasnieryie@1995 berkata...

AMARAN KERAS:..kalo ko x smbg cter Harraz,siap ko!!...erk,ter emo jap!sori dear...

mia kaftiya berkata...

azwin : mini novel eh.. ok! point taken. thank you. hehe :)

mia kaftiya berkata...

ara : hahahaha.. sbb ada reader mcm kau la yg buat aku makin bersemangat nak menulis!! thank you ara.. *eh, sesuka hati je pggil ara.*

you made may dah lah!!.. ;)

mrs Blossem berkata...

macamna jikalau idea dah tak de?