Isnin, 7 November 2011

My wishlist on 11.11. 2011


Tehhheeee.. T_- *gelak tayang gigi*. Kalau awal-awal pembuka kata dah gelak tu, maksudnya aku tengah malu la tuh. Heheheheh.. *Okeh, muka dah panas*

Bagi yang dah tau, baik korang sediakan something untuk aku pada tarikh yang dinyatakan pada tajuk tu, pada yang tak tau pulak, aku dengan muka malu tapi buat-buat tak malu nak bagitau, aku lahir pada 11.11.1989, cuma pada usia aku betul-betul nak genap 22 tahun, hari jadi lahir aku jatuh pada tarikh 11.11.2011. Satu dalam sejuta tahun pun aku takkan dapat tarikh lahir macamni lagi woo..
So? Mestilah eksited kan? Aku tak peduli kalau korang tak eksited langsung pun, yang penting aku eksited. Tambah-tambah lagi aku bukan jenis yang dididik dengan sambutan hari jadi pada tiap-tiap tahun. Habis-habis tarikh paling istimewa yang aku pernah diraikan pun pada... 11. 11. tahun... *Fikir kejap* 2009 kot? *Garu kepala* Alamak, kite dah lupa la.... huhuuuu.. eh, ke 2008?? Eh!..


Sebab masa tahun tu, aku diraikan dengan entah siapa punya bedak dicampur air dan disimbah pada cadar katil aku oleh kawan-kawan sekelas. Diketuai oleh kak yana. Sangat tak surprise sebab kak yana dah bagitau awal-awal yang dia nak kenakan aku, walaupun masa tu aku anggap kak yana main-main je tapi aku tau yang dia takkan berdiam diri selepas apa yang dikhabo kan pada aku dan didengori oleh budak-budak keleh (kelas) yang lain.

Maaf, slang perak kak yana tersangatlah pekat mengalahkan aku yang duduk di kampung dalam salah satu daerah di perak.

Kenapa sangatlah tak surprise? Sebab sebelum pukul 12 tengah malam aku dah tidur, (Seperti kebiasaanya pukul 10 lepas isyak aku dah lena) tapi aku sempat berpesan pada dua orang roomate aku iaitu kak diba dan kak nisa supaya gerakkan sebab aku nak bergayut pakai call free. Hehehehe... So, by the time 11.50 mlm, aku dah terjaga sendiri. Then bila mek masuk nak calit pebenda ntah kat muka aku, aku dah sedar. So, tak surprise! :P

korang! Sape ada simpan lagi video yang korang record dulu? Kite punya dah hilang la... kak ida! kak yana! kak nisa! kakak-kakak sekalian.. ada simpan tak? Oh, dan rakan-rakan seperjuangan, kome ada tak? email me please?

Dan lagi satu, pada tarikh tu dan setiap tahun pada tarikh seterusnya, ada sesuatu yang masih menjadi memori indah aku yang aku takkan ceritakan di sini. Pada tarikh yang akan datang ni, aku nak cipta satu kenangan baru. Oleh sebab itu, aku dah pun sediakan satu wishlist yang aku tau memang aku takkan dapat punya. Never mind, yang penting, senaraikan saja :-)


miaKaftiya's wishlist on her birthday





Aku nak makan kek coklat Indulgence secret recipe. Sepotong? Alang-alang.. sebijilah terus... tapi kat tempat aku ni tak ada secret recipe, kalau nak aku kena travel-la-sangat samada ke utara satu jam, nak keselatan pun boleh, satu jam jugak!.




Aku nak habiskan masa satu hari keluar dengan kawan-kawan kesayangan yang sekepala, pergi ke anywhere yang aku mahu, dan berlagak macam orang banyak duit. Tapi memandangkan hari itu adalah hari jumaat bersamaan aku bekerja dan kawan-kawan kesayangan yang sekepala tak ada kat sini, maka..... *Ayat tergantung utk dilengkapkan oleh pemikiran korang sendiri*





Aku nak strawberry shortcake doll.
Aku pernah nampak bear ni warna pink, dan ianya sangat comel! Tapi yang sebenarnya aku bukanlah penggemar anak patung. Malah anak patung yang pernah jadi peneman tidur aku cuma Patrick kecik yang jadi bantal untuk aku tutup muka masa kat asrama dulu je. (Well.. kak diba suka tidur lambat, aku kan suka tidur awal?)


Kalau boleh aku nak buat sambutan istimewa kat rumah, tak payah panggil satu kampung pun tak apa, yang penting adik beradik aku ada. Dan aku nak bakar kek aku sendiri. Tapi sayangnya.. siapalah yang nak ada kat rumah hari jumaat. Kecuali akak yang mungkin boleh balik. Tapi pastinya dia takkan balik sebab dia nak balik rumah mertua dia on that day, and ika! Sangat kejam kamu nak balik ke kedah on my birthday?? Ggrrr... 
 p/s : Tinggalkan hadiah untuk aku atas katil before kau merantau ke kedah sana nun. Okeh? :p


Dan apa lagi yang diharapkan oleh semua orang pada hari jadi mereka kalau bukan hadiah kan? Aku pun nak hadiah jugak... uhuk, uhuk. Tapi aku sedar... siapalah aku sampai orang perlu bersusah payah nak belikan hadiah. Dan yang sebenarnya aku tak pernah dapat apa-apa hadiah on my past birthday. And i don't mind. Kalau ada yang wish pun dah cukup buat aku tersenyum sampai ke telinga.



Last but not least. Tak ada yang lebih penting, yang aku mahu, yang aku harapkan pada hari itu selain everything goes well. Cukuplah kalau aku boleh tersenyum sepanjang hari, cukuplah yang aku takkan badmood, cukuplah yang aku ingat tarikh itu sebagai tarikh yang tidak meninggalkan kenangan pahit. Cukup.



p/s : Masa aku buka buku-buku lama yang aku panggil "my book" sebab nak ajar shafurah, macammana 'girl book' is look like, aku terjumpa satu kertas yang aku tampal, tertulis ucapan Selamat Hari Jadi yang ke 14 yang dilakar dengan pencil warna oleh akak dengan Ika, Ucapan atas kertas buruk tu aku boleh baca balik selepas hampir 10 tahun kemudiannya??

Kalau dapat kad harijadi yang dibuat sendiri pun best jugak nih. At least aku boleh baca 10  tahun kemudiannya. Kan?





So, itu jelah wishlist aku. Siapa sama birthday dengan aku? Yang aku ingat.. lia (Multimedia) Zura (member sekolah, Kalau betullah birthday dia ni, hehe..) lagi? Lagi? Oklah.. end of story, umur aku masih 21 alkisahnya.. ;-P




Oh, nak wish untuk cia dengan ana raffali untuk belated birthday diorang - 04. 11. 2011


8 ulasan:

Qaireena Erlysa berkata...

Happy befday walaupon tak befday lagi..haha :D

afiqah airil berkata...

kak mia! Selamat ulang tahun in advance. Hee.. Nt igtkn saya time 11.11.11 utk wish akak. Teehee. :)

Cik Eka berkata...

wahh tarikh best tu....


nak g tg mlm pun jauh kan...untuk kek secret

huhu

alfa syamimi berkata...

kak!! my sispunya burfday 11/11/91. i/c dia 911111-- nice urk?? hehe

RazFiRa berkata...

hepi besday. smoga panjang umur n murah rzki :)

mia kaftiya berkata...

erl : Hahah.. thank you.... :) hadiah mana hadiah? hekhek..:p

Afiqah : Alaaa.. takkan kena ingatkan kot? Malu lah! Hehe.. ;)

Cik eka : kannn.. org kata kalau bertunang ke kawin ke, best tu. tapi blom smpai seru la plak, hahaha. Kenapa la kat sgkai atau slim x de Secret recepi kannn.. hurmmm..:(


Mimi : Hahah, eh, eh.. sama la. nanti tolong wish besday dia utk akak ok? >_< *Wink*


Razfira : Alamak, belum lagilah fira.. lagi 3 hari bru my birthday! hehe..

Tanpa Nama berkata...

epi bezday~~~
smoga sntiasa dlm rahmat ALLAH swt...

p/s: i'm i de last person wish to u?

mia kaftiya berkata...

tanpa nama : thank u, u're the last person? err... tak kot. heheh..

btw, lupa tgglkan nama ya? hehe..