Sabtu, 31 Disember 2011

Rutin.




Assalamualaikum. Hari ini entry pertama aku dalam tahun 2012. Have you ever heard about routine? Atau dalam bahasa melayunya Rutin? Dulu aku pernah mengeluh kenapalah hidup aku hari-hari macam rutin yang membosankan? Wake up in the morning, mandi, pergi kerja, duduk tercongok kat tempat kerja sampai pukul enam, balik rumah, tengok tv atau surf internet, sampai ke malam, tidur dan esok paginya i find out that i did the same thing. Again? Huhh.. its bored you know..

Tapi sebenarnya ada sesetengah rutin yang aku sedar aku TAK BOLEH KEHILANGANNYA. Such as, makan! For sure tiap-tiap hari kau makan pun kau takkan mengeluh, "oh kenapalah tiap-tiap hari aku kena makan?" kecualilah kau mengeluh sebab... "Oh, kenapalah tiap-tiap hari aku makan benda yang sama?" 

Rutin lain juga macam mandi! dan lain-lain important things dalam hidup yang dah jadi lumrah alam. Tapi ada lagi dua benda yang bila ia wujud dalam hidup aku dan menjadi rutin, sehingga membuatkan aku rasa aku tak boleh kehilangannya dan aku selalu risau tentang itu sebab semua benda di muka bumi ini adalah kepunyaan Allah, dan hanyalah pinjaman pada kita (Aku baru sedar tentang hal ini selepas aku hilang laptop pertama aku, mini hp!) Benda apakah itu? Tv dan internet! Sedangkan bila ada kedua-duanya, aku takkan peduli pun salah satu darinya. Tapi bila aku hilang salah satu, aku rasa kosong dan sunyi. 

Oh my.. it's seems like i was so close with the things. Nasib baik sekarang aku ada internet semasa tv rosak, tapi aku masih mengharapkan keajaiban yang tv akan elok atau ada orang hantar tv baru kat rumah or whatsoever! Tahu tak tanpa tv, orang-orang dalam rumah ni tidur pukul sembilan malam? Pukul sepuluh dah jadi sunyi sepi macam pukul dua belas tengah malam. Lepas tu adik-adik aku masing-masing lepak dalam bilik dan termenung, kadang-kadang tengok aku buat kerja dan kadang-kadang pujuk aku suruh bukak movie. 

Rasa macam, wah besarnya pengaruh tv dalam kehidupan kami seharian sampaikan bila tak ada tv rasa macam sunyi sepi. Kenapa tak repair tv? Entah, aku pun tak tau.. sebab biasanya kerja-kerja menghantar tv ke kedai ni kerja emak dengan abah tapi dah disuruh pun diorang buat bodo je?? Hurmm.. i wish i got our tv back as soon as possible, jadi rumah ni takkan jadi sunyi lagi.

;(

2 ulasan:

RinsyaRyc berkata...

kak Mia~ rindu.. hahaha.

mia kaftiya berkata...

hihihiii... rin, akak pun rindu. dah lama kita tak berbalas komen kan? >__<