Isnin, 19 Disember 2011

Nak jadi penulis? Nah, cuba tips ni!


Salam...

Ok, yang sebenarnya aku memang dah lama sangat-sangat mahu tulis tentang tips dan bagaimana aku boleh terjebak dalam dunia penulisan memandangkan ada antara saudara-saudara aku yang bila jumpa kat kampung, diorang tanya.. "Macammana boleh menulis? Memang biasa menulis ya?" and so on, tapi selalu jugak niat nak tulis entri tentang itu tergantung sebab.. aku sibuk tulis pasal benda lain, hahaha.. Tapi petang tadi, terbaca entri kat blog Hanna Aleeya (Hanna, akak dah terbiasalah guna nama tu compared to 'Hanna Qaseh Humayra', hahahah ;p) tentang entri yang dia tulis Tips menulis ini buatkan aku rasa semakin bersemangat untuk kongsi tips yang aku dapat dari penulis lain dan dari pengalaman aku sendiri.

Memang setiap penulis ada gaya dan cara dia sendiri, so bagi yang berminat nak jadi penulis tu boleh baca jugak entri Hanna tu dan cubalah sendiri. Btw, kalau guna tips-tips ini untuk tulis blog atau tulis karangan pun  boleh jugak..


So, inilah dia!

Keluarkan Idea

Abaikan tulisan shortform, ayat tunggang terbalik, dialog berterabur dan bahasa pasar, dan lupakan sebentar format sebenar penulisan (Kalau kamu tau format dia) sebab yang paling penting dan yang paling susah seseorang yang baru ingin mula menulis ingin lakukan adalah mengeluarkan idea yang berterbangan dalam kepala. Jadi tulis apa saja yang ada dalam fikiran kamu di saat itu juga!. Dulu aku sanggup tulis kat atas ruang kosong kat suratkhabar, bila ada ayat dalam kepala otak yang aku rasa.. best! 


Ramai orang yang tak yakin yang dia boleh menulis sebab dia tak tau nak keluarkan idea dan dia terlalu takut! Takut tersalah format penulisan, takut cerita tunggang terbalik, takut tak ada orang nak baca, takut tulis sekerat jalan dan akibat daripada fikiran-fikiran negatif itu semua, niat untuk menulis terus terbantut macam tu je, So, please jangan terlalu banyak berfikir. Throw out negative thingking tu jauh-jauh. Bila dah keluarkan idea barulah boleh fikir puas-puas, barulah boleh susun balik idea tu dan kembangkan ia jadi satu jalan cerita. Paling-paling kurang pun untuk yang baru nak mencuba, tulis satu mukasurat pun tak apa. 

Cerita pertama yang aku tulis yang akhirnya disiarkan kat majalah sekolah pun bermula dengan satu mukasurat yang aku tulis dengan pensil dengan ayat tunggang terbalik yang dari situ baru aku sedar aku ada bakat menulis. Nak tau cerita apa? Nah, Gadis penjual bunga.


Format penulisan

Sebelum ni aku pernah jugak la kena tegur kat penulisan2u pasal kesalahan tanda baca. Tapi sebab yang pengkomen tu pun tak reti nak bagitau aku betul-betul sebaliknya marah aku dengan ayat kasar, jadi aku memang tak tau langsung kesalahan tanda baca tu apa maksudnya, Sampailah bila kak Maria Kajiwa pun tegur kesalahan yang sama dalam enovel Iman Harraz, dan dari situ barulah aku tau yang selama ni aku memang tak ada ilmu langsung dalam bidang ini.

Tapi itu dulu, since aku dah join group "Komuniti enovel" dan berjumpa dengan ramai penulis-penulis senior yang sangat-sangat-sangat pemurah dengan ilmu, aku pun nak kongsilah ilmu tu dengan... kamu! >_<

- Jangan guna shortform! Ever! Tak ada eww, leww, larh, etc (Sorry, bukan nak perli sesiapa tapi dalam dunia penulisan, semua benda tu memang diharamkan! Hahaha.. )

- Jangan pernah fikir yang nak buat tulisan bagi comel, bagi sweet, bagi cantiklah konon dengan sengaja menulis dengan tulisan huruf besar dan huruf kecik dicampurkan. Jangan
Cth : "naMa kitew MiakaFtiya, kIta sukeww Sangat-SaNGAT makan Eskrem, ermmm.. Slllrrppppp.. Cedap!"

Setiap kata ganti nama diri, permulaan kata selepas titik, tanda soal, tanda seru, mestilah huruf besar. (Inilah kelemahan aku dulu, padahal dah belajar kat sekolah tapi masih tak tau, ish..ish..ish..)

Contoh SALAH : nama saya mariyatul kaftiyah. saya tinggal di kampung yang kat belakang kampung tu ada kebun buah-buahan. tiap-tiap petang lepas balik kerja saya rajin pergi petik buat rambutan, jolok buah manggis dan kopek buah durian dengan adik-adik saya iaitu shafurah dan shafirah.

Contoh BETUL : Nama saya Mariyatul Kaftiyah. Saya tinggal di kampung yang kat belakang kampung itu ada kebun buah-buahan. Tiap-tiap petang selepas balik kerja, saya rajin pergi petik buah rambutan, jolok buah manggis dan kopek buah durian dengan adik-adik saya iaitu Shafurah dan Shafirah. 

- Yang paling penting jangan gunakan bahasa yang TERLALU kasar atau lucah. Aku pernah terbaca satu cerita dalam blog yang agak lucah. Masa tu aku rasa macam... Grrr.. apa tujuan dia menulis sebenarnya??



Identiti Penulis

Dulu aku pun tak perasan tentang hal ini, tapi bila dah termasuk dalam dunia ni, baru aku sedar, yang setiap penulis ada gaya penulisan dia sendiri.

Memetik kata kak Nurul Syahida dalam mesej yang dia tulis based on soalan-soalan yang aku tanya pada dia dalam entri "this is how a novelist to be write a chapter of a novel" - "tulis apa yg awak tau dan stay true to apa yg awak nak tulis, bukan apa org nak baca. menjadi penulis yg menulis dgn formula (rich guy meets beautiful girl, amnesia, fatal disease, arranged marriage, etc) tu mmg menguntungkan, tapi nanti awak akan kehilangan awak punya style. pada akak, paling penting pada seorg penulis ialah bila org review buku awak, org kata "this and this adalah style penulis ni" - diorg kenal trademark awak."

Sekarang aku memang perasan bila aku baca setiap novel dari penulis yang berbeza, aku dah tau.. inilah dia, Anis Ayuni yang selalu guna pov1 yang bila baca novel dia macam baca diari. Inilah dia Aisya Sofea yang selalu buat hati aku bergetar dengan watak heronya yang macam ada aura tersendiri.. haish! Especially Adam! (Adam dan Hawa) dan inilah dia Nurul Syahida yang selalu buat aku pening kepala nak faham perumpamaan yang dia suka buat untuk menggambarkan sesuatu situasi tapi dalam masa yang sama buat aku rasa sangat unik hero-hero yang dia cipta!.

Ehem.. bila korang baca cerita aku, korang ada 'nampak' tak trademark aku?? ehem.. ehemm.. *Sakit tekak pulak!*


Habis

Oklah.. untuk entri ini, cukup dulu sampai kat sini ya, lain kali aku kongsi tips-tips yang lain pulak! So, ada sesiapa yang rasa nak tambah lagi?? 



30 ulasan:

Siti Nur Aisyah berkata...

selama 4 tahun saya simpan angan angan nak jadi penulis.tapi terkubur macam tak subur je.btw awak naikkan semangat saya :Dthanks dearie

hanna aleeya berkata...

haha... kita pun terbiasa dengan hanna aleeya... tips menulis akak lagi baik dari kita yg hentam keromo..

mia kaftiya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Miss Niesa berkata...

saya pun dah pasang angan2 nak jadi novelis sejak darjah 6 ..

mia kaftiya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
RazFiRa berkata...

teruskan menilis ye?

dulu sy minat, skrg da malas.. tulis report kt office jelah *sigh*

Zul Fattah berkata...

erm.. tips yg sangat berguna.. aku akan cuba praktiks kan.. tima kasih yup

RinsyaRyc berkata...

akak... rin punya penulisan banyak kritikan.. hehe.. belum mantap mcm akak~

mia kaftiya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
haizatul fiqah berkata...

2012 ny , umor saye baru 15 taon . sekarang baru je habes pmr . nk try jgk buad novel . agak2 , novel bdk umo mcm saye ny akn diterime tak oleh pihak penerbitan 'kalau' saye hantar ? satu lagi , saye ny pemalu org nyerr . 'kalau' novel saye diterime , bole tak gune name org lain atau name yg kite reka sendiri utk sorok kann identiti kite ?

mia kaftiya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Afiqah Natasha berkata...

Saya teringin gakk nak nak jadi penulis novel .. Teringin sangatt ! Bley cerita skit tak serba sedikit pasal langkah nak memasuki alam penulis novel niy ?

amirah hana berkata...

saya pun mmg tringin nk jdi novelis ..but , saya still rsa nlu nk kembangkn crita2 saya mcm kdang2 dpt idea tpi ssah plak nk kembangkan ..and , saya pun jenis pemalu skit ..klau jdi novelis mesti kna tunjuk nma ,,sya rsa mcm mlu la..hehe..lgi stu , mcm mna akak snang nk dpat idea2 n buat trademark sndiri??

mia kaftiya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,,skrang ngah buat sinopsis untuk novel islamik cinta,dan boleh tak kita gunakan bahasa tempatan negeri misalnya kedah...

Nur aishah berkata...

Thanks..dh lma tringin nk tlis novel..tp x tau..sya bru je tingktan 3..sya akn cuna mnulis dlm buku je lh..

amirul Crib berkata...

ada sesiapa yang nak bantu saya tentang novel?saya ada buat novel.yang pasti perlu banyak tunjuk ajar..WWW.toolcrib4@gmail.com

amirul Crib berkata...

Boleh beri pendapan mengenai novel saya?saya ada beberapa novel yang dah disiap kan..sekadar meminta tunjuk ajar...jika on nanti sy send kan

Amirah berkata...

Akak , Saya baru umur 11 tahun . Saya memang berminat mahu menjadi novelis :D Bila saya baca tip-tips akak tu , saya rasa bersemangat hendak membuat novel :) Tetapi saya ini masih kecil , dan ibu saya selalu marah saya jika saya beritahu dia yang saya mahu menjadi novelis.Jika saya membuat novel , bagaimana hendak menjadikan ia sebuah novel ? Saya sudah membuat sebuah novel , mungkin lebih kurang 80+ muka surat. Sekarang saya tidak tahu hendak membuat apa-apa :) By the way , tips akak memang berkesan untuk saya :D Jika ada rezeki saya mahu jumpa akak ya :) (Ps: Tolong jawap soalan saya ya :D )

Amirah DilahMira berkata...

Akak saya hanya 11 tahun . Tetapi saya sudah membuat novel :) Tetapi saya sudah cuba membuat novel sebanyak 80+ muka surat , jadi saya mahu menghantar kepada penerbit , tetapi saya tidak tahu caranya , boleh akak ajar? Saya harap novel saya terpilih :3 Lagi satu bagaimana akak membuat kulit dia ? Hehe :3 Saya budak baru belajar dan tidak tahu satu apapun fasal bagaimana mahu menerbit :3 Jadi saya harap akak dapat ajar saya :3 Maaf atas segala kesulitan :3 By the way , akak guna bmt ke didalam novel akak ?? Harap akak balas :D Tips akak memang berkesan :3

Tanpa Nama berkata...

Sy teringin nak jadi penulis novel..tp sy tak ada pc/laptOp..dan sy cuma menulis dlm buku je..

Aqis berkata...

Assalamualaikum kak. Umoq sye baru 14 taun. Sye suka sngat berangan nk jadi novelis. Hahaha XD idea sye banyak. Tap x tau nk kembangkan idea tuu. Akak ajar sye boley?

auni mawardi berkata...

Teringin nak hasilkan karya novelis tapi tak tahu macam mana

NorNabilla:') berkata...

Assalamualaikum Kak..umur sayang 14 thn and suka menulis. Sayang adalah juga tulis cerpen kat DLM blog saya...ada masa bacalah cerpen saya..
nornabilla15.blogspot.com

Malbooku Media berkata...

Hantarkan manuskrip novel atau ajukan pertanyaan ke azmanbahari@malbooku.com

malbooku.com
Penerbit Buku Alternatif

Tanpa Nama berkata...

Saya Irwan..anak saya perempuan baru baru darjah 3 yang bercita-cita nak menulis novel...boleh tak saya share tips nie dengan anak saya? Terima kasih.

Nadeera iris berkata...

Errmm good tips , haha nak gelak pula terbaca part format tu , saya lah salah seorang yg mengalami situasi itu...

shahima shima berkata...

tips yang sangat bagus! Terima kasih

asnida ashri berkata...

Thankyouu sangat membantu betul. Thanks kak

Nur Eiyra Syahierah berkata...

Sy dh lama nk jdi pnulis novel dri form2.,idea byk tpi x tau nk kembangkn,semua citer smpai setengah je lpstu gantung,.