Ahad, 2 Oktober 2011

Aku gila glamour *Dulu*



Teringat yang dulu masa zaman aku belajar kat ILPKLS aku sangat giler glamour. Biasalah, masa tu jakun sikit pertama kali beli kamera digital sendiri. Ye lah sebelum itu kan orang pakai kamera biasa yang kena beli kodak pastu kena cuci kalau nak tengok gambar tu kan. Masa pakai kamera 'biasa' tu, aku tak berapa nak giler glamour sangat sebab tak tau macammana nak posing, bila orang kata ambik gambar, ok set! senyummm... lepas tu habis-habis posing pun setakat peace jer.


Wedding kak Diba, Ipoh.


Tapi itu cerita zaman kodak dan filem, sekarang zaman digital. Bila ambik gambar posing pun dah makin maju bukan setakat tegak dua jari macam ana raffali suka buat tu jer.. macam-macam gaya ada wa cakap sama lu. Paling best, budak-budak kelas memang tak payah cakap lah. Pantang nampak aku keluar kamera..

"Mia..mia.. ambil gambar kitorang."

"Mia.. mia.. ambik gambar aku dengan kak Ros." - Ezzah. (Ezzah dulu memang gila glamour, bila nak ambik gambar je mesti nak senyum ayu-ayu gituww) hehe.. jangan marah ezzah.

"Mia..mia.. ambik gambar yaa.." - Yaa. (Yaa pun sama, asal ambik gambar nak cute ajer, tau la muka dia cute macam budak sekolah tadika!) *yaa tak tak ada facebook, tak apa kutuk dia banyak-banyak kali*

Bila dah elok-elok nak ambil gambar orang ni je, sorang-sorang datang nak menyibuk, penyudahnya elok-elok ezzah nak ambil gambar dengan kak ros je jadi ambil gambar dengan satu kelas. Haru... *Giler glemer betul diorang tuh*


Itu belum aku nak ambil gambar aku sorang-sorang je, memang confirm ada makhluk-makhluk lain menyelit kat belakang, kat kiri kanan, kat depan pun aku pun ada. Penyudahnya aku yang tenggelam. Tapi tak apa, Ada cara untuk aku kembali menyerlah diri....



The power of photoshop!




webcam laptop uchai. Dari kiri, mek, kak su dan kak nisa

Nampak tak betapa aku mencuba membesarkan mata aku yang sepek tuh? Itulah aku kata, nak ambik gambar sorang-sorang guna webcam laptop pun ada je yang nak menyelit. Kan dah kena blur tool tebal-tebal. Hahaha..




Dulu aku alert dengan kamera. Tak ada istilah kandid yang betul-betul kandid dalam hidup aku waktu tu. Sebab aku memang alert dengan kamera. Dari jauh yang jaraknya sepuluh kaki pun aku dah boleh nampak kalau ada orang yang halakan kamera ke arah aku, (walaupun aku tak tahu kamera tu nak snap gambar siapa. Tapi aku buat-buat poyo jugak tayang muka, untung-untung muka aku terselit dalam kamera besar yang budak multimedia selalu guna tu) Giler glamour punya pasal, tolak tepi rasa malu tu. Ish.. ish.. ish.. *Geleng kepala*




Photos taken by along

Ini contoh camera alert. Aku tak sedar pun bila masa along keluarkan kamera dia, bila masa dia set angle yang dia nak snap sebab masa tu aku sibuk dok usha orang yang tengah nak masuk kedai makan ni, tapi bila aku terpandang kamera atas meja, automatik aku terus posing dan along pun klik!

Ish! Ish! Ish!.. 


Bila dah giler glamour, otak pun kreatif la nak fikir sudut mana yang terbaik untuk ambil gambar, posing macammana yang walaupun tak meletop tapi masih menarik.



Photos taken by along, lagi. Tapi idea by aku! okeh..


Photos taken by kak haja, guna handset sony dia.

Sebab dah kreatif sangat kan, ada je idea macammana nak ambil gambar dengan kasut sekali. Sama warna kan.. mestilah nak tayang kat semua orang. Silap, hari tu saja malas nak pakai tudung purple. Kalaulah aku pakai tudung purple.. Haihh.. 

Sebab tak mahu orang cop aku gila glamour, aku letaklah tagline kat situ, "Gila Lensa" kononnya.


Photos taken by ika

Dah banyak kali posing atas pelamin along, masa wedding dia tapi masih tak dapat gambar yang cantik, tiba-tiba... Blinggg (bunyi mentol menyala) Ok ika ambil gambar dari bawah! Hah.. at last dapat gak angle yang menarik.



Tapi sekarang aku dah tak berapa nak gila glamour dah. Kamera aku pun dah tak boleh pakai, kualiti gambar tak cantik (Kata diorang, padahal masa ezzah, kak ida tak ada kamera, kamera aku yang tak cantik tulah yang diorang kejar..*Touching*)

Sekarang bila nampak kamera pun aku macam.. kayu. Ok nak senyum pun tak reti. Nak peace pun dah kekok, at last bila orang ambil gambar aku berdiri tegak je. 


Photos taken by ika.

ini contoh dah tak tau macammana nak react depan kamera, at last pandang tempat lain. Tengoklah senyum pun macam terpaksa. hohohoooo..

Photos taken by akak

Tak pun pura-pura tengok baju. huhuhu :P


Tak apalah, tunggu aku dah jadi artis nanti, baru aku jadi giler glamour balik. Buat masa sekarang aku nak jadi penulis yang low profileeee aje. *Kononnya*



Nah! Ni gambar paling kejam aku pernah edit. Itulah.. siapa suruh kacau aku nak ambil gambo....


3 ulasan:

hamzah ian berkata...

leh jadi model ni

RazFiRa berkata...

hehe,,biasela tu.. sume org suke amek gamba kan..

nice pic btw :)

Zul Fattah berkata...

kalah model kpop.