Jumaat, 9 Disember 2011

And the winner is.... who? Who??


Segmen review Tuan Muda Iman Harraz (klik sini) sebenarnya belum berakhir sebab segmen tu tak ada tarikh tutup, sehingga enovel itu tamat, sehingga (Insyaallah) ia dikeluarkan dalam versi cetak sekalipun, segmen tu takkan ada tarikh tutup, cuma seperti yang aku janjikan, siapa yang join dalam masa terdekat sementara aku nak siapkan hadiahnya, maka orang itu berpeluang untuk dapat hadiah yang tak seberapa daripada aku ni..

Then, hadiah yang berupa buku cerpen aku tu pun dah siap, so aku dah pun pilih pemenangnya! Yeay! *Bersorak gembira* tapi sebelum aku bagitau siapa pemenangnya, mari aku ceritakan dulu pasal hadiahnya dulu... huhuhuuu....



Dalam buku ni ada lima cerpen yang secara personalnya, cerpen yang aku paling suka dan antara cerpen yang agak istimewa bagi aku sebab aku tulis based on...... pengalaman, isi hati dan.. Ah, dalam buku tu aku dah cerita dah kenapa aku tulis cerita-cerita tersebut. Dan macam yang aku dah janjikan dulu, aku masukkan jugak cerpen Kerana Bas Mogah kesinambungan daripada Cinta Bas Mogah khas untuk the winner of this segmen gitueww,, hekhek.. *Sila bangga sekarang, sebab kak mia tungkus lumus siapkan cerpen tu untuk awak!!* (kan aku dah kata yang kebanyakan readers aku lebih muda....;p) Oh ya, saiz buku ni bukan A4, tapi B5.. lebih kecik dan rasa lebih selesa nak baca.. 

Antara cerpennya adalah di bawah ini yang aku dah edit dan tambah bagi panjang, dan yang sewaktu dengannya...

Cinta bas Mogah
Anak Dato' Janggut
Temujanji pertama
Buku buruk 
Kerana bas Mogah

Aku tau yang buku tu mungkin tak sempurna, tapi buku tu istimewa sebab aku buat dengan sepenuh hati dengan rasa cinta-la-sangat yang inginkan yang terbaiklah! Kira kalau dia pegang buku tu, dia macam pegang hati aku!.. Ok, tipu. >__<

Kalaulah bolehkan aku nak bagi pada semua yang dah join (padahal empat orang je pun yang join..) hekhek.. (^__%) tapi tak bolehlah, sebab dah tak istimewa lagilah hadiah tu kalau semua orang pun dapat kan? Kan? Jadi setelah menimbang tara, baik buruk dan sebab munasababnya, aku memilih.....

Khairun Nida Ruslan dengan reviewnya  Ini


Terima kasih banyak-banyak-banyak pada Afiqah Airil dengan reviewnya ini dan sejujurnya aku suka baca review Afiqah, rasa best je.. hikhikhiks.. <3 <3 Terima kasih jugak pada Hanna Aleeya (Bukan nama sebenar katanya.. ;p)  dengan reviewnya ini yang sangat berbesar hati menulis reviewnya di Note facebook, dan last but not least, Erlysa dengan reviewnya ini yang penuh dengan konfliks dan drama. "You can be a dramatic writer erl, hehehe.. wish u lucklah.. muah! hehe.."

Dan Tahniah daripada aku kepada Nida, so Nida please inbox your alamat ASAP okeh? Dah tak sabar gue mau ngantarin buku tu ke kamu deh.. hekhek.. >__<

Untuk sesiapa yang mungkin terbaca atau memang sengaja baca entri ini, dan tinggal di kawasan sungkai, boleh dapatkan buku yang seberapa ini (Diulangi. Yang tak seberapa ini) di kedai buku uncle aidid sebab nanti aku nak letak barang sebiji dua buku ni kat situ.. *Tak sia-sia aku jadi pelanggan tetap uncle adid dulu, hukhuk ;p* Dan untuk yang mungkin (Diulangi. Mungkin) mahu dapatkan buku ini secara online boleh bagitau aku, nanti aku poskan. (Diulangi. Mungkin mahu mendapatkan buku yang tak seberapa ini) Tengoklah berapa banyak aku ulang "mungkin" sebab aku tau tak ada sesape pun yang terhingin nak baca cerita-cerita aku ni sebab diorang boleh baca kat blog je.. *Ha'ah.. nanti aku nak buang ending semua cerpen aku yang ada kat blog biar tergantung..*


mari, mari dapatkan di kedai buku uncle aidid!. hehe..




p/s : untuk reviewer yang akan datang, yang mungkin mahu join segmen tu lagi, insyaallah.. aku akan bagi buku siri Lelaki Sebelah Aku pulak. (Diulangi. Siri Lelaki Sebelah Aku)  yang guna cover ini..

Cover kredit to kak Syamnuriezmil


4 ulasan:

Nurul Qaireen Erlysa berkata...

Hahahaha..Thnx kak Muaah ")

KNR_Nida berkata...

hahahaha..macam x caye je..
thanks sis mia..lurve you and your karya very much..hehe..
semoga berjaya selalu dlm bidang penulisan..hehe..(dah x boleh renti gelak..excited sgt..)^_^

fatin dzakirah berkata...

akk buku ni dh kluar ke? xsbar rsanya nk baca :)

mia kaftiya berkata...

dah lama dah kuar. Akak jual RM15.. hehe >_<