Rabu, 30 November 2011

my journey on wednesday!


Salam.

Today is wednesday. Wednesday is the day yang aku sangat-sangat nantikan. Eh, bukan tunggu hari rabu sebab setiap minggu pun ada hari rabu tapi aku tunggu hari rabu, 30hb November 2011, hari aku interview. So, here is my journey on wednesday!.

Kenapa my journey on wednesday? Kenapa bukan my interview on wednesday? Kalau korang perasan, ini cerita, kalaulah. Aku jarang update apa yang aku buat every day, kat mana aku makan, apa kerja aku buat, itu ini sana sini semua tu kan? (Again, kalau korang perasanlah) So, entri ni aku nak cerita sepanjang hari rabu 30.11.2011 aku. Tak pasti akan jadi panjang mana entri ini tapi kalau rasa malas nak baca, boleh stop sampai sini, tapi kalau rasa rajin nak baca.. yeay! Here we begins...

Interview

The night before, aku memang dah get ready semua benda. Aku dah niat dalam hati "malam ni aku nak spend masa untuk diri aku sendiri" maksudnya, tak ada Tentang Dhia, tak ada Iman Harraz, tak ada facebook, tak ada blog, tak ada semua benda yang tak bagi apa-apa faedah pada aku. (Siapkan Iman Harraz pun tak ada faedah ye mia?? ) Apa yang aku buat? Aku kemas bilik, aku lipat kain, aku check sijil-sijil dalam fail, aku ion baju, dah siap semua tu barulah aku bukak facebook, layan youtube video ana raffali sebab nak tenangkan diri tapi tak tenang pun, lepas tu bila amin cakap 'nanti nak guna notebook' aku pun mula la hilang mood nak merewang lagi dalam alam maya ni. Tutup notebook, tido! 

The wednesday. Walaupun plan nak keluar rumah pukul 6.30, tapi sebab bersiap lambat-lambat, makan lambat-lambat, sempat bukak facebook lambat-lambat jadilah keluar rumah dekat-dekat pukul 7. Tapi aku tak risau sebab dari sungkai ke Ipoh dalam satu jam je. (Alert with the word "je") tapi bila dah sampai pekan Ipoh, baru aku tersedar hari ni hari rabu bersamaan hari orang bekerja bersamaan lagi hari yang waktu paginya jalan akan penuh dengan kereta. (Sekarang kau tau kan apa bahana akibat perkataan "je" tu??) Tak cukup dengan tu, aku terlupa nak fikirkan kemungkinan yang mungkin kami akan tersesat jalan? Mungkin tayar kereta akan pecah? Mungkin minyak akan habis di tengah jalan? Mungkin kami akan terlewat sampai dan dihukum?? 

Nasib baik semua perkara-perkara buruk tu tak berlaku kecuali kami tersesat jalan dan terlewat  sampai dan dihukum dengan tak akan dipanggil mengikut angka giliran sepatutnya. Calon-calon ada 17 orang, aku nombor 9, tapi sebab aku dan sorang lagi calon nombor 13, fatin namanya terlewat maka kami terpaksa tunggu sampai calon-calon yang lain habis ditemuduga dulu. Pheww... nasiblah badan. Padahal aku dah  tak sabo-sabo nak masuk bilik tu dan nak balik cepat.

Ni ada satu rahsia aku nak cerita kat korang. Tapi sebab dah cerita so tak jadi rahsialah dah kan? hahaha... Satu, aku dapat soalan yang senang-senang je. Semuanya yang ditanya berkaitan dengan skop kerja 'Pegawai Khidmat Pelanggan' (Nasib baiklah sebab memang nota yang akak bagi itu je pun yang aku baca, huhu) kira aku beruntunglah berbanding kawan-kawan lain yang kena tanya pasal adun, pasal parlimen, pasal daerah kat perak ada berapa, segala bagai yang buat aku ternganga memikirkan confirm aku memang tak boleh jawap punya! Dua... aku menangis! Bukan sebab pegawai tu garang ke, marah aku ke apa.. tapi sebab aku sebak, masuk ni dah dua kali aku menangis masa kena interview. Memang keturunan agaknya. Akak dengan ika pun sama suka menangis masa kena interview.. hakhakhak... gila malu sebab diorang dah tersenyum-senyum. huhu.. : p

Tips hadiri temuduga

1. Don't be late sekalipun kau tau yang angka giliran kau No 100. Yang tak tau tu lagi bahaya. So please fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku sebelum kau berniat untuk guna perkataan "je" like.. dekat je, satu jam je, itu je, ini je. N.e.v.e.r

2. Study. Memang kalau interview kerajaan ni susah sikit sebab kita tak boleh nak ramal apa soalan yang dia akan tanya, memandangkan kalau negeri tu memang ramailah dia punya adun, dia punya penolong-penolong menteri, dia punya daerah semua tu. Itu belum lagi kalau negara punya. Jadi sekurang-kurangnya buatlah sebanyak mungkin rujukan supaya nanti taklah tergagap-gagap nak jawab soalan, lagi tak best kalau tak dapat nak jawab lepas tu menangis. Uuuu... tak cool! (Aku special case sebab aku dapat jawab dengan baik, hihihiii..)


MPH Bookstore

Alang-alang dah sampai Ipoh, habis interview terus balik? Memang tak, lah kan.. so kitorang (Aku, akak, abang pijan) pergi Jusco. Nak belanja diorang makan, dalam otak dah teringat-ingat mee sziling, dalam masa yang sama teringat-ingat jugak iklan Pizza Cheezy Bite tu, dah pening kepala tak tau nak makan apa. Teringat jugak burger daging kambing yang kak diba nak ajak pegi makan kat kafe baru HR (Biasa kita minum susu hi goat je kan? Sekarang dia dah bukak kafe pulak kat stesyen 18, ipoh) Hah.. korang tekalah sendiri kitorang makan kat mana penyudahnya?.

Lepas makan, solat zohor, kitorang berpecah. Akak nak pergi cari baju mengandung, aku nak pergi cari kedai buku. Ada tiga buku yang menarik perhatian aku untuk beli, tapi sayangnya duit tak cukup, dan teragak-agak, nak beli ke tak nak? nak beli ke... tak nak???


Buku pertama, aku baca semua sinopsis novel Lucy Dillon dan aku dapati (Eceh, ayat skema) dia ada gaya dia yang tersendiri, sampailah aku jumpa buku ni dan rasa macam jalan cerita dia menarik. Tapi percayalah.. aku takkan mampu untuk baca novel Inggeris sebab pada awalan bab je aku boleh fokus dan cuba untuk dalami dan fahami, 5 minit lepas tu mesti aku dah tak faham apa yang aku baca ni. Pasti! So, aku letak balik, cari buku bahasa melayu lagi bagus.



Buku kedua, dalam satu rak yang sama.. masa tu ingat nak blah pergi rak novel melayu pulak, tetiba ternampak buku ni. Eh, rasa macam kenal! Aku memang dah lama nak order buku ni kat uncle aidid, sebab aku tengok dalam majalah solusi ada tunjuk buku ni tapi dalam terjemahan bahasa melayu. Ada sesuatu yang istimewa tentang buku ni. "Morrie akan mengajar pengajaran terakhir tentang hidup pada pelajarnya ni!"

Versi asal, bahasa inggeris.

Terjemahan bahasa melayu. 

Aku pilih untuk order jugak kat uncle aidid nanti sebab aku tak faham baca bahasa orang puteh!. Hikhik..>__<


Buku ketiga. Wanted! Must read! Aku berdiri kat rak buku ni semata-mata nak tau sejarah Firaun. Nak beli, tapi memang tak cukup duit, Harganya RM60 tak silap aku?? Tapi berbaloilah sebab dia diprint atas kertas licin siap dengan gambar dan kulit tebal. Rupanya Piramid ni bukan dibina oleh firaun yang kita kenal tu je, tapi disambung dan diubah suai oleh anak kepada Raja apa ntah namanya. Aku tak ingat sebab aku baca langkau-langkau. Serius, siapa yang suka sejarah, patut beli buku ni kalau korang nak tau misteri di sebalik pembinaan piramid!


Okeh, lepas puas belek-belek buku lain pulak, kepala pun dah pening sebab berdiri lama-lama, aku keluar nak pergi cari akak, tapi patah balik dan duduk diam-diam baca novel yang cia bagi pinjam, nak hilangkan penat. Sampailah akak call suruh datang kat dia, baru aku berhenti membaca.


Shopping time!

Aku nak beli seluar Jins. Tiga kali aku masuk fitting room semata-mata nak cari seluar yang sesuai, yang ikut taste dan yang smart. Serius, masa tu aku rasa yang aku ni cerewet betul! Seluar pertama, dah cun! Tapi ketat sangat. Seluar kedua, bukan jins.. slack. Bila pakai tak ada rupa seluar yang harganya Rm39 langsung! Tukar, seluar ketiga.. bolehlah.. walaupun ketat sikit, belasah jelah. RM39. Dah! duit habis!

And the journey end.. maghrib baru sampai rumah. Amacam? Seronok tak baca pengembaraan aku pada hari rabu ni?? Siapa yang baca sampai habis memang aku tabik sprrriiiing ar. Terima kasih!. Hehe..


p/s : Sorry kak diba tak dapat nak join you pergi makan  kat kafe HR tu, kitorang pukul 4.30 baru keluar dari JJ. Huhuhuuu.. lain kali ok?

3 ulasan:

hanna aleeya berkata...

akak. hanna tengok filem last tuesday with morrie,, bez.. hehe

RinsyaRyc berkata...

amboi..

<---keluar mesti beli novel. baju & seluar mak yg belikan ehehe

Zul Fattah berkata...

erk... semua buku2 ni aku tak pernah jumpa pun.. huwaaa