Khamis, 6 Oktober 2011

Life is a learning process



Sini, aku bagi kau dua perbandingan.

Situasi pertama.

Ada orang yang nak sambung belajar. Dia nak pilih bidang yang diminatinya tapi dia hanya boleh pilih tempat-tempat pengajian yang menawarkan yuran yang murah dan berpatutan SAHAJA. Lagi bagus kalau dia mintak tempat pengajian yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan jadi yuran tak perlu dibayar mahal-mahal. Bukan apa... mak bapak dia tak mampu nak sara kos pengajian yang tinggi sampai beribu-ribu ringgit hanya untuk satu semester. Walaupun yang sebenarnya dia nakkkk sangat merasa belajar di tempat yang mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang lebih baik tapi dia harus akur, lagipun belajar kat mana tu tak penting, yang penting ilmu itu dia dapat!



Situasi kedua.

Ada orang lain, mak bapak dia mampu untuk tanggung perbelanjaan pengajian dia tak kira dimana pun yang dia mahu sekalipun di luar negara, private school, international school, "Anywhere as you wish my darling" Kata mak bapak dia, Tapi sayangnya dia tak mahu sambung belajar, dia cuma mahu bekerja dan rasa nikmat hidup dengan duit sendiri. 


Persoalannya,

Betapa dunia yang tidak adil atau Allah cuma mahu kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan berkongsi 'lebihan' itu dengan orang lain yang lebih memerlukan? Atau ada jawapan lain yang lebih munasabah??


"Kehidupan adalah proses pembelajaran. Ilmu yang boleh didapati dimana-mana tanpa perlu dibayar. Cuma tinggal kita untuk cari dan kutip ilmu itu disepanjang perjalanan hidup kita"


Nota biasa yang tak ada kena mengena.



p/s : Mungkin ilmu yang aku mahu itu letaknya di sepanjang jalan menuju ke pengakhiran hidupku.


6 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

untungla kalau orang kaya dpt belajar dngn wang pa&ma.. takyah nak bayar balik.... kih3..


--->pom untung gak sbb dia takyah bayar balik hutang... kih3...

Panggil Aku Han berkata...

bersyukur dgn apa yg ada..:)

alfa syamimi berkata...

study kat UK kena ayar mahal ek??? (soalan budak form 4) hehe dah adat la kan...jarang ade yg bersyukur dgn nikmat Allah kasi.

Zul Fattah berkata...

untunglah jadi org kaya di dunia ni..
kita yg susah ni.. kena usaha sendiri nk cari duit bayaq yuran ..
cuti sem kerja.. masuk sem study..
tp aku bsyukur.. hdup mcam ni..sebab aku buat atas usaha aku sendiri..

SUXX berkata...

setiapa kelebihan yg tuhan beri akan didatangi dgn kekurangan juga.

Tihara berkata...

nice entry..

setuju dengan quote tentang ilmu tu..

JEMPUT JOIN GIVEAWAY SAYA :)