Jumaat, 30 November 2012

Beading last minit is kerja gila

Tajuk bikin kontroversi. 

Sebenarnya buat kerja last minit bukan kerja gila kalau si Beader itu memang dah biasa buat kerja last minit, tapi beading baju pengantin dua hari sebelum hari perkahwinan client dan pada petang hari sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung pun baju tu masih BELUM siap di beading, itu memang kerja gila.

But still, by hook or by crook, by live or die, the beader (that is me and Norli) mesti siapkan juga baju itu agar ianya boleh dipakai oleh si pengantin keesokan harinya dalam keadaan baju itu siap lengkap dengan sempurna. Memang itu bukan kerja gila asalkan baju itu akan siap sebelum esok tapi orang yang menjahit tu yang boleh jadi gila kalau buat kerja gila ni kerap kali. Phew.. v__v

Bekerja sebagai seorang tukang jahit manik (Freelancer/Part time) memang memberi aku banyak pengalaman indah dan pahit. Nak tahu ke apa kenangan 'indahnya?' baiklah, sebelum tahu keindahan menjadi seorang freelancer beader, mari aku cerita dulu 'kepahitan' nya.

1. Aku bukan profesional beader. Aku macam just a ordinary girl yang telah ditakdirkan untuk menjahit manik pada pertama kali di atas sehelai kain baju pengantin walaupun hakikatnya aku langsung tak pandai menjahit. Ianya terjadi begitu pantas semasa ex-Bos aku (iaitu seorang mak andam) memberi aku sehelai kain kosong berwarna merah jambu (eh, ke kain warna biru? aku lupa mana satu kain pertama yang aku jahit) dan menyuruh aku jahit manik. Lalu aku sebagai seorang pekerja yang patuh dan tidak pandai berkata 'tidak', terus ambil kain tu dan berfikir dengan panjang, apa patut aku buat? Dan bermula pada saat itulah kak Maria-the-tailor mula masuk ke dalam kisah kehidupan aku. 

Oh, terlalu panjang aku membebel, bukan itu yang aku nak highlight dalam entri ini sebenarnya. Btw, aku bukan tukang jahit manik yang profesional. Aku tak pernah masuk mana-mana kursus beading, satu-satunya guru aku menjahit manik adalah kak Maria dan kadang-kadang buku beading atau corak-corak beading yang dah siap berjahit kat baju orang/ baju yang dijual di kedai/ baju yang entah siapa-siapa, jadi pendek kata aku tak expert. Aku cuma tahu dua tiga jenis corak bunga saja, idea aku agak terbatas sebab aku tak rajin nak explore sendiri, sebab tu bila orang mintak aku tolong beading baju diorang, aku rasa macam aku menipu diri sendiri. Aku tahu tahap kemampuan aku, tahap kepandaian aku.

Perasaan itu sangat pahit! (Promise to myself yang one fine day, aku kena jugak pergi kursus beading, tapi sampai sekarang tak pergi-pergi lagi ;p)

2.  The bitter number two. Kerana aku bukan profesional beader, jadi memang normallah kalau kadang-kadang bila aku jahit, hasilnya tak seberapa. Selalunya aku akan ada dua pilihan, satu : bukak balik dan jahit semula dengan lebih kemas dan cantik atau dua : tak payah bukak, teruskan menjahit dan terima je dengan redha walau apa pun persespi client terhadap hasil tangan aku tu. Tapi selalunya aku akan pilih untuk bukak balik, walaupun melalukan perkara itu adalah sangat memenatkan tapi ianya adalah perkara terbaik yang aku rasa aku patut buat. 

Kau ingat bukak balik manik yang kau dah jahit tu senang ke? Ok, memang senang pun, tapi perasaan membuka balik manik tu sebenarnya tak best okeh, penat dan penat dan kecewa! tsk.. tsk..

3. Perkara paling pahit yang aku selalu rasa tak mahu hadapi adalah reaksi pelanggan terhadap hasil kerja aku. Psstt.. aku ada satu masalah dimana aku sangat sukar untuk terima pujian dan aku agak skeptical bila orang puji. 

contoh : Client : "Wow cantiknya awak jahit"
Aku : Diam. (dalam hati *ya ke cantik? Tipuuuu...*)

See? How skeptical i am. 

Tapi sebab musabab yang menyebabkan aku jadi skeptical sebegitu adalah kerana aku selalu rasa apa yang aku jahit tu tak cantik. Biasalah, kita yang buat mestilah kita ada taste kita sendiri tapi client ada taste diorang sendiri yang aku perlu ikut, kat situ ada percanggahan citarasa yang buat aku rasa begini tapi client rasa sebaliknya. 

Tapi aku memang sangat rasa serba salah kalau ada client cakap aku jahit tak cantik. Sebenarnya kalau sekali-sekala kita jahit tak cantik itu normal tapi sebab pelanggan tak puas hati, itu agak mengecewakan lepas tu mulalah rasa serba-salah. hu hu hu.

4. The bitter number 4. Bila aku harus menjahit di saat-saat akhir. Kadang-kadang benda ni salah aku juga sebab dah tahu minggu ni wedding untuk baju yang aku kena jahit tu, tapi aku masih jahit lambat-lambat, buat-buat tak tahu, buat tak kisah, sibuk dengan running man, sibuk dengan malas, sibuk dengan tak ada mood, lepas tu bila tiba-tiba baru tahu wedding untuk minggu ni ada dua, so ada dua baju kena jahit, masa itulah...

--> baru kelam kabut sampai nak makan pun tak sempat (Kononnya, aku mana pernah tak sempat makan masa menjahit, sebab makan adalah terapi untuk aku lari sekejap dari kerja itu. wkwkw >__<), 
--> masa itulah rasa macam nak kalihkan mata ke tempat lain pun seolah-olah sebutir manik dibazirkan. 
--> masa itulah rasa macam berharap sangat supaya tak rasa macam nak membuang air besar atau kecil
---> masa itulah rasa macam nak give up, tak mahu ambil job ni lagi dah!
--> tangan menggigil, badan tak senang duduk, hati tak tenang, segala macam perasaan tak enak datang.
--> masa itulah benang pun nak tersimpul lepas tu dah habiskan masa nak dengan leraikan balik benang yang tersimpul tu sebab selagi tak dilerai selagi itulah proses menjahit manik akan tergendala.
--> masa itulah keadaan sekeliling  jadi seperti sangat mengjengkelkan. Nak menjawab satu soalan pun rasa macam menjawab soalan bodoh.

Akan tetapi, disebalik semua kepahitan itu pasti ada kemanisan, kan? Kan? Jadi kemanisan yang sempat aku rasa sepanjang aku melakukan pekerjaan ini adalah..

1. The sweetness number one. Perasaan kali pertama bila aku dapat pelanggan aku sendiri. Someone come to me and mintak aku tolong manikkan baju dia padahal aku tak kenal pun siapa dia. Dengan ilmu yang tak seberapa aku buat sehabis baik untuk baju pelanggan aku tu, dan bila sampai hari dia nak ambik, the sweetness nombor dua adalah bila dia bayar. Ya, bayar. Kau faham tak perasaan kau dibayar atas kerja yang kau lakukan? Ini bukan macam kau bekerja dengan someone/company dan tiap-tiap bulan kau dibayar gaji, perasaan ini lebih hebat dari itu. Kau dibayar atas satu kerja yang kau dah buat sehabis baik, dan kau rasa nak tersenyum sepanjang hari dengan rasa puas hati.

Pernah rasa?

The sweetness number 3. Even though aku cakap aku ni jenis yang agak skeptical, tapi sebenarnya aku boleh rasa kalau pelanggan aku tu 'betul-betul' suka dan puas hati dengan hasil kerja aku. Instinct aku agak kuat jugak tau, aku memang tak boleh baca fikiran orang, tapi aku ada 6th sence untuk 'merasai'. Beware. Hi hi hiiii.. *gelak mengilai*

The sweetness number 4. Selepas semua perasaan pahit yang aku alami kerana menjahit di saat-saat akhit, ada satu perasaan indah aku akan  alami setelah menyiapkan baju itu. Ianya satu perasaan seperti satu beban yang tergalas kat bahu dah ditarik dan kau rasa badan sangat ringan sampaikan bila berjalan seolah-olah kau sedang terbang lepas tu rasa macam nak makan sesuatu atau bercakap macam murai tercabut ekor, ketawa atau tersenyum tanpa sebab yang pasti, mood berjalan-jalan yang tanpa henti dengan alasan nak cari coklat Sneackers, nak makan roti canai kedai mamak kat sebelah, nak makan aiskrim, kelaparan yang secara tiba-tiba dan banyak lagi perasaan aneh yang aku mungkin alami. 

Tahap kemanisan paling tinggi yang aku dan Oly (my beader friend) akan alami adalah bila WE GOT PAYMENT! Setelah semua perkara pahit yang kau hadapi, payment adalah sebab kenapa kami masih lagi buat kerja ni. Ops.. bukan sebab upahnya yang buat mata bersinar-sinar, tapi upah tu cukup untuk buat kami rasa, this is our work, so we must do our best.

Lepas penat korang baca karangan panjang berjela aku kat atas ni mesti korang tertanya-tanya aku jahit baju untuk bridal mana, ye dak?

Masa mula-mula aku menceburkan diri dalam bidang ini (walaupun secara tak sengaja) aku banyak jahit baju untuk,

credit photo : mysanding bridal.

Masa tu butik mysanding baru je nak dibuka, dan diorang perlukan collection, jadi kak maria bertindak sebagai tailor untuk menghasilkan wedding drees then dia minta tolong aku jahit manik (Masa tu aku buat kerja ni part time je) yang kerja itu berterusan sehingga sekarang. Dah hampir setahun lebih rasanya.. v__v

 Serius cakap setiap baju yang  aku jahit manik untuk Mysanding Bridal, ada kenangannya yang tersendiri untuk aku. Contoh, Baju biru gold aku jahit masa tu akak dalam pantang, dan oleh kerana Lina nak baju dia 'cepat sangat' *ayat perli* aku TERPAKSA mintak tolong akak yang tengah dalam pantang tu, tolong aku jahitkan sekali, padahal akak bukannya pandai jahit pun.. wuwuwuw..
Baju pertama yang aku jahit adalah warna pink belacan. Baju kontroversi sebab banyak masalah. Hiks..
Baju terbaru warna Kuning Grey aku jahit pada malam sebelum air banjir naik, malam yang sama aku hantar ikah ke stesen keretapi sebab dia nak balik kedah dan jumpa my crush! Oh.. memori sangat. ;p
Baju paling banyak kena alter adalah baju pich/oren. Sampai dah tak lalu nak hadap. phew..

So untuk bakal-bakal pengantin tu bolehlah pergi terjah butik MySanding untuk tengok collection dress yang meletop kebabom de vast *bak kata Lina.. ;p* untuk info lebih lanjut terjah je facebook : 

Kalau pergi sana guna nama aku, boleh dapat diskaun. Baiklah, sila jangan percaya. wkwkw >__<


Tak lama lepas tu, Adeq pula bagi job yang sama melalui kak Maria, atas nama bridal..



Butik nurDeqaseh dah lama dibuka so diorang dah ada banyak collection sebab tu baju yang aku jahit untuk adeq (owner nurDeqaseh) tak sebanyak baju Lina. Tapi kenangan yang aku paling tak boleh lupa bila malam sebelum hari kenduri aku masih lagi menjahit baju pengantin warna biru dengan hati yang tak keruan, dengan jiwa kacau, dengan manik berterabur, dengan harapan supaya ada seseorang boleh datang tolong aku, dan dengan kata-kata penyedap rasa  "YOU CAN DO IT AS LONG AS YOU DO" yang diulang-ulang dalam hati sambil menjahit, Yang akhirnya aku sampai tidur dengan manik yang aku biarkan berterabur dan bangun subuh esoknya sambung jahit lagi sikit sebelum hantar pada kak maria balik.

The best part is, baju tu akan dipakai oleh kawan kak leng ;) *senyum sinis* aku tau pun bila lepas kak leng balik dari kenduri tu dia tanya baju yang aku jahit tu untuk kenduri kat mana?  Siap tunjuk gambar segala. Grr,.. kalaulah masa tu aku tau kawan dia yang nak pakai baju yang aku jahit-sambil-menangis-dalam-hati tu, memang dah lama aku suruh dia tolong. Tak kira lah kau pandai jahit ke tak.. phew. 

Memori lane.

Ada lagi satu sweetness selepas semua bitterness yang aku lalui sepanjang proses menjahit satu-satu baju adalah bila tengok pengantin tu bersanding dengan baju itu. Perrhhh.. puas hati gila, rasa macam terharu dengan mata bersinar-sinar genggam sepuluh jari letak kat pipi. *Drama sangat*

itu adalah bayaran tak ternilai harganya. tsk..tsk..

kalau nak tengok collectin NurDeqaseh yang cantik-cantik dan gojes itu, boleh je datang ke butik diorang anytime dan runding dengan adeq yang sangat ramah itu. ataupun add adeq kat facebook kalau rasa tak sempat nak terjah kat kedai, *Cia, sila terasa* hekhek ;p

facebook : Qaseh Damia

Untuk kawan-kawan aku yang bakal berkahwin itu, kalau korang rasa nak tengok aku dengan susah payahnya datang ke wedding korang dan menangis kerana terharu melihat korang pakai baju yang ada sentuhan tangan aku walaupun tak cantik, silalah terjah kedua-dua bridal di atas. Sure korang akan rambang mata. 

Lagi satu nak pesan! Jangan tanya aku which is better between the two of them, korang yang nak kahwin, korang decide sendiri dan buat perbandingan sendiri sebab it's not fair untuk aku membanding-bandingkan diantara kedua-duanya sebab masing-masing pun ada kelebihan yang tersendiri, terpulang pada mata yang memandang je. Olrite?

 p/s : Pesanan penaja, "Perkahwinan bukan macam jahit manik pada baju pengantin, ianya lebih bersar dan lebih bermakna dari itu" - Manik-manik cinta

Ahad, 25 November 2012

cerita Harraz


Ada satu manuskrip cerita
dengan dua cara penceritaan yang berbeza.

Yang pertama aku tulis dengan penuh ketidakpastian, dengan penuh persoalan, dengan penuh keraguan, dengan penuh kesamaran, dengan penuh ketidakpastian dan dengan penuh penipuan.
Lalu aku tinggalkan. Berminggu, makan berbulan, makan tahun.
Aku masih tak pasti.

Lalu satu hari aku mulakan semuanya sekali lagi.
Yang kedua aku tulis semula dengan penuh kejelasan, dengan penuh pemahaman, dengan penuh keyakinan, dengan penuh kelogikan, dengan penuh ketidaksabaran untuk menyiapkannya.
Tahu apa aku rasa?
Puas hati!
Ya, inilah yang aku mahu untuk manuskrip cerita aku,

Sekarang aku sedang menanti jawapan,
jika ditolak, aku tetap mahu menghantar lagi dan lagi dan lagi,
Peduli apa aku dengan rasa malu,
Aku tetap mahu tempat itu.
Hati aku kuat kat situ.

Dear Harraz's lovers.
aku tahu aku dah buat kamu tertunggu.
mungkin juga kamu dah tak mahu menunggu
tapi aku cuma mahu beri yang terbaik
bukan untuk sesiapa,
cuma untuk diriku.

Harap tetap terus sabar menunggu ya,
akan tiba masanya nanti,
yang aku sendiri tak tahu bila..


p/s : apa motif aku update dua-dua blog dengan entri yang sama? Sebab tak mahu kedua-dua blog kesayangan jadi sarang labah-labah. Sarang haeyo tak apa ;p (entri berkaitan- http://ceritamiakaftiya.blogspot.com.)


Khamis, 8 November 2012

teaser : Jawapan


Kerana sering kali merasakan yang dia mudah jatuh cinta, dan cintanya satu pun tak pernah terbalas, si gadis telah menetapkan satu goal dalam hidupnya bahawa lelaki itu, yang baru dikenali beberapa hari lepas melalui yahoo mesanger, adalah kawan semata-mata. Dia tak mahu menyimpan apa-apa perasaan suka terhadap lelaki itu.

                Tetapi anehnya bila semakin cuba dipupuk perasaan “dia Cuma kawan” semakin dia rasa dia gila bila pantang ada masa terluang, fikiran si gadis akan teringatkan lelaki itu, pantang kreditnya adalah lebih daripada RM5 (memang selalu lebih pun) dia akan mencari alasan untuk menghubungi lelaki itu. Dengan alasan, “saya bosan” “saya bosan” “saya bosan” by then bergayut di telefon macam tak sedar kredit berjalan. Aura lelaki itu terlalu kuat sehinggakan si gadis tak sedar apa yang dia telah lakukan.

                Begitukah kawan?

                Muka dia akan memerah bila mendengar nama lelaki itu. Hati dia akan berdebar-debar apabila melihat nama lelaki itu terpapar di skrin telefon bimbitnya yang berbunyi. Mulutnya akan terus menerus tersenyum semasa sedang bercakap dengan lelaki itu dan yang paling aneh sekali, dia takkan mampu untuk berhadapan dengan lelaki itu sekalipun dia harap sangat untuk bersua muka dan bersembang macam biasa.
                Sungguh! Dia tak mampu.

                SI gadis akan jadi sangat kekok, sangat malu dan sangat.. sangat.. sangat.. kelu. Akhirnya apabila terserempak, paling kuat mereka boleh buat Cuma bertukar-tukar senyuman.

                Kawankah begitu?

                Ya, si gadis tak sedar yang dia sedang mencari jawapan atas sikap anehnya itu. Dia tak sedar mindset yang telah dia tanamkan dalam fikiran itu telah membuatkan dia keliru. Andai nanti dia sudah menemukan jawapan dalam dirinya, adakah dia akan mendapat jawapan pasti dari mulut lelaki itu?

-teaser-JAWAPAN=


p/s : Sila jangan percaya yang aku dah siap tulis cerita ini kerana ini sahaja yang dah berjaya aku tulis. Ini. Sahaja. Sejak beberapa bulan lepas. Hais! Hais! Hais!


Ahad, 21 Oktober 2012

Resepi Homemade Pavlova


Asalnya aku pun tak kenal pebenda Pavlova tuh? Sedap ke? Apasal aku tak pernah nampak kek tu kat kedai? Kenapa femes sangat kat blog? Apa. Bagaimana, Dimana dan segala bagai akhirnya barulah aku tahu berkenaan kek itu selepas mencari di google beberapa hari sebelum Ramadhan lepas. Lepas tu baru tau yang nak buat dia senang gila, pakai putih telur je? Tapi apasal nampak macam mewah sangat?

Tapi sebab dah bulan puasa manalah aku ada masa nak mengisahkan makanan-makanan tambahan ni semua sedangkan makanan sedia ada pun belum tentu terhabis nak dimakan. Dan seterusnya, aku mintak kak Fyda (kakak ipar) untuk belikan supaya dapatlah aku melepaskan kempunan.

Sampai satu hari tu, terjumpa link resepi Pavlova by cik epal, lebih menambahkan rasa “perhh senang gila kot nak buat benda alah ni, memang rugilah kalau kau tak buat dude.” jadi misi ini aku jalankan bersama akak. Haruslah ada partner sebab aku penakut bila nak try resepi baru, Takut tak menjadi nanti tak tau nak mengadu pada siapa, wuwuwu..




Sekarang pergi geledah almari dapur kau dan cari bahan-bahan  lebihan buat biskut masa bulan puasa hari tu, ada tak..

  1. gula castor (3/4 cawan)
  2. tepung jagung (Satu sudu)
  3. esen vanilla (satu sudu), dan
  4. telur (empat biji putih telur)
  5. Cuka makan? (satu sudu)
Ada? Great!  Dah cukup semua bahan? Baiklah sekarang dah boleh buat 'Maringue' Pavlova. Atau dalam erti kata lainnya, inilah dia kek pavlova itu

1. mula-mula kena asing putih telur dengan kuning telur. Ambil PUTIH TELUR SAHAJA. Pukul sampai kembang. Bila kembang dia nampak macam buih-buih sabun, then masa itulah korang kena masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil dipukul sampai habis gula tu dan yang paling penting sampai dia jadi 'maringue'. Permukaan dia akan nampak berkilat dan likat. Bila ditonggeng mangkuk itu dia takkan jatuh. Itu dah jadi lah tu.

Settle.

Eh, belum lagi. Langkah kedua, masukkan satu sudu tepung jagung, satu sudu esen vanila dan satu sudu cuka makan dan kacaukan lagi.

Settle, sekarang masa untuk membakar! 

letak maringue atas baking paper yang dah dibuat garisan bulat untuk adjust saiz pavlova anda. Panaskan oven pada suhu 150 dalam masa 15 minit dan kurangkan suhu kepada 140 semasa ingin membakar maringue. Bakar dalam masa 1 jam atau  1 jam 15 minit sehingga marinque itu berwarna perang. Hati-hati, jangan sampai hangus! +__+. (Tapi hari tu aku bakar tak sampai 15 minir dah masak, sebab api kuat dan aku guna oven lama yang warna itam tu jer, penyudahnya ada hangus sikit, tapi masih boleh dimakan..)

Yang paling penting, bila dah masak, matikan api dan JANGAN terus keluarkan dari oven tapi buka sikit pintu oven dan biarkan dia sejuk sendiri kat dalam tu. Okeh?

Topping

Now it's time yang semua orang nantikan.. Whipping cream dan buah-buahan segar... ho ho ho..

1. Pukul Whipping cream sampai kental. Boleh isi gula ising sikit kalau cream itu tak cukup manis.
2. Potong buah-buahan ikut sukahati korang nak guna buah apa.
3. Dan sapukan whipping cream di atas maringue diikuti buah-buahan dan taraaaa.. that's your Pavlova yang dah boleh dimakan.

Sekarang bagitau aku mudah ke tak mudah nak buat? MUDAH SANGAT KANNNN?? Baiklah, sekarang pergi selongkar dapur dan cari bahan-bahan.




Ini Pavlova kami yang tak comel. Kalau nak tengok tutorial bergambar yang lebih lengkap dan pavlova yang lebih comel, silalah google sendiri okeh. >__<



p/s : Sebab dah terlalu teringin nak makan lagi, aku sampai termimpi-mimpi chef Shers sedang ajar aku buat Pavlova. Ini gara-gara aku tertengok iklan 5 rencah 5 rasa dan dia akan menunjukkan resepi Pavlova! The real fact is, aku cuma perlukan bahan-bahan topping untuk buat lagi tapi.. tapi.. aahhh.. Bila boleh dapat payment nieh? =__='



Khamis, 11 Oktober 2012

Blind date dengan Yoon Gun


If facebook asking "what's on your mind?" my status is "Yoon Gun." 

Yes! Him. 

My head keep thinking of him. His sweet smile, a pair of charming eyes, cool, romantic in his own style, and.. and.. sudah cukup sudah.. cukup sampai di sini saja... *tetiba* dan yang paling penting, he gave me an inspiration by looking at him. Jadi  haruslah letak gambar ini sebagai wallpaper lappy sebagai peringatan yang "Blind Date" harus disiapkan.


BLIND DATE?

Ya, Blind Date. Satu lagi lintasan idea yang perlu aku kembangkan menjadi satu rantaian cerita pendek yang aku harap sangat, sangat, sangat harap berjaya aku siapkan. 

Pheww.. 

So, Yoon Gun sila berada bersama-samaku sehingga Blind Date berjaya disiapkan. ;D

Tengok gambar-gambar abang sweet ini lagi dan tinggalkan sebentar dress kuning itu. Nak esok? baiklah, esok pagi kita jahit. Malam ni kita ada Blind Date dengan Yoon Gun dulu, hu hu hu


a pair of charming eyes <3 p="p">


senyuman semanis gula ;p wkwkw..



cool gila! 

"Pink? Light blue?"
"Light blue suit you more"

Romantic? Acceptable ;-)

Baiklah, aku memang dah in love dengan lelaki ni selepas Siwon lelaki terakhir yang aku gilakan selepas Kim Bum, err.. turutannya patut jadi seperti ini Kim Bum--> Siwon --> Yoon Gun. 


p/s : Pergi youtube, cari "Music and lyrics Park Shin Hye And Yoon Gun dan tengok video tu. Oh Awek Kim Bum pun ada, "Kim So eun - Jun ho" Lebih sweet okeh..


Selasa, 2 Oktober 2012

Cabaran beading 6 baju dlm 10 hari

Sorotan daripada status aku di facebook yang aku tulis beberapa minit lepas *aku malas nak print screen-cut-save-paste-balik-kat-sini* buat aku rasa kalau setakat nak tulis beberapa patah perkataan untuk menyampaikan apa yang ada dalam hati aku, itu tak cukup. Jadi sementara aku ada mood, baiklah aku luahkan saja disini.

FACT : Ini bukan sesi meluahkan perasaan.

Err.. yang sebenarnya aku tak berapa suka nak kongsi SEMUA perkara peribadi kat alam-alam maya ni disebabkan aku rimas bila berjumpa dengan kenalan-kenalan jauh atau dekat, there's no more surprise bila they already know that i am a-writer-to-be, aku belum berkahwin, aku masih di sini, tidak berhijrah kemana-mana, the other side of me is mia kaftiya, the new me is dah tak-pendiam-macam-dulu lagi, my good-male-friend got engaged dengan my-girlfriend, bla..bla..bla.. tapi sebab aku nak kongsi satu perasaan istimewa ini, jadi nampaknya aku terpaksa ceritakan semuanya dari mula. 

The beginning, new chapter of my life.

Aku berhenti kerja walaupun aku masih ditawarkan kerja yang sama dan khidmat aku masih sangat-sangat diperlukan tapi sebab aku jenis yang bila aku dah nekad, jangan paksa aku lagi sebab jawapan aku tetap NO unless Allah takdirkan sebaliknya. Akibatnya aku jadi penganggur (dimata umum tapi tidak dimata aku)  i got no plan for my own life but i am planning of something. Something yang aku tak tahu dan tak boleh beritahu sebab belum tahu. wkwkwkw.

Life goes on, aku just go with the flow sampailah satu hari bila kawan lama aku ajak sama-sama belajar menjahit, then aku pun say yes, padahal sebelum ni aku punyalah cakap kat kak maria, "kita tak nak kerja jadi tukang jahit sebab kite dah nampak jadi tukang jahit sangat memenatkan!" padahal sekarang, aku sendiri pergi menuntut ilmu menjahit dengan kak maria tanpa paksaan atau suruhan. Memang sangat RELA. ;p



Lepas tu, selepas sebulan dan berjaya siapkan sepasang baju kurung, walaupun belajar dari D ke M lepas tu baru mula dari A dan begitu begini,  aku mula rasa, inilah CINTA baru aku. Ok, yang sebenarnya salah satu faktor yang membawa kepada aku setuju untuk belajar menjahit adalah kerana aku dah memang menjahit manik, so bila orang tanya "kau reti jahit baju tak?" aku jawab "Tak" aku rasa macam rugi. Formulanya sama macam aku dah belajar menulis dan beli buku nota "Tulis Novel by kak Maria Kajiwa" (No, not the same Kak maria-the-tailor. Ramai betul nama Maria dalam hidup aku v__v) tapi aku tak cuba menulis novel, rugi kan? Jadi disebabkan itulah aku pun mula belajar menjahit sementara aku masih ada masa dan tidak terikat dengan apa-apa komitmen lain. Dan aku mula rasa jatuh cinta.

Sebenarnya dari dulu lagi aku dah fikir, yang seorang perempuan sepatutnya perlu ada ciri-ciri khas yang asas macam dia boleh menjahit tangan (walaupun tak reti guna mesin jahit), jadi nanti dia boleh jahitkan butang kemeja suami dia yang tercabut, dia boleh jahitkan seluar anaknya yang terkoyak, dia boleh jahitkan baju kurung anak gadis dia (kalau dah expert) Samalah macam masak, mengemas, semua tu. Tak payah pro sangat pun, asalkan tahu sikit-sikit especially bab menjahit. Tapi di zaman serba moden yang kedai jahit melambak-lambak ni, memang ramai yang 'terlepas pandang' hal ni (sama macam aku) sampailah aku termasuk dalam bidang ini (barulah aku 'terpandang' balik)

Satu hal lagi yang sebenar-benarnya aku nak cerita bukan apa yang aku tulis kat atas ni tadi, tengok.. aku kalau menaip memang suka tersasar membebelnya, cuba kalau bercakap.. ;p 

Yang sebenarnya bidang jahitan buat aku rasa DIHARGAI sangat-sangat padahal mana ada yang hargai aku pun, tapi aku sendiri yang rasa macam tu bila..

Bila-list..

1. Bila kak Maria bagi baju yang perlu dimanik-manikkan oleh aku. (kat situ dia dah meletakkan hampir sepenuh kepercayaan pada aku untuk "melejen" *tetiba* baju itu ikut suka hati aku dan lepas tu kalau dia tak puas hati dengan design tu dia boleh suruh aku bukak balik dan jahit semula ;p)

2. Bila kak Maria bagi wedding gown dan cakap kat aku yang dia nak baju ni secepat mungkin. (Kat situ dia dah meletakkan pengharapan 100% agar dapatlah aku siapkan baju itu pada hari yang ditetapkan. Even sangat memenatkan tapi best bila tengok baju tu berjaya disiapkan. Psst.. tapi kadang-kadang aku suka siapkan over duedate >__<)

3. Bila baju tu dah siap dan kak Maria tanya berapa harga aku letakkan untuk kerja aku itu dan katanya letak je berapa, akak tak kisah.. pss : masa tu aku selalu rasa macam nak letak RM100 untuk sepasang gown >_< kelas kau Mariyatul Kaftiyah! ;p tapi aku selalu tak sampai hati nak letak semahal itu sebab masa jahit je aku rasa penat dan nak letak harga melampau-lampau, tapi bila dah siap aku rasa senang je nak jahitnya, so letak harga murah-murah je lah..  baik tak aku? Baik kannn.. wkwkw..

4. Bila Adek (mak andam aka owner baju) cakap kat aku, "nanti ada lagi tau baju nak bagi atul jahit" (kat situ nampaknya memang aku belum ada pesaing lagilah so kalau ada job dari Sentuhan Intan, memang dapat kat akulah tu kan? Kan? wkwkw.. eh, sekarang aku dah ada partner, Norli. Dia pesaing sihat aku ;p, bila aku malas aku suka bagi job tu kat dia. Sharing is caring yo! )

5. The best part ever yang aku rasa perasaan ni memang TAK BOLEH DIBELI adalah bila aku pegang wedding gown tu sambil berjalan ke kereta sebab nak bawak balik, aku rasa sangat cool, rasa sangat dihargai (padahal orang sekeliling tak peduli pun, dan tak pandang aku dengan muka kagum ;p)



Selalunya bila melibatkan pakaian pengantin yang akan selalu terlibat dengannya adalah Pengantin/Bakal Pengantin/ Tukang Jahit Baju Pengantin/Mak Andam, selain dari itu pernah ke orang yang tak ada kena mengena dengan pakaian pengantin tu nak bawa baju tu ke hulu ke hilir tanpa sebab? Tak pernah kan? Sebab tu aku rasa DIHARGAI bila secara tak langsung, aku pun terlibat dalam proses penyediaan pakaian yang akan dipakai pada hari bersejarah mereka itu. *love* ; D Kononnya, aku adalah manusia yang akan memberikan sentuhan terakhir pada wedding gown itu. Kalau buruk manik yang aku jahit, maka mungkin buruklah keseluruhan baju itu, tapi kalau cantik aku jahit, maka sempurnalah baju itu dimata aku. wuhuhuhu.. ;p 

agaknya, apa yang aku rasa, macam itulah kot yang Hatta Dolmat rasa.. wkwkwk..


6. Dan bermula pada malam ini, selepas aku publish entri ini, bermulalah "Cabaran menjahit manik pada 6 helai wedding gown dalam masa 10 hari." Dengar macam senang je, 6 helai dalam 10 hari, banyak masa tu, tapi sebenarnya orang dah mula push aku, "sempat tak? Sempat tak?" aku pun tak tau nak jawab apa =__=



6 helai Bahagi 10 Hari = Pagi, petang, siang, malam menjahit sampai muntah hijau. (eh, jangan.. muntah hijau pun rezeki tu...)



p/s : manuskrip kedua nanti, aku ingat nak tulis tentang kehidupan seorang tukang jahit. Apapun akan aku pertimbangkan balik selepas aku tulis perkataan tamat pada manuskrip Iman Harraz, In sha Allah. Doakan aku. >__<

Isnin, 24 September 2012

OMG, my cousin dah jadi retis!!

Ingat lagi tak tentang JAWAPAN?? Ya, "Jawapan" yang merupakan percubaan pertama aku tulis lirik dulu? (klik sini) yang aku mintak tolong cousin aku buat lagu dan nyanyikan, tuuu? *expect yang korang ingat tapi aku tau korang dah tak ingat* nevermind kalau korang tak ingat pun, sini aku nak bagitau satu berita baik untuk penggemar muzik nasyid dan berita baik jugaklah kot buat Ikhwan (kena guna nama betul eh, wan?) 

BERITA BAIK YANG SEKARANG IKHWAN SUHAIMI DAH JADI RETIS!! Wallaweeehh.. ;p

Aku tak taulah apa cerita disebalik dia jadi artis nasyid ni kan,  Kalau nak tau cerita disebalik "Ikhwan's journey to be a nasyid singer" nanti dia balik kampung aku interview dia, sebab sekarang dia study kat kedah nun, jauh sangat nak interview.. muahahaha..

So, dengarkan, Taubatku by VAST
  

Untuk kenal mereka dengan lebih-lebih-lebih mendalam lagi, (infact, aku cuma kenal Iwan sorang je, hukhuk.. ^_*)  boleh check them out kat,


dan support lagu-lagu mereka dengan mendengar berulang-ulang-ulang kali single ini kat youtube, JUGA, beli album VAST kat pasaran, bila dah keluar nanti. 

Majulah Industri Nasyid untuk Negara! *angkat tangan, genggam lima jari, laung kuat-kuat, budget PM tengah laungkan perkataan Merdeka!*


p/s : Wan, as reward,  bak satu album percuma! wkwkwkw.. ^__^ eh, dengan job tulis lirik! Eh, ;p



Isnin, 3 September 2012

Dear, silent readers...

Aku adalah seorang blogger tidak tegar yang menulis bila ada benda yang aku nak kongsi. Aku juga adalah salah seorang silent reader yang suka stalk blog orang yang best-best. Aku juga pernah jadi seseorang yang pernah cuba untuk jadi "retis" blogger sebelum akhirnya aku sedar dan aku menyerah kalah.

Kalau ada yang tak tau RETIS  tu apa, yang sebenarnya aku pun tak berapa nak tau tapi setakat yang aku tau BLOGGER RETIS adalah... (kalau aku salah tolong betulkan eh?.) blogger retis adalah mereka yang mempunyai rupa paras yang cantik dan kacak atau dalam kata lainnya mereka rupawan dan budiman, mempunyai followers beribu-ribu, boleh jadi beratus-ratus, setiap kali post entry berebut-rebut orang nak serbu blog diorang.

Agaknya itulah kot maksud retis? Aku pun tak berapa pasti..


Bagaimana untuk jadi RETIS? Ok, aku pun tak tau apa formula yang bila-korang-ikut-formula-itu-korang-confirm-akan-jadi-retis tapi setakat yang aku faham setelah menstalk blog orang lain, cara-cara untuk jadi retis adalah dengan RAJIN BLOGWALKING. Jangan blogwalking pastu tinggalkan link kat chatbox je, tapi baca dua tiga entri blog tu dan tinggalkan komen kemudian follow blog itu. Buat perkara yang sama pada blog-blog lain yang korang lawat juga.

Insyaallah, dalam sepuluh blog yang korang lawati, mungkin akan ada lima atau enam blogger yang akan lawati blog korang balik. Terpulang kepada tahap kerajinan blogger itu untuk menyambung ukhwah sesama blogger dengan cara ziarah menziarahi blog ke blog ;)

Dan itulah yang aku lakukan dulu dengan niat agar jumlah followers aku akan bertambah (Alhamdulillah, memang bertambah pun) dan akan lebih ramai orang yang akan kenal blog Miacuteker. (Aku tak pasti ramai ke yang kenal?) tapi seiring dengan usia, setelah berfikir panjang dan setelah melihat jalan-jalan yang berliku.. aku mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan niat untuk menjadi salah seorang blogger retis kerana menurut firasat aku, rezeki kalau Allah nak bagi sekejap je, jadi tak payah la nak dikejar bulan yang takkan jatuh ke riba itu, sedangkan laptop sudah ada di depan mata.. eh, eh ;P

Maksudnya disitu, buat apa susah-susah nak tarik perhatian orang untuk baca blog aku kalau mereka baca pun sebab aku dah pergi baca entri baru diorang dan dah komen, ia macam satu proses berterusan yang aku akan baca blog orang lain dan wajib komen lalu orang itu akan datang semula ke blog aku untuk baca entry baru aku dan komen, and the the formula goes on and on..

Tapi hakikat sebenarnya aku membaca blog mereka bukan kerana aku benar-benar ingin baca. Bukan kerana aku suka dengan gaya penulisan mereka. Bukan kerana blog mereka sudah termasuk dalam senarai  "blog-must-read" aku. Bukan, bukan, bukan. Tapi aku membaca blog mereka kerana FORMULA ZIARAH MENZIARAHI itu semata-mata t__t

Kau faham tak? Formula itu?

Oleh itu, setelah kesedaran datang, aku pun berhenti melakukan rutin ziarah menziarahi blog ke blog kerana aku fikir daripada aku buat perkara tu sebab nak jadi retis, ada baiknya aku siapkan manuskrip, (masa tu aku tengah sibuk menulis Tuan Muda Iman Harraz) Mungkin Allah tak nak bagi aku rezeki dalam bidang penulisan blog, tapi dia nak bagi aku rezeki dalam bidang penulisan cerpen dan novel dan yang sewaktu dengannya. Jadi itulah yang aku sedang usahakan sekarang.

Oh ya, hampir lupa pulak point aku nak menulis dalam entri ni. Dush! *tampar pipi sendiri sebab suka keluar tajuk*

Setelah Allah berikan aku kesedaran tentang Retis itu, aku mula tanamkan dalam diri yang walaupun followers aku tak ramai, komen pada setiap entri kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada, itu semua tak penting sebab yang paling penting adalah bila ada manusia-manusia yang aku sendiri tak tau siapa mereka akan membaca blog aku ikut sukati hati diorang tanpa paksaan mahupun desakan atau atas rasa "Dia dah baca blog aku jadi aku kena baca blog dia" manusia-manusia yang aku maksudkan itu adalah kamu, kamu, dan kamu si manusia halimunan yang sedang membaca blog aku ini,

Hari ni kau datang, kau baca dan kau pergi. Entah esok atau lusa atau sebulan selepas itu kau datang lagi dan baca balik entri-entri lama yang kau tertinggal sebab sebulan lupa nak jengah ke sini, dan kau pergi lagi. Dua bulan selepas itu baru kau datang balik. Tanpa tinggalkan tapak kaki, mahupun bekas tapak tangan. Kau kenal aku tapi aku tak kenal kau. Fine! >__<

Tapi tak apa. Sebab manusia-manusia halimunan macam kaulah buat aku rasa bebelan aku kat blog ni sangat bermakna. Sebab ada juga yang suka nak baca ayat panjang berjela yang aku taip.. hewwhewhew..Well, aku pun silent reader jugak, aku tau macammana rasanya bila kita baca blog orang senyap-senyap. Kita baca sebab kita suka. Bukan sebab kita dipaksa. 


The best, the awesome and the loyal reader is SILENT READERS

Tapi boleh tak.. kalau aku nak buat satu permintaan, aku nak tau siapakah manusia-manusia halimunan yang suka baca blog aku senyap-senyap ni?
cepat, komen entri ini sekarang! *arahan* ;P


Jumaat, 31 Ogos 2012

For those of you who know them


            

Aku teringat dulu ada seorang kawan lelaki aku ni masa kat ILP yang suka peluk tiang koridor dan tersengih-sengih macam kerang busuk bila nampak aku, lepas tu dok panggil entah marya, entah maya bila aku lalu kat sebelah dia. Kesengauan dia buat aku keliru. Hahaha.. ;P

            Teringat dia pernah belanja makan aiskrim sebatang seorang untuk aku dengan lagi dua orang kawan perempuan aku dan tolong kirimkan salam aku pada seorang budak lelaki yang aku-tak-minat-pun-tapi-kenal-gitu-gitu-jer yang kebetulan ada kat dalam kiosk masa tu.

            Teringat yang dia tolong ambilkan gambar sorang budak lelaki lain yang aku suka masa kat dalam dewan kuliah waktu ada event-apa-entah-tak-ingat padahal aku tak suruh pun, O__o

            Teringat yang dia yang bagi nombor telefon budak lelaki sama yang dia tolong ambilkan gambar tu dan suruh aku mesej budak tu and like seriously, memang aku takkan tebalkan muka untuk buat kerja memalukan itulah kan, ;-P

            Teringat yang dia suka tersengih-sengih macam kerang busuk sambil panggil ‘maya’ kat mana-mana we bumped..

            Teringat pada satu malam di hari jadiku, untuk memanfaatkan free call yang maxis bagi, aku pun call lah dia bersilih ganti dengan call kawan baik kat kampung, call mak, call akak dan tak lupa bagi roommate pinjam untuk call abang angkat dia >__<  lepas tu sambil sembang-sembang dengan kawan perempuan kat kampung tiba-tiba dia mintak tolong aku carikan someone untuk dia, (aku tau waktu tu dia cuma main-main, sama macam aku suka suruh anybody carikan pak we untuk aku) tapi sebab aku anggap ianya serius, jadi aku cadangkan kawan perempuan kat kampung tu untuk berkenalan dengan kawan lelaki yang suka sengih-macam-kerang-busuk kat ilp ni.


            Teringat yang kawan lelaki ni kata ok dan aku send nombor kawan-perempuan kat kampung dan sejak itu mereka berbalas-balas sms, dan seterusnya yang aku sendiri pun tak berapa nak ambil tahu dan..

            Setelah sekian lama, akhirnya aku dengar berita gembira dari mereka.

            Well, aku bukan matchmaker, malah tak pernah terlintas untuk jadi seperti itu, tapi kebetulan yang tak disengajakan itu, yang Allah panjangkan jodoh buat mereka ini, buat aku rasa… gembira.


Happy for them!
            


Zeriousssly, rasa macam baru semalam aku cakap kat todak, aku ada kawan yang sedang mencari kawan, dan aku tak fikir orang lain lagi selain kau, kau ok x? (dialog asal dah tak ada dalam memori simpanan otak)

>__<

Rabu, 29 Ogos 2012

Kita punya raya, meriahnya raya.. ;)


Biasanya raya pada tahun-tahun lepas memang agak membosankan bagi aku. Duduk rumah tunggu orang datang tapi tak datang-datang jugak tetamunya, tunggu orang bawak keluar pergi beraya, tak ada sesiapa pulak yang nak bawak, pendek kata setiap kali raya aku mesti termenung depan pintu berharap prince charming datang membawaku keluar beraya bersama-sama, tapi prince charming tu tak muncul-muncul juga. Mungkin dia sibuk pergi majlis tari menari mencari calon isteri agaknya.. =__='

Tapi Alhamdulillah, syawal kali ni agak bermakna sikit sebab akhirnya.. inilah yang dikatakan hari raya! People comes, I goes eh, eh. Maksud aku, orang datang beraya aku pun pergi keluar beraya.. barulah syiok! *angkat ibu jari tangan* bukannya duduk rumah terbungkang depan tv lepas tu termenung fikir nak beraya ke mana dengan siapa, naik apa... yada yada yada... *mata ke langit*

So, hari raya pertama sama jugak macam raya sebelum ni, haruslah bergambar dengan family setakat siapa yang ada kat rumah je. Seriously nama je adik beradik ada 10 orang, menantu ada dua orang, cucu ada seorang, setiap kali raya ingat senang ke nak kumpulkan semua? Memang tak lah kan...


tolak akim yang escape ke rumah tok, along and kak fyda kat tapah, ini je la yg tinggal...


btw, ini kali kedua aku beraya as... 'orang-tak-bekerja-makan-gaji' tapi bulan puasa ni agak baik sikit sebab aku ada job jahit manik so, walaupun time raya tu payment aku dah tinggal sikit, tapi bolehlah.. spend sikit budget untuk duit raya. 









eh, nak ambik duit raya pun kena posing dulu ke? ;p


Beraya dengan ahli baru, Syaza Raihana.. ;)



Tengok tu, sukew Zaza Aina beraya dengan mak-mak dia.. hewhewhew.. Dari kiri, mak kude, mak helang dan mak landak! Ho ho ho (a.k.a - mak uda, mak yang, mak ndak ;p)



lepas tu heading to rumah tok (belah mak) kat kampung, tak jauh mana pun, dalam 15 agaknya dah sampai.

macam biasa, tolak yang pergi rombongan beraya, yang sibuk di dapur, yang sibuk di depan tv, yang tertinggal di kedah dan melaka.. muahahaha.. yang entah dimana-mana, maka tinggallah banyak ini...




hormon gila glemer aku naik mendadak masa raya kali ni. Itu yang sanggup menyelit asalkan muka aku termasuk dalam kamera. Ish, ish, ish



Candid. Memang hobi aku usap hidung la aku rasa. Semua gambar candid pasti akan memaparkan aku sedang memegang hidung. Masalah resdung yang bermaharajalela.... ;(. 



having chit chat di dapur sementara menunggu rombongan raya sampai. Lepas tu ingat nak ajak mak dan diorang-diorang semua pergi beraya kat kampung tu, tapi lepas satu, satu hal, lepas sorang, sorang pulak datang, penyudahnya pukul tiga hari dah nak hujan uchai pun dah call cakap nak datang beraya dengan ana dan.. terkuburlah keinginanku nak pergi beraya,so aku kena bergerak pulang ke rumah semula.




Uchai = member ILP, hometown = bidor. Ana = Schoolmate, villagemate, dan ILPmate. Tapi nama je villagemate, entah dah berapa tahun sejak habis belajar dan ternampak dari jauh kat tepi jalan, baru raya kali ni kitorang duduk bertentang mata. Whawhawha.. patetic giler.  ;p




kan aku dah cakap, tak payah nak plan tempat jauh-jauh semata-mata nak buat reunion, time raya pun boleh...



Raya kedua. Wahhh.. raya macam blessed gila bila masa aku tengah 'kejelesan' melihat ika bersiap-siap nak ikut kawan-kawan dia pergi beraya, manakala aku tak tau nak beraya ke mana, cia call and ajak aku pergi beraya bersama. Weeehooo...  macam pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal. eh, eh?


Kecuali budak dua orang yang pakai baju kelabu ni, yang lain semua ex-schoolmates aku dan cia adalah wanita yang bertudung merah. Wah, 'wanita'lah sangat... >__<



Rumah Mar, baju hijau. Dalam sepetang aku dah ke Bikam, Besout 1, Sabar Jaya, Hampir-hampir.. lima buah rumah ke? Lupa dah, sampaikan aku terlupa yang Jiha (ilpmates) cakap nak datang rumah petang tu, memang sakan berjalan. Tapi kalau Jiha call mesti aku akan ingat punya..

Jieha, apasal tak datang beraya hari tu? I miss you very the much, much, much loo.. ececece.. 



Raya ketiga reunion dengan kiah dan kak yana pulak. Ekcelly dari raya pertama tu kitorang dah plan nak pergi rumah diorang, orang kata reunion orang perak.. ecece..


Drebarnya Uchai le, aku dengan ana topup duit minyak je, tapi tak puas hati betul tak dapat pergi rumah jiha kat tapah, ceritanya dia terkandas dalam kesesakkan lalu lintas kat bidor. Huhuhu.. 



oleh sebab itu, kami pun patah balik dan terus menuju ke bandar Teluk Intan. Menuruti kehendak Uchai nak berkaraoke selama sejam, Huaarrrggghh.. *mengantuk* aku bukan stock suka menyanyi sebab suara tak sedap, kerana itu karaoke bukanlah sesuatu yang 'mengujakan' aku. Membuatkan aku makin mengantuk adalah.. ;p



Walaupun dah banyak kali bergambar kat menara condong ni, tapi bergambar adalah sesuatu yang sangat mengujakan lantas menghilangkan rasa mengantuk kerana bergambar di menara condong adalah sesuatu yang sangat, sangat, sangat memerlukan kretiviti.

KENAPA?


jadi bagaimanakah caranya agar kami dapat bergambar bersama-sama berlatarbelakangkan menara condong? v__v




bagaimanakah caranya agar kiah dapat bergambar dengan cun berlatarbelakangkan menara condong? v__v



bagaimanakah aku.. *haip, nak bergambar ke nak mesej?* v__v



Akhirnya kami cuma dapat bergambar berlatarbelakangkan fakta berkaitan menara condong... ;P
p/s : Ramai tanya, itu anak ana ke? Jawapannya, adik ana. i mean, adik angkat. >__<



Raya keempat, aku tak kemana-mana tapi aku duduk rumah tunggu tetamu datang je, dan tetamu seterusnya adalah pian dan epul budak multimedia. Apa? Dimana? Bagaimana? Dan.. ok sebelum korang tanya lebih lanjut biar aku terangkan. Kampung pian kat trolak timur a.k.a tak jauh pun dengan rumah aku (ok tipu, sebenarnya trolak timur sangat jauh berbanding trolak utara.. ;p) tapi masih dalam kawasan sungkai what.. 

Dan epul.. dia ikut beraya ke kampung pian, so diorang datanglah beraya ke sini. ;)



mereka dan anak-anak mereka.. whahwhawha. ;P (ok, tipu, adik-adik pian je)


Raya kelima. Open house time, tapi tak open sangat pun sebab ramai ajak saudara mara je, aku pun tak ajak kawan-kawan datang sebab tau korang mesti tak datang punya.. hu hu hu..

tapi yang bestnya, ada buyer untuk buku kisah hati. <3 nbsp="nbsp" p="p">


Mak ngah ida, adik mak yang bongsu. Honestly speaking, thank you for ur support, tak kisah lah support dengan cara membeli ke, bertanya ke, mengambil tahu mahupun dengan...



mempromosikan diri sendiri.  ;-)


Mak teh, adik ipar mak. thank you jugak, later bila novel i dah keluar, insyaallah barulah i boleh bagi you all baca percuma,  i mean, them. My family members, bukan you all, yang duduk jauh dan membaca entry ini, korang kenalah beli sebagai tanda support. hewhewhew.. >__<


Penutup entry dan penutup raya adalah pada hari ahad, seminggu selepas minggu pertama raya, majlis pertunangan kak maria. You know kak maria? Manik bling-bling tu? Yes, inilah orangnya yang bagi job kat aku masa aku sedang "berehat" di rumah semasa bulan puasa. You know what, jahit manik lagi cepat dapat hasil daripada tanam anggur yang tak berbuah-buah sebab tak sesuai dengan iklim ;P




Kalau korang baca cerpen manik-manik cinta aku, aku pernah cakap yang aku tak tau apa impian perkahwinan kak maria.. tengok, dia pilih biru turquoise (tak reti eja) padahal 'Nida-watak-dalam-manik-manik-cinta' tu dia pilih warna putih! >__<

btw, happy e-day kak maria. Moga cepat naik pelamin...

p/s : terima kasih kawan-kawan sebab jadi sebahagian daripada meriahnya raya aku. wehee..

Selasa, 28 Ogos 2012

Official entry : Kisah Hati, Antologi cerpen miaKaftiya



WHAT IS KISAH HATI?

Kisah hati adalah buku yang mengandungi kompilasi cerpen-cerpen yang aku tulis sejak aku baru belajar menulis dulu sehingga kini, cuma dalam Kisah Hati aku cuma masukkan ENAM buah cerpen daripada cerpen-cerpen yang ada. Iaitu,

1. Suri di hati Sufi
2. Biola
3, Bunga Lalang
4. Dia yang aku tunggu
5.Imaginasi cinta
6. Cupcakes


SIAPA YANG DESIGN KULIT BUKU KISAH HATI?



Nurartikah Ali. 
Asalnya aku buat satu permintaan di group 'Blog e-novel' untuk minta tolong pada sesiapa yang pandai design cover untuk designkan satu cover untuk aku, memandangkan masa tu aku memang dah sangat, sangat buntu tak tau nak guna konsep dan gambar apa. As you know, we (e-novel writers) agak kreatif dalam menghasilkan cover untuk cerita-cerita kami sendiri. Kalau korang tanya macammana kitorang boleh buat cover yang cantik-cantik tu? Jawapannya, kami tak perlu jadi expert dalam graphic design, mahupun mahir menggunakan photoshop, yang kami perlukan adalah sense of creativity untuk mencari gambar-gambar menarik dan sesuai untuk tema cerita-cerita kami melalui google/devianart and whatsoever yang boleh mendatangkan gambar, dari situ kreativiti untuk menggunakan gambar itu terpulang pada hak individu. Letak tajuk, nama pena, dan editlah ikut-suka-hati kemudian, taraaa.. siaplah cover e-novel. 

So, memang ramai yang dah tolong buatkan cover Kisah Hati. Serius cakap memang cantik-cantik belaka tapi aku harus pilih cuma satu dan setelah menimbang tara segala aspek dan perkara akhirnya cover rekaan Tikah jadi pilihan hati aku dan cover itulah yang aku guna untuk buku Kisah Hati. ;-)

As reward, aku akan bagi satu copy buku ni pada dia. t__t


KENAPA TAK HANTAR PADA PUBLISHER?

Aku pergi sana sini sepanjang proses nak siapkan buku ni dan untuk cari kedai yang boleh tolong buatkan buku kisah hati jadi seperti buku yang ada di pasaran, dan setiap kali itulah aku ditanya dengan soalan "kenapa tak hantar pada karangkraf? Alaf 21? yada.. yada.." Kalau korang tanya kenapa aku tak nak hantar manuskrip novel aku pada mana-mana publisher? Jawapan aku, sebab aku masih belum puas hati dengan jalan cerita dan aku perlukan masa untuk siapkan manuskrip tu sampai aku puas hati. Tapi nak jawab soalan kenapa tak hantar Kisah Hati pada publisher memang susah aku nak jawab.

Aku tak ada keyakinan yang sebuah buku antologi cerpen daripada penulis picisan yang jumlah readers tak seberapa akan diterima oleh penerbit untuk diterbitkan. Kalau penulis yang dah sedia ada nama dan novel mereka bestseller pun tak ada buku antologi cerpen sendiri, takkanlah aku yang bukan sesiapa ni nak hantar kot? Rasa macam tak kena je... =_='

Ada, ada satu buku antologi cerpen tajuknya 'Tentang cinta' kalau tak silap, itu gabungan daripada beberapa orang penulis yang mempunyai nama besar dalam dunia penulisan. NAMA BESAR. GABUNGAN. ANTOLOGI CERPEN. See? Even diorang pun bergabung untuk satu buku cerpen, takkanlah aku yang bukan sesiapa ni nak demand lebih-lebih kot? Serius, aku tak ada keyakinan itu. v__v

BERAPA HARGA SENASKAH?

RM17. Mahal? Ya, kalau boleh aku nak jual dengan harga mampu-beli, dalam RM10, ke RM5 ke.. tapi aku tak boleh. RM17 adalah harga paling murah aku boleh bagi, kalau tidak aku sepatutnya jual RM20 ke, RM22 ke.. tapi yelah, tak layak buku picisan ni nak diletak harga semahal itu. ;-)

MACAMMANA NAK BELI?

Just pm/mesej/call/bagitau/email atau apa saja cara kau korang rasa komunikasi itu boleh berlaku hatta membeli melalui kawan sekalipun, dan nanti aku akan beritahu macammana nak beli. Oh ya, bagi yang duduk jauh, macam biasalah kena charge postage, RM6 untuk pos laju. 

RM17 (+RM6) = RM23

Buku ini exklusif. Buat masa sekarang ianya tidak dijual di mana-mana kedai, hanya melalui aku, kecuali kalau aku bagi buku ni pada seseorang untuk serahkan pada seseorang yang lain. Itu namanya beli atas kawan yo! >__<


RAJINNYAAAA.....??

Aku pergi sana sini dan berjumpa dengan orang-orang yang tahu tentang projek Kisah Hati ni diorang mesti spontan akan cakap, "Rajinnya.." Err.. sebenarnya bila kita buat perkara yang kita suka, tak terasa pun perkara itu sebagai satu beban. Rajin menulis? Sebenarnya aku pun kadang-kadang ada penyakit malas jugak, cuma.. entahlah, aku tak faham kenapa orang mesti akan bagi reaksi, "Rajinnya.." *dengan nada kagum.* 


Sementara aku sedang diberi peluang untuk belajar menjual karya-karya aku sendiri, apa kata korang support dengan membeli? Nanti bila dah ada publisher yang nak tolong pasarkan karya aku, masa tu aku rasa tugas aku cuma kerah idea dan taip, taip dan taip. Dah tak adanya aku nak pening-pening kepala fikir budget, fikir kenderaan nak keluar, fikir kedai nak dituju, fikirkan cara bagaimana buku ini akan jadi seperti ini atau ini? Fikirkan bagaimana nak dapatkan budget banyak ini dengan jumlah buku sebanyak ini, bla.. bla.. bla.. 

Sebab tu aku hargai pembeli dengan minta diorang bergambar dengan buku-buku aku sebab nanti bila aku tengok balik gambar-gambar lama, aku akan ingat.. oh dulu Makngah ida beli Kisah Hati, atau Oh, dulu mak teh beli cerita cinta miakaftiya (ccmk) senyap-senyap dari uncle aidid, atau oh, pertama kali aku ada pembeli lelaki, si Wahidon Azlan tu rasanya budak ILPKLS kot tu, atau Oh, Nida yang menang segmen Iman Harraz so dia dapat buku ccmk, dan lain-lain...


Kau faham tak? Faham tak? Perasaan tu? ^__^





So, ada sesiapa lagi yang nak beli? *garu hidung*