Selasa, 13 Disember 2011

Cerpen : Kerana Bas Mogah (excerpt)



Salam dreamers, Harraz's lovers, silent readers, mia-haters (eh, ada ke??) and semua... 

Kerana bas mogah adalah "kesinambungan" (betul ke 'kesinambungan? Atau ada ayat lain yang lebih baik??) kepada "Cinta Bas Mogah" (sini) Mulanya aku cadang nak tulis cerita ni khas untuk pemenang segmen Review iman Harraz tu je, then bila dia dah baca cerita ni, aku akan publish la kat blog untuk dibaca oleh kalian-kalian sekalian, tapi entah macammana, tanpa diduga (tu dia... ayat skema!) tiba-tiba mungkin Allah turunkan ilham untuk aku terus hasilkan buku yang bukan sebiji je untuk di bagi pada pemenang segmen tu, tapi untuk dijual jugak! 
Serius, aku memang tak rancang untuk jual buku CCMK tu, (Sini) sehinggalah aku siapkan sebuah dan masa tu baru terfikir untuk jual dan letak kat kedai buku uncle aidid, siap mintak pendapat kat ika, kat mak dengan kak diba tu sebelum aku betul-betul "bulatkan tekad" (ayat skema lagi!..) nak buat benda nih. Memandangkan aku dah pun buat keputusan untuk menjadi penjual buku pada karya-karya aku sendiri, jadi aku ubah fikiran dengan tidak berkongsi cerita "Kerana bas mogah" ini diblog. Sebab? 
Sebab aku tak mahu  bertindak kejam pada "pembeli" buku aku, dengan membiarkan semua orang boleh baca cerita aku dengan percuma sedangkan sebahagian daripada diorang dah pun melabur duit untuk membeli. Jadinya.. cerita ini khas untuk mereka yang menyokong aku yang sudah melangkah setapak lagi  kehadapan dalam bidang ini dengan membeli buku aku.

Memang tujuan aku menulis adalah untuk bagi semua orang baca, (even hati aku dah meronta-ronta, menjerit-jerit nak post cerita ni kat penulisan2u) tapi..  itulah! Harga yang harus aku bayar, kalau aku mahu terus melangkah dan berjaya, kan.. >__<  isk.. iskk.. (i'll miss the moment yang aku baca komen-komen kat penulisan2u sambil tersenyum sampai ke telinga. Serius! I will.)

ini bukan permulaan cerita, bukan jugak pengakhirannya, ini cuma dua babak di tengah-tengah jalan cerita.. and the story begins...


Air teh aku hirup lagi, kemudian aku memusingkan kerusi ke belakang, sengaja mahu melihat-lihat manusia sekeliling. Dan pada ketika itulah aku terpandang kelibat budak perempuan semalam. Hari ni dalam baju kurung birunya, dengan beg tangan putihnya dan dengan sekaki payung panjang tergenggam kemas di jari tangannya. Perlahan dia berjalan dengan kepala menunduk terus masuk ke dalam perut bas.
                Dia duduk di bahagian tengah perut bas betul-betul di tepi tingkap, menghala ke arah kami yang sedang makan di kedai ini. Dia keluarkan novel dari dalam beg dan mula membaca. Langsung dia tak perasan aku yang tengah perhatikan dia dari luar ni. Kemudian, tiba-tiba dia berhenti membaca dan mencari sesuatu dari dalam begnya, handset dipegang seperti sedang menaip mesej sebelum handset itu disimpan kembali.
                Aku habiskan baki air teh dalam cawan dan terus masuk ke dalam bas kembali. Tiba-tiba rasa macam nak kenal dengan budak berkaca mata tu. Sepanjang ayunan langkah kakiku ke arahnya, fikiran aku bercelaru memikirkan kat mana patut aku duduk? Kat kerusi depan dia ke? Atau kerusi belakang dia? Ah, kat belakang dia jelah.
                Terus aku ambil tempat betul-betul di belakangnya, tapi tiba rasa macam susah pulak nak bersembang kalau macam ni, duduk kat depan lagi senang kot? Ok, aku beralih ke kerusi dihadapannya. Aku toleh ke belakang, dari tadi mata dia langsung tak berganjak dari memandang novel. Macammana aku nak tegur dia ni?
                "Ehem.. kusyuknya membaca..." Tegurku. Rasanya tak ada cara lain lagi yang lebih baik untuk mengambil tumpuannya selain dengan membuatkan dia sedar tentang kehadiran aku di sini.
                Hah.. tengok, dia dah pandang aku. Aku ukir sengihan mesra. Sekadar untuk buat dia rasa lebih selesa denganku, tapi sebaliknya pula berlaku bila dia kembali memandang novel di tangannya. Terus mati senyuman aku. Eh?
                "Hai.. nama saya Abu, nama awak apa?" Soalku, spontan. Lebih spontan lagi bila entah macammana aku boleh cakap nama aku Abu, padahal nama aku Mohd Zariel. Zariel... sangat jauh beza dengan Abu. Heh.. betul-betul nak jadi orang kampung aku ni.
                Tapi teguran aku langsung tak diendahkan olehnya. Sekarang aku keliru, samada dia ni bisu atau pekak? Sebab dari semalam lagi aku macam tak pernah nampak dia bukak mulut. Tapi.. takkanlah bisu pulak kot? Cuba lagi, tengok dia sahut ke tak.
                "Helloo.. saya Abu."
                Tak ada sahutan.
                "Saya Abu!!" Kali ni aku menjerit sikit, kalau betul dia pekak, dia mungkin akan dengar suara aku lepas aku menjerit kan?
                Well.. sekurang-kurangnya itulah teori terbaik yang aku boleh fikirkan sekarang dan nampaknya teori itu berhasil bila dia angkat kepala memandangku.
                "Ada saya kisah?" Soalnya. Agak mengjengkelkan sebelum dia sangkut begnya kebahu dan bangun ingin menukar tempat duduk.
                Tapi tiba-tiba dia berdiri kaku dan memandang ke sekeliling dalam bas ini sebelum dia menghadiahkan satu jelingan tajam ke arahku dan terus atur langkah ke kerusi yang agak kebelakang. Oh, apa pulak salah aku sampai dia mesti jeling aku macam tu?
                Malas nak kacau budak perempuan sombong tu, aku terus je duduk diam-diam kat tempat tadi. Tapi bila bas berhenti kat Slim River, aku curi-curi pandang ke belakang bila aku dengar bunyi tapak kasut berjalan laju keluar ikut pintu di tengah. Oh.. dia kerja kat sini ke... Ok, ok..
*********************
                Dalam pejabat aku terpandang-pandang jam di tangan. Memikirkan kalau budak sombong tu kerja pejabat, dia mesti habis kerja pukul lima.. habis kalau dah pukul lima mesti dalam lima lebih dia keluar pejabat, bas pukul lima dah sah-sah la dia terlepas kan? Habis-habis pun dia mesti akan naik bas pukul lima setengah! Ah, tak boleh jadi, aku kena naik bas jugak ni..
                "Atuk.. orang pergi ikut diorang ya." Kataku, meminta izin pada atuk.
                "Ikut kemana?" Soal atuk kembali,
                "Potong tiketlah.."
                "Tak nak belajar buat kira-kira dengan atuk ke?"
                "Err.. lain kali pun boleh kan tok?" Soalku, serba salah pula. Tapi kalau duduk kat sini hati ingat ke sana.. tak guna juga kan?
                "Hurm.ikut suka kamulah.." Balas atuk, seperti tak kisah.
                "Ok.. orang pergi dulu.."
                Atuk mengangguk. Berlari-lari anak aku keluar sebab nak kejar bas yang dah mula nak jalan. Nasib baik kak Bala nampak aku, kalau tak memang terlepaslah nak jumpa budak sombong tu lagi.
                "Ayoo.. saya ingat awak tak nak ikut, saya terus jalanlah tadi.." Kata abang Sammy, menegur aku.
                "Entah.. tadi nampak macam sibuk sangat je dengan atuk kamu tu.." Bidas kak Bala pula.
                Aku sengih je, tak tau nak balas apa. Takkan nak cakap yang aku nak mengorat budak pendiam yang sombong tu kot?
                BIla dah separuh perjalanan bas Mogah ni berjalan, aku kerling lagi jam di tangan, dah terlewat dari waktu yang sepatutnya, harap-harap budak sombong tu tak naik bas lain. Beberapa minit kemudian bila bas Mogah dah memberi signal untuk masuk ke simpang pekan Slim, hati aku mula melonjak riang, tak putus-putus aku berdoa semoga budak perempuan tu masih ada menunggu di stesen bas.
                Beban perasaan aku sedikit demi sedikit semakin lega bila dari jauh aku dah nampak kelibat gadis yang pakai baju kurung biru itu sedang menunduk membaca novel, bila abang Sammy bunyikan hon dan bila kak Bala jerit "Sungkai.. sungkai.." baru dia angkat kepala dan berjalan ke arah bas.
                Boleh jadi, reaksi spontan kerana terlampau teruja aku boleh tak sedar yang aku sedang melambaikan tangan sambil tersengih mesra ke arahnya sedangkan aku sendiri tahu yang dia dan aku bukannya ada apa-apa, nak jadi kawan pun tak sempat.. boleh pulak aku buat macam dah kenal dia rapat.
                Budak perempuan itu pandang aku macam dia nampak hantu, naik atas bas terus dia duduk sebelah orang india yang aku pasti dia memang tak kenal pun siapa india tu padahal banyak je kerusi lain yang kosong. Takut aku kacau dialah tu.
                Huh! Sombong...


Teettt.. cukuplah sampai sini, dah kata excerpt kannn. So, ada sesiapa yang mahu dapatkan buku ini dari aku tak? Tak ada? Baiklah... ;p




2 ulasan:

alfa syamimi berkata...

terbaiklah kak...mabe dgn cara ni satu hari nty kak mia boleh ade sykt penerbt sendiri..MK publication. pehaps? heheh. like SR publication...
saya nak ciplak cara ni boleh??
dpt jugak bajet kot2 2 tahun lg sya nak g study kat UK ke...eheheh. dlm angan...hehe

BTW,..cerpen ni maybe yg plg bez yg prnh sy bace kot...thnx 4 this n3.. maybe cara ayat kali ni lain sikt...
babai! nk berundur stelah byk membebel...hehe

mia kaftiya berkata...

heheheheheee.. MK publication?? wow! great!, btw.. thanks di atas "bebelan" yg membina itu. haha.. >_<