Sabtu, 5 November 2011

Segmen : Review enovel Iman Harraz. Terbuka pada semua Harraz's lovers!!




Dear Harraz's lovers,

Macamni, aku sebenarnya nak tahu sangat apa yang membuatkan some people yang baca Tuan Muda Iman Harraz, suka nak baca dan tunggu next entri walaupun aku selalu terlambat update. Some people cakap, sebab cerita ni lain daripada yang lain, ok.. tapi dari sudut apa yang lain tu? Some people else jugak cakap, sebab cerita ni ada unsur-unsur korea sikit. Fine, which part? Some people cakap lagi, yang cerita ni...... hah, itu yang aku nak tau tu. The other some people cakap apa? Yes, you! Yang tengah baca entry ni, kamu kata apa? Aku nak tau...

Jadi boleh tak? Kamu sebagai seorang Harraz's lover tuliskan satu entri bertajuk Review Tuan Muda Iman Harraz? Dalam entri tu ceritalah apa saja yang korang nak cerita, bagilah apa-apa pendapat yang korang nak bagi, yang paling penting ceritakan kenapa kamu suka baca cerita ini dan senaraikanlah segala macam idea yang korang mahu untuk jalan cerita ni. Tapi ingin diingatkan... segala idea yang korang akan bagi itu belum tentu aku akan ambil dan masukkan dalam setiap babak atau bab, aku cuma mahu baca dan faham apa sebenarnya kehendak korang, dengan cara tu akan lebih memudahkan aku untuk rangka jalan cerita seterusnya walaupun aku dah ada jalan cerita sendiri. :-)

Sebenarnya, cara itu pun boleh datangkan lebih banyak idea tahu? Memandangkan sekarang aku sedang alami keadaan kekurangan dan ketandusan idea dan 'feeling', mana tahu mungkin idea-idea dari korang itu akan lebih membantu aku sikit sebanyak. Mungkin?

Biasanya kalau segmen mesti kena ada hadiah kan? Ok.. kan sebelum ni aku pernah terniat nak buat Buku Koleksi Cerpen sendiri kan? *Kalau tak tahu pun kena buat-buat tau jugak, ataupun klik link tu kalau nak tau.* Ok, buku tu tak pernah terhasil pun lagi, tapi kalau aku jumpa entry yang paling bagus daripada korang, aku akan cuba hasilkan buku tu sendiri dan hadiahkan pada seorang pembaca bertuah. Setuju tak??

Dan oleh kerana sesetengah readers tak ada blog, aku bagi kelonggaran untuk korang yang tak ada blog, postkan entri korang di note facebook dan linkkan note/url korang tu kat facebook aku atau kat page Harraz atau kat mana-mana yang aku boleh tahu.untuk aku baca.

Boleh?

Sekalipun aku harap sangat ada yang sudi untuk join segmen aku ni, tapi aku tak paksa.. sesiapa yang rasa dia sangat sudi, terima kasih! Dan tulislah entri anda sekarang. Hehhe.. >_<

p/s : Oh ya, Selamat Hari Raya Aidiladha! Tadi dah tolong mak perah santan nak buat ketupat dengan rendang, sekarang boleh enjoy main notebook!. Tehheee... T__T

Love,
Mia.

Tiada ulasan: