Rabu, 9 November 2011

Sampul tak berwarna...



Aku diberi beberapa sampul yang berbeza warna
Sampul merah datangnya daripada orang pertama yang mengusul
Sampul kuning datangnya daripada orang kedua yang bersetuju
Sampul biru datangnya datangnya daripada orang ketiga yang memberi pandangan
Sampul hijau datangnya daripada orang keempat yang menyaran
Sampul ungu datangnya daripada orang kelima yang sentiasa menyokong
Dan, sampul oren datangnya daripada orang keenam yang menyuruh

Aku terima semua sampul
Aku buka satu persatu dan aku teliti isi kandungannya
Setiap satu isi kandungan sampul menyampaikan maksud yang sama

Tapi aku masih lagi menunggu satu lagi sampul untuk aku buka,
Sebelum aku boleh putuskan, keputusanku.

Mungkinkah sampul itu..
Tidak berwarna?






p/s : Kalau orang lain inginkan yang terbaik untuk aku, kenapa tak aku sendiri berusaha sehabis baik? Kan??


2 ulasan:

afiqah airil berkata...

saya akan bagi sampul merah, kuning, dan ungu sebab saya suka warna tu. >.< hehe..

mia kaftiya berkata...

hahaa.. gituww.. :)