Selasa, 24 Januari 2012

Coming soon!!!!!....


Bagi yang mengikuti perkembangan blog aku, bebelan aku dan status di facebook aku, korang mesti tau apa benda gambar yang kat atas ni kan?? 

Yeah, sekarang aku rasa macam nak hembus nafas lega banyak-banyak kali sebab akhirnya projek menulis cerpen di atas ni siap jugak. Big thanka pada Rin sebab mengusulkan soalan tentang cerpen duet dalam Group Geng Kaki Tulis kerana disebabkan soalan dia itulah membuatkan aku tergerak hati untuk menghantar draf plain guy yang aku dah tulis pada dia untuk dia sambung tulis, sekalipun sebelum ni aku tak pernah bekerjasama dengan mana-mana penulis untuk menulis sesebuah cerita.

Yes, ini kali pertama!.

Sejujurnya Plain Guy adalah 'idea' yang sangat-sangat aku sayang sebab idea tu bukan sekadar idea biasa-biasa tapi idea ini datangnya daripada 'pemerhatian' aku terhadap lelaki-lelaki yang mempunyai ciri-ciri 'lelaki biasa' itu. Sebab tu walaupun cerita ni dah lama tulis pun tapi masih tak siap-siap sebab aku tak ada idea tapi aku masih mahu ianya disiapkan berbanding dengan cerita-cerita tergantung aku yang lain.

Kelebihannya menulis satu cerita dengan penulis lain (duet) adalah.. ok, bagi aku macam aku nampak kat mana berbezanya aku dengan Rin. Especially lepas baca entri Rin tentang Disebalik tabir Plain Guy  tu baru aku sedar yang 'oh.. rupanya macam ni gaya aku menulis. Sangat berbeza dengan gaya Rin menulis.'

Bukan nak cakap aku menulis lebih hebat daripada Rin, tak! Tapi aku nampak yang gaya Rin menulis lebih santai dan selamba. Seriously dulu aku pernah cuba nak tulis gaya macam tu tapi... tak boleh ;( memang aku tak pandai, Hukhuk.. >_<  *terbatuk pulak*

Even Rin dah publish dah cerita ni kat blog dia, tapi kat aku ni masih belum siap edit. Sebenarnya boleh je kalau aku tak payah edit dan publish je kat blog tapi macam aku cakap tadilah, aku sayang dengan idea asal cerita ni jadi aku cuma nak tambah apa yang kurang dan nak buang apa yang terlebih. Macam.. nak betulkan nama ADZIM yang Rin tersilap baca so, dia tulis A D Z M I N heheh dan few things lagi yang belum dikenalpasti.

Kesimpulannya, nak tulis duet ni perlukan keserasian, tolak ansur dan tepis ego masing-masing. Aku akui aku agak risau masa aku bagi draf asal cerita ni pada Rin sebab aku takut kalau ceritanya akan berubah dan idea aku tak sampai. Tapi atas dasar tolak ansur Rin, berjaya jugak dia siapkan cerita nih tanpa mengubah jalan cerita asal cuma diubah gaya penceritaan je.. *Tak apa Rin, akak tak kisah.. ;p*

Thank you Rin. Thank you sooooo much sebab berjaya jugak siapkan cerita ni walaupun akak asyik push je, tanya bila nak siap, bila nak siap... hikhik.. konfem rimas time tu erk? ; p Erm, lepas ni rasa macam nak cuba tulis satu cerita lain dengan penulis lain pulaklah. Tapi siapa yang sudi??

Btw, kalau rasa sangat eksited nak baca cerita ni lepas baca apa yang aku bebelkan kat atas ni tadi, boleh terjah blog Rin kat ---> http://rinsyaryc.blogspot.com

Tapi kalau rasa yang diri tu baik hati dan penyabar, boleh tunggu sampai aku siap edit then aku akan publish kat blog ni nanti. Boleh tunggu tak??



p/s : Siapa nak berkolaborasi dengan aku untuk tulis cerita Aku suka gadis ini...??

Ahad, 22 Januari 2012

Apa maksud tersirat BIOLA??


Komen readers di penulisan2u berkaitan cerpen 'biola' aku. Nak baca lebih klik sini


Aku memang ada masalah nak mulakan sesuatu cerita dengan nak tamatkan sesuatu cerita, tambah-tambah lagi kalau idea yang aku dapat tu kat tengah-tengah, tak ada awal tak ada akhir. Kalau tengah malas nak menulis memang tak terkembanglah idea tu. Sebab tu ending cerita ni macam agak tergantung je.


Secara ringkasnya tentang cerita Biola bagi yang malas nak baca versi penuh..

Rafiqi adalah budak nakal yang suka bertindak mengikut suka hati dia je, memang nakal yang sampai tahap jadi salah seorang budak femes kat institut tempat dia belajar tu kerana kenakalan dia. Aku bayangkan akram, kawan aku masa belajar dulu bila nak tulis watak Rafiqi ni. Yes! you, Akram Rahman! oh bukan sebab Akram tu budak nakal tapi rasa macam ada sikit ciri-ciri nakal tu. Hekhek.. ;p  

Dan Qaireen adalah pelajar yang baru saja ditukarkan ke institut itu kerana dia baru sedar yang dia tak suka  bidang Programming tapi lebih suka bidang Multimedia. Jadi, nak dijadikan cerita, selama dia belajar kat situ, dia memang selalu tengok segala macam kenakalan yang Rafiqi dah buat melalui kawannya, Lily. 

Satu hari di padang bola, secara tak sengaja bola yang ditendang oleh Rafiqi terkeluar dari padang dan terkena betul-betul pada muka Qaireen. Dari situlah Rafiqi mula kenal siapa Qaireen disebabkan rasa serba salahnya sedangkan Qaireen dah lama kenal Rafiqi si budak nakal yang popular. Dan nak dijadikan cerita , Qaireen yang baru pindah rumah balik ke rumah barunya pada hujung minggu dan dia selalu terdengar bunyi  gesekan biola yang menyeramkan pada tiap-tiap pagi buta dalam pukul tiga pagi gitu.

Rahsia terbongkar bila satu hari tu Qaireen balik ke rumah dengan Rafiqi yang juga duduk di Putra Height. Tanpa disangka-sangka lagi yang rupanya rumah Rafiqi betul-betul bersebelahan dengan rumah Qaireen. Di situ pada satu pagi yang sepi barulah Qaireen tahu bunyi biola yang didengar selama ini dimainkan oleh Rafiqi.

Kenapa Rafiqi main tiap-tiap pagi buta? Kenapa tak masa siang-siang hari biar didengar oleh orang lain? Hah, itulah pointnya. Sebab Rafiqi terlalu memikirkan apa orang lain akan fikir tentang dia.

Sedutan Biola....


"ok, kalau kau tak mahu orang lain tahu, so aku takkan bagitau! Tapi kenapa kau tak nak  orang lain tahu pasal ni?" 
"Sebab aku badboy! Dah lupa?"
"Apa masalahnya kau badboy dengan orang lain tak boleh tahu tentang bakat yang kau ada ni?"
"Masalahnya, nanti orang akan cakap yang aku ni harap muka je brutal, harap perangai je macam sial tapi jiwang! Kau suka ke tengok aku kena bahan kat sana?"
"Sebenarnya, ini bukan soal apa orang akan fikir tentang kau, tapi ini tentang apa yang kau mahu untuk hidup kau! Contoh, kau suka muzik tapi kenapa kau mesti main pukul tiga pagi? Kenapa tak main waktu siang dan biarkan orang lain tahu dan nampak? Bukannya buat orang lain rasa seram sejuk dan tak lena tidur memikirkan dari mana datangnya bunyi asing itu."



Itu dia, itu dia, nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Jangan peduli apa yang orang nak cakap tentang diri kita, tentang bakat kita asalkan apa yang kita nak buat tu tak salah dari segi hukum dan undang-undang, teruskanlah.. kenapa nak sorok-sorok, kenapa nak malu-malu? Bila Rafiqi tunjukkan bakatnya pada semua orang, pengakhirannya persepsi orang pada dia pun mula berubah. 


Dulu sebelum aku betul-betul serius nak jadi penulis ingat senang-senang je ke orang nak puji, nak support? Tak ada maknanya.. ada yang cakap aku ni berangan je lebih, ada yang marah aku sebab sibuk sangat depan laptop, sudah-sudahlah tu. Itulah, inilah.. memang orang yang cakap dah lupa tapi orang yang dengar ni akan sentiasa ingat. Kalaulah dulu aku putus asa atas apa yang mereka katakan, aku tak rasa yang sekarang aku akan berada di sini dan jadi seperti ini. Aku takkan kenal Harraz's lovers, aku takkan join komuniti enovel, aku takkan kenal kakak-kakak penulis yang selalu kongsi ilmu, kawan-kawan penulis yang selalu bagi galakan dan sokongan readers yang.. yang.. super awesome! 

Kadang-kadang permulaan untuk kita lakukan sesuatu itu tidak disertai dengan kata-kata galakan dan pujian sebaliknya kata-kata yang buat kita rasa down, down and down tapi kalau impian kita tinggi, matlamat kita jelas insyaallah kita boleh.

Awak, awak, dan awak.. pedulikan apa orang lain nak cakap tentang apa yang awak nak buat, nak berniaga tapi tak ada ilmu? Belajar. Nak jual cupcakes tapi bakar kek pun tak reti? Belajar. Nak jadi penyanyi tapi orang kata suara macam katak bawah tempurung? Belajar. Nak jadi web designer tapi orang kata kau tak cukup kreatif? Buktikan. Lakukan apa yang kamu mahu selagi ianya tidak bertentangan dengan agama dan berbaloi untuk di usahakan!

Ok, sekarang aku rasa macam aku ni seorang pakar motivati. Yeah, BAKAL pakar motivasi kita.. cik Mariyatul Kaftiyah!




Aku tau ramai yang suka lagu ni, salah satu pencetus inspirasilah ni. Kalau diberi peluang aku teringin nak belajar main biola, piano sebab aku suka bunyi-bunyi yang keluar dari kedua-dua alat muzik ini. Huuuu... ;)

Isnin, 16 Januari 2012

Kalau aku fikir...



Apa yang aku fikir adalah apa yang otak aku akan lakukan.

Kalau aku fikir aku blur.. 
Ya, otak aku akan jadi blur.
Memang.Akan.Jadi.Blur yang sampai aku nak buat sesuatu tapi aku tak boleh kerah otak aku untuk lakukan.

Kalau aku fikir sekeliling aku sangat menyerabutkan otak.
Memang sekeliling.Aku.Akan.Jadi.Serabut. sampai aku tak boleh fokus pada satu benda yang aku nak buat tu.
Tak.boleh.

Kalau aku fikir yang aku malas.
Memang otak aku akan proses perkataan malas sampaikan walaupun hati aku rajin, tangan aku tetap malas.

Aku tahu apa yang aku fikirkan adalah apa yang otak aku akan programkan,
Tapi boleh tak kalau aku hanya mahu keadaan sekeliling tenang jadi aku tak perlu paksa diri untuk bertenang?
Boleh tak kalau aku cuma mahu ketenangan sekeliling jadi aku...

Arrghhh.. kenapa banyak sangat yang harus aku fikirkan?
Semoga semuanya baik-baik saja jadi aku tak perlu berfikir terlalu jauh.
Amin..





"Mia Kaftiya, boleh kita mulakan sekarang?" 


Haihh.. kelewatan aku menyiapkan kerja hanya akan membuatkan orang lain sakit jiwa menunggu.. 


"Fine, Irin. Well start now!"


Sabtu, 14 Januari 2012

So me!..



i saw someone better than me, and i wanna be like her
i admire someone prettier than me and i wish to be like her
i wonder how that person be as who she is now, and i hope to be like her too
but in the end, i know..
i only want to be me. 
Myself

The plain girl



Ahad, 8 Januari 2012

Fight for this!!


Short entry.



Aku tak pernah sangka yang hal ini boleh buat aku rasa sampai macam nak menangis. Aku tak pernah sangka yang di pertengahannya aku akan alami satu kesukaran kecil kerana permulaannya aku tidak melakukan yang sepatutnya, tapi tak apa, proses ini dipanggil "Belajar dari Pengalaman" proses ini juga dipanggil, "Jangan Diulangi Lagi"

Walau sesukar manapun ia akan jadi, Insyaallah, aku akan berusaha untuk menyiapkan ia sehabis baik aku. So doakan aku please?


i never thought i would cry for you!!
 
 

Selasa, 3 Januari 2012

2011 Targets achieved


Ini lakaran kasar entri 2010-sedang-menghitung-detik-menutup-tirai sebelum tahun 2010 berakhir, tentang aku berazam untuk jadi penulis pada tahun 2011 


Sekarang 2011 dah pun berakhir, sekalipun aku belum officially menjadi penulis pada mana-mana syarikat penerbitan dan walaupun novel aku belum keluar di mana-mana kedai buku, aku tetap rasa yang azam aku tahun lepas dah tercapai sebahagiannya!


Sekurang-kurangnya, aku adalah penulis cerpen.
Sekurang-kurangnya, aku adalah penulis cerpen bersiri lelaki sebelah aku.
Sekurang-kurangnya aku adalah penulis enovel Tuan Muda Iman Harraz
Sekurang-kurangnya, aku masih dipanggil penulis oleh pembaca-pembaca aku.
Sekurang-kurangnya, kini aku dah ada buku aku sendiri dan aku dah boleh turunkan tandatangan di atas buku itu, dan ajaibnya.. sebelum ni aku memang tak pandai sain! Tapi bila nak lakar nama miaKaftiya di atas Buku CCMK aku tu, lancar je tangan aku ni?? 


Dan sekurang-kurangnya sekarang, bila aku cakap yang aku nak "buat kerja" adik-adik aku akan faham yang aku nak buat kerja-kerja penulisan. Dan aku bersyukur kerana terhasilnya buku aku itu, ia seolah-olah menjadi bukti/hasil tentang apa yang dah aku usahakan selama ini. Menjadi bukti pada adik beradik aku, pada mak dan abah dan pada kawan-kawan yang faham minat aku ni. 


Alhamdulillah..


Azam 2012 pulak? Ok, nak kongsi sikit apa yang aku tengok kat wanita hari ini tengahari tadi, katanya.. "Kalau nak buat azam, kena spesifikkan apa azam anda itu supaya otak akan lebih faham dan mudah untuk dilaksanakan"


Azam tahun ini permulaannya cuma...


Siapkan manskrip Iman Harraz, bersedia untuk hantar pada publisher dan bersedia untuk manuskrip itu ditolak dan bersedia untuk membuat pembetulan dan hantar lagi sampailah manuskrip Tuan Muda Iman Harraz itu berjaya dijadikan novel dan dipasarkan! Tak jadi bestseller pun tak apa, asalkan novel itu bukan novel kosong yang bila dibaca tak ada isi. Cukup. ^__^


Bila dah tercapai azam yang ini baru aku akan fikirkan azam seterusnya. hikhiks.. ;)


"Nah! bunga untuk mia sebab impian dah tercapai! hikhik.. ;p"

Thank you Irin!! hahahahah... ;p