Jumaat, 25 November 2011

Cuma bayar RM10 tiap-tiap bulan dan persoalan dalam hidup kamu akan terjawab, mudah kan?


Wah.. rasanya first time aku tulis tajuk panjang-panjang gitu, perrghh.. layan!. 

Baiklah, mengikut kajian entah siapa-siapa, golongan remaja adalah golongan yang paaaalllinnggg suka baca novel. Aku sendiri pun tak tau kenapa tapi masa aku masih di awal remaja (tiba-tiba rasa macam dah tua) aku pun lebih suka baca novel berbanding baca buku komsas yang ketebalannya cuma beberapa muka surat. Dan berbanding novel Julia yang along tak suka baca novel pun dia kata novel Julia tu best, tapi aku tetap tak berminat nak baca. Misteri! Novel ada aura yang boleh menarik manusia untuk tak makan, tak mandi, tak tengok tv, tak sembahyang (aku lah tu, tak bagus.. tak bagus...) tak baca buku sekolah dan yang selanjutnya.

Biarkan saja ia kekal misteri. 

Tapi bila aku dah semakin meningkat dewasa.. err, no! pertengahan remaja (much better)kecintaan aku terhadap koleksi ini sudah semakin berkurangan, mungkin sebab aku dah bertukar jadi gila menulis dan disebabkan itu, aku sedar yang aku perlu lebih banyak ilmu jika aku mahu menulis sesuatu yang 'berisi' (mungkin pengaruh dari novel-novel Nurul Syahida) dan pada ketika itulah hati aku terbuka untuk selak dan baca majalah yang kak leng langgan tiap-tiap bulan. Majalah yang satu ketika dulu aku langsung tak berminat untuk selak dan baca betul-betul kerana merasakan 'majalah ini membosankan'.




Apa yang istimewa sangat dengan majalah yang membosankan ini?


Ini adalah majalah yang sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur selagi seseorang itu rasa dia mahu kenal apa itu 'Islam' yang sebenar-benarnya. Kadang-kadang kita ketinggalan dalam pelajaran, dapat kerja yang gaji tak seberapa, rumah tangga tak aman, hari-hari buat rutin yang membosankan dan rasa kosong sangat dalam hidup. Kita nak tau apa punca semua ni tapi tak tau nak tanya pada siapa, kita mahu jawapan untuk persoalan-persoalan dalam hidup tapi kita tak tahu nak keluarkan soalan tu macammana sebab terlalu.. rumit. 

Solusi

Mungkin kita biasa cakap yang jangan dengki dengan orang lain, jangan iri hati, tak baik.. tapi kita tau tak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan hasad? Ada iri hati yang dibenarkan dalam islam, tapi iri hati yang bagaimana? Tau tak ada orang yang miskin harta tapi dia kaya hati, ada orang yang kaya harta tapi dia miskin hati. Apa beza orang yang kaya hati dengan miskin hati ni?

Solusi

Pernah terfikir tak yang duit niffnang yang kita dapat hasil berblogging dengan menyiarkan iklan mereka itu halal atau tidak? Aku pernah terfikir tentangnya dan aku dapat jawapan itu dalam Solusi. Bila kita ditimpa musibah, orang selalu cakap 'sabar.. ini ujian.' tapi kita betul-betul faham ke kenapa Allah turunkan ujian untuk kita yang kita sendiri rasa sangat tak kuat untuk tanggung masalah itu?

Semua jawapan untuk persoalan itu ada dalam majalah ini. 

Setiap kali aku baca, hati aku akan selalu rasa betapa kerdilnya aku sebagai seorang manusia, aku sedar banyaknya dosa yang aku dah buat. Tak payah cakap dosa besar yang berzina, bukak aurat semua tulah, dosa-dosa kecik yang kita tak sedar pun kadang-kadang kita mungkin pernah buat tapi kita tak tau.

Jadi sambil-sambil kita beli novel tu, apa kata beli jugak majalah ni? Tak mahal pun, RM10 je dan semua persoalan dalam hidup kamu akan terjawab. Tak percaya? Cuba like majalah Solusi kat Facebook dan tengok respon diorang yang dah baca, manalah tau Allah gerakkan hati untuk kita sama-sama muhasabah diri dengan mencari jalan kebenaran.

Kenapa aku share pasal majalah ni pulak? Entah! Aku cuma rasa yang aku patut sebarkan sesuatu yang baik untuk kawan-kawan. Aku nak apa yang aku dapat, kawan-kawan pun dapat. Jadi jangan bertangguh lagi, ayuh dapatkan segera di kedai buku berhampiran anda!.


p/s : tiba-tiba aku rasa macam jadi duta produk.^__^ 

Tiada ulasan: