Ahad, 16 Oktober 2011

Must read - Tentang lelaki dan Perempuan




Perempuan.

1. Sangat risau bila dalam satu hari, mereka asyik makan berturut-turut dan memikirkan bahawa berat badan mereka akan bertambah.

"Hari ni asyik makan aje," Pergi ambil penimbang dan timbang berat badan.
"Hurmmm... sama je. Tapi badan dah terasa berat." Sambil tengok kat cermin dan ukur saiz peha bertambah lebar atau tidak.

Selalu sangat aku tengok situasi ini, dan sebenarnya.. mengunyap seharian takkan membuatkan berat badan kita terus bertambahlah.


2. Setiap seorang mesti ada at least a personal book.

Sebenarnya, pada usia gadis yang akan memasuki alam remaja, mereka akan ada satu buku khas untuk ditulis nombor telefon kawan, biodata kawan-kawan, gambar dan lirik lagu artis-artis kesayangan. Kalau yang terlebih rajin tu, dia siap buat list thing setiap bulan novel apa yang dia beli dan siapa yang pinjam novel dia, tak cukup dengan tu siap senaraikan cerita korea yang dia dah tengok : p dan dihias cantik ikut kreativiti masing-masing. As for me, aku ada beberapa buku yang masing-masing ada namanya tersendiri dengan isi kandungan yang berbeza-beza, tapi buku comel masa aku masih sekolah dulu namanya "my book". It's not a diary. It's something yang budak perempuan suka untuk ada.


3. Perempuan memang careles. 

Dah banyak pengalaman aku lihat macammana perempuan boleh tertinggal beg duit masa beli barang kat pasar. Tertinggal kunci kereta masa singgah kedai lepas tu dok menyembang, bila tergesa-gesa nak balik, sampai kat kereta kunci tak ada, kena patah balik ke tempat kunci ditinggalkan. Tertinggal even helmet!. No wonder, they must have a handbag for them to put all their stuff. And aku memang tak berkenan nak pegang beg duit atau phone atau shopping bags. Sebab tu aku suka bawa beg besar-besar then bila shopping, aku sumbat semua benda dalam beg. Tak percaya? 


4. Nak tengok rambut perempuan bertudung yang lain.

Walaupun dia perempuan, tapi keinginan untuk melihat rambut perempuan bertudung yang lain tetap ada. Ingat lelaki je ke yang teringin nak tengok rambut perempuan?. Aku pernah alami keinginan ini sebab bagi aku, kan rambut itu mahkota wanita, bagaimana dia menguruskan rambut dia adalah menggambarkan bagaimana dia sebenarnya. Eh?. p/s : Aku malu bila ada orang sibuk-sibuk nak tengok rambut aku. Auratlah! 


Lelaki.

1. Tak sabar semasa menyeberang jalan.

Aku lalui situasi ini hampir setiap hari. Abah, akim, orang-orang lain yang aku kenal dan tak kenal. Sesiapa saja yang tengah nak menyeberang jalan selalu tergesa-gesa, dah nampak kereta tengah laju pun nak lalu jugak. Tahu tak kadang-kadang aku rasa tak selamat naik motor dengan abah sebab dia bukan nak berhentikan motor dulu baru nak pandang kiri kanan, tapi tukar gear dulu sambil pandang kiri kanan, kereta jauh lagi? Jalan. Kereta dah dekat!, Berhenti. Cuak tahu tak??..


2. Suka meludah.

And again, contohnya abah lagi. Abah tak merokok tapi dia selalu meludah macam ada kahak kat tekak dia. Yang paling kerap meludah aku tengok adalah kaum india. (Sorry, bukan nak racist) sambil diorang berjalan, sambil diorang bersembang-sembang, sambil bawa motor. dan sambil-sambil yang lain yang aku pun tak perasan.


3. Tak suka pandu kereta auto.

Contoh terdekat abang pijan (ipar) dengan along. Hari tu sambil-sambil belajar bawa kereta dengan along aku sempat tanya kenapa lelaki tak suka bawa kereta auto? Katanya, bawak kereta auto tak mencabar dan bosan dan terasa berat dan pendek kata manual is better.  


4. Malas kemas rumah.

Bagi sesetengah lelaki mengemas rumah adalah kerja perempuan. Aku terasa macam nak letak link "wanita hari ini" yang membincangkan topik, "Isteri atau kuli?" kat sini untuk tatapan umum, tapi aku malas la pulak nak pergi cari link tu. Memang dah banyak kali aku dengar yang tugas mengemas rumah bukan kerja isteri, tapi mungkin sejak dilahirkan telinga kita dah disumbatkan dengan kata-kata.. "anak dara bangun lambat, masak tak reti, macammana nak kahwin nanti?" atau "Eh, kau dah pandai masak ke? Hujung tahun ni kan nak kahwin.."

Oh my, aku memang suka tanya soalan tu kat kawan-kawan yang dah nak kahwin. huhuuu.. Tapi aku sangat geram bila lelaki yang malas kemas rumah ni jadi memang sangat-sangat pemalas bila sudu pun nak kena orang ambilkan, tempat tidur pun tak reti nak kemas. Aku respect lelaki yang rajin mengemas rumah sebab diorang ni ada ciri-ciri lelaki yang bertanggungjawab, dan baguslah sebab tak susahkan orang. Contoh terdekat, along. Kau tahu kadang-kadang along sapu sampah lagi bersih daripada kitorang menyapu. 

p/s : Oh, along, Kalau kau atau kak fyda terbaca entri ini tolong jangan tersenyum sampai le telinga atau tersipu-sipu malu. :p


 5. Kartun? Games? Memang BFF.

Kenapa walaupun dah besar tapi masih tengok dragon balls? Beyblade? Masked rider? Ultraman? Aku tahu ada few lelaki yang masih menonton cerita kartun kegemaran diorang. Mengaku sekarang!. Dan Dota? okeh , itu je yang aku tau sbb itu paling femes budak-budak kelas aku selalu sibuk-sibukkan dulu. Dan ps2, Angry bird, farmville, ahhh.. aku tak tahu lah game-game nih. Tapi aku tahu kebanyakan sebab kenapa esoknya budak lelaki lambat ke kelas adalah kerana dota!. 



Ciri-ciri kat atas tu ada pada korang tak??

8 ulasan:

Subashini VJ berkata...

hehe admit my dad suka meludah and he is an indian..:P

mia kaftiya berkata...

relieved when U don't take it serious when i said, india suka meludah. hehe..

p/s : sy tak ckp suka2, tp sy memg perasan tentang itu. >_<

Subashini VJ berkata...

nope its true..so i tak ambil serious pun...dah banyak kali saya tegur tapi his habit memang tak le nak ubah..just kadang2 i bawa beg plastic and ask him 2 slit dalam plastic :)
Klu kita tak start frm house macam mana nak tegur orang lain :)
Wat u said is natural environment yg berlaku sekeliling kita..:)
x racist at all :)

RazFiRa berkata...

hehehe.. byk yg btoola.. malu i.. terasa taw :P

Ezad Skytech berkata...

hee..bawak kereta auto ni macam tak feeling..tapi kalau time jammed..mmg tak best la bawak kereta manual ni...heee~

haha....sy mmg suka jugak layan kartun2 ni...hee..tapi tak layan DOTA..serius ni..hee~

RinsyaRyc berkata...

1. Sangat risau bila dalam satu hari, mereka asyik makan berturut-turut dan memikirkan bahawa berat badan mereka akan bertambah.

*betoi cangat...


2. Setiap seorang mesti ada at least a personal book

*tak penah ade.. hihi.. tapi buku untuk tulis novel ade


3. Perempuan memang careles.
*of kos betul gila!

4. Nak tengok rambut perempuan bertudung yang lain.

<---nak tengok muke orang pakai purdah. ^^


lelaki tak tau pulak.. hehe

kekabu berkata...

ngee ade la sket2 kot....

Zul Fattah berkata...

sebijik ada pada aku r.. haha.. yg paling tepat... malas kemas rumah... haha