Khamis, 29 Disember 2011

CCMK book? Apa tu?

Ada sesetengah orang masih lagi tak tahu apa itu buku cerita cinta mia kaftiya bila aku bercakap tentangnya. Jadi bila orang tanya, buku tu tentang apa? Aku terpaksa bagi link yang umumkan pemenang segmen review Iman Harraz tu. Oleh itu, bagi memudahkan rujukan dan pemahaman orang yang memang tak tau apa itu Buku cerita cinta mia kaftiya, boleh baca entry ini.


Oh, tapi sebelum tu, layan video ni dulu..




Ada lima buah cerita termasuk satu cerita exklusif untuk buku ini saja, iaitu "Kerana Bas Mogah". Kalau "Cinta Bas Mogah" itu dari sudut penceritaan Alisa, kerana Bas Mogah pulak dari sudut penceritaan Abu. 

Memang buku ni tak macam buku-buku yang korang jumpa kat kedai sebab dari proses mengedit sampailah proses menstaple buku ni, semuanya aku buat sendiri. Memang aku tak mampu nak buat dia jadi macam buku-buku yang ada kat pasaran, memang buku ni nampak macam buku-buku teks Form six yang diphotocopy then letak tape kat tepi je. Yeah, aku akui hakikat itu yang buku aku tak menarik pun. Dan mungkin harga buku ini macam tak berbaloi untuk dibeli. 

"What?? RM17 untuk buku buruk ni???? Urgghhh.."

Sebenarnya kalau boleh aku nak jual dengan harga RM10 je, tapi kalau dah kos penerbitan(cap-kaki-tangan) pun dah lebih dari RM10, mana hasilnya? Tapi sebenarnya kalau ada orang nak beli, aku tak begitu berkira soal harga selagi harga yang dimintak itu tak melampau-lampau diskaunnya. ngeee.. ;)


Contohnya, dengan diorang aku jual RM15 je. >__< thank you cousins sebab sudi membeli dengan seikhlas hati, hekhek... 

hanim

kak yong

Tapi kalau yang nak order tapi duduk jauh, aku terpaksalah charge harga pos express sebab aku belum kaya lagi nak support harga pos express tu. hihihihiii.. *gelak cover* jadi, andai kata korang mau buku ni, boleh email aku kat - miakaftiya@gmail.com, kat situ kita boleh cerita panjang-panjang lagi. 


p/s : Jangan beli sebab kamu rasa.. "Aku kenal budak ni, so aku kenalah ambik hati dia dengan beli buku dia" ke apa ke, tapi beli sebab kamu memang mahu memilikinya. ;)

Motifnya disini, aku cuma mahu cabar kemampuan diri sendiri dan tetapkan target, apa hala tuju aku selepas ini. Takkan terus-menerus menulis tapi tak ada apa-apa peningkatan kan? Well.. kadang-kadang aku harus jadi tak malu dan keluar dari zon selesa itu!

4 ulasan:

RazFiRa berkata...

TAHNIAH! BANGGA DGN MIA SEBAB BERANI MEMBUAT BUKU! SATU KEJAYAAN BESAR TU! :)

mia kaftiya berkata...

ambooii CAPSLOCK tuuu heheh.. terima kasih razfira... well, sebenarnya belum cukup besar ni, masih ada lg target yang belum tercapai, heheh.. >_<

KNR_Nida berkata...

buku nie confirm best..!!haha

mia kaftiya berkata...

nida patut buat review pasal buku ni, sebab orang lain ragu-ragu nak beli. hehe..