Rabu, 30 November 2011

my journey on wednesday!


Salam.

Today is wednesday. Wednesday is the day yang aku sangat-sangat nantikan. Eh, bukan tunggu hari rabu sebab setiap minggu pun ada hari rabu tapi aku tunggu hari rabu, 30hb November 2011, hari aku interview. So, here is my journey on wednesday!.

Kenapa my journey on wednesday? Kenapa bukan my interview on wednesday? Kalau korang perasan, ini cerita, kalaulah. Aku jarang update apa yang aku buat every day, kat mana aku makan, apa kerja aku buat, itu ini sana sini semua tu kan? (Again, kalau korang perasanlah) So, entri ni aku nak cerita sepanjang hari rabu 30.11.2011 aku. Tak pasti akan jadi panjang mana entri ini tapi kalau rasa malas nak baca, boleh stop sampai sini, tapi kalau rasa rajin nak baca.. yeay! Here we begins...

Interview

The night before, aku memang dah get ready semua benda. Aku dah niat dalam hati "malam ni aku nak spend masa untuk diri aku sendiri" maksudnya, tak ada Tentang Dhia, tak ada Iman Harraz, tak ada facebook, tak ada blog, tak ada semua benda yang tak bagi apa-apa faedah pada aku. (Siapkan Iman Harraz pun tak ada faedah ye mia?? ) Apa yang aku buat? Aku kemas bilik, aku lipat kain, aku check sijil-sijil dalam fail, aku ion baju, dah siap semua tu barulah aku bukak facebook, layan youtube video ana raffali sebab nak tenangkan diri tapi tak tenang pun, lepas tu bila amin cakap 'nanti nak guna notebook' aku pun mula la hilang mood nak merewang lagi dalam alam maya ni. Tutup notebook, tido! 

The wednesday. Walaupun plan nak keluar rumah pukul 6.30, tapi sebab bersiap lambat-lambat, makan lambat-lambat, sempat bukak facebook lambat-lambat jadilah keluar rumah dekat-dekat pukul 7. Tapi aku tak risau sebab dari sungkai ke Ipoh dalam satu jam je. (Alert with the word "je") tapi bila dah sampai pekan Ipoh, baru aku tersedar hari ni hari rabu bersamaan hari orang bekerja bersamaan lagi hari yang waktu paginya jalan akan penuh dengan kereta. (Sekarang kau tau kan apa bahana akibat perkataan "je" tu??) Tak cukup dengan tu, aku terlupa nak fikirkan kemungkinan yang mungkin kami akan tersesat jalan? Mungkin tayar kereta akan pecah? Mungkin minyak akan habis di tengah jalan? Mungkin kami akan terlewat sampai dan dihukum?? 

Nasib baik semua perkara-perkara buruk tu tak berlaku kecuali kami tersesat jalan dan terlewat  sampai dan dihukum dengan tak akan dipanggil mengikut angka giliran sepatutnya. Calon-calon ada 17 orang, aku nombor 9, tapi sebab aku dan sorang lagi calon nombor 13, fatin namanya terlewat maka kami terpaksa tunggu sampai calon-calon yang lain habis ditemuduga dulu. Pheww... nasiblah badan. Padahal aku dah  tak sabo-sabo nak masuk bilik tu dan nak balik cepat.

Ni ada satu rahsia aku nak cerita kat korang. Tapi sebab dah cerita so tak jadi rahsialah dah kan? hahaha... Satu, aku dapat soalan yang senang-senang je. Semuanya yang ditanya berkaitan dengan skop kerja 'Pegawai Khidmat Pelanggan' (Nasib baiklah sebab memang nota yang akak bagi itu je pun yang aku baca, huhu) kira aku beruntunglah berbanding kawan-kawan lain yang kena tanya pasal adun, pasal parlimen, pasal daerah kat perak ada berapa, segala bagai yang buat aku ternganga memikirkan confirm aku memang tak boleh jawap punya! Dua... aku menangis! Bukan sebab pegawai tu garang ke, marah aku ke apa.. tapi sebab aku sebak, masuk ni dah dua kali aku menangis masa kena interview. Memang keturunan agaknya. Akak dengan ika pun sama suka menangis masa kena interview.. hakhakhak... gila malu sebab diorang dah tersenyum-senyum. huhu.. : p

Tips hadiri temuduga

1. Don't be late sekalipun kau tau yang angka giliran kau No 100. Yang tak tau tu lagi bahaya. So please fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku sebelum kau berniat untuk guna perkataan "je" like.. dekat je, satu jam je, itu je, ini je. N.e.v.e.r

2. Study. Memang kalau interview kerajaan ni susah sikit sebab kita tak boleh nak ramal apa soalan yang dia akan tanya, memandangkan kalau negeri tu memang ramailah dia punya adun, dia punya penolong-penolong menteri, dia punya daerah semua tu. Itu belum lagi kalau negara punya. Jadi sekurang-kurangnya buatlah sebanyak mungkin rujukan supaya nanti taklah tergagap-gagap nak jawab soalan, lagi tak best kalau tak dapat nak jawab lepas tu menangis. Uuuu... tak cool! (Aku special case sebab aku dapat jawab dengan baik, hihihiii..)


MPH Bookstore

Alang-alang dah sampai Ipoh, habis interview terus balik? Memang tak, lah kan.. so kitorang (Aku, akak, abang pijan) pergi Jusco. Nak belanja diorang makan, dalam otak dah teringat-ingat mee sziling, dalam masa yang sama teringat-ingat jugak iklan Pizza Cheezy Bite tu, dah pening kepala tak tau nak makan apa. Teringat jugak burger daging kambing yang kak diba nak ajak pegi makan kat kafe baru HR (Biasa kita minum susu hi goat je kan? Sekarang dia dah bukak kafe pulak kat stesyen 18, ipoh) Hah.. korang tekalah sendiri kitorang makan kat mana penyudahnya?.

Lepas makan, solat zohor, kitorang berpecah. Akak nak pergi cari baju mengandung, aku nak pergi cari kedai buku. Ada tiga buku yang menarik perhatian aku untuk beli, tapi sayangnya duit tak cukup, dan teragak-agak, nak beli ke tak nak? nak beli ke... tak nak???


Buku pertama, aku baca semua sinopsis novel Lucy Dillon dan aku dapati (Eceh, ayat skema) dia ada gaya dia yang tersendiri, sampailah aku jumpa buku ni dan rasa macam jalan cerita dia menarik. Tapi percayalah.. aku takkan mampu untuk baca novel Inggeris sebab pada awalan bab je aku boleh fokus dan cuba untuk dalami dan fahami, 5 minit lepas tu mesti aku dah tak faham apa yang aku baca ni. Pasti! So, aku letak balik, cari buku bahasa melayu lagi bagus.



Buku kedua, dalam satu rak yang sama.. masa tu ingat nak blah pergi rak novel melayu pulak, tetiba ternampak buku ni. Eh, rasa macam kenal! Aku memang dah lama nak order buku ni kat uncle aidid, sebab aku tengok dalam majalah solusi ada tunjuk buku ni tapi dalam terjemahan bahasa melayu. Ada sesuatu yang istimewa tentang buku ni. "Morrie akan mengajar pengajaran terakhir tentang hidup pada pelajarnya ni!"

Versi asal, bahasa inggeris.

Terjemahan bahasa melayu. 

Aku pilih untuk order jugak kat uncle aidid nanti sebab aku tak faham baca bahasa orang puteh!. Hikhik..>__<


Buku ketiga. Wanted! Must read! Aku berdiri kat rak buku ni semata-mata nak tau sejarah Firaun. Nak beli, tapi memang tak cukup duit, Harganya RM60 tak silap aku?? Tapi berbaloilah sebab dia diprint atas kertas licin siap dengan gambar dan kulit tebal. Rupanya Piramid ni bukan dibina oleh firaun yang kita kenal tu je, tapi disambung dan diubah suai oleh anak kepada Raja apa ntah namanya. Aku tak ingat sebab aku baca langkau-langkau. Serius, siapa yang suka sejarah, patut beli buku ni kalau korang nak tau misteri di sebalik pembinaan piramid!


Okeh, lepas puas belek-belek buku lain pulak, kepala pun dah pening sebab berdiri lama-lama, aku keluar nak pergi cari akak, tapi patah balik dan duduk diam-diam baca novel yang cia bagi pinjam, nak hilangkan penat. Sampailah akak call suruh datang kat dia, baru aku berhenti membaca.


Shopping time!

Aku nak beli seluar Jins. Tiga kali aku masuk fitting room semata-mata nak cari seluar yang sesuai, yang ikut taste dan yang smart. Serius, masa tu aku rasa yang aku ni cerewet betul! Seluar pertama, dah cun! Tapi ketat sangat. Seluar kedua, bukan jins.. slack. Bila pakai tak ada rupa seluar yang harganya Rm39 langsung! Tukar, seluar ketiga.. bolehlah.. walaupun ketat sikit, belasah jelah. RM39. Dah! duit habis!

And the journey end.. maghrib baru sampai rumah. Amacam? Seronok tak baca pengembaraan aku pada hari rabu ni?? Siapa yang baca sampai habis memang aku tabik sprrriiiing ar. Terima kasih!. Hehe..


p/s : Sorry kak diba tak dapat nak join you pergi makan  kat kafe HR tu, kitorang pukul 4.30 baru keluar dari JJ. Huhuhuuu.. lain kali ok?

Isnin, 28 November 2011

Bongkarkan misteri Abu??



miakaftiya list-things-to-do

1. Siapkan bab 28 Iman Harraz
2. Siapkan kepala otak dengan info-info untuk interview (Hari rabu ni weh, dan aku tak buat apa-apa langsung!)
3. Siapkan sepenuhnya cerpen Plain Guy yang dah tertangguh. Again! :(
4. Siapkan buku Cerita cinta mia kaftiya (dah siap print 4 cerita, tinggal cover dan proses mencantikkan)

Semua list things di atas belum pun siap sepenuhnya, kepala otak aku dah mula merangka-rangka untuk tulis Cinta Bas Mogah part dua untuk menghurai misteri tentang siapa sebenarnya Abu. Dan yang paling best, aku nak masukkan dalam buku CCMK tu khas untuk reviewer terbaik yang dah join segmen Review Iman Harraz 


Memang tangan aku ada sepuluh macam sotong, memang masa aku ada banyak sampai terbuang, memang aku hebat ngadap notebook terus mencurah-curah idea keluar. Memang sarkastik! Tapi aku akan cuba untuk siapkan juga satu persatu especially yang Cinta bas mogah tu, sebabnya buku tu dah hampir siap, cuma tinggal nak siapkan kisah si Abu dan masukkan sekali dalam buku tu, Habis!

Wish me luck?

 Bila aku cakap 'Khas' itu maksudnya hanya pemenang segmen itu yang akan jadi orang pertama yang akan tau siapa sebenarnya Abu. 

p/s : Pernah tak aku cakap kat korang yang segmen tu tak ada tarikh tutup??  *Winking eyes*

Jumaat, 25 November 2011

Cuma bayar RM10 tiap-tiap bulan dan persoalan dalam hidup kamu akan terjawab, mudah kan?


Wah.. rasanya first time aku tulis tajuk panjang-panjang gitu, perrghh.. layan!. 

Baiklah, mengikut kajian entah siapa-siapa, golongan remaja adalah golongan yang paaaalllinnggg suka baca novel. Aku sendiri pun tak tau kenapa tapi masa aku masih di awal remaja (tiba-tiba rasa macam dah tua) aku pun lebih suka baca novel berbanding baca buku komsas yang ketebalannya cuma beberapa muka surat. Dan berbanding novel Julia yang along tak suka baca novel pun dia kata novel Julia tu best, tapi aku tetap tak berminat nak baca. Misteri! Novel ada aura yang boleh menarik manusia untuk tak makan, tak mandi, tak tengok tv, tak sembahyang (aku lah tu, tak bagus.. tak bagus...) tak baca buku sekolah dan yang selanjutnya.

Biarkan saja ia kekal misteri. 

Tapi bila aku dah semakin meningkat dewasa.. err, no! pertengahan remaja (much better)kecintaan aku terhadap koleksi ini sudah semakin berkurangan, mungkin sebab aku dah bertukar jadi gila menulis dan disebabkan itu, aku sedar yang aku perlu lebih banyak ilmu jika aku mahu menulis sesuatu yang 'berisi' (mungkin pengaruh dari novel-novel Nurul Syahida) dan pada ketika itulah hati aku terbuka untuk selak dan baca majalah yang kak leng langgan tiap-tiap bulan. Majalah yang satu ketika dulu aku langsung tak berminat untuk selak dan baca betul-betul kerana merasakan 'majalah ini membosankan'.




Apa yang istimewa sangat dengan majalah yang membosankan ini?


Ini adalah majalah yang sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur selagi seseorang itu rasa dia mahu kenal apa itu 'Islam' yang sebenar-benarnya. Kadang-kadang kita ketinggalan dalam pelajaran, dapat kerja yang gaji tak seberapa, rumah tangga tak aman, hari-hari buat rutin yang membosankan dan rasa kosong sangat dalam hidup. Kita nak tau apa punca semua ni tapi tak tau nak tanya pada siapa, kita mahu jawapan untuk persoalan-persoalan dalam hidup tapi kita tak tahu nak keluarkan soalan tu macammana sebab terlalu.. rumit. 

Solusi

Mungkin kita biasa cakap yang jangan dengki dengan orang lain, jangan iri hati, tak baik.. tapi kita tau tak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan hasad? Ada iri hati yang dibenarkan dalam islam, tapi iri hati yang bagaimana? Tau tak ada orang yang miskin harta tapi dia kaya hati, ada orang yang kaya harta tapi dia miskin hati. Apa beza orang yang kaya hati dengan miskin hati ni?

Solusi

Pernah terfikir tak yang duit niffnang yang kita dapat hasil berblogging dengan menyiarkan iklan mereka itu halal atau tidak? Aku pernah terfikir tentangnya dan aku dapat jawapan itu dalam Solusi. Bila kita ditimpa musibah, orang selalu cakap 'sabar.. ini ujian.' tapi kita betul-betul faham ke kenapa Allah turunkan ujian untuk kita yang kita sendiri rasa sangat tak kuat untuk tanggung masalah itu?

Semua jawapan untuk persoalan itu ada dalam majalah ini. 

Setiap kali aku baca, hati aku akan selalu rasa betapa kerdilnya aku sebagai seorang manusia, aku sedar banyaknya dosa yang aku dah buat. Tak payah cakap dosa besar yang berzina, bukak aurat semua tulah, dosa-dosa kecik yang kita tak sedar pun kadang-kadang kita mungkin pernah buat tapi kita tak tau.

Jadi sambil-sambil kita beli novel tu, apa kata beli jugak majalah ni? Tak mahal pun, RM10 je dan semua persoalan dalam hidup kamu akan terjawab. Tak percaya? Cuba like majalah Solusi kat Facebook dan tengok respon diorang yang dah baca, manalah tau Allah gerakkan hati untuk kita sama-sama muhasabah diri dengan mencari jalan kebenaran.

Kenapa aku share pasal majalah ni pulak? Entah! Aku cuma rasa yang aku patut sebarkan sesuatu yang baik untuk kawan-kawan. Aku nak apa yang aku dapat, kawan-kawan pun dapat. Jadi jangan bertangguh lagi, ayuh dapatkan segera di kedai buku berhampiran anda!.


p/s : tiba-tiba aku rasa macam jadi duta produk.^__^ 

Selasa, 15 November 2011

Awak kenal saya? Oh...



Short entries. Saja tulis sebab aku macam tersedar satu perkara.

Mungkin aku sorang je yang berandaian dan membuat kesimpulan yang tak ada sesiapa peduli tentang aku dan tak sedar tentang kewujudan aku. Sedangkan yang sebenarnya aku sendiri yang tak pernah nak bukak mata luas-luas untuk pandang sekeliling dan kenal dengan mereka yang mungkin ingin mengenali aku.


p/s : Sangat terharu bila kawan lama yang aku tak pernah rapat dengan dia dulu boleh tegur aku dan ingat nama penuh aku sendiri sedangkan aku pun "eh.. rasa macam kenal, tapi...err... nama penuh apa ya?". Annoying gila soalan aku tu kan? :p

Ahad, 13 November 2011

What Happen on my 11.11.11 day??




The day that everyone keep talking about it has passed! Yes, 11.11.11 yang kononnya tarikh yang sangat cantik dan perlu diisi dengan perkara-perkara istimewa untuk diingati telah berlalu. Yang paling penting, here is the new Mariyatul Kaftiyah yang dah cukup umur 22 tahun, dah sepatutnya berfikiran lebih matang dan moving forward for life. For surelah kan...

Kesinambungan daripada entry aku sebelum ini My wishlish on 11.11.11, aku nak senaraikan some perkara yang mungkin tercapai, tapi like i said before.. bukan semuanya akan aku dapat kan..


The things happen on my supposed-to-be bestday


Aku tidur awal, tapi bukan tidur pukul 10 malam dan bangun balik sebelum pukul 12. No, tapi tidur beberapa minit sebelum pukul 12 sebab aku dah penat sangat dan aku tak terasa nak countdown untuk the tarikh special coming pun. 

Btw, aku bakar kek pandan untuk ika bawak balik U esoknya and sekaligus menunjukkan yang aku berjaya untuk bakar kek aku sendiri pada malam sebelum hari lahir aku, tercapailah satu wish kan... hahahah.. :p


Wake up in the morning and whispering, "oh, this the day!" cepat-cepat bangun, mandi dan siap-siap sebelum duduk depan laptop bukak facebook dan terpandang gambar kek indulgence sambil sikat rambut. Oh my... Afiqah Airil wish sekali dengan kek Coklat indulgence lah.. Sekarang aku percaya, "seronok rupanya ada peminat" aku cakap kat ika. Tapi yang sebenarnya, aku tak pernah ada peminat, dia cuma peminat Iman Harraz, aku tumpang sekaki jer.. hahahah..  :P


Reading all the wishes dengan senyuman yang melebar sampai ke telinga dan cuba untuk balas semua wishes walaupun aku dah terasa macam termengah-mengah nak reply yang seterusnya. Serius, seronok! Macamnya aku tak pernah kena wish kat facebook dan macamnya orang lain tak pernah dapat wishes on their birhday kannn...

Sekurang-kurangnya baca semua ucapan itu berjaya buat aku tersenyum sampai di tempat kerja. So.. niat aku untuk tidak badmood untuk satu hari itu dikira berjayalah kan.. thanks Allah.


Akak call masa aku kat tempat kerja, katanya..

Akak : Happy birthday! Weh, sambut ar birthday kau.
Aku : Blur, Sambut? Siapa yang nak sambut?
Akak : Kau lah, ala beli kek lepas tu tulis atas tu happy birthday ke apa ke, 11.11.11, buat kenangan. Lepas tu ambil gambar, boleh letak kat blog kau..
Aku : *Thinking, Dalam hati macam, ha'ah la.. tapi* Ala.... nak beli kat mana? Sempat ke nak tempah? 
Akak : Sempat, buat atas tu hitam je, bagi nampak tulisan tu.
Aku : *Eksited tetiba.* Ala... kau tak balik kan?
Akak : Tak, balik lenggong 
Aku : *kecewa* Ha.. oklah

Lepas tu dah macam ala, nak beli ke tak nak? Dah la tu aku sendiri kena beli kek sendiri, kena bayar sendiri, semua kena buat sendiri. Tak pernah seumur hidup aku buat. At last. aku call kak leng suruh dia tolong tempahkan, padahal kalau aku nak tempah sendiri pun boleh, jalan kaki tak sampai lima minit jer ke kedai kek tu. hahahah... malu beb. Tapi balik tu tetap aku yang kena ambik. Alkisahnya, kek tu tak seperti yang aku harapkan, tak nampak pun tulisan dia... huuu... hancur punah angan-angan aku.. huuu.. sedih. 

Akak, kau kena jugak belanja chocolate indulgence cake sebagai ganti!. huhu :p



Hadiah, rasanya first time aku dapat hadiah untuk birthday aku kot??? Rasanyalah, thanks to ika, sebab akhirnya dia bagi jugak hadiah untuk aku, tapi bukan diletak atas katil tapi dalam almari. Eceh, balik kerja, masuk bilik, konon nak simpan barang dalam tu tetiba nampak ada bungkusan hadiah. Surpriselah konon kan? 

maaf, almari bersepah. Ika buat! Aku dah kemas dah ari tu,...

Aku tak terus bukak sebab aku tak teruja nak tahu pun isi dalamnya, then i keep thinking, apa agaknya ika nak bagi eh.. fikir punya fikir punya. Hah.. aku tau, then bila bukak betul macam yang aku fikirkan. U know what, aku memang dah lama nak benda ni sebab aku nak isi semua manik-manik aku, tapi aku tak beli sebab aku dah jarang keluar shopping dan bila keluar pun aku tak ingat nak cari, aku asyik mengeluh je kat ika, "lupa lagi lah nak cari beg tu.." atau "Kalau pergi lambak, ingatkan aku nak cari beg tu tau" tapi aku tak ingat, dia pun tak ingat. Rupanya sebab aku akan dapat free.. hohohoo..


Ok, sekarang nak bangga kejap sebab dapat adik yang pandai fulfill her sister wishes.  p/s : Tapi kenapa pink? Sebab blog aku pink?? *Oh..oh.. tak boleh merungut. Dah kata hadiah kan..*



So, itu dia.. wishlist yang tercapai tapi tak ikut turutan. Aku sepatutnya post lebih awal untuk entry ni macam yang orang lain buat tapi sebab aku sibuk esoknya dan tak larat nak mengadap notebook lama-lama, so terlambatlah sikit... huhu..


Nak wish happy belated birthday untuk mereka-mereka yang sama birthday dengan aku.

Cunniey (Cousin. Aku baru perasan yang birthday cunniey sama dengan aku, tapi dia lahir setahun lebih awal dari aku. huhu..) 

Lia (member ilp. Aku nak wish kat wall lia hari tu tapi dia dah wish dulu, hahaha..) 

Adik kepada mimi (membe sekolah, sebab masa nak ambil kek tu jumpa mimi yang nak ambik kek untuk adik dia jugak. Hakhak.. thanks mimi wish depan-depan padahal masa tu aku harap yang kau tak tau hari tu birthday aku.. hehe *sebab aku malu nak ambik kek sendiri*)

kakak kepada alfa syamimi (Yang komen kata kakak dia punya birthday 11.11.1991  ^__^ ) dan,

Azrijohan (blogger yang buat segmen meriahnya segmen 11.11.11, dan aku join >_<) 


p/s : Ada satu lagi hasrat belum tercapai iaitu aku nak jalan-jalan kat shopping mall puas-puas, nak duduk lama-lama dalam kedai buku dan baca setiap satu tajuk dan sinopsis setiap buku untuk cari sekurang-kurangnya satu buku ilmiah terbaik, untuk aku beli. 

Nak peningkan kepala pilih tempat makan mana yang paling wajar dan berpatutan untuk makan tengahari. 

Nak duduk diam-diam sambil makan mcflurry oreo dan perhatikan orang-orang sekeliling sebab aku rasa macam dah lama sangat aku asyik terkurung dalam bilik, dalam rumah dan dalam kedai. 

Nak masuk setiap shoplot, survey harga barang, survey barang-barang baru, survey setiap benda yang dijual sebab mungkin dengan cara itu aku akan dapat idea yang lebih segar bugar. Mungkin.

Dan semestinya nak keluar tu dengan orang yang takkan ajak aku balik awal dan takkan bosan untuk temankan aku selama sehari tu. 

Rabu, 9 November 2011

Sampul tak berwarna...



Aku diberi beberapa sampul yang berbeza warna
Sampul merah datangnya daripada orang pertama yang mengusul
Sampul kuning datangnya daripada orang kedua yang bersetuju
Sampul biru datangnya datangnya daripada orang ketiga yang memberi pandangan
Sampul hijau datangnya daripada orang keempat yang menyaran
Sampul ungu datangnya daripada orang kelima yang sentiasa menyokong
Dan, sampul oren datangnya daripada orang keenam yang menyuruh

Aku terima semua sampul
Aku buka satu persatu dan aku teliti isi kandungannya
Setiap satu isi kandungan sampul menyampaikan maksud yang sama

Tapi aku masih lagi menunggu satu lagi sampul untuk aku buka,
Sebelum aku boleh putuskan, keputusanku.

Mungkinkah sampul itu..
Tidak berwarna?






p/s : Kalau orang lain inginkan yang terbaik untuk aku, kenapa tak aku sendiri berusaha sehabis baik? Kan??


Isnin, 7 November 2011

My wishlist on 11.11. 2011


Tehhheeee.. T_- *gelak tayang gigi*. Kalau awal-awal pembuka kata dah gelak tu, maksudnya aku tengah malu la tuh. Heheheheh.. *Okeh, muka dah panas*

Bagi yang dah tau, baik korang sediakan something untuk aku pada tarikh yang dinyatakan pada tajuk tu, pada yang tak tau pulak, aku dengan muka malu tapi buat-buat tak malu nak bagitau, aku lahir pada 11.11.1989, cuma pada usia aku betul-betul nak genap 22 tahun, hari jadi lahir aku jatuh pada tarikh 11.11.2011. Satu dalam sejuta tahun pun aku takkan dapat tarikh lahir macamni lagi woo..
So? Mestilah eksited kan? Aku tak peduli kalau korang tak eksited langsung pun, yang penting aku eksited. Tambah-tambah lagi aku bukan jenis yang dididik dengan sambutan hari jadi pada tiap-tiap tahun. Habis-habis tarikh paling istimewa yang aku pernah diraikan pun pada... 11. 11. tahun... *Fikir kejap* 2009 kot? *Garu kepala* Alamak, kite dah lupa la.... huhuuuu.. eh, ke 2008?? Eh!..


Sebab masa tahun tu, aku diraikan dengan entah siapa punya bedak dicampur air dan disimbah pada cadar katil aku oleh kawan-kawan sekelas. Diketuai oleh kak yana. Sangat tak surprise sebab kak yana dah bagitau awal-awal yang dia nak kenakan aku, walaupun masa tu aku anggap kak yana main-main je tapi aku tau yang dia takkan berdiam diri selepas apa yang dikhabo kan pada aku dan didengori oleh budak-budak keleh (kelas) yang lain.

Maaf, slang perak kak yana tersangatlah pekat mengalahkan aku yang duduk di kampung dalam salah satu daerah di perak.

Kenapa sangatlah tak surprise? Sebab sebelum pukul 12 tengah malam aku dah tidur, (Seperti kebiasaanya pukul 10 lepas isyak aku dah lena) tapi aku sempat berpesan pada dua orang roomate aku iaitu kak diba dan kak nisa supaya gerakkan sebab aku nak bergayut pakai call free. Hehehehe... So, by the time 11.50 mlm, aku dah terjaga sendiri. Then bila mek masuk nak calit pebenda ntah kat muka aku, aku dah sedar. So, tak surprise! :P

korang! Sape ada simpan lagi video yang korang record dulu? Kite punya dah hilang la... kak ida! kak yana! kak nisa! kakak-kakak sekalian.. ada simpan tak? Oh, dan rakan-rakan seperjuangan, kome ada tak? email me please?

Dan lagi satu, pada tarikh tu dan setiap tahun pada tarikh seterusnya, ada sesuatu yang masih menjadi memori indah aku yang aku takkan ceritakan di sini. Pada tarikh yang akan datang ni, aku nak cipta satu kenangan baru. Oleh sebab itu, aku dah pun sediakan satu wishlist yang aku tau memang aku takkan dapat punya. Never mind, yang penting, senaraikan saja :-)


miaKaftiya's wishlist on her birthday





Aku nak makan kek coklat Indulgence secret recipe. Sepotong? Alang-alang.. sebijilah terus... tapi kat tempat aku ni tak ada secret recipe, kalau nak aku kena travel-la-sangat samada ke utara satu jam, nak keselatan pun boleh, satu jam jugak!.




Aku nak habiskan masa satu hari keluar dengan kawan-kawan kesayangan yang sekepala, pergi ke anywhere yang aku mahu, dan berlagak macam orang banyak duit. Tapi memandangkan hari itu adalah hari jumaat bersamaan aku bekerja dan kawan-kawan kesayangan yang sekepala tak ada kat sini, maka..... *Ayat tergantung utk dilengkapkan oleh pemikiran korang sendiri*





Aku nak strawberry shortcake doll.
Aku pernah nampak bear ni warna pink, dan ianya sangat comel! Tapi yang sebenarnya aku bukanlah penggemar anak patung. Malah anak patung yang pernah jadi peneman tidur aku cuma Patrick kecik yang jadi bantal untuk aku tutup muka masa kat asrama dulu je. (Well.. kak diba suka tidur lambat, aku kan suka tidur awal?)


Kalau boleh aku nak buat sambutan istimewa kat rumah, tak payah panggil satu kampung pun tak apa, yang penting adik beradik aku ada. Dan aku nak bakar kek aku sendiri. Tapi sayangnya.. siapalah yang nak ada kat rumah hari jumaat. Kecuali akak yang mungkin boleh balik. Tapi pastinya dia takkan balik sebab dia nak balik rumah mertua dia on that day, and ika! Sangat kejam kamu nak balik ke kedah on my birthday?? Ggrrr... 
 p/s : Tinggalkan hadiah untuk aku atas katil before kau merantau ke kedah sana nun. Okeh? :p


Dan apa lagi yang diharapkan oleh semua orang pada hari jadi mereka kalau bukan hadiah kan? Aku pun nak hadiah jugak... uhuk, uhuk. Tapi aku sedar... siapalah aku sampai orang perlu bersusah payah nak belikan hadiah. Dan yang sebenarnya aku tak pernah dapat apa-apa hadiah on my past birthday. And i don't mind. Kalau ada yang wish pun dah cukup buat aku tersenyum sampai ke telinga.



Last but not least. Tak ada yang lebih penting, yang aku mahu, yang aku harapkan pada hari itu selain everything goes well. Cukuplah kalau aku boleh tersenyum sepanjang hari, cukuplah yang aku takkan badmood, cukuplah yang aku ingat tarikh itu sebagai tarikh yang tidak meninggalkan kenangan pahit. Cukup.



p/s : Masa aku buka buku-buku lama yang aku panggil "my book" sebab nak ajar shafurah, macammana 'girl book' is look like, aku terjumpa satu kertas yang aku tampal, tertulis ucapan Selamat Hari Jadi yang ke 14 yang dilakar dengan pencil warna oleh akak dengan Ika, Ucapan atas kertas buruk tu aku boleh baca balik selepas hampir 10 tahun kemudiannya??

Kalau dapat kad harijadi yang dibuat sendiri pun best jugak nih. At least aku boleh baca 10  tahun kemudiannya. Kan?





So, itu jelah wishlist aku. Siapa sama birthday dengan aku? Yang aku ingat.. lia (Multimedia) Zura (member sekolah, Kalau betullah birthday dia ni, hehe..) lagi? Lagi? Oklah.. end of story, umur aku masih 21 alkisahnya.. ;-P




Oh, nak wish untuk cia dengan ana raffali untuk belated birthday diorang - 04. 11. 2011


Sabtu, 5 November 2011

Segmen : Review enovel Iman Harraz. Terbuka pada semua Harraz's lovers!!




Dear Harraz's lovers,

Macamni, aku sebenarnya nak tahu sangat apa yang membuatkan some people yang baca Tuan Muda Iman Harraz, suka nak baca dan tunggu next entri walaupun aku selalu terlambat update. Some people cakap, sebab cerita ni lain daripada yang lain, ok.. tapi dari sudut apa yang lain tu? Some people else jugak cakap, sebab cerita ni ada unsur-unsur korea sikit. Fine, which part? Some people cakap lagi, yang cerita ni...... hah, itu yang aku nak tau tu. The other some people cakap apa? Yes, you! Yang tengah baca entry ni, kamu kata apa? Aku nak tau...

Jadi boleh tak? Kamu sebagai seorang Harraz's lover tuliskan satu entri bertajuk Review Tuan Muda Iman Harraz? Dalam entri tu ceritalah apa saja yang korang nak cerita, bagilah apa-apa pendapat yang korang nak bagi, yang paling penting ceritakan kenapa kamu suka baca cerita ini dan senaraikanlah segala macam idea yang korang mahu untuk jalan cerita ni. Tapi ingin diingatkan... segala idea yang korang akan bagi itu belum tentu aku akan ambil dan masukkan dalam setiap babak atau bab, aku cuma mahu baca dan faham apa sebenarnya kehendak korang, dengan cara tu akan lebih memudahkan aku untuk rangka jalan cerita seterusnya walaupun aku dah ada jalan cerita sendiri. :-)

Sebenarnya, cara itu pun boleh datangkan lebih banyak idea tahu? Memandangkan sekarang aku sedang alami keadaan kekurangan dan ketandusan idea dan 'feeling', mana tahu mungkin idea-idea dari korang itu akan lebih membantu aku sikit sebanyak. Mungkin?

Biasanya kalau segmen mesti kena ada hadiah kan? Ok.. kan sebelum ni aku pernah terniat nak buat Buku Koleksi Cerpen sendiri kan? *Kalau tak tahu pun kena buat-buat tau jugak, ataupun klik link tu kalau nak tau.* Ok, buku tu tak pernah terhasil pun lagi, tapi kalau aku jumpa entry yang paling bagus daripada korang, aku akan cuba hasilkan buku tu sendiri dan hadiahkan pada seorang pembaca bertuah. Setuju tak??

Dan oleh kerana sesetengah readers tak ada blog, aku bagi kelonggaran untuk korang yang tak ada blog, postkan entri korang di note facebook dan linkkan note/url korang tu kat facebook aku atau kat page Harraz atau kat mana-mana yang aku boleh tahu.untuk aku baca.

Boleh?

Sekalipun aku harap sangat ada yang sudi untuk join segmen aku ni, tapi aku tak paksa.. sesiapa yang rasa dia sangat sudi, terima kasih! Dan tulislah entri anda sekarang. Hehhe.. >_<

p/s : Oh ya, Selamat Hari Raya Aidiladha! Tadi dah tolong mak perah santan nak buat ketupat dengan rendang, sekarang boleh enjoy main notebook!. Tehheee... T__T

Love,
Mia.

Khamis, 3 November 2011

Aku tagged 11 yang lain..


Kesinambungan daripada entry sebelum ni berkaitan "harus tagged 11 orang yang lain", nah.. aku dah sediakan sebelas soalan untuk aku random tag pada blogger yang aku follow, yang rajin update blog, yang aku selalu nampak nama dia naik kat dashboard. Fuihh...

Bloggeries sekalian, are u ready? (Bloggeries? Bahasa apakah??)

Here we go!


Rules of this game :

1. you must post these rules.
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the question that tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tagged and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" "YOU ARE LEGITIMATELY  (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged 11 people.


Soalan aku adalah :-

1. Nyatakan tentang diri kamu dalam 5 perkataan.

2. Kamu rasa kamu cantik/kacak bila...
3. Cinta pertama kamu masa kamu berusia..??
4. Lebih suka membaca atau menonton?
5. Namakan satu buku/cerita kegemaran kamu dan kenapa?
6. Apa yang akan kamu lakukan pada hari perkahwinan seseorang yang kamu pernah suka dulu??...
7. Suka budak-budak? Kenapa?
8. Suka berangan?
9. Berapa kerap kamu update blog dalam seminggu?
10. Apa benda yang wajib ada dalam beg tangan/poket seluar kamu?
11. Apakah impian yang kamu ingin capai??

Bloggeries yang aku nak tag :-


1. Cik Eka
6. Razfira  


p/s : Sangat tak sabar nak baca jawapan korang!. Oh.. >_<

Selasa, 1 November 2011

Hak! Hak! aku request tag dari Afiqah Airil... *malu..*


Hakhak.. *GelakMalu* petang tadi aku baca blog Afiqah Airil  pasal satu entry main tag-tag soalan kat orang. Serius, aku memang tak pernah main benda nih, sebab tu aku teruja bila baca soalan yang ditag kepada Afiqah and aku request untuk ditag jugak! Hahahahaaa... *Kipas Muka Dengan Jari, Panas!* Lepas tu kan... Sebab Fiqa sangat baik hati, dia pun taggedlah nama aku... hehehee... 

*Mia!, stop jadi malu bagai, macam orang nak masuk minang*. Nah, sekarang aku nak jawab soalan-soalan tu. Oh, eksited!.. :p


Rules of this game :

1. you must post these rules.
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the question that tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tagged and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" "YOU ARE LEGITIMATELY  (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged 11 people.


Each person must post 11 things about themselves in their journal.

MiaKaftiya is....

  1. Pemalu
  2. Pendiam
  3. Penyegan
  4. Pemalas
  5. Penulis (Tak official)
  6. Pelakon (Hanya semasa ingin melakonkan watak-watak dalam imaginasi untuk ditulis)
  7. Penyanyi (Hanya apabila tiba-tiba teringat soundtrack dari drama dream high dan boys over flowers) 
  8. Pelukis (Hanya apabila tak yakin nak jahit manik kat baju orang pakai 'agak-agak' jer)
  9. Penghibur (Penghibur? Heh! Penipu iye.)
  10. Perekacipta (Hanya apabila nak masak spageti bolognese *betul ke aku eja tuh?* tapi tak cukup bahan dan main campak-campak je bahan dalam kuali ikut suka hati dan berbangga bila adik aku, amin makan dengan lahapnya! Oh, tetiba rasa nak buat lagi..)
  11. Penghingus, boleh? (Aku tak tau lah kenapa penyakit selesema aku ni tak baik-baik lagi?. *Maria.. kamu bayangkan yang duit RM70 tu kamu buang dalam tong sampah* tiba-tiba teringat dialog kak ina dengan kak dayah yang marah aku tak makan ubat yang berharga RM70. Huhuhuuu...)




1. What is the letter for your first name?
    M untuk Mariya, Mia, Mariyatul. Wahhh.... :p

2. What is your hobby?
    Membaca, novel biasanya. Lagi?... Urmm... Selak-selak buku nota then pikir apa point yang nak ditulis untuk next bab for Iman Harraz, kadang-kadang menjahit manik, kalau rajin. And mostly habiskan masa depan laptop buat entah apa-apa benda yang membuang masa, huhu.

3. Scuba diving or jungle trekking?
    Scuba? Errr.. i allergic dengan laut u know. Nak mandi laut pun selalu terimagine ada jerung, lepas tu nampak dia punya sirip yang terapung kat permukaan air, kemudian.. err.. ok, Jungle trekking!

4. Which social network do you prefer?
   facebook, Blogger.

5. Are you in love with someone?
   Err.. yes! He's Iman Harraz. Hahaha... 

6. How many times you online your FB every week?
    Countless! Balik kerja terus cari notebook, all night long duduk dalam bilik ngadap facebook, hari cuti? lagilah!. Oh, teruknya kau mia... *geleng kepala*  :(

7. Do you think you will ever get married, if yes when?
    Insyaallah i will. When? Ok, nak pergi cari pak we sekarang... *gelabah* 

8. Do you believe in love at first sight?
    Of course! And always. I had crush on kim beom when i see him for the first time in Boys over flowers. Kim beom and his killer smile! Oh my.. *Melted*

9. Where do you want to go for your honeymoon?
    Errr.... akan 'dipikirin' kemudian. Haha..

10. How many people do you admired?
      1. Ana Raffali. 2. Zahiril Adzim. 3. Siti Saleha. 4. Nurul Syahida. 5. Syarifah Abu Salem. 6. .... (Habis? yang cinta pertama, kawan baik, orang muda, cinta monyet tu pun nak dikira jugak ke???) Eh, eh.. alamak!

11. What did you think of me, Afiqah Airil at first sight?
     Err..er... masalahnya kita tak pernah jumpa. Macammana erk? Hehehe..

Eh, habis dah? Alaaaaa.... oh, aku kena create lagi sebelas soalan eh? Baik, baik, nanti aku dah pikirkan soalan aku akan tag kat orang yang baca dan tinggalkan komen pulak! Anyone??..

p/s : Sorry kalau BI aku macam hampeh! Hahaha... *Blushing*